Tuesday, June 27, 2023

Thoreq join meeting mama

Minggu ini antara minggu yang sangat padat dan penuh. Bermula dengan meeting migguan kami team postgraduate, kemudian dengan persiapan untuk program minggu hadapan yang dijadualkan sehari suntuk untuk dapatan kerja lapangan. Seperti biasa kalau meeting online kebiasaanya tidak formal dan santai sahaja tapi padat dengan perkongsian dan tips menarik yang dikongsi oleh Sv untuk kami kekal bersemangat dan tidak turun momentum meskipun mood study semuanya di tempat masing-masing. 

Dari sudut lain, saya lebih suka meeting online yang lebih santai kerana interaksi lagi mudah untuk disampaikan lagi-lagi bila kita nak berbincang memerlukan pancaran slide atau presentation online. Everyone can access the information. Untuk program minggu depan di KL hari Jumaat, bermula pukul 9 pagi dan berakhir jam 5 petang. Sehari suntuk habis kita fokuskan untuk meeting bersama pihak industri untuk dapatan kajian data dan ia amat penting untuk saya kerana akan digunakan dalam finding Chap 4 dan Chap 5.

Semenjak bertitle ibu anak 2, dan anak yang baru lahirku masih baru selesai umur "pantangnya". Tertanya-tanya nak turut serta atau tidak dengan meeting perbincangan kali ini. Setelah berfikir dan berbincang bersama suami, kata putus ya diambil dengan memikirkan kemudahan dikemudian hari. Dalam fikiran siapa nak jaga anak ni time meeting, tak mungkin untuk diuruskan keduanya kepada suami. Ya dahulu, baru fikirkan perancangan take care baby T. 

Sebelum meeting berakhir, "Habibah dan Khairina, nanti kita meeting lagi sekali last sebelum kita ke KL ya, kalau boleh setiap seorang satu bentang syarikat, esok atau khamis, boleh sahaja" Baik Dr, jawabku ringkas. Sememangnya minggu awal lagi saya dah siap-siap mencari sedikit info dari awal dan semuanya dalam fikiranku, cewah. Ni kes laki i bawa balik rumah Coffee lah pagi tu, habis semua idea dan kerajinan terserlah kerana tahap adrenaline mengallir pantas gitu. haha.

Esoknya; "Khai akak rasa, kita meeting face to face ye dengan Dr, hari khamis ni, alang-alang boleh saya hantar borang ke pusat Creim untuk kelulusan perjalanan" mesej ringkas dihantar kepada rakan seperjuangan, dan disahut baik olehnya kerana dia memang berada dekat dengan kampus dan sentiasa ke library, jadi untuk meeting di office Dr tiada sebarang kesulitan baginya. "Tapinya.... anak akak Thoreq tak boleh tinggal, kalau akak bawa janggal tak?" tanyaku pula.

Habis kami berbincang dengannya dan menurutku tiada masalah untuk saling cover line dan siap backup. Lagipun bukan ke kalau orang putih tu siap bawa anak baby je ke office, "okay sangat kak, no hal lah". Saya pula yang risau dan rasa segan betul ke nak bawa anak, menyusu badan lagi. Jenuh nak jawab ni kalau orang tanya ke apa ke, sebarang kemungkinan semua bermain dalam fikiran nak tinggal kat mana anakku ini, ada ke orang ambil baby day care di Terengganu ini? sehinggalah akhirnya sebelum meeting esok, saya tanya kepada SV.

"Salam Dr, untuk meeting esok saya Insyaallah akan hadir face to face, cuma Dr selesa dan benarkan saya bawa anak saya sekali ke meeting?" Pertanyaan ini penting untuk makluman awal dan minta kebenaran beliau kerana meeting esok sepeti biasa akan diadakan di bilik SV sahaja. "Saya okay sahaja, boleh. kita jumpa esok" balasnya ringkas. Alhamdulillah jauh dari sudut hati, antara hal yang saya syukuri adalah dikurniakan SV yang hatinya cukup besar untuk bertoleransi dengan keadaan saya yang mempunyai anak kecil seawal 2 bulan ini. 

Pagi itu, siap awal pagi untuk meeting jam 10am. Timing elok pula dah siapkan Thoreq dan sepanjang perjalanan dari rumah ke kampus adalah tempoh menyusu dengan harapan time mama meeting nanti awak lena tidur ya. Tq Diana, jadi driver k bib^^. Sesampainya saya di office, dengan langkah kanan dan bismillah aku bertawakkal kepadamu, agar semuanya dalam kawalan. 

Sebenarnya, semasa masuk office saya punyalah menyorokkan Thoreq dalam carrier baby itu kebelakang saya. Boleh bayangkan macam seludup sesuatu, ialah still jauh dari sudut hati rasa segan sebab kita juga perlu hormat, ada yang anggap bahawa office adalah sudut professional yang ada etika dan mengikut keadaannya adalah yang kurang mesra dengan kanak-kanak, saya hormat mereka yang berpendirian begitu. Jadi apa-apapun memang perlu untuk kita hati-hati.

Alhamdulillah, meeting was so good dan Thoreq pun sangat memahami. Ulik-ulik sikit dalam carrier dan bergilir menyusu senyap sahaja, tidak menangis kuat. Good boi anak mama, soleh boy ikut mama meeting dan memahami kerja mama yang sememangnya busy. Alhamdulillah, thank you sayang being so good time mama meeting. Selesai meeting untuk persiapan program kajian lapangan minggu depan, insyaallah.

Perihal ini adalah yang ku syukuri dalam jalani perjuangan menuntut ilmu PhD ini. Dikurniakan orang sekeliling yang memahami, jauh pula dari yang menyindir atau menyusahkan adalah rezeki indah. Catatan hari ini, adalah catatan ingatan saya, meeting bersama anak kecilku Thoreq seawal umurnya 2 bulan ke office. Alhamdulillah <3

Habibahsramli

Thursday, June 22, 2023

Pengalaman kelahiran anak kedua, my handsome boy Thoreq

Hari ini, hari ke 37 memasuki minggu terakhir tempoh berpantang yang lazimnya diamalkan orang melayu kita, dań saya tidak ketinggalan cuba mengamalkannya walaupun sudah banyak berbeza dan lari dari kebiasaan adat penuh yang sepatutnya. Alhamdulillah yang penting sebenarnya tempoh ini dipanggil tempoh rehat kekuatan dalaman dan fizikal setelah bertarung nyawa mengeluarkan seorang insan daripada rahim ibu yang sungguh dekat dijiwa ibu iaitu anak. 

Pengalaman indah kelahiran kedua ini saya nukilkan agar kenangan ini dapat dingati kembali serta menjadi panduan untuk mereka yang terbaca post ini dan mencari kekuatan untuk perjuangan kelahiran. Ya betul kata orang, lain anak lain cara dan pengalaman yang terjadi apabila saat kelahiran tersebut berlaku. Setiap kelahiran ini dinantikan ibu-ibu dengen peraşaan yang berdebar dan seharusnya kita cuba cari ketenangan agar perjalanan untuk menempuhi detik tersebut dalam keadaan yang tidak kalut dan sebaiknya dengan emosi yang elok. 

Begitupun, tak tipu kalau saya kata bila saat kelahiran itu habis semua tips dan pesanan hampir kita ingat-ingat lupa dek menahan kontraksi yang menjadi makanan wajib sebelum kelahiran anak. Biarpun begitu ini antara keadaan yang ibu mungkin akan hadapi sebelum kelahiran antaranya:

  1. Keluar tanda darah atau lendir darah yang menandakan bukaan di vagina kita mungkin sudah terbuka dan sedia untuk proses kelahiran sedikit demi sedikit. Ini tanda yang saya hadapi untuk kelahiran anakku kali ke-2, berserta menahan kontraksi.
  2. Kontraksi yang sangat kuat berskala masa yang dari lama kepada semakin pendek. Skala masa kesakitan itu akan datang sekejap sekajap namun pada mulanya lama dan kemudian akan berkurangan sehingga sakit tu kita tak dapat tahan lagi. If dah sakit sangat-sangat sila ke hospital terus. Mak bidan urut saya sering berpesan, kesakitan bersalin ini tanda penghapus dosa, jadi sakit sikit-sikit yang mampu bertahan lagi, selagi boleh tahan jangan ke hospital lagi. Itu cara natural untuk kita elak daripada kena tahan daripada wad walaupun sakit yang datang hanyalah sedikit sahaja. But again, trust your instint and body. Kalau reaksi instinct badan kita memberikan tanda kearah bersalin sila teruskan perjalanan anda ke hospital secepatnya untuk dapatkan rawatan. Lagi satu, daripada pengalaman sakit contraction ini dia begini, formula 30-10-5 iaitu pada mulanya sakit kemudian hilang, selang 30 minit datang pula rasa sakit contraction dan hilang, kemudian selang 10 minit dan hilang sehinggalah masa selangan kesakitan itu hanya tingal 5 minit sahaja itu tandanya kelahiran semakin jelas dan boleh terus panggil misi dan pertolongan secepatnya. Boleh download apps contraction counter & timer untuk mengira detik setiap kali contraction itu berlaku. Semoga ia membantu untuk ibu :)

  3. Rasa sakit perut yang mengeras, saya juga mengalaminya sekitar minggu-minggu akhir sebelum kelahiran. Asyik mengeras yang dirasakan sesak juga untuk kita bernafas bercampur dengan penat membawa perut lagi. Ya itulah pengorbanan ibu hamil yang setiap detiknya bila kita bersabar akan menjadi pahala buat para ibu. 
  4. Perut memulas seakan ingin membuang air besar. Ini adilah tanda kelahiran yang saya alami ketika kelahiran anak sulung saya, Syeikh Maher Hasani anak soleh aktif mama. Tengah malam saya ke tandas 3 kali tapi bila mèneran tidak ada pula keluar sisa untuk dibuang, perut keep memulas dan saya terus kejut suami dibawa ke hospital. Kelahiran ini sangat laju dengan izinnya. Jadi mommies if ada tanda seperti ini boleh terus gerak ke hospital. Throwback cerita dan klik link uituk baca kelahiran anak sulungku.
  5. Mungkin ada banyak lagi tanda lain seperti keluar air ketuban, anak kurang aktif atau naluri ibu sendiri yang merasakan kelainan, maka sila rujuk ke pakar serta merta untuk kebaikan ibu dan anak. Insyaallah. 
Kembali kepada cerita dan pengalaman kali ini, Alhamdulillah diberi peluang untuk merasai proses saat kelahiran ini jatuh pada bulan Ramadan yang mulia. It was very though dan sangat memberi kesan kepada perjalanan kerohonian kita kerana bukan saya sahaja berpuasa, malah anak mama dalam kandungan rahim ini juga turut merasai ibadah puasa. 

