Friday, October 28, 2011

done

Alhamdulillah! bahagia di malam hari. kawan2 semua dah tido. tapi saya? ahaaaa tersengih sorang2.
yes, akhirnya... dah siap assingment, pulun2 akhirnya dapat siapkan.
tinggal esok nak submit tepat jam 9 a.m. je :)
moga2 ustzh syahida terima kerja kami dengan seadanya. bukan senang buat kerja last minit ni. 
ade tips dan cara nya. ahaaa, tak penting tips semua itu, yang penting setting kita. 
aku tahu, agak tak disiplin kan? haha.. tapi kena la pandai2 buat bijak, susun2 then siap la , hehe.
Thnx berjuta2 kat my group: mak teh, dik mai, zun2, n dila !! hehe... 

maka! siap! mahu tido! alhamdulillah!

Thursday, October 27, 2011

moga kau selamat, sahabatku!

26/10/2011 , 10.15 pm

Sedang bertungkus lumus menyiapkan assignment maliah amah di saat akhir!
Teringin juga menulis sesuatu di laman blog penulisan lakaran kehidupan ini.

Sesuatu yang aku tidak pernah jangkakan , namun siapakah kita hanya insan biasa tidak lari dari takdir dan penentuan walaupun sesaat berada dibumi ini.
Petang tadi aku pergi melawat dia. Dia yang kaku terbaring di atas katil dalam bilik bersuhu dingin itu. Tampak wajahnya sungguh lain dari sediakala. Sudah 2 hari dia disana tiada kerdipan mata apatah lagi gerak geri badan seharian. Sungguh satu demi satu katil aku lalui dan akhirnya di penghujung wad itu, bilik khas aku melihat dia disana. Sebak bercampur baur pilu perasaan dihati, tiada kalimah lagi yang terkeluar dibibir, tidak terkata melihat dia dengan bermacam macam jenis wayar terlilit dikawasan kepalanya. sarat  dengan mesin-mesin bantuan kawalan itu.

Takdir tuhan dalam sekelip mata sahaja, baru rasanya aku diacah oleh gelagat dia yang sungguh familiar sebagai seorang ketua kelas. Rasanya baru semalam dia mengacau kami, banat2. Tapi hari ini, tiada lagi senda gurauan ketua kelas ini. Kelas  maliah amah petang semalam bersama us syahida amat sunyi sepi dan hambar. Terkejut besar tatkala berita itu sampai dicorong telingaku, sungguh aku tidak percaya dan amat sukar untuk mempercayai berita sebegini. Berita irshadi kemalangan terbabas sendiri kerana tayar motornya meletup dan kemudiaannya terlanggar divider jalan. Kepala dia yang teruk, ada pendarahan di otak, mungkin akibat hentakan kuat antara kepalanya dengan divider jalan tersebut.

Petang tadi aku berjumpa bonda dan ayahanda dia. Yang Sentiasa berada di depan area icu itu, bergilir-gilir menjaga anaknya, ibu mana yang tidak sebak melihat anaknya yang terkaku terbaring sebegitu di atas katil ? ingat pesannya ibunya, banyakkan solat hajat untuk irshadi,,,dan sewaktu ingin mengundur diri, bersalaman, dan saat itulah paling menyepikan. Salam dan pelukan demi pelukan antara kami bersembilan (zunah, kakak mira, sofro, makteh, anisafi, farhah, mizah , munni ,aku )dan ibunya pada petang itu. Dapat kulihat setitis demi titis airmata kehibaan dan kesedihan ibunya, namun cepat2 dilap dengan tisu putih itu. cerita ibunya lagi , ada empat kemungkinan utk dia, 1.sembuh sepenuhnya 2.kekal koma 3.sedar tapi hilang ingatan 4.-na'uzubillah. apa2 sahaja boleh berlaku.

Sesungguhnya, petang tadi amat hiba untuk kuhadapi, melihat insan seperjuangan berjuang dengan nyawanya sendiri. Moga dia dan keluarga terus tabah menhadapi ujian allah ini.
Syadi! U must strong! As well as u are the strengthen compare to the other guys yang lain! Moga kau terus sembuh dan pulih secepatnya. Aminnn .

kenangan di alaf, prog hPA! 


