Sunday, June 30, 2013



ohh rezeki kalau diizinkan Allah.
mahu ke palestin. insyAallah :)

Saturday, June 29, 2013

mahu itu


satu :mahu balik
dua :mahu rasakan raya disini,welll
tiga :tapi semua org balik kot 
empat :takpe, boleh rasa bnyak kerinduan
lima :besttttt, semua org kumpul
enam :haha,jgn bikin jeles , oke =.=
tujuh :time to kumpul duit raye,banayk2 lagi tu.
lapan :errr, dah besar *tak jeles pon* :P
sembilan :takbir raye, snap pic,lemang,ketupat,rendang....

sepuluh :bla lah.blah laaaaaaaaaaaaaaa. 



Friday, June 28, 2013

49:13

warna -warni itu pasti cantik. kata orang sepeti pelangi macam-macam warna ada. 
dulu-dulu, mengikut sains warna yang ada di pelangi ada tujuh kesemuanya.
tapi...
ade je orang kata warna pelangi tak cantik.
sebab apa? sebab banyak sangat warna, so serabut dan berlapis-lapis.
iyalah kita semua tak sama, 
ada kala apa yang kita rasa cantik tu pada kita tapi tak cantik pun pada dia.
dia pula, katanya itu cantik tapi berbeza pula dengan kita.
ohh, beragam-ragam manusia ini.

" Wahai manusia! sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dab bersuku-suku agar kamu saling mengenali. Sesunggunya yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling betakwa. Sesunguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha teliti. "
(Al-hujurat:13)

Wednesday, June 26, 2013

39:35


aku sebagai hambamu, 
ampunkanlah aku, 
terimalah taubatku,
sesungguhnya engkau pengampun dosa.

berikanlah aku kesempatan waktu,
aku ingin kembali,
meski tidak layak sujud padamu,
dan sungguh tak layak.

ampunkan aku.

"Agar Allah menghapuskan perbuatan mereka yang paling buruk
yang pernah mereka lakukan dan
memberi pahala kepada mereka dengan yang lebih baik 
daripada apa yang mereka kerjakan. "
(Az-zumar:35)

Allahyarhamah ukhti sumayyah

Jumaat . sabtu . ahad . isnin . selasa .

5 hari sudah berlalu, semuanya sudah selesai. biarpun dirimuku tidakku kenali secara face to face, tapi cukuplah apabila seisi dunia mekhabar cerita 1001 satu yang banyak perlu diambil ikhtibar. Bermula kisah penghijrahanmu, juga kisah kebaikanmu, kisah kesopanan pada ibubapamu, kisah happy go luckymu hinggakan kisah syahadah yang basah dibbibirmu tika sakaratulmaut itu. Cukup berbekas dihati ini.

Moga Allah kumpulkan kamu bersama insan2 soleh di syurga dan moga kita dapat bertemu disana. Doakan kami sahabatmu di bumi ini pula untuk terus berjuang dan hidup dengan ikhlasnya. InsyaAlalh

Saturday, June 15, 2013

Kayu berat penimbang itu amat sukar untuk tidak adil,
tapi seringkali manusia yang menghelahkan ia,
tiada pernah terdetik dihati untuk memberatkan sidia,
org yang aku sayangi juga sanjungi.

Ayahbonda,
maafkan anakanda kala diri ini banyak menyusahkan diri kalian.
banyak kerenah dan perangai.
moga, syurga balasanya atas kebaikan kamu. 
:( ,LOV3 

dalam hati

"KEINGINAN TERBESAR SETIAP WANITA"

Keinginan terbesar bagi setiap Wanita adalah menjadi seorang isteri yang baik bagi suaminya. Yang pada akhirnya akan membawanya menjadi seorang Ibu dari anak-anaknya.

Itulah salah satu alasan bagi setiap wanita mengapa ia begitu merindukan apa yang disebutnya sebagai "PERNIKAHAN".

Merindukan seorang lelaki yang benar-benar punya komitmen yang jelas untuk menjadi Imamnya.

Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk memujinya.

Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk merayunya.

Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk memacarinya.

Dan ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk mempermainkan hati dan perasaannya.

Akan tetapi,
Ia sangat merindukan sosok seorang pemimpin yang mau menuntunnya menjadi seorang Wanita yang bisa membawanya untuk menyempurnakan ibadahnya.

Yang mampu menjadikan dirinya menjadi seorang Wanita mulia di hadapan Rabbnya.

Yang mampu menjadikan dirinya menjadi seorang Wanita yang mengabdi kepada imamnya.

Karena ia yakin bahwa itulah jalan yang akan membawanya menuju Ridha-Nya.


copy and paste ^^ dr sahabatku , farhah

Friday, June 14, 2013


oh, cinta itu sangat cemerlang. Ada orang kata tak cukup dengan itu , kalau gemilang biasanya akan disambung cemerlang, gemilang dan terbilang. berhempas pulas untuk menggapainya, biar susah sekejap. tapi the next pasti bahagia :)

Wednesday, June 12, 2013

yasmin dan ibu

Jalan itu sungguh sesak. Keramaian manusia berpusat di situ setiap hujung minggu tidak asing lagi buat warga kota. Kata orang, semakin larut malam semakin hangat kawasan itu dibanjiri rakyat-rakyat yang punya arah tuju tersendiri. Tiada sesiapa yang boleh menghitung setiap apa yang dirancang setiap individu, ternyata waktu yang tuhan anugerahkan 24 jam tidak pernah lari daripada sunnatullahnya yang menjadi ketetapan saban hari.

Dari jauh, kelihatan seorang gadis muda disebalik mentol kekuningan itu yang menjadi sumber cahaya dikala malam kian larut, dek anak bulan yang sipi-sipi sahaja memantulkan cahaya ke bumi. Awal bulan lagi rupanya, berkira-kira kerana  Yasmin teringat akan bondanya dirumah yang menjamu hidangan berbuka puasa sempena 1 shaaban.

Terkesan dengan pendidikan ibu, Yasmin tidak pernah abaikan setiap pelanggan yang datang bertandang untuk menilik satu persatu helaian gantungan tudung ala-ala ariyani itu. Ayat ibu sentiasa bermain diminda Yasmin, bila terpandang pelanggan datang ke kedai kecil  milik tuan mereka itu , ibu pasti berkira sebaik mungkin pada mereka yang kemungkinan untuk allah susuan ada rezeki dan mungkin juga belum tiba rezeki untuk kita. Dulu ibu yang selalu menjaga, tetapi sekarang semenjak keadaan tidak mengizinkan Yasminlah yang merelakan untuk menggantikan kerja itu.

Kelibat demi kelibat itu jugakah mengajar erti kesabaran dan kesungguhan untuk melayani kerenah manusia yang berbilang ini. Sudah menjadi kebiasaan, bila orang bertandang senyum dan beradablah yang mesti dipersembahkan supaya bibit pertemuan diakhiri dengan salah satu jual beli yang diredhoi antara kedua belah pihak.

ibu, terima kasih sudi jadi suri tauladan buat Yasmin. Yasmin titipkan doa buat ibu semoga diberi kekuatan selalu dan dipermudahkan setiap urusan. Malam itu Yasmin pulang dengan rezki yang diberi allah sambil menjinjing buah tembikai untuk dijamu bersamu bersama ibu untuk keesokan hari.

Benarlah, kemenangan hati itu pengikat untuk kemenangan seterusnya, kerana pengorbanan adalah faktor penting untuk kita terus kekal berjaya.

tergeleng dan teragguk

Bib, betul ke ni???

Soalan terpacul itu pasti dek kerna meragui akan itu, sangsi dan tertanya-tanya kerana ianya terlalu rumit untuk aku rungkaikan satu persatu kepada semua. bukan senang untuk aku terus  dan tidak mudah untuk aku lepaskan ia selepas mendapatkannya. Teryata, ketenangan itu datang silih berganti, moga kebahagiaan menyelinap sanubari ini.

tapi, kenapa bib???

ohh, jangan dipaksa tentang apa yang kita susah untuk lalui. tepuk dada tanya sendiri hati ini. pandangan orang lain sering twice dengan apa yang kita fikirkan. kadang kita boleh memahami, dan kadang dugaan ketidakfahaman itu datang menunjukkan keterbatsan yang kita ada.

Jambatan ukhwah itu cinta,
dulu aku terkira-kira berapa meter jambatan itu,
sekali lalu rasa macam pendek,
adakala panjang pula,
dan tanpa penah jemu itulah aku kehulur-kehilir,
menghempas tenaga untuk kita bersama,
dan nyata...
memori indah itu masih terukir indah dilangit kebiruan itu,
kemeriahan sang burung itu memberi kicauan hakiki,
merangka kemanisan indah bersama.

duhai teman,
saksikanlah titian jambatan itu,
yang dulu menjadi hangatan tatkala tangan kita bersemi,
untuk selangkah kehadapan,
dan tika itu jugalah tangan kita berpaut bersama dibahu,
mengiringi barisan hingga ke penghujungnya,
kerana kita bersama,
iaitu ke syurga ilahi.



Monday, June 10, 2013

satu kata hati yang kita perlu dengari agar tidak tersasar jauh. percayalah,hati itu bergetar saat ia gelisah akan kesonsangan yang ada. humm
berjalan itu kadang perlu bersendirian.
melihat dan memerhati.
agar kemanisan itu kita puas tanpa batasan yang lain.
oh tuhan, moga kau pelihara aku seadannya.

permulaan, bismillah 

Saturday, June 8, 2013

Bahu jalan

Aku mamai baru celik mate petang itu, saki baki mengantuk pun ade lagi . Nak sambung tak dah kot,sebab waktu senja hampir ke maghrib ni almaklumlah memang tak elok nak tido .

10 minit kemudian ,Tiba-tiba...

Pedal kereta terpakse ditekan dan menyebabkan kelajuan kereta pacuan empat roda itu semakin slow . "Kenapa pulak ni? " desus hati . Aku mencari-cari ape kehalnya yang telah mencuri kefokusan pemandu . Rupanya, ditengah highway ,kiri kanan padang pasir,ketika mana waktu matahari terbenam itu,terdapat sebuah bus .yang menarik bukanlah bus itu,tapi penumpangnya yang beramai-ramai sedang menunaikan solat berjamaah maghrib di tepi bahu jalan itu .

Ini bukanlah kali pertama aku melihat scene begini berlaku,acap kali travel waktu maghrib aku akan lihat inilah yang terjadi. Frontier ,gmc, ford, hyundai dll akan berhenti tepi jalan kemudian menunaikan kewajian rukun islam ke2 itu . Bahkan bukan sahaja yang berjubah putih malah turut ada yang berjubah hitam.

Ini yang buat aku rindu saudi. The end .

Friday, June 7, 2013

Dust

Habuk,debu,pasir-pasir kecil memang tak dapat nak dipisahkan dengan negara saudi .

Begitulah kehidupan,tidak semua perkara yang kita rancangkan akan berjalan smoothly lancarnya ,adkalanya habuk,debu,pasir2 kecil inilah yang memberi nilai pada kehidupan kita .

Jadi,terimalah ia seadaanya ^^

Tuesday, June 4, 2013

Lalala trying

Ini post trying update blog using blogger in android. Just onlline using phone , tulis2 ,post and publish it  .

Oke ^^ ini pic bersama Qistina ,Muaz dan Imtiaz  . Fluent sangat dyeorg cakap english  , cubit baru taw   coomell.hehe.

Umrah 30.5

Hujung minggu lalu berjaya menghabiskan masa dirumah allah kaabbah makkah almukarramah  . Alhamdulillah  perjalanan selama 15 jam itu even penat tetap dirasakan amat dan sangat berbaloi.

Kesyukuran dipanjatkan tatkala tersergam indah rumah allah di depan mata .tiada kalimah lain melainkan toyyibah semua  . Syukur  . Moga umrah ini sampai kepadanya  ^^ .