Tuesday, October 11, 2011

hebat

Bukan mudah menjadi insan hebat. Setiap insan pasti menyimpan perasaan untuk menjadi seorang yang hebat di mata sesiapa jua, di mata kawan, sahabat, ibubapa, pensyarah, makcik jual nasi lemak, kakak library, makcik cleaner surau, penjual roti, sesiapa sahaja. Mesti rasa ingin kita dilihat hebat, dilihat mampu untuk melakukan sesuatu yang boleh meyakinkan kredibiliti diri kita. Hatta saya juga ingin, mustahil saya tak nak!
Tapi kenapa?
Sesuatu yang kita lakukan biarlah ade niatnya yang tersendiri. Bukan mahu menunjukkan ke'belagakkan' diri. Namun yakikanlah bahawasanya ISLAM yang sebenarnya ingin melihat kamu hebat, diri ini hebat dari apa jua sudut yang akhirnya mempositifkan diri serta dapat menyucikan diri dari kekosongan jiwa yang melampau.
Begitupun, sedarlah hebat kita biarlah hebat di mata pandang Allah. Sebaik-baik penilai yang mengadili keikhlasan hati untuk menjadi hebat itu. Jangan kata diri tidak mampu jikalau tidak pernah mencuba untuk menjadi hebat. Hebat dalam perdebatan, percakapan, perbincangan ilimiah, kelas2 kuliah juga tutor harian.
Pasti ada kehebatan yang tersembunyi dalam jiwa seseorang itu. Rahsianya kita perlu juhud! ahaaa, macam push ayat nyer, tapi benarlah, Usaha yang tinggi yang perlu diperjuangkan.

"Menjadi hebat untuk melihat betapa tingginya iSlam "

hari-hari dalam hidupku,
moga terus thabit pada jalan illahi,
terlalu banyak perkara yang mendatang,
ajari aku erti menilai setiap kejadian itu...

3 comments:

  1. hebat!!!!
    i want to be the 'hebat' person...
    i'Allah... islam will be back to be 'hebat' in the world

    ReplyDelete
  2. juhud, asal kalimah jahada = bersungguh2!.semangat
    :)
    eleyh, akak ni, sje je tnye kan??? hehe,,lalalaaa

    ReplyDelete