Wednesday, October 26, 2011

Tuesday, October 25, 2011

fokus

hari-hari aku tahu kerja itu tidak akan siap,
kerana tidak pernah fokus untuk siapkan assignment tersebut!

oleh itu, FOKUS!  fokus! yeah, malam ini dah siap 45%...
due date : 28/10/2011 , 9 a.m.
ahaaaa~ pasti siap! dan harus siapkan :)

nota kaki: hari ini dapat tahu irsyadi ( ketua kelas yang berwibawa) excident. sekarang di icu ! ohh :'(.
moga kamu cepat2 sehat!!!!!~

Wednesday, October 19, 2011

pagi

mulakan hidup zikir harian & bacaan quran 

Monday, October 17, 2011

kupon diskaun

.Tetiba teringin buka folder gambar  ini.

 Suatu petang itu, kami bersama ramai2 ke ecm.
menikmati hidangan di restoran rasamas bersama sama.
siapa sangka berukhwah itu susah dan tidak best?
Malah lebih dari itu, kebersamaan itu sebenar mengajar erti perhubungan.
Sungguh aku sayang kamu semua!
kuang2! berkenyangan di sana :)



yummy2! hehe

Saturday, October 15, 2011

4 tahun


4 Tahun  akan kugapainya,
dengan izinnya cemerlang itu hak umum.

Ku berangan untuk membaling topi petak itu dengan gembiranya. berangan yang masih menjadi penantian dan penantian buat jangka masa yang matang. bukan masa itu yang matang, tetapi diriku yang matang, matang dalam mengemudi kehidupan yang penuh pancaroba, dugaan yang datang silih berganti ini.

Selesai pulang dari majlis konvokesyen sebentar tadi, sudah mula pasang niat nak pakai jubag konvo itu. Bukan apa, cuma tidak sabar lagi untuk aku menggelarkan diriku ini matang. Satu proses yang panjang dan lama untuk mencapai target matang itu. matang dalam ilmu kehidupan,matang dengan dakwah, matang dengan tanggungjawab, matang dengan sakhsiah diri, matang dengan akademik, juga matang dalam kerohanian and sume lah kalau boleh.Biarlah target itu lama, agar aku bisa menyusun keluk diri ini dengan sebaik-baiknya. 

Tawaran pesyarah saya tadi  untuk mencuba jubah konvo itu aku tolaknya dulu.Belum tiba masanya lagi, masih kenak-anak sudah bernagan! kan2?. tak payah mimpi disiang hari la. Malam pun belum tentu dapat kita jangkakan. namun, di sudut hati kecil ini, biarlah hasrat niat itu kubukukan di sini. Saksinya gambar balingan topi kat atas tu cukuplah sekadar hiasan. hiasan, namun penantian yang mengajar seribu satu erti kesabaran dan kesungguhan. nak dapat main baling2 topi tu, kenalah belajar dulu . 

*sakinah dah sampai di rumah, tapi tak jumpa lgi dia.
* bufday abg mie, (abbas), moga terus menjadi anak yang soleh,
dapat berbakti pada umi dab walid.

Friday, October 14, 2011

abang haya'

salam alaik...

abang haya'! tajuk hari ini berkisar seorang abang. Bila masa pula saya ade abang kan? abang mana ni? abang tiri?abang angkat?abang sepupu ke? tiada lah! gelaran semata-mata "abang itu", hakikatnya cuma saudara seislam yang dikenali tak sampai sebulan baru.

tak payah intabieh sangat dekat words abang tu. tapi nak diceritakan the next word itu : "abang HAYA'". what is haya'? u knOw that? tahu kan? haya' adalah satu perasaan yang memungkinkan diri kita merasakan rendah dihadapan orang lain. senang bahasa kitab kuningnye, malu lah. Malu yang Allah campakkan ke dalam jiwa manusia untuk merasakan betapa rendahnya diri nak dibandingkan dengan kekuasaan tuhan Yang maha besar lagi maha mengetahui.

Hari ini saya pergi lagi ke gerai usang beliau di hadapan flat tak jauh dari kawasan asrama saya. Titik peluh beliau mencari rezki tiap2 hari itulah yang menjadikan perut saya kenyang. Adakalanya saya akan pergi juga kesitu memandangkan penawaran harga yang diberikan jauh lebih murah berbanding makanan2 yang dijual di cafe bawah.Inilah economist namenya, always thinking yang murah+banyak=jimat jawapannya.

Bangga melihat sikap abang ini, sungguh haya' , malu dan sopan tatacara peribadinya. Bukan senang mahu mencari@menjumpai lelaki sebegini perangainya. Bukan tidak jumpa, tapi mungkin jarang. Nisbahnya 5:1 kot. Malunya itu kadang membuat aku yang perangai lok lak malu. gone tu? yelah, bila kita perempuan mesti lah seiring dengan sifat malu dalam apa jua aspek. Tak kisah dalam apa2 jua keadaan juga kan? Namun kadang kita kehilangan sifat malu itu. Mutakhir ini, banyak cerita-ceritu yang mengisarkan remaja perempuan tersasar dinodai. itulah,inilah... mungkinkan penyebab utama perkara sebegini berlaku kerana nipisnya sifat malu dalam diri itu?

Tertanya-tanya mengapa tiada malu dalam diri itu?hakikatnya, Perasaan halus inilah yang  perlu disuntik kedalam jiwa manusia lebih2 lagi kepada insan yang bergelar perempuan.Yang mempunyai harta juga perlu dijaga serta diamati dengan jalan syarak agar akhirnya redha illahi itu menjadi jaminan untuk mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat. Abang malu itu sungguh memantulkan perasaan serba salah pada diriku ini. Manakan mungkin seorang perempuan loss in haya' nya! juhud2!... kembalikan sifat haya' dalm diri. cOme on!

MALU ^-^
Malu juga mahu mengatakan aku merindui kamu*


Tuesday, October 11, 2011

hebat

Bukan mudah menjadi insan hebat. Setiap insan pasti menyimpan perasaan untuk menjadi seorang yang hebat di mata sesiapa jua, di mata kawan, sahabat, ibubapa, pensyarah, makcik jual nasi lemak, kakak library, makcik cleaner surau, penjual roti, sesiapa sahaja. Mesti rasa ingin kita dilihat hebat, dilihat mampu untuk melakukan sesuatu yang boleh meyakinkan kredibiliti diri kita. Hatta saya juga ingin, mustahil saya tak nak!
Tapi kenapa?
Sesuatu yang kita lakukan biarlah ade niatnya yang tersendiri. Bukan mahu menunjukkan ke'belagakkan' diri. Namun yakikanlah bahawasanya ISLAM yang sebenarnya ingin melihat kamu hebat, diri ini hebat dari apa jua sudut yang akhirnya mempositifkan diri serta dapat menyucikan diri dari kekosongan jiwa yang melampau.
Begitupun, sedarlah hebat kita biarlah hebat di mata pandang Allah. Sebaik-baik penilai yang mengadili keikhlasan hati untuk menjadi hebat itu. Jangan kata diri tidak mampu jikalau tidak pernah mencuba untuk menjadi hebat. Hebat dalam perdebatan, percakapan, perbincangan ilimiah, kelas2 kuliah juga tutor harian.
Pasti ada kehebatan yang tersembunyi dalam jiwa seseorang itu. Rahsianya kita perlu juhud! ahaaa, macam push ayat nyer, tapi benarlah, Usaha yang tinggi yang perlu diperjuangkan.

"Menjadi hebat untuk melihat betapa tingginya iSlam "

hari-hari dalam hidupku,
moga terus thabit pada jalan illahi,
terlalu banyak perkara yang mendatang,
ajari aku erti menilai setiap kejadian itu...

Sunday, October 2, 2011

312

salam alaik...

Diriku di rumah, di bilik 312, bersama roomatesku yang ramai balik rumah. Weekend disini,pertama kali bermingguan disini, kondo yang tersergam indah di kawasan ini. ahaaa, tak payah nak perasan, flat je pun. Pelik bermingguan disini di rumah ke-2 ini, biasanya aku hanya balik rumah. balik rumah dengan misi yang utama, mendobi baju2 berjumpa sekalian adek2 yang ramai,penyeri hidup even sayalah insan yang selalu mengusik adek2 dan menyebabkan mereka menangis...

Semalam menghabiskan waktu di mall, ahaaa enjoy saje! jalan2 with sahabatku, got news fren, Ipah, si kecik yang cumil dan raggi. thanx to yana yang menjadi advisor utama dalam pemilihan spectacles baru ini. Sudah berhari menahan sakit mata akibat effection lens itu! huh-^-. bakal merindui lens itu! even saya tahu, terpaksa meninggalkan kamu lens coklatku! see u the next,after my eye become sihat, sehat walafiat sepenuhnya. Ada masa kita jumpa lagi,aku pasti merindui untuk hidup dengan kamu, yang banyak mengajar erti kesabaran. Wada' al-lens :D

2 Hari yang menagajr aku untuk berada di bilek, menagajr aku erti bosan, tapi change 180 when pandai manage masa yang semestinya banyak2 sgt. nanti saya share kan apa yang menjadi tontonan di awal pagi tadi! sungguh bermakna.


selamat bertonton! :)