Thursday, October 27, 2011

moga kau selamat, sahabatku!

26/10/2011 , 10.15 pm

Sedang bertungkus lumus menyiapkan assignment maliah amah di saat akhir!
Teringin juga menulis sesuatu di laman blog penulisan lakaran kehidupan ini.

Sesuatu yang aku tidak pernah jangkakan , namun siapakah kita hanya insan biasa tidak lari dari takdir dan penentuan walaupun sesaat berada dibumi ini.
Petang tadi aku pergi melawat dia. Dia yang kaku terbaring di atas katil dalam bilik bersuhu dingin itu. Tampak wajahnya sungguh lain dari sediakala. Sudah 2 hari dia disana tiada kerdipan mata apatah lagi gerak geri badan seharian. Sungguh satu demi satu katil aku lalui dan akhirnya di penghujung wad itu, bilik khas aku melihat dia disana. Sebak bercampur baur pilu perasaan dihati, tiada kalimah lagi yang terkeluar dibibir, tidak terkata melihat dia dengan bermacam macam jenis wayar terlilit dikawasan kepalanya. sarat  dengan mesin-mesin bantuan kawalan itu.

Takdir tuhan dalam sekelip mata sahaja, baru rasanya aku diacah oleh gelagat dia yang sungguh familiar sebagai seorang ketua kelas. Rasanya baru semalam dia mengacau kami, banat2. Tapi hari ini, tiada lagi senda gurauan ketua kelas ini. Kelas  maliah amah petang semalam bersama us syahida amat sunyi sepi dan hambar. Terkejut besar tatkala berita itu sampai dicorong telingaku, sungguh aku tidak percaya dan amat sukar untuk mempercayai berita sebegini. Berita irshadi kemalangan terbabas sendiri kerana tayar motornya meletup dan kemudiaannya terlanggar divider jalan. Kepala dia yang teruk, ada pendarahan di otak, mungkin akibat hentakan kuat antara kepalanya dengan divider jalan tersebut.

Petang tadi aku berjumpa bonda dan ayahanda dia. Yang Sentiasa berada di depan area icu itu, bergilir-gilir menjaga anaknya, ibu mana yang tidak sebak melihat anaknya yang terkaku terbaring sebegitu di atas katil ? ingat pesannya ibunya, banyakkan solat hajat untuk irshadi,,,dan sewaktu ingin mengundur diri, bersalaman, dan saat itulah paling menyepikan. Salam dan pelukan demi pelukan antara kami bersembilan (zunah, kakak mira, sofro, makteh, anisafi, farhah, mizah , munni ,aku )dan ibunya pada petang itu. Dapat kulihat setitis demi titis airmata kehibaan dan kesedihan ibunya, namun cepat2 dilap dengan tisu putih itu. cerita ibunya lagi , ada empat kemungkinan utk dia, 1.sembuh sepenuhnya 2.kekal koma 3.sedar tapi hilang ingatan 4.-na'uzubillah. apa2 sahaja boleh berlaku.

Sesungguhnya, petang tadi amat hiba untuk kuhadapi, melihat insan seperjuangan berjuang dengan nyawanya sendiri. Moga dia dan keluarga terus tabah menhadapi ujian allah ini.
Syadi! U must strong! As well as u are the strengthen compare to the other guys yang lain! Moga kau terus sembuh dan pulih secepatnya. Aminnn .

kenangan di alaf, prog hPA! 


1 comment: