27 Rejab 1432 H = 29 Jun 2011 = Rabu
sedikit share di laman blog kwn2 yang saya baca td,
PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ
Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.
Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj
Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).
Monday, June 27, 2011
Thursday, June 23, 2011
dunia > mati
Ya Allah pelihara diri ini daripada penyakit2 itu.
Thabitlah hati ini pada jalanmu.
Tiadalah tempat pergantungan melainkan kepada-mu
yang maha mendengar lagi maha mengetahui.
mari dengar lagu - HAMBAMU!
Wednesday, June 22, 2011
puncak kebahagian
perjalanan yang masih jauh...
Kebahagian adalah syurga impian yang dirindukan setiap insan. Sesuatu yang dicari tak kisah sesiapapun kita. Tua ,muda, kaya, miskin, semuanya tercari-cari dimanakah kebahagian kita dimuka bumi ini. Yang pasti kebahagiaan yang akan menyenangkan hati jiwa kita.
Namun dimanakah hakikat kebahagiaan itu?
sebut pasal dimana itulah yang susah nak cari. kita manusia pelabagai ragam. Namun satu yang saya amati selama ini, bahagia itu sesuatu yang lahir dari hati kita. Mempunyai cara tersendiri untuk menafsirkan kebahagiaan dalam hidup mereka. Ada yang bahagia dengan anak, harta kemewahan, kejayaan, kesihatan ,kasih sayang, kebahagiaan dalam lain-lain.
Yang pasti bila kita bahagia pasti kita tenangkan? satu kepuasan yang tidak dapat dirasai oleh orang lain. nikmat yang Allah campakkan ke dalam jiwa bagi insan terpilih. Namun kadang saya terfikir juga lah, kalau dekat negara yang selalu mengalami peperangan. adakah mereka bahagia? tenang? tiap2 hari dengar bom? macam takut juga lah. Tiada sesiapa yang menginginkan kehidupan yang kelam kabut begitu.
Oleh itu, bersyukurlah. Bersyukurlah dengan nikmat kita hari ini. Di Malaysia, negara yang aman lagi harmoni. tiada peperangan yang dahsyat2 lagi kalau nak dibandingkan dengan negara luar.
Sedikit yang kita syukuri banyak yang Allah tambahkan nikmat kepada kita. Oleh itu, kebahagiaan yang kita perolehi setakat umur yang dikandung badan ni haruslah disyukuri sebaiknya. berbahagialah dengan kehidupan yang diberikan. Berbahagialah dengan rezki masing2. Moga Allah memberkati kalian.
Tuesday, June 21, 2011
fight!! grrr^-^
TWO KIDS FIGHTING =)
puas aku mencari...
video budak kecik bergaduh ni,
sweet sangat2!
teringat zaman kecik2 dulu.
Commel sesangat,
Monday, June 20, 2011
two kinds of people
" Remember one thing, there are two kinds of people in the world:
Good people who do good deeds. And bad people who do bad."
- MY NAME IS KHAN-
the 2010 film. nice to watch it! AwesOme! like=)
terasa rindu...
Hentikanlah prasangka buruk sesama kita kerana itulah ruang syaitan sedang berusaha memutuskan hubungan silaturrahim sesebuah jalinan ukhwah itu.
katakanlah tidak pada sesuatu yang negatif agar
diri terus maju dan padu dengan indahnya bersopan dalam kehidupan harian ini .
katakanlah tidak pada sesuatu yang negatif agar
diri terus maju dan padu dengan indahnya bersopan dalam kehidupan harian ini .
*merindui kalian*
Saturday, June 18, 2011
حياتك اختيارانك
someone was pOsted this videO at my facebook grOup. !
peringatan yang baik buat kita semua.
mOga menjadi pendorong untuk kita lebih alert dgn waktu sOlat...=)
Thursday, June 16, 2011
Wednesday, June 15, 2011
ada orang ajak saya mencarum dalam TAKAFUL
Sebelum apa2, i have tO knOw what does mean of TAKAFUL.
takleh pakai2 masuk jer.. betOl tak? walaupun saya tahu akan kebaikannya.