Sebelum itu, harus diketahui setiap ibu yang Rukhsah untuk membuka puasa adalah dibenarkan buat para ibu yang mengandung dan menyusukan anak. Agama islam tidak membebankan hambanya, dan rukhsah ini ibu boleh ambil untuk kebaikan samaada buat ibu untuk terus kekal bertenaga atau anak didalam kandungan agar cukup zat dan keperluannya dalam rahim. Penting untuk turuti nasihat Doktor atau misi yang assist ibu sekalian. Alhamdulillah, kali ini Allah beri keizinan tenaga yang berpanjangan dan kekuatan untuk terus berpuasa sepanjang tempoh sebelum kelahiran berlaku. Banyak resipi dan tips untuk terus kekal bertenanga namun kesihatan ibu dan anak adalah yang utama.

8 April 2023, 5am

Sahur pagi itu seperti biasa tetapi terasa sangat ketidakselesaan. Sudah bermula episod contraction sakit perut seperti mengeras. Sakit macam senggugut pun ya. Selesai bersahur bersama keluarga mertua pagi itu, kugagahkan untuk mandi seperti biasa sebelum menunaikan solat subuh. Suami pagi itu kebetulan bertugas untuk kuliah subuh di Masjid Padang Nanas. 

Jam 8am, kucuba untuk lelapkan mata namun setiap nak lena pasti terasa sakit itu datang. Terus saya ambil masa untuk catatkan masa contraction kedalam apps tersebut. Setiap kali sakit datang, setiap kali juga dicatat. Bagus sebenarnya, bila catat pada apps ni kemudian tentera catatan notes. Pada waktu itu, notes pertama dia tulis untuk bersedia dengan persiapan barang untuk ke hospital. Selang beberapa detik keluar notes untuk terus ke hospital dengan sagera. I was like confused sebenarnya ini sakit nak beranak atau sakit brixton contraction. But kesakitan itu menggigil sakitnya. Call my husband yang kebetulan ada urusan sekolah untuk terus balik sebab dah betul sakit dah ni. My mom in law cakap ye betul dah tu contraction but tanda lendir atau apa tanda lain waktu tak tu tiada lagi.

Jam 11am, dalam kesakitan yang dirasai sambil menahan contraction yang datang tu, i doa banyak sekiranya ini tanda benarnya untuk bersalin kau berilah petunjuk yang boleh untuk aku ke hospital, time tu bib minta sangat keluar tanda lendir ke apa ke. Husband sampai rumah, dia tanya nak pergi hospital tak? i cakap i boleh tahan lagi, padahal gigil dah kot. Kalau ingat balik kuatnya kau tahan kat rumah tu, haha. I cakap, kita tunggu sikit lagi biarpun notes dałam apps tu memang dah suggest ke hospital kot. Pukul 11 lebih, i tak tahan dengan panas nya sakitnya, saja nak mandi basahkan ambil mood balik kot2 boleh hilangkan kesakitan sekali keluar lendir berdarah. Selesaikan mana patut dan bersihkan diri sebab alhamdulillah keluar tanda lendir darah tu memang bétul nak dekat dah proses bersalin. Kelaur bilik air terus cakap kat husband, ehhhh dia pula gelabah siap-siap ajak pergi hospital dengan laju sekali. haha terhibur sis dalam kesakitan contraction ini. 

Jam 12.30 noon, on the way dalam kereta ni lah sempat buka puasa, minum air, makan roti dan husband bacakan doa selusuh dalam air yang siap-siap ready untuk ke hospital untuk kemudahan bersalin, Tq dear. Sesampai di Priba, HSNZ dan sebelum turun kereta i siap-siap mohon maaf kat husband minta halal segalanya dan doakan dipermudahkan. See you at labour room, cewah sambil usik dia sebab dia dah berdebar haha. i dalam sakit contraction tu boleh lah relaks tenang lagi. Sempat juga text kat umi, "Salam umi, k long otw ke hosp dah ni doakan". Harini, hari sabtu so hospital memang sangat lengang.

Selesai pendaftaran dengan misi yang jaga di kaunter, kita dibawa untuk ke emergency dibawah tu. Kebetulan Dr yang check ialah Dr Fatihah, tqvm assist kak bib dibawah tu sebelum dibawa ke atas. Check bukaan waktu tu dah 4-5 cm, jadi sementara tunggu nak masuk labour room (LR), kita menunggu dibawah tu. Nak selesaikan satu-satu urusan pun mengambil masa, so memang berdoa banyak untuk menenangkan saat contraction datang. Ya kalau ke hospital kerajaan beginilah, apa yang saya dapat rumuskan adalah kesabaran untuk menunggu itulah mempercepatkan kita ke LR. haha. apa tu? sebab proses nak masuk wad tu ambil masa, jadi sambil kuatkan diri dengan kesakitan contraction, sambil kawal contraction itu dengan teknik pernafasan sekaligus dengan doa. Sempat suami text kiriman doa untuk mengurangkan kesakitan dan dipermudahkan, doanya begini:
 "خفف عني الامها المخاض- Ringankan bagiku kesakitan bersalin ini. "

Ku ulangi doa kiriman masej suami berserta doa dan zikir lain seperti Doa nabi yunus itu. Saya rasa paling penting untuk kawal kesakitan semasa kita sakit contraction ini adalah dengan teknik pernafasan. Teknik pernafasan yang betul seriously dapat memberikan kelegaan sekaligus mengawal emosi kita untuk kekal tak merana sangat dengan kesakitan kontraksi itu. Sebenarnya kali ini baru saya tahu teknik tu selepas betul-betul baca, kaji dan cuba amalkan. Kalau ikutkan ramai orang pesan, teknik pernafasan ini dapat memudahkan kita daripada awal sampai saat kita nak push anak tu, hatta sebenarnya teknik ni sendiri dapat tenangkan kita sekiranya panic attack menyerang. 

Jam2.00pm, kebetulan saya berdua bersama seorang adik, sempat kami berborak sikit dan time kami untuk dibawa naik ke ward. Oleh kerana adik tersebut tiada rasa sakit hanya bukaan je buka dalam 2 cm, saya dipelawa oleh nurse untuk naik wheelchair dan memang pun i time tu dah berkobar-kobar sakit contraction. Kakak misi pesan nanti masuk atas ward tu suruh misi check bukaan ya. Sesampai je dekat tingkat atas sebelum diberikan katil kita akan dipark di satu bilik dulu biasanya untuk check bukaan. Lembut je misi tu sambut saya check bukaan dulu ya Puan, haaa dia selup time tu dah 6cm, pup pap terus dia suruh tukar baju untuk ke LR. Makan kurma habis semua bekalan tu sekali minum air yang berbaki terus ditolak ke LR. Nak call husband line pula tiada, misi yang bertugas handle inform husband untuk maklumkan kita sudah ke LR.

Secepatnya kita ditolak ke LR, memang menjadi peringatan buat misi untuk cepatkan proses tolak pesakit ke LR kerana kalau boleh ibu bersalin dalam bilik LR bukan selainnya. Sambil menahan kesakitan contraction, sambil itu kawal emosi dan berdoa sebanyaknya. Episod kelakar pun ada waktu ni, dalam cepatnya misi tolak saya ke LR, boleh pula mereka tertinggal saya punya buku pink. Sesampainya di bilik LR, maka menunggulah kita sambil berborak bersama midwife dalam tu untuk menenangkan kesakitan contraction. Yelah, pesakit sampai LR tapi umpamanya kad pengenalan sejarah semua dalam buku pink tiada. Lawak tak lawak rasa i kene tunggu buku pink sampai baru boleh nak bersalin tapi ni dah start rasa nak meneran.

Sampai je buku pink ke LR, procedurenya dia akan check kita dan saya cakap kat misi dah nak rasa nak berak ni. Midwife pun check memang betul dan 10cm. secepatnya i rasa midwife tak pasal2 dia handle dari A sampai Z. Tak sempat Dr sambut, sememangnya semua dihandle oleh 3 orang midwife itu, mereka sangat handal sempat saya tanya salah seorang daripada mereka sudah berpengalaman selama 5 tahun. Misi sempat ajar cara untuk bukaan kaki jangan kapit biar terkangkang sepenuhnya sempatlah kene mcm marah gitu awak ni nak bersalin tak sebab kaki tak buka besar2, haha. oiiii sakit ni kontraksi pastu kene macam marah gitu pastu saya sabar, tarik nafas sabar kawal keadaan balik kemudian dengan sekuatnya kekuatan cuba balik untuk teruskan, ambil nafas dan hembus sambil meneran. I request lah husband untuk masuk, dia slow talk minta maaf tak sempat nak panggil ya you dah 10cm ni boleh teran dah ni. Alhamdulillah dengan teknik pernafasan yang dingati sambil berkuat dengan tahan sakit nak bersalin, dengan 3 kali push alhamdulillah selamat anakku Thoreq dilahirkan pada jam 2.54pm dengan berat 2.65 kg. 

Subhanallah Alhamdulillah, lepaslah semua kesakitan tatkala mendengar tangisan bayi anak kecil ini dan sejurus itu misi bawakannya dalam dakapan didada mama, "Assalamualaikum warrahmatullah anakku, You did it well handsome boy Thoreq". Mama and baby bonding time. Sambil itu misi terus selesaikan apa yang patut seperti proses keluarkan uri dan jahitan dengan koyakan sedikit dibahagian vagina. Misi maklumkan yang saya susah sikit meneran kerana bayi lahir bersama dalam kepungan air ketumban yang saat akhir tu baru misi pecahkan untuk memudahkan dan pop sungguh cantik bayi ini. "Anak awok ni ade lesung pipit" misi berseloreh, Alhamdulillah ikut mama lah tu jawabku ringkas. hihi

Bayi diambil untuk proses check dan diazankan oleh my lovely husband. Selesai proses di LR, kita akan dibawa ke katil wad. Kali ini rezeki stay di wad kelas ke 3 lagi, nak request  ke kelas 1 dan 2 tak kesampaian kerana sistem HerMIs kerajaan kebetulan down. Makanya kalau nak upgrade kena bawa manual surat yang pada hari sabtu sedang bercuti tu. Saya pasrah dan redho je dan syukur wad kelas ke3 pun cukup baik dan selesa sebab tidak ramai pesakit waktu itu. Jadi layanan misi dan keadaan wad tidak sesak, Alhamdulillah. Semalaman tidur, dan esoknya dapat discharge. Anakku Thoreq demam kuning tinggi kena tahan wad sehari dahulu. 

Sempurna dan selesai satu bab kehidupan menjadi seorang wanita dalam berjuang untuk melahirkan satu nyawa yang kedua. Alhamdulillah, setinggi kesyukuran ku panjatkan dengan pinjaman kekuatan untuk menyelesaikan proses bersalin sehingga akhir di Hospital HSNZ Terengganu. Thanks team midwife Sn Rina bertiga sambut anakku dan layan saya sebaiknya ketika dalam LR. It was a very memorable experience dan syukur dipermudahkan semudahnya untuk kelahiran kedua ini.

Terima kasih semua yang mendoakan,
Habibahsramli


Monday, May 15, 2023

My Amazing 3rd Semester of PHD

Recap my amazing 3rd semester journey as a Phd student (Sept 2022- Mac 2023) . Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Here is my top 10 from my 3rd sem:


  1. Start the sem dengan mencuba pengalaman baru untuk Dj, luckily terpilih untuk selection @pesonafmofficial dan hanya sempat Live sekali sahaja dengan Kak Anis @anissurayaofficial. It was memorable experience got live dalam radio, soon Insyallah will continue the job. Since my time pack with the schedule, so take data nak commit untuk jadual bertugas sebagai DJ.
  2. Congrats Ms Ramli 🎉, wow My article published on emerald publishing for scopus, thanks my late Sv, Dr Faruk for cooperation. Actually the paper is the half part extraction from my master thesis that I have submitted for faculty. On the paper research we have elaborate little bit about crowdfunding and how the process one of crowdfunding platform which is Nusa Kaptital. Please read here: Islamic crowdfunding practices in Malaysia: a case study on Nusa Kapital.
  3. I would say, we have plan for 2nd baby and Alhamdulillah the upt test was appear into double line. Going to clinic to double check and open the pink book at 12 weeks of pregnancy. Kemudian dalam sem ini juga direzeki baby dan sem ni juga dapat offer untuk mengajar part time student degree untuk 2 subjek di fakulti.
  4. My first class was smooth, haruslah madam selfie sejurus habis kelas pertama. Kelas 3 jam, kale difikirkan memang panjang. Of course to make it fun, I always sharing to them the lecture about life, more discussion and kadang melalut juga sebab mereka ini anak muda yang bersemangat untuk belajar sesuatu. I hope they will always cemerlang dunia akhirat. I tegas but jarang nak garang sebab I nak memory belajar mereka adalah perjalanan pembelajaran kehidupan yang akan dibawa kebaikan bukan hanya pada waktu kelas ini sahaja tetapi sehingga esok hari. 
  5. Dalam kesibukan mengajar, Alhamdulillah Allah rezekikan kami ke Saudi untuk Ibadan Umrah dan ziarah keluarga. It was Maher's first time there and Alhamduillah ibadah umrah bersama Maher dan anak kecil 5 bulan salam rahim dipermudahkan Allah. So sepanjang tempoh disana, ada beberapa kali untuk kelas online serta kelas ganti. 
  6. Walaupun terasa sangat pack jadual, untuk terus attach dengan pengajian PHD, we manage to get monthly meeting or coffee session dengan team pengajian, bersama our SV Dr Shahrul @shahrulifwat dan Isteri Dr Syahirah. Actually setelah sebulan lebih masing2 busy dengan urusan, we sit and discuss about the thesis masing2, dan semestinya berborak ilmiah. 
  7. On 3rd February 2022, we had Seminar Waqaf yang dikelola oleh Aisyah, one of student master yang handle seminar perfectly. Kami banyak belajar selok belok mungkin next turn kami handle seminar pula. FGD yang diadakan di IBIS Hotel berlangsung dengan jaya sekali. Bravo team!At Kuala Lumpur, gambar memory setelah selesai focus group discussion FGD bersama team industri daripada kalangan takaful, crowdfunding expert. Well done FGD berjalan dengan lancar, Alhamdulillah. 
  8. Student having the final exam, congratulations for those pass with flying colours. 
  9. Hadir Bengkel Penerbitan Berasaskan Analisis Bibliometric anjuran FUPL. Semoga soon dapat hasilkan satu paper bibliometric ni, susah sangat tapi tak cuba tak tahukan.
  10. On 3rd Mac 2022 dapat peluang jumpe my Idol face to face Prof Datin Dr Rusni Hassan semasa Professorial Talk di Unisza. She is so motherly in person, of course I take a picture with her for memory. May Habibah Solehah become like her one fine day, Insyaallah. <3

Alhamdulillah for amazing 3rd semester yang banyak peluang dan ruang bekerja sehingga I rasa lost banyak dalam penulisan thesis. Yes, mencabar ya rupanya kerja plus belajar. Semoga Allah berkati dan continue semester 4 ini mungkin akan lebih mencabar dari segi masa, waktu. Sem ni rehat daripada tugasan mengajar part time, so boleh fokus untuk thesis dan berpantang soon, Insyallah. Yes you can do till the last Insyallah. #bibphdtrail #phdjourney

Sunday, March 19, 2023

Jom ke Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu 2023

 Sudah lama Pusat Sains Terengganu dibuka di Terengganu. Mungkin sudah hampir 2 tahun keberadaannya di Wilayah Pantai Timur untuk tarikan umum rakyat ini dan promosi kearah kepentingan dan keseronokan pendidikan sains. Bangunan besar tersergam indah yang terletak di Kg Laut Terengganu sememangnya harus dikunjungi anak-anak setiap lapisan umur dan ibubapa. Tarikan utama disini semestinya tertumpu kepada anak-anak sekolah menengah dan rendah.

Kami berkesempatan untuk meneroka setiap tingkat disini yang penuh informasi dan seronok untuk dikunjungi. Bagi mereka yang ingin mencari tempat untuk dilawati saya cadangkan tempat ini dimasukkan dalam senarai list tujuan tempat untuk dilewati selain; Pasar payang, Muzium Terengganu, Masjid Kristal atau Masjid Terapung, Noor Arfa batik atau sekitar pantai Batu Buruk.

Alhamdulillah pada minggu lalu, kami sekeluarga berkesempatan ke Pusat Sains Terengganu pada hari Sabtu. Mungkin hari minggu agak ramai pengunjung tetapi keadaan masih terkawal dan tidak padat kerana keadaannya kawasan yang begitu luas mengisi kekosngan 3 tingkat ruang untuk diterokai. 

Pelbagai galeri tujuan untuk diterokoi anak malahan kita yang dewasa juga turut teruja untuk mengikuti setiap galeri. Antara galeri disana adalah:galeri I-Wonder, galeri spark your creativity, galeri nature disaster, galeri domeshow, galeri science stage, galeri funovation, galeri stemec, galeri sci kid discover, galeri reading thinking, galeri dunia galaksi dan terbaru adalah galeri dinosour encounter. 

Bagi anak sebesar usia Maher, galeri paling lama dan berpujukan untuk keluar adalah galeri scu kid discovery kerana galeri ini menyediakan ruang hiburan kanak-kanak dalaman yang menarik untuk bermain sepuasnya sambil belajar. Taman yang luas ini sangat sesuai untuk menghabiskan tenaga mereka kesana-kesini dan penting dapat kuatkan otot fizikal mereka panjat gelongsor serta melompat di ruangan besar. Disini diwajibkan untuk memakai stokin untuk kebersihan dan keselamatan ibu bapa haruslah memantau sebaiknya anak-anak. 

Seronok ke biasa? bagi saya sangat harus dilewati sekiranya anda kunjungi ke Terengganu. Jangan lepaskan masa luangkan masa bersama anak-anak untuk terokai dunia sains dan inovasi dalam dunia nyata. Disini juga disediakan pakej pilihan untuk ibubapa mengadakan party birthday untuk anak-anak dengan harga yang berpatutan. 

Kemudahan awam, kedai runcit, ruang solat, ruang duduk juga disediakan di setiap kawasan. Harga tiket kesini juga berpatutan antara Rm 30-50 mengikut pakej yang dipilih. Macam kami, Rm50 untuk pakej bayaran 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Anak bawah 3 tahun mendapat akses percuma untuk masuk ke kawasan ini. Saya juga perasan, kalau mereka yang mengikuti rombongan bersama sekolah mendapat harga yang istimewa mengikut pakej yang ada. 

Untuk maklumat lanjut boleh terus akses ke pautan ini untuk info lanjut: https://pskt.terengganu.gov.my/.

Satu gambar depan PSKT

Dengan replika Dinosour

Dinosor lagi

merasai pemanasan global

gegaran gemba bumi, semua block jatuh

jangan langgar, kena hati hati gerakkan ring tu

play area for kids

tekup tangan hehe

play area with kids

one photo before leaving

art area

space gallery





Love, Habibah



Friday, March 17, 2023

Review: Nipoh Beach Cottage

 Tahun 2023, bagi cuti sekolah jatuh pada bulan Februari dan Mac, biasanya kami akan plan untuk pergi bercuti dan berjalan bersama keluarga. Namun disebabkan jadual yang sangat pack dengan kerja dan tugasan kerjaya, tidak dapat pergi jauh sekadar berjalan didalam Terengganu sahaja.

Destinasi cuti kali ini, kami pergi staycation di dalam negeri Terengganu sahaja, perjalanan memakan masa dalam 2 jam lebih untuk sampai daripada Kuala Terengganu ke Kijal, Kemaman. Tempat tujuan kami iaitu Nipoh Beach Cottage.

Nipoh Cottage Beach adalah destinasi baru yang diusahakan anak muda Terengganu yang mengenengahkan konsep kediaman hotel ala-ala di bali dengan landskap yang indah serta cottage berkonsepkan keaslian di tepi sungai dan seberang jauh sedikit terdapat pantai untuk bersiar. 



View tepi bilik


Kami check-in pada pukul 3 petang pada hari khamis sedang ada jamuan di tengah kawasan lobby, gayanya mungkin jamuan ringkas para ibu pesara. Terus kami check-in di bilik dan rehat sebentar.

Jam 5 petang, Maher dah tak sabar dan bersiap untuk terjun ke kolam yang dari awal menjadi tarikan utaman tujuan ke sini. Bersiap bersama baju renang dan pelampung maka terus terjun ke dalam kolam. Disini terdapat dua kolam iaitu kolam kanak-kanak dan kolam dewasa. Ayahnya semestinya melayan anak terus terjun ke dalam kolam, Maher lagi lah enjoy. 

Bermandi di kolam


Bib terasa ingin mencari sesuatu untuk santapan di petang hari. Bib dan mak mertua serta adik ipar bergerak ke hujung pantai dengan kereta di Pantai Kijal. Kira-kira dalam 7 minit memandu ke hujung kawasan Pantai Kijal ini sememangnya kawasan kunjungan orang ramai, serta terdapat corner kiosk makanan dan kedai makan. Kami singgah membeli mee goreng, pisang goreng untuk makan petang bersama dan pulang. Aktiviti petang haruslah semua terjun ke dalam kolam, bermandi manda serta buat aktivit bermain bola dalam air. 

Oleh kerana tempat ini sedikit privasi dan jauh dari kedai makan, maka kami keluar kawasan mencari kedai tepi jalan utama untuk makan malam. Kami singgah di salah satu kedai makan orang kampung kira -kira 10 minit dari Nipoh  Beach Cottage.

