Tuesday, September 6, 2011

dimana kebahagian itu

Bismillah...

Baru habis bertandang di laman blogger Sebarkan Bahagia. Bahagia sungguh melihat beliau, si Penulis bersama suami dan anak-anak tercinta di sisinya. Tetiba terfikir pula indahnya hidup andai sentiasa dapat merasai kebahagiaan itu. Tak kira di landa ujian perit semacam sekalipun, andai dirinya kuat dan sabar, sudah pasti 'kebahagiaan' itu dapat dirasai lantas jiwanya yang terus subur dengan keimanan. Aku Pasti sepastinya.

Realitinya bahagia sering dikaitkan dengan bercinta! tipulah kalau tak pernah bercinta. dunia remaja kini, for sure pernah! kan2? jawab senirik ya. Saya pun pernah(opsss, senyap2 suda). Tak naklah panjang2, sedar2 dah, tercut Off senirik. Benar, pengalaman yang dilalui mengajar aku erti cinta yang sebanar. Saat cinta itu tidak menyelebahi diri ini, semuanya gelap. Sunyi, dan diri sendiri terpaksa dibisukan sehinggakan hak pada yang lain dengan mudahnya ditinggalkan.

Saat itu dirasakan dunia itu tidak adil bagi aku, cinta itu dikhianati sewenang-wenangnya. Buntu kemana lagi untuk kupujuk diri ini. Nak share dengan kawan2 , tak terdaya.tak termampu.dengan sesiapapun tidak kesampaian hajat itu. nak jerit sejeritnya pun, habis kat situ je, balik rumah muka nampak tenang, tapi jiwa hati dan perasaan,semacam je gelegak. Biarlah menjadi rahsia peribadi , bak kata tua tua: usah disimpan lagi yang buruk itu, usah dikenang cerita lama.usah dikumat lagi yang sudah berlalu. Lepaskan sahaja. smile :)

baru aku sedar, aku yang silap. aku yang mengkhianati erti cinta yang memberikan kebahagian sebenar itu. Usia setahun jagung nak membesarla katakan. Tersenyum aja bila teringat cerita kisah dulu-dulu. Mungkin cinta -nya padaku lebih tinggi nilainya. Teragung dan teramat ternilai bagi seorang hamba ini yang terus mengharapkan keredhaanya.

So, where is 'bahagia'? Ada member cakap, bahagia ini bila kita dapat anything yang happy go lucky, ex:

  1. tip top in study. pointer tinggi dalam ranking semester kiranya. semua orang rujuk kat kita,tanya soalan banyak2 kat kita.then ramai yang suka. at the end, pop jadi terkenal. korang kenal tak si minah ni yang 4 plat tu?...
    tapi... Kenapa kadang kadang still nampak dia seorang diri tidak berteman?
  2. ada pula yang kata, we got happiness when we have many of membership. is it true? bila kita ramai kawan, teman, sahabat. lagi-lagi kalau ada yang special, istimewa dihati. Semua yang dilalui dapat dikongsi bersama, tak lah susah hati sangat bila ada yang caring dengan kita...
    tapi...kenapa kadang-kadang still nampak dia menangis seorang diri...
  3. orang ramai pula cakap, kita dapat bahagia apabila kita buat sesuatu yang kita suka,yang dapat ketenangan dan merasai kebahagia. Online, melepak dengan member, dengar lagu, main bola, pergi masak dll. Apapun yang berfaedah lah, janji dapat mengisi masa lapang yang ada.
    tapi...kenapa still dengar perkataan 'mengeluh' dari mulut mereka?
Saat semua insan tercari-cari, terfikir dimana kebahagian hakiki itu. mungkin ada yang terlupa untuk mengaitkan segalanya dengan nya - Maha pencipta langit dan bumi. Sebenarnya hakikat kita ingin mengapai kebahagian itu, satu proses yang mesti dilalu ialah ibadah. All the thing what we do, the pOint is niat in ibadah, we get the pahala. that the first step of way we want to achieve the happiness.
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk berubudiyyah padaku."      (Az-zariyat :56 ) 
Second, we have to mentioned, segala apa yang kita lakukan itu ada perhitungannya. Niat kita untuk capai kebahagiaan, namun seandainya tidak mengikut piawaian dan syarat2 untuk lulus ke medan syurga itu, apa kiranya aktiviti itu di sisi tuhan.
"sungguh kehidupan di dunia ini hanyalah Permainan dan Senda Gurau . Sedangkan negeri akhirat itu, Sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti? " (Al-An'am : 32 )
Oleh itu, kunci menggapai kebahagiaan haruslah kita ulikan dengan sebaiknya. Mari amalkan formula ini:
[Tetapkan niat + ikut syarak = terukirlah kebahagiaan]. Jangan mengeluh untuk mencapai kebahagiaan itu, kerana sudah pasti saat itu akan tiba tidak lama lagi. trust Allah every longer time . :)

Semua yang ada ini hanya pinjaman, harta kekayaan, kecerdikan yang membahagiakan itu. Malah hati ini juga miliknya , pinjaman seketika. Dan hakikat yang perlu diketahui, hidupnya hati adalah kerana Allah. Hidupnya Kebahagiaan dalam Hati itu adalah kerana Allah. Makanya, senantiasalah kita menjadi hamba yang bersyukur, agar dikurniakan rahmat yang sejahtera keatas diri dan keluarga kita.


Bahagia itu miliknya selamanya... 

2 comments:

  1. Bahagia itu bila:

    1. Tengok orang-orang yg kita sayang senyum dan kita tahu mereka bahagia.
    2. Dapat tolong orang lain pada saat kita sendiri sangat perlukan pertolongan tu.
    3.Berikan sesuatu yg paling kita sayang dan dgn ikhlas kita lepaskan/redha.

    :)

    Tapi,yg paling bahagia adalah kat akhirat nanti.khusus untuk orang-orang beriman.Sekarang ni bahagia sementara je. :')

    ReplyDelete