Sunday, January 29, 2012

dunia : tanggungan hutang itu beban

"Harus bagi kita menjauhi dari krisis hutang lebih-lebih lagi menjadi sebahagian dariNYA "
-Prof Dr Nazari , Pensyarah UM-

Pagi tadi sempat menghadiri satu ceramah mengenai Krisis kewangan di Dewan IKIP. Dah cuti-cuti macam ni, for sure apa sahaja prog ke, seminar ke, mesti saya nak pergi. Oh tuhan, hanya engkau yang tahu tahap kebosonan+keboringan bila sudah bertapa dirumah lama. sampai tahap, mesti puas juga, samalah kalau dengan law of utility, semakin kita banyak mencapai sesuatu, semakin meningkatlah kepuasan . okey, sesiion macroeconomics kejap sekali sekala. heheee

Mungkin sedikit perkongsian apa yang saya dapat dalam talk dye yang tak sampai setengahhari pun,dicampur dengan kelilipan mataku,(eh tipu!). sebab kalau dah cakap pasal ekonomi, mata saya memang susah nak tutup dan senang2 ia nak terbuka luas .^^


Apa pendapat korang tetang 2 photo diatas?

Sedar atau tidak, sebenarnya krisis ekonomi di negara maju seperti Amerika, Greece, Jepun, Thailand amat serius. Mereka mengalami krisis ini sepanjang zaman. Akibatnya, rakyat menderita,tiada tempat tinggal,dipecat,dan tiadaa makanan. haru habis dijajah pemikiran ekonomi riba.Pertama kali tengok slide tu, rasa ragu-ragu nak percaya. tapi inilah hakikat yang terpampar di dada akhbar tahun lalu. latest date 2011.

Ada juga sesetengah mereka terpaksa menganggur ditepi jalanan biarpun sudah ada Phd dgn 3 document research, just want get a work to have a food. Bagi yang student to be, mereka pun tak fikir untuk continue study because of this situation. Sementelah pula, biarpun kelahiran ramai cendiakawan bijak pandai, namun krisis ekonomi masih tidak berjaya dirungkai untuk diselesaikan.

Sesungguhnya apa yang mengancam dunia seantero kini krisis ekonomi. Akibat sikap hutang yang terus menerus diamalkan bukan pada dasar syara' telah menjadi badi dalam kerakusan sistem hari ini. Biarpun kita tidak nampak secara zahir, tapi sebenarnya hutang dari tahun ke tahun setiap nagara pasti pada peratusan meningkat berdasarkan GDP negara masing tidak terkecuali Malaysia sekalipun.

Sistem dunia mahupun sistem perbankan kini, amalam hutang pemiutang terus menjadi dasar dalam meng'create money.Akibat dari krisis perbankan juga krisis matawang yang konsisten ini, pasaran negara merudum dan akhirnya mendapat title 'muflis'. Bermula daripada individu sehinggalah sektor perniagaan semuanya menjurus kearah muflis.

Kenapa krisis sebegini terjadi?
Sebenarnya kerana the way of life yang jauh tersimpang dari Islam dan sistem kewangan itu tersendiri yang masih berada dalam konkongan RIBA. Bahang riba yang dulu tidak terasa, kini dengan cepat terus membara.

“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat) , sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Rabbnya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka;
 mereka kekal di dalamnya.” 
(Al-Baqarah: 275)

Jadi, what should we do untuk keluar dari konkongan masalah krisis ekonomi ini. Namun bukanlah senang untuk kita keluar dari konkongan masalah yang telah lamanya tunas dalam sistem kini. Mungkin juhud dan semangat kita yang perlu tinggi untuk tidak menyokong mana institusi yang mengasaskan "hutang itu". eh, hutang tu sebanarnya : SCARED WORD.
muahhahhahaaa. dan semestinya jauh diri dari riba! Ayuh ubah diri dengan kurangkan berhutang dan beralih ke institusi koperasi , baitulmal or etc.

 Nampak gambar diatas?
sebenarnya itulah kita kalau kita berhutang(riba).

Bermanfaat juga pergi seminar kali ini. Dalam kereta sumpah berdebar! masing2 duk pikir hutang2 yang ada pada diri yang hakikatnya tak lari dari kehidupan. Moga Allah permudahkan segala-galanya dan menjauhkan diri dari sifat suka berhutang walaupun sedikit. dah hutang, cepat2 kita langsaikan. 

Yuk,jangan biarkan hidup kita diselebungi HUTANG! hehehe .

nota 1: Seharian berjalan dengan kereta. drive drift sebab lame tak drive. tapi ingat, jangan lupa pakai tali keladar! hehe.

nota 2: Moga2 segala ilmu yang dapat hari ni dapat dimanfaatkan. Thnx to kuantanians frends: makteh, mia, adilah, pahah, kak lah, anis afi, dikmai, cikkam, shidi, n fifi. 
said:pandai u pujuk i suruh datang seminar ni! ceit, mengader2!='=

nota 3: then ramai2 pergi melawat kawan sekelas, Irshadi. goch it, he trying to remeber me n call me the right name! ni siapa? tanyaku ringkas . jawabnya: Habibah!
esok mungkin shadi akan buat operation pada bahagian tengkuk dia. ada ketumbuhan yang sudah 40% yang mesti dibuang secepat mungkin. Doakan kesejahteraan dan keselamatan.

nota 4 : Al-fatihah buar Arwah adik zubir. junior form 1 saya di SMskl sewaktu saya form 5 dulu. serius, tengok gambar baru dapt cam rupa dia. Moga ditempat dikalangan orang-orang beriman.

haha. dah, banyaknye cakap. lepas ni nak gi rumah dila. nak hantar lattop yang dah berzaman dah expired virus! haha. habesla toshiba kaw ni bib! ^^ Wassalam.

may Allah  protect us,
Habib sleeha

Thursday, January 26, 2012

mimpi NYA

Ternyata beliau seorang insan yang kuat agamanya yang dapat mimpi itu. mimpi bertemu Rasullullah. Bertuah insan ini yang dapat melihat wajah suci nabi ,seorang insan yang kita semua kagumi. Rasul kita,Nabi Muhammad S.A.W.


Ini kali kedua saya mendengar secara official orang yang dapat mimpi bertemu dengan nabi. Kali pertama, ketika aku join kem pengawas di Sekayu,Terengganu. Cikgu A B dengan bersungguh menceritakan pengalaman beliau dapat bertemu dengan nabi.


Kali ini pula, di homepage FB saya dah ramai orang share "posted about Muhammad " - Mimpi Dr haron din jumpa nabi . aku terus tekan play , dan sebaiknya aku mendengar ceramah beliau. sungguh sayu. ceritanya dalam mimpi itu, sungguh lembut kaki Rasulullah. Subhanallah. 


"indahnya melihat seorang insan sesempurna manusia. Mukanya Amat menarik,bauan nya sungguh wangi "


Jika ditanya,
aku juga menginginkan mimpi bertemu nabi,
seorang insan penegak agama ini.
Namun,
aku tahu itu.

Ya Allah, 
Ampunilah dosaku . . .

Wednesday, January 25, 2012

end of sem 3

aku menakup kertas retest axam itu. Lantas berlari keluar dari dewan besar gedabak itu, mengekori sahabat yang lain ke laman depan singgahsana itu. 
aku tahu semua kegembiraan tak terkata dapat mengahabiskan paper hari ini. 
ditambah pula dengan ....


opppssss >>>>>>>>


we got baucher 4 keping not rm50 (dapat juga)...


sekian cuti * best*



Sunday, January 15, 2012

k-fiqh


Selesai untuk pendaftaran ke k-fiqh. saya berkira-kira moga majlis ilmu sebegini mendapat perhatian dari hatiku. tak sangka ianya juga sama dengan kawan-kawan sekuliah saya.
DOne my register, siap sudah tempah bas, siap juga pendaftaran, selepas susah senang dengan Mia dapat sign kebenaran kertas kerja dr pihak kolej untuk dapat bas dalam ekspedisi rombongan kami. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan segalanya. cuma sekarang tempat penginapan masih dalam status 'non rigid' .

Ini sedikit objektif:
  • mendedahkan masyarakat pada asas umum ilmu agama berwasatiyyah dalam setiap perkara.
  • memberikan garis panduan asas dan menyeluruh dalam beragama.
  • meningkatkan kesedaran masyarakat dalam memahami konsep syariah islamiah
tapi sory, siapa yang berminat dan ingin berdaftar. sebabnya permohonan pendaftaran dah ditutup. seat penuh sudah. saya pun tak sangka prog sebegini mendapat perhatian lebih . Alhamdulillah, satu kemenangan awal bg pihak pengurusan dalam proses menarik minat peserta. saya Amat bangga dengan mereka! tabik hormattt .... ***** hehe

__________________________________

nanti sesiapa yang pergi, kita jumpa disana ya. boleh share2 kan?
tambah kenalan,juga erat silaturrahim. ^________^

may Allah protect us,
habib sleeha.


pensil itu



"Enough bib! sudah, cukup. yakin je jawapan tu betul " 
saya bermonolg sendirian sambil meletakkan pensil itu ke tepi, 
tanda aku sudah melangkah ke alam tawakkal. ='=

Tinggal beberapa hari lagi sem 3 saya akan berakhir. Cuma tinggal satu paper lagi untuk aku perjuangkan untuk menghabis semester 3 kali ini,huh. cepatlah! 
cepatlah habis naik bukit,
cepatlah habis nak bungkus2 nasi,
cepatlah habis bersesak kat dalam surau,
cepatlah habis penat-penat naik tangga (82),
cepatlah habis kena tunggu bas,
cepatlah habis kena tahan dengan warden,
cepatlah habis bawak benda *haram masuk asrama, 
*haram: barang denda lah . jgn salah anggap!

hehe. semua itu kenangan. dalam akhir2 nak habis final ni, semacam perangai yang timbul yang terserlah sangat. ahaaaahhh. malas tu tak yah cakap lah,dan berapa kali 'kena' dinasihatkan secara officially dengan umi.

untuk imtihan terakhir ni, buat elok2 ye semua,
kita sama-sama berusaha k?
tak susah kalau kita usaha. semalam sempat dengan live interview nik madihah dekat ikim,
satu formula kejayaan :
usaha tanpa tawakkal = sombong
tawakkal tanpa usaha = lupa diri 
mungkin,
banyak yang kita lupa untuk buat seharian.terkadang terlebih, terkadang kita terlupa hak yang sepatutnya kita berikan kepada kawan-kawn kita. Bukan senang nak jaga hati setiap insan. *teringat: time iron baju pagi td, iron panas sgt. then terkena dekat hujung tudung  anis. sorry anis . nnti sy ganti baru tudung awak. :)*


may Allah protect us,
habib sleeha.


Friday, January 13, 2012

no title -juz to releaseeeeeeeeee my saaatty-


saya suka awak kucing! cumill la awak *__*

saya nak maen bulu awak! cantik la! lembut!

T_T


Thursday, January 12, 2012

"da aa wa"


fuh...
selesai menjawab paper fiqh dakwah,
setelah selasai menggoreng segala acuan dan aduan yang dirasakan enak untuk disajikan. sekali pandang memang susah soalan nya ='= . 
Tawakkal menjadi bahan akhir sebelom kertas ujian kali ini diambil oleh pemeriksa dewan.
goreng sahaja jawapannya, kerna diriku bukanlah insan yang pick up daln mengahafal.
ntahlah susahhhhh... *sebab mkn maggi bnyk kot *

Keluar dewan dengan segala bagai perasaan.agaknya dekan lagi ke sem ni? boleh ke scOre sem ni? bertubi-tubi persoalan yang timbul di benak fikiran. Padahal baru tadi ustaz dah bagitahu soalan memang susah pun, jawab pun gune fikrah sendiri, yang penting pengolahan ayat yang patut betul pun dah kira oke kot. 50-50 je nyawa markah ni.

kaedah menyampaikan dan mengajar sebelum menghitung seseorang. blur sangat nak jawab soalan ini,sekadar yang termampu saya menggoreng setiap idea yang muncul di benak fikiran. Biasalah, seringkali mengahadapi kesusahan dalam mengajak orang ke arah kebaikan, mungkin nampak senang. tapi hakikatnya tanpa teknik dan cara yang betul pun tak boleh juga.

___________________
ready for the next paper ; fiqh muamalat and
 arabic language(subj plg x suke this sem T_T)
ummm='=
Ya allah ya muhaimin,
permudahkan stp urusan!

Tuesday, January 10, 2012

*hati*


Orang beriman selalu punya cara tersendiri untuk menjaga hatinya.
Meskipun hatinya sering pedih menahan setiap dugaan yang bertubi-tubi.
Saat mendapat musibah air matanya menitis,
tetapi yakinilah apa yang dibrikan Allah adalah yang terbaik buat dirinya.
Fizikalnya mungkin lemah,fikirannya penat,fikarannya runsing ,
namun tidak HATI nya,
yang terus yakin apabila diuji itu adalah tanda 
bahawasanya Allah menyayangi dirinya.

___________________________________
*hati, kuatlah kamu . teruslah berdiri teguh !

Monday, January 9, 2012

901

"ooooo, begini konspirasi mereka berakhir rupanya " hati kecilku bermonolog. 


Rahsia Yb Anuar dan En saiful hanya mereka yang tahu. Tidaklah saya orang yang mengambil berat setiap perbicaraan mereka. Namun setakat memerhati dan mendengar sahaja berita2 itu pun saya merasa ada yang tak kena dengan keterangan pendakwa.terus melihat dan memerhati. Dan akhirnya terjwab sudah. 


Tahniah buat papa (Yb anuar). May Allah bless us. Keputusan mahkamah yang membebaskan Yb dari tubuhan liwat dan kesalahan itu terjawab akhirnya. Saya hanya ingin tahu pengakhirannya, dan tekaan saya betul kali ini. Bingo T_T.


Apapun, semangat jiwa berjuang itu yang ingin dicontohi. bersabar dan terus bersabar. Selepas tengok video yOutube media rakyat about keluarga mereka, saya dapat simpulkan semestinya ujian sebegini sebegini dapat mengukuhkan lagi kebergantungan yb kepada Allah.


Hakikatnya inilah hakikat politik! ada kitaran masing2. kadang dibawah, dan kadang diatas. kitaran yang tak pernah terlepas.kiranya, macam publisiti lah. Namun yang pasti, akhirnya yang benar pasti diatas.InsyAllah. seorang kakak berpesan pada saya :
"jika kamu menolong agama Allah, pasti Allah menolong agamamu."

Rupanya ada demo kat KL,mana saya tahu ='=. tapi kawan saya pergi! hebatnya+semangatnya.
Macam2 yang terjadi pada tragedi 901. 


___________________________
esok(10.1) paper:
mathematical Economics!
doakan saya semua ^___^

Friday, January 6, 2012

terlalu istewa


Si anak kecil itu tersipu duduk di tikar sejadah  sambil mengangkat tangan doa memohan pertolongan dari yang maha Esa. Lantas si ibu yang memandang dari balik pintu itu tersenyum manis. Sebaris gigi yang terpampar sebentar itu jelas membuktikan keriangan dan kegembiraan melihat anak itu masih kekal disitu. Biarpun bacaan tidak betul, bukanlah itu yang menjadi ukuran utama.


Lantas si ibu menghampiri si anak...
Anakku,
jadilah kamu insan yang akan membahagiakan manusia.
meskipun dimana sahaja kamu berada.
meskipun kamu berhadapan dengan segala bagai manusia.
ketahuilah mereka sangat berguna buatmu.
ketahuilah keberkatan juga ada padanya.
ketahuilah setiap perlakuanmu yang menggembirakan hatinya , itu pahala.
jadilah insan yang memberi sebanyaknya.
robohkan tembok keegoanmu.
cantaskan perasaan sombongmu.
hiasilah sulam ukhwah ikatan dengan sahabatmu sebaiknya.
garaplah mereka sebaris denganmu.
moga kau bahagia...

(amin)
________________________
* hah!  mOod exam,
datanglahhhhhh :"/





Tuesday, January 3, 2012

aspirasi


*MAHASISWA MUMTAZ ASPIRASI UMMAH*

"Tika antum semua berada disini, lihatlah berapa ramai orang yang sedang hanyut di luar sana. malam yang menjadi tumpuan orang ramai bergembira sakan."
-akh azmi-

Kehinangan malam itu sungguh terasa. Malam yang menjadi perhatian orang ramai, malam yang menjadi kebanggaan orang ramai, malam mereka2 bergembira, malam yang dihiasi dengan warna-warni, malam yang cukup cerah dengan letupan bunga-bungaan api,  dan malam disaat semua mengira countdown menyambutnya. Juga malam yang terukir senyuman semestinya.


Saya membelek2 fb kawan, ternyata gambar sambutan tahun baru kali ini special buat mereka. tangan senang je nak tengok kegembiraan sambutan mereka. sememangnya penuh keriangan yang terpancar melalui gambar tersebut. Lihat dan terus mencari kesimpulan. hehe. tengok2 cumil lah jugak gambar bunga api. Ish, memang la cumilll, namanya bunga api. mestila cantik :)


1.1.2012
saya punya satu cita-cita dan azam:) tak banyak , cuma satu. tapi satu nilah yang mancabar sangat.
segan nak share disini >< tapi , kena barani bukan?


Saya punya cita-cita tak susah. sekadar ingin intabih pada waktu. WAKTU gergasi itu. sering pelik dengan masa, selalu sangat cepat.cepat.dan cepat. nak kejar pun takdek lah sampai peluh2. saya juga punya cita mahu menjadi insan yang *tak lambat lagi sembahyang subuh! teettttttt T_T.


macam mana nak bangun awal? ngehh...ade oarang tanya soalan tu. tapi shhhhhh! tak mau jawab! sedeih! tapi lately dapat tips : selepas bangun tido, after baca doa, baca ayat terakhir surah al-qadr. InsyaAllah.
berkesan atau tidak, mari kita cuba :) 


ya! memang kan? dah lah sekarang dah sejuk2 je. bangun2 pula hanya Allah yang tahu, beratnye mata nak bangun. tadek2! nak jugak! azam! dan cita-cita!


jangan menyerah dan terus cuba. dah besar panjang. amanah 20 itu sangat banyak. habes sem ini dah sem last :) b4 pergi sana... banyak persediaan yang perlu digarap lagi.


__________________________


*8.1 start exam final . doakan saya semua :)