Pulang malam dan bersiar sebentar di kawasan lobby cottage yang terbuka untuk menikmati keindahan cahaya di malam hari dengan cahaya purnama bulan purnama. Subhannallah cantik sungguh malam itu. Kami pulang ke bilik dan berehat. 



Suasana di malam hari


Keadaan bilik sangat convenient dengan disediakan kipas dan aircond pengahawa dingin, katil double, bilik air beserta pemanas air, set kerusi dan penyangkut tuala. Di beranda pula ada dua kerusi kayu untuk santai. Untuk mereka yang nak tilam extra boleh tambah dengan bayaran rm30. Pakej bilik ini hadir dengan pakej makan pagi yang disediakan oleh pihak cottage.

Pagi keesokannya kami menikmati makan pagi ala-ala kampung kijal disediakan makanan bungkus antaranya; nasi lemak, mee, roti canai dan kueh mueh. Jadi kita boleh pilih sendiri untuk nikmati makanan yang disediakan dan semuanya enak, alhamdulillah. 

Selesai makan pagi, kami menyewa basikal dengan harga rm10 untuk 1 jam. Aktiviti sebegini jarang berlaku, jadi pagi itu kami penuhkan masa dengan pusing kampung Kijal di persisiran pantai sambil menikmati pemandangan indah kampung. Kebetulan hujan sebentar dan kami park di pondok sambil menunngu hujan reda dan teruskan perjalanan ke hujung kampung. Hari ini hari jumaat, jadi mungkin orang kampung berehat kalau tidak mesti penuh pakcik kampung jual ikan.

Bersiar di kawasan kampung, sungguh indah :)

Sambung mandi sebelum check-out pulang



Balik ke cottage semula, dan kami habiskan masa bermandi di kolam. Percutian kali ini sangat tenang dan seronok walaupun semalaman sahaja. Cukup untuk berehat dan bercuti daripada kerja yang tiada kesudahan. Apa yang penting masa yang ada kita penuhkan dengan sesuatu yang menggamit memori untuk seisi keluarga. Alhamdulillah. <3

Untuk mereka yang bercadang ke Nipoh Beach Cottage Bib sangat rekemen dan cadangkan. Suasana yang cantik, indah dan tenang. Kolam renang pun sangat bersih kerana saya sendiri tanya salah seorang pekerja mereka yang kolam mereka sememangnya dibersihkan setiap hari. Disini juga disediakan khidmat kayak disewa mengelilingi sungai yang ada. Terdapat juga pakej BBQ, pakej untuk hari keluarga dan pakej sewaan tempat untuk perkahwinan. 

Untuk keterangan lanjut boleh terus hubungi dan book melalui nombor contact ini:0142924547. Save no ini dan boleh lihat catalog di ruangan aplikasi wasap bisnes mereka. Kadar harga yang ditawarkan adalah sekitar Rm200-250 untuk setiap bilik beserta pakej makan pagi untuk 2 orang mengikut pilihan hari weekend atau weekdays. 

Alhamdulillah<3, pengalaman indah 2 hari 1 malam disini. Semoga Allah merahmati dan memberkati Insyaallah.




Thursday, March 16, 2023

Hatyai Thailand 2022

Trip ke Hatyai akhir tahun 2022 ini adalah trip last minit kami, untuk mengembara ke utara Malaysia. Setelah dua tahun tidak menggunakan passport, inilah masanya setelah pergerakan dibernarkan, Alhamdulillah. 

Hari Pertama,

Perjalanan jauh kami sekitar 6 jam bergerak dari Kuala Terengganu menuju ke Kedah, tempat tujuan untuk memasuki negara jiran Thailand melalui border Bukit Kayu Hitam Imigresen, juga dikenali Dannok Thailand.

Sesampai sudah 9 malam namun sempat sebelum border tutup pukul 10 malam. Line clear untuk cop passport di kastam Malaysia dan Thailand, kemudian daftarkan kereta dengan sediakan dokumen geran yang lengkap. Mungkin sudah agak lewat atau kereta berkurangan malam itu, keadaan smooth dan mudah sahaja.

Tempat pertama persinggahan adalah kedai handphone untuk beli simkad. Nak merasalah teknologi advance 5G mereka, dengan harga 150bhat unlimited internet.
Sedar2 tengok jam di phone dan tolak satu jam, bermakna malam masih muda satu jam bila tiba disini. Dari pukul 11 jadi pukul 10 malam.

Terasa penat tapi confuse bila jam lewat mata tak leh tidur lagi, teruskan perjlanan dalam satu jam lagi, dan kami tiba di Hatyai untuk overnight satu malam. Alhamdulillah, what a long journey, rest dulu esok kita jalan-jalan.

Hari kedua,

tujuan kita ke Krabi, kita mulakan perjalanan selepas selesai breakfast. Perjalanan jauh ya 4 jam, boleh rehat dalam perjalanan dalam van ala ala vvip ni sementara untuk tiba di tempat tujuan.

Di pertengahan perjalanan driver van minta izin untuk solat jumaat katanya dah hampir 2 kali terlepas jumaat membawa pelancong dari Malaysia, jadi kami singgah di Masjid Ban Huailuk untuk kelangsungan kaum lelaki untuk selesaikan solat Jumaat biarpun ada rukhsoh ketika musafir.

Sampai di Krabi, menuju ke Aonang Elephant Santuary Krabi. Kali ni kami pilih jungle tracking with elephant 🐘 dalam 30 minit dengan harga 700 bhat seorang. Makhluk Allah yang besar ini sesuai dengan sifatnya yang gagah dan kuat, patutlah zaman dulu digunakan sebagai alat pengangkutan mengangkat hasil hutan seperti balak dan batu. Teruja merasai pengalaman mengikut tracking dalam hutan yang berbukit ternyata haiwan sebesar ini sungguh bijak dalam langkahnya di hutan tebal. Subhannallah, maher pun happy 😃.

Sebelum hari berkahir, tujuan pengembaraan hari kedua adalah ke Khao Thong Hill dengan harga tiket 70bhat seorang. Disini kami dapat melihat pemandangan senja yang indah dan panorama cantik sambil sempat menikmati croissant dan air coklat yang best dengan harga 40bhat, murah sangat air dia kalau convert dengan Malaysia. Semua nak banding takboleh lah kan, jadi kita nikmati je apa yang ada.

Last, dah sampai hotel check in di Avasea Hotel, haruslah jalan malam sempat merasa pancake coklat dan pulut mangga yang viral ternyata sedap dan enak. Alhamdulillah 😘

Hari ketiga,

kita berada di Krabi antara tempat popular menjadi tumpuan pelancong dari pelbagai negara. Hari ini jadual penuh dan padat untuk melakukan aktiviti outdoor iaitu menjelajah pulau-pulau Krabi atau island hopping.

Perjalanan Speed boat bawa ke Phi Phi Island lebih kurang 1 jam, dan dapat ke beberapa tempat menarik antaranya Maya Bay, Phileh Lagoon dan pantai. Tengok pada gambar dan video pun saya rasa cukup cantik dan memukau pemandangan setiap tempat yang mereka pergi. Namun, hajat dihati untuk turut serta menjelajah tidak kesampaian kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan walaupun dah semangat pagi tu nak join trip ke pulau ni.

Balik hotel, of course nikmati dulu latte thai yang panas dan sempat join online meeting kerja sebelum kita tour bandar Krabi.

I would say, Krabi is safe untuk travel secara sendiri atau solo. Bandar yang bersih, serta selamat kerana sekali sekala polis round ada untuk keselamatan lagi lagi tempat tumpuan pelancong sebegini. Cuci mata dulu tengok baju, cenderahati, mug, dll sebab driver kami dah bagi tahu esok sebelum pulang kita akan singgah kedai muslim yang jual cenderahati, jadi ke mana lagi kita patut berbelanja melainkan untuk kemaslahatan ekonomi orang islam kita, tak dapat tolong banyak sikit pun takpa.

Leisure sangat masa pun lama sementara tunggu trip family balik dari pulau tu, so sempat juga singgah manicure dan foot massage alang-alang celup perkasam biar sampai ke pangkal lengan dapat ber “me time”kata orang tanpa anak dan suami. hihi ✌️

Tak sedar rupanya jauh juga perjalanan dari hotel pusing bandar ni, dapat walking distance dalam 4.5km lebih, jadi sempat kita singgah di Kiosk Rohani, tour guide yang arrange speed boat tu dan terus lagi sampai ke Masjid Krabi. Kat depan masjid ni lah spot banyak makanan halal yang sedap dan enak sekali. Ada pancake yang viral tu, ayam goreng krispy sedap, kerabu maggi, kebab dan lain lain.

Hari dah petang, sementara tunggu mereka pulang, saya bungkus pancake banana coklat untuk dirasa berdekatan ruangan meja depan hotel. Hari yang jarang leisure seperti itu, nikmat apa yang kamu dustakan. Alhamdulillah ❤️

Hari keempat,

we are back to Hatyai for food hunting and shopping.
Tempat yang dituju:
1. Restaurant Khok Sak, lunch tomyam+ikan siakap 3rasa+ telur dadar with 650bhat. Murah sangat and semestinya sedap!
2. Masjid Besar Songkhla, design ala ala taj mahal. Sangat cantik dan indah pemandangan tapi kami dapat info, masjid inilah paling popular kaum lelaki untuk tujuan orang Malaysia berkahwin 2,3 or 4. opsssss, awas! terus sis sambarkan jelingan maut kepada si dia 👀. hehe lepastu si dia boleh sengih2, ada nak kena ni…
3. Klonghae Floating Market. Tak lengkaplah kalau tak jejak kaki kesini, tapi tak sangka penuh sungguh orang ramai memenuhi ruang untuk food hunting. Terlalu padat, kira ambil suasana je, dan sempat beli air kelapa dalam buluh tu je. Sedap dan murah, lepas tu tak sanggup nak sesak, kami pulang lepas cukup syarat. Dalam ramai dan jauh-jauh nilah boleh jumpe my junior @wanfatinnajwa dan suaminya iman, kat Malaysia tak terserempak pula hihi.
5. Last kami ke Asian Night Bazar. Shopping apa? Layan borong jersey lah bila sampai sini. Kebetulankan world cup, my hubby haruslah borong untuk koleksi peribadi dia. Semuanya berquality dan murah. Kemudian kami pulang ke hotel, dan esoknya pulang ke Malaysia melalui border rantau panjang di Kelantan. Perjalanan lebih jimat dan dekat ke Terengganu.

Alhamdulillah:) Trip ke Thailand 🇹🇭 yang indah bersama keluarga mertua. Semoga Allah beri kesempatan untuk bermusafir lagi nanti. Insyallah ❤️