tHnx seniOrku yang menagajk mencarum! need tO knOw mOre first .. =)
nanti free jom kita baca kat sini:
1. infO 1 (BNM)
2. infO 2 (takaful IKHLAS)
3. infO 3 (WORDPRESS)
4. infO 4 (SCRIBD)
5. infO 5 (NASIR)
Tuesday, June 14, 2011
Program ETP negara
Mutakhir kini, ramai siswa-siswi runsing memikirkan sOal kerjaya pada masa hadapan. Masing-masing takut untuk berhadapan lantaran banyak kita dapat dengar kekangan
siswazah masa kini yang masih menganggur. Mengganggur di rumah, tiada kerja yang
hendak dibuat. Aku sendiri yang bergelar mahasiswa pun teragak2, terfikir2 apakah
ada ruang untuk aku berkhidmat di sektOr kerjaya pada masa hadapan. Namun yang
penting usaha tetap diteruskan. percaya pada rezeki masing2 yang telah disusun oleh
illahi. selebihnya, hak kita yang ingin atau tidak.
Hari ini di surat khabar terpampang PM Umum pelaburan RM 2.27b !
PM mengumumkan 9 lagi inisiatif ETP baharu ditambah yang mebabitkan pelaburan sebanyak RM2.27 bilion. ETP ialah program Tranformasi Ekonomi negara yang dirancang baru2 ini bagi menstabilkan kembali ekonomi seterusnya membuka peluang sektor pekerjaan yang lebih banyak.
Pelaburan itu memberi impak kepada pendapatan negara (GNI) sebanyak RM18.67 bilion dan akan mewujudkan kira-kira 30,000 pekerjaan menjelang 2020.
Ini menjadikan kesemua 15 inisiatif yang terangkum dalam tujuh bidang ekonomi utara
(NKEA) dengan pelaburan rm 63.38 bilion dan GNI sebanyak RM66.13 bilion mewujudkan 65,000 pekerjaan.
(keratan akbar utusan melayu,14/6/2011).
Apa itu ETP??
Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme atau ETP) adalah satu usaha komprehensif yang akan mentransformasikan Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Ini semua perancangan negara asas kepada usaha memacu kemajuan negara seiring setanding dengan negara maju yang lain. ini bagi membolehkan Malaysia mencapai tajap sasaran wawasan 2020 yang diimpikan.
Antara inisiatif baharu program transformasi ekonomi ialah sektor pendidikan, perubatan, pertanian, komunikasi dan prasarana, borong dan runcit dan prOgram Pencapaian Kemapanan Kecekapan Tenaga(SAVE).
nak tahu lebih lanjut? jom klik kat sini, sini lagi,sini pun boleh.
Jadi Program ETP negara ni, mungkin sedikit dapat menyelesaikan masalah kita kot. dOakan2 juga lah. Yang penting, sapa yang tengah study, jom kita study molep2 dulu yer.
Focus on carrier yang kita ceburi. InsyaAllah ade rezki masing2, atas diri kita untuk terus rajin atau tut2, malas.hehe.
Monday, June 13, 2011
hidupnya ke muka bumi =)
Kita manusia. Insan yang dilahirkan ke muka bumi untuk menjalani kehidupan seharian. Tiapnya dibutuhkan 24 jam sehari tanpa lebih dan kurangnya dengan adil sekali. Harus sedar juga bahawa tujuan penciptaan ke muka bumi tidak lain hanya untuk-nya. Pengabdian setiap waktu hanya untuk illahi. Segala macam perasaan suka, duka, sedih, gembira, mahupun benci dijanjikan hikmah. Kadang kita manusia yang terlepas pandang, tersilap tafsiran akan apa yang menimpa. Mudah saja mengikut gerak kata hati tanpa menduga berfikir sedalamnya.
Lama sudah rasanya tidak berpeluang berbincang bersama keluarga. dulu2 kami tiap malam jumaat pasti walid akan mengumpulkan kami sekeluarga waktu lapang antara magrib dan isya'. sedikit perkongsiaan disajikan buat anak2. biasalah, kadang ada yang malas cerulas mengambil kesempatan main2, tak kasi attention yang penuh pada apa yang diberikan oleh walid.
Namun satu yang terkesan dihati, first time walid membicarakan perihal kehidupan didunia.
Allah berfirman:
Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk pengabdian pada-Ku.
az-zariyat:56
Ternyata kita didunia hidup untuk pengabdian pada tuhan. Begitupun halnya, seringpula kita lupa yang maha esa.asyik dengan keasyikan duniawi yang terus2 enak. kata mama, dunia ini lebih manis. lebih manis dari segalanya. betOl jugak rupanya! Manis sangat sampai terkadang lupa untuk mengingati Allah, tuhan sekalian alam.
Hakikat kehidupan dihadirkan pelbagai dugaan. Oleh itu, cubalah untuk menerimanya kerana hidupnya kita ke muka bumi punya rahsia yang tersirat. Stay strong whereneve u are...
Sunday, June 12, 2011
petang bersama nenda dan tOkki
catatan peribadi.
12/6/20011,6.35 p.m.
12/6/20011,6.35 p.m.
Usai balik pergi "jalan2 tengok dunia". kata nendaku. kami bertiga, aku, tOkki dan tok puseng2 bandar terengganu. wargh ! "maju doh lening ganu ork tOk!" kataku.hehe.
"ye ar, ganu kiter kang!" sambut tOkki ku.hehe. kami jalan2,lihat kemajuan terengganu, belakang kawasan china dah cantik! tempat tarikan pelancong mungkin disitu. dibina jambatan yang panjang! sungguh cantik sekali pemandangannya.
Kemudian aku menuju ke pantai batu buruk betol2 depan rumah nenda atukku di terengganu ini.Bukan senang dapat online terus face to face depan pantai ni. dapat dengar deruman ombak yang cukup menenangkan jiwa. sungguh ciptaan tuhan pantai ini sungguh hebat.
Aku dapat lihat satu garisan lurus bersahaja. Dulu, kira2 7 tahun yang lalu, cikgu sains saya di sekolah rendah Al-Irsyad pernah mengajar dalam bab ape ntah . ingat lagi, nama cikgu tu, aku panggil diye muallimah zainun, dalam pengajarannya ader menyebut mengapa kita dapat lihat garisan lurus itu. ini kerana bumi itu sfera! ooo, timetu baru akal kecil darjah 5 masih tidak dapat menafsir sejujurnya, namun kini aku memahaminya. Subhanallah! hebat ciptaan tuhan ini.
Aku lihat ke kanan, dapat lihat beberapa keluarga sedang asyik berkumpul untuk meluang masa2 indah bersama famili mereka. bahagia juga dapat melihat mereka riang bermain mandi manda ditemani ayahanda mereka.
aku lihat ke kiri pula, segerombolan anak muda sedang asyik bermain bOla sepak. mungkin inilah rutin harian mereka, bersenam sambil menghilangkan tensen2.hehe. ralik mereka bermain dengan tawa riang yang cukup mengembirakan jiwa2 mereka barangkalinya. aku hanya perhatikan mereka sambil tersenyum!=)
lalu, aku lihat ke depan. subhanallah! terbentang luas ciptaan mu illahi! tiada henti ombak itu. terus menerus sahaja mengikut hembusan angin. petang ini angin agak kuat! seronok dibuai angin petang2 ini.
dilihat pula diatas, masyallah. sungguh indah langit illahi ini. biru kebiruan yang amat menyegarkan mata. andai dapat aku sentuh langit itu, pasti aku bahagia. sentuh sikit pun jadilah! cewah berangan lebih!!
Kepunyaan Allah-lah segala apa yang dilangit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atay kamu menyemmbunyikannya, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan akmu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki dan menyiksa siapa dikehendakinya ; Dan Allah maha kuasa atas segala sesuatu.
Al - baqarah : 284
oklah, rasanya sampai disini dahulu catatan di hadapan pantai petang ini ya. Seminggu akan bersama nenda dan tOkki tersayang. meluangkan sedikit masa bersama insan2 yang aku sayangi ini.=)
orang ramai pun dan beransur2 pulang. ye lah, aku balik umah dulu yer.hehe, jalan kaki jer merentasi padang pasir pantai ini bape langkah je pun. Guys sapa yang teringin nak mandi pantai. mari ar ganu kiter ni!hehe.
pantai batu buruk
awan yang cukup indah! (cuma camera my lattOp x nice la! urgh!)
menulis dengan tenang,salam perjuangan ya semua.! wassalam.
peteh ganu peteh!
minit ke 108 - akhirnya satu lagi gol disumbat oleh alias,pemain bOla
negeri terengganu menjadikan kedudukan 2-1 kepada pihak lawan.
Tahniah ye!,,cewah tetibe terminat kat bOla. tak pasal2 jadi fan exited tgk bOla.
duduk kat umah tOk punya pasal la. Aura terengganu menjadi2!.hahaa
Almaklumlah aku kan anak jati terengganu, mama n walid pun org ganu.
Cuma kadang tak terbiassa sangat nak cakap ganu. Tak Pandai! heee...
Satu lagi, tO pihak qlate! dOsh ,tahniah jugak! hebat gak tu...
disebabkan kawan aku sorang tu semangat sgt nak sokong negeri dier,
sampai gi terus nak tgk live kat stadium bukit jalil. tut2! kalah!
haha, padan muka kaMoooO!laalalalaaa~ :p
Saturday, June 11, 2011
kahfi!!
3 minggu sudah berlalu kahfi. namun masih terngiang2 di cuping telinga aku ,
"ANTUM SEMUA KENE TAHU KEM KAHFI SEBENAR BERMULA APABILA KALIAN PULANG KE RUMAH!!"
Bait-bait itu amat mencucuk jiwa. Kem Kahfi Timur kali ke-2 kali ini telah berlangsung di Kem Pandan Air Terjun Panching Kuantan. Giliran Pahang pula menjadi tuan rumah. Alhamdulillah selesai sua kahfi. Pelbagai cabaran dan dugaan diharungi.
Kali ini aku mengambil alih tugas sebagai urusetia bahagia pengangkutan. Sungguh ia banyak mengajar aku! huuuu,,,,mane tak nya, bOlok jer kerja aku nip sebenarnya!
mY mOm have tOld to me, um.... u are nOt person who take the student, ur jOb just manage to cLeaning the jOb okay! haha..,.ada paham>??? aku tak taww,,tulis jer,, tak engt grammar sebenar yang mama cakap..ngEEE~.
Apapun ia cukup mengajar aku. Harusnya setiap kerja itu dijalankan dengan berfikir dahulu.
Fikir apa yang patut kita lakukan. Seperti tugas aku dalam taransPort ini, yang harusnya,
bijak menyusun membahagi kereta2 untuk mengangkut para peserta.
Alhamdulillah, Terima kasih mama n walid yang banyak mengajar!
adik2 peserta kahfi timur 2011
barisan2 urusetia + fasilitator!
[kalian sememangmya hebat!]
Friday, June 10, 2011
mOh la bersama syeikh al-palestinnn
Sebentar tadi baru pulang dari pejabat Haluan Pahang bersama bonda tercinta dan
sahabatku Akasyah. berkemas2 sedikit untuk persiapan tetamu jauh dari palestin ini
singgah tidur untuk 2 malam. MasyaAllah .
Tegarnya jiwa pejuang ini, lihat raut wajahnya sudah nampak sinar juangnya yang cukup tinggi.
Sedang asyik2 berkemas tadi, terlintas di fikiran,
"Mama. kenapa tak kasi hotel ke, hOmestay ke nak kasi penceramah berehat?" tanyaku ringkas,
jawab mama: " kak long, penceramah pernah dipenjara bertahun2 kak long.mungkin
dimana sekalipun, tiada hal baginya, namun kita ini, yang masih ingin akan kemewahan sementara."
Subhanallah. sungguh syeikh Abu Bakar antara pejuang palestin yang hebat!
Teringat dahulu aku pernah membaca kisah pejuang ini, seorang pejuang kanan ulama' palestin
yang buta sebelah matanya. Ingin sangat ketemu samanya. mendengar bait2 indahnya dari
bibir seorang pejuang, namun kata mama, esok sudah mahu pulang ke terengganu, hantar
adik Naemah juga adik Sakinah ke Kg laut.
Sedihnya! nampaknya terlepas peluang untuk saya mendengar sedikit ceramah dari beliau.
nOta : Bagi sesiapa warga pahang yang kelapangan, jemputlah ke ceramah beliau ini!
Pasti ada habuannya! =)
Thursday, June 9, 2011
niqOb itu...
bahagia melihat ramai2 sahant aku sudah berhijrah.
berhijrah ke arah kebaikan yang sememangnya baik
menuju keredhoAan Illahi.
baru2 ini, kawan aku berhijrah memakai niqob@purdah.
sungguh tenang melihat mereka2 ini, suci!
hanya mata menjadi sajian kaum adam.
dan perhiasan muka yang lain hanya milik dirinya, keluarganya dan Allah.
pernah juga terlintas di hati, bilakah dapat menyarungkan niqOb sepeti mereka2.
Lantas aku bersuara menanyakan perihal ini kepada mak saudaraku,
yang punya pengalaman tersendiri dalam pemakaian sebegini.
jawabnya ringkas:
[Kuatkan hati + diri + fizikal = lakukan ]
tersedak sebentar, mengapakah sebegitu ya??? tambahnya, pemakaian sebegini,
yang pentingnya lahir dari hati sanubari, tidak berunsurkan riak untuk melihatkan mata
lunak yang kiut itu, seterusnya mampu menarik minat kaum adam.
Ringkasnya, pemaikan niqOb ini, wajar dengan pembersihan hati yang suci untuk terus
istiqOmah dan seiring dengan akhlak kita sebagai muslimah.
berhijrah ke arah kebaikan yang sememangnya baik
menuju keredhoAan Illahi.
baru2 ini, kawan aku berhijrah memakai niqob@purdah.
sungguh tenang melihat mereka2 ini, suci!
hanya mata menjadi sajian kaum adam.
dan perhiasan muka yang lain hanya milik dirinya, keluarganya dan Allah.
pernah juga terlintas di hati, bilakah dapat menyarungkan niqOb sepeti mereka2.
Lantas aku bersuara menanyakan perihal ini kepada mak saudaraku,
yang punya pengalaman tersendiri dalam pemakaian sebegini.
jawabnya ringkas:
[Kuatkan hati + diri + fizikal = lakukan ]
tersedak sebentar, mengapakah sebegitu ya??? tambahnya, pemakaian sebegini,
yang pentingnya lahir dari hati sanubari, tidak berunsurkan riak untuk melihatkan mata
lunak yang kiut itu, seterusnya mampu menarik minat kaum adam.
Ringkasnya, pemaikan niqOb ini, wajar dengan pembersihan hati yang suci untuk terus
istiqOmah dan seiring dengan akhlak kita sebagai muslimah.
habib! istiqamahlah kamu pada jalan dakwah ini dahulu.. banyak yang perlu diperbaiki =)
Sunday, June 5, 2011
betapa pentingnya BERAni...
"wOicchhh, sipinya! takot gile. seket agy nak tergeser ngan sebelah ."
" Bib! kan akak da kater bawa kete lek lok la,,pandang depan tu! jangan maen2 oky ."
"eh, saye sayang nyawa saye! sya mahu hidup lagi! "
"??? oPsss....haha, termati ENJEN! haha."
........................................................................................................................................
petang tadi sunggguh penat. penat dengan kerja DnT. Lama sudah aku menyepikan diri.
membawa diri yang lanO nip...Alhamdulillah seharian bersama insan2 yang tersayang,
bersama2 membuat kerja masing2. Esok KAHFI dah mule, makin banyak la tugas aku.
Kem kali ini aku ditugakan menjadi urusetia bahagian tranpOat.
So, tak pacal2 aku kene setia mengurus hal kereta. Almaklumlah orang ade lesen. haha,.
Jadi, tulah antara perbualan aku sepanjang hari ini, mengangkut kawan2 aku dari stesen bas
ke tempat berkumpul. HAha, korang mesty tergelakkan bace bualan diatas?. ada yang masih
mahu naek kereta ngan aku tak?? heee.
Tadek laaa,,actuallly aku aokay jer, cume biase la tu, lesen pun P lagi, terkapai2 di tengah jalan.
tapi aku da berani drive gergasi besa, kereta unser walid n mama itu, Kok senang juga drive unser nip,
gear rendah sahaja,! cewaahhh bajet guler kot niyh.
nak Cerita kat hampa2 sumer, satu kunci bila nak drive ialah BERANI + YAKIN pd diri