Saturday, September 24, 2011

angin

Bismillah...
Hari tiada angin maka panaslah kita. Maka terkial-kial lah cari kipas, aircond, atau ape2 jelah asalkan yang boleh bawa kepada sejuk. Tanya je, siapa yang suka panas? ade ke? bila panas juga mulalah orang komen tak puas hatilah, nak buat ini tak kena, itu tak kena. tak selesa pun ada juga. senang citer, tak puas hati lah.
Hakikatnya itu semua kehidupan yang harus diterima. Adakala sejuk dan ada kala panas. Tapi saya suka sangat kalau angin itu datang. Rasa sangat hati ini dibelai, diberi sentuhan hangat oleh ciptaan tuhan yang tiddak dapat dipandang secara nyata walaupun hakikatnya ianya wujud.
Angin bisakah kau dapat selamanya, menjadi penguat diri ini sentiasa. Mesti Jawab angin: eh, ikut suka hatilah nak datang ke tidak. ade time la.kalau bayar boleh la datang sokmo. (hehe)
Ish, sungguh! Kadang terfikir gak, kalau lah kena bayar angin ciptaan tuhan, kOnfem la bankrap dah, pokai laaa and mungkin habis gugur rambut nak fikir dengan bayaran, yuran atau papela.
Tapi, Allah itu Maha Adil bukan. Semua penciptaannya perfect . ye ke? hehe. Yakin la! jawab : YA
Kadang dia bagi, kadang tak. Tapi kesyukuran kita itu yang utamanya, Bila kesyukuran kita didahulukan, maka kita akan terima sahaja apa yang ada. Then, ia mengajar erti kesederhanaan yang menjamin kebahagiaan serta sifat qonaah kita. biarlah apepun, kita terima seadanya, tanpa pilih memilih, tanpa demand yang tinggi.
Jadi marilah kita menjadi hamaba yang bersyukur.

*Angin = semnagat! boleh tak disamakan? boleh kan?....boleh...! boleh! kaitkan lah. hehe . :)

nota: Mabruk alaik kepada ustzah Mardhiyah! sis Mardhiyah, seorang kakak juga ustzh yang amat gigih, familiar, dan happy go lucky. Semoga ustazah bahagia bersama insan tersayang. Panjang ceritanya dengan ustazah, walaupun satu sem sahaja sempat menjadi anak murid beliau. tapi kenangan bersama bisa dilupain dong!  Amat merindui ustazah! Bib menghitung hari untuk bertemu dengan ustazah.
inilah pengubat rindu bib : Bismillahi MaashaAllah yang menakjubkan!

1 comment: