Sunday, January 29, 2012

dunia : tanggungan hutang itu beban

"Harus bagi kita menjauhi dari krisis hutang lebih-lebih lagi menjadi sebahagian dariNYA "
-Prof Dr Nazari , Pensyarah UM-

Pagi tadi sempat menghadiri satu ceramah mengenai Krisis kewangan di Dewan IKIP. Dah cuti-cuti macam ni, for sure apa sahaja prog ke, seminar ke, mesti saya nak pergi. Oh tuhan, hanya engkau yang tahu tahap kebosonan+keboringan bila sudah bertapa dirumah lama. sampai tahap, mesti puas juga, samalah kalau dengan law of utility, semakin kita banyak mencapai sesuatu, semakin meningkatlah kepuasan . okey, sesiion macroeconomics kejap sekali sekala. heheee

Mungkin sedikit perkongsian apa yang saya dapat dalam talk dye yang tak sampai setengahhari pun,dicampur dengan kelilipan mataku,(eh tipu!). sebab kalau dah cakap pasal ekonomi, mata saya memang susah nak tutup dan senang2 ia nak terbuka luas .^^


Apa pendapat korang tetang 2 photo diatas?

Sedar atau tidak, sebenarnya krisis ekonomi di negara maju seperti Amerika, Greece, Jepun, Thailand amat serius. Mereka mengalami krisis ini sepanjang zaman. Akibatnya, rakyat menderita,tiada tempat tinggal,dipecat,dan tiadaa makanan. haru habis dijajah pemikiran ekonomi riba.Pertama kali tengok slide tu, rasa ragu-ragu nak percaya. tapi inilah hakikat yang terpampar di dada akhbar tahun lalu. latest date 2011.

Ada juga sesetengah mereka terpaksa menganggur ditepi jalanan biarpun sudah ada Phd dgn 3 document research, just want get a work to have a food. Bagi yang student to be, mereka pun tak fikir untuk continue study because of this situation. Sementelah pula, biarpun kelahiran ramai cendiakawan bijak pandai, namun krisis ekonomi masih tidak berjaya dirungkai untuk diselesaikan.

Sesungguhnya apa yang mengancam dunia seantero kini krisis ekonomi. Akibat sikap hutang yang terus menerus diamalkan bukan pada dasar syara' telah menjadi badi dalam kerakusan sistem hari ini. Biarpun kita tidak nampak secara zahir, tapi sebenarnya hutang dari tahun ke tahun setiap nagara pasti pada peratusan meningkat berdasarkan GDP negara masing tidak terkecuali Malaysia sekalipun.

Sistem dunia mahupun sistem perbankan kini, amalam hutang pemiutang terus menjadi dasar dalam meng'create money.Akibat dari krisis perbankan juga krisis matawang yang konsisten ini, pasaran negara merudum dan akhirnya mendapat title 'muflis'. Bermula daripada individu sehinggalah sektor perniagaan semuanya menjurus kearah muflis.

Kenapa krisis sebegini terjadi?
Sebenarnya kerana the way of life yang jauh tersimpang dari Islam dan sistem kewangan itu tersendiri yang masih berada dalam konkongan RIBA. Bahang riba yang dulu tidak terasa, kini dengan cepat terus membara.

“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat) , sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Rabbnya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka;
 mereka kekal di dalamnya.” 
(Al-Baqarah: 275)

Jadi, what should we do untuk keluar dari konkongan masalah krisis ekonomi ini. Namun bukanlah senang untuk kita keluar dari konkongan masalah yang telah lamanya tunas dalam sistem kini. Mungkin juhud dan semangat kita yang perlu tinggi untuk tidak menyokong mana institusi yang mengasaskan "hutang itu". eh, hutang tu sebanarnya : SCARED WORD.
muahhahhahaaa. dan semestinya jauh diri dari riba! Ayuh ubah diri dengan kurangkan berhutang dan beralih ke institusi koperasi , baitulmal or etc.

 Nampak gambar diatas?
sebenarnya itulah kita kalau kita berhutang(riba).

Bermanfaat juga pergi seminar kali ini. Dalam kereta sumpah berdebar! masing2 duk pikir hutang2 yang ada pada diri yang hakikatnya tak lari dari kehidupan. Moga Allah permudahkan segala-galanya dan menjauhkan diri dari sifat suka berhutang walaupun sedikit. dah hutang, cepat2 kita langsaikan. 

Yuk,jangan biarkan hidup kita diselebungi HUTANG! hehehe .

nota 1: Seharian berjalan dengan kereta. drive drift sebab lame tak drive. tapi ingat, jangan lupa pakai tali keladar! hehe.

nota 2: Moga2 segala ilmu yang dapat hari ni dapat dimanfaatkan. Thnx to kuantanians frends: makteh, mia, adilah, pahah, kak lah, anis afi, dikmai, cikkam, shidi, n fifi. 
said:pandai u pujuk i suruh datang seminar ni! ceit, mengader2!='=

nota 3: then ramai2 pergi melawat kawan sekelas, Irshadi. goch it, he trying to remeber me n call me the right name! ni siapa? tanyaku ringkas . jawabnya: Habibah!
esok mungkin shadi akan buat operation pada bahagian tengkuk dia. ada ketumbuhan yang sudah 40% yang mesti dibuang secepat mungkin. Doakan kesejahteraan dan keselamatan.

nota 4 : Al-fatihah buar Arwah adik zubir. junior form 1 saya di SMskl sewaktu saya form 5 dulu. serius, tengok gambar baru dapt cam rupa dia. Moga ditempat dikalangan orang-orang beriman.

haha. dah, banyaknye cakap. lepas ni nak gi rumah dila. nak hantar lattop yang dah berzaman dah expired virus! haha. habesla toshiba kaw ni bib! ^^ Wassalam.

may Allah  protect us,
Habib sleeha

1 comment: