Si anak kecil itu tersipu duduk di tikar sejadah sambil mengangkat tangan doa memohan pertolongan dari yang maha Esa. Lantas si ibu yang memandang dari balik pintu itu tersenyum manis. Sebaris gigi yang terpampar sebentar itu jelas membuktikan keriangan dan kegembiraan melihat anak itu masih kekal disitu. Biarpun bacaan tidak betul, bukanlah itu yang menjadi ukuran utama.
Lantas si ibu menghampiri si anak...
Anakku,
jadilah kamu insan yang akan membahagiakan manusia.
meskipun dimana sahaja kamu berada.
meskipun kamu berhadapan dengan segala bagai manusia.
ketahuilah mereka sangat berguna buatmu.
ketahuilah keberkatan juga ada padanya.
ketahuilah setiap perlakuanmu yang menggembirakan hatinya , itu pahala.
jadilah insan yang memberi sebanyaknya.
robohkan tembok keegoanmu.
cantaskan perasaan sombongmu.
hiasilah sulam ukhwah ikatan dengan sahabatmu sebaiknya.
garaplah mereka sebaris denganmu.
moga kau bahagia...
(amin)
________________________* hah! mOod exam,
datanglahhhhhh :"/
No comments:
Post a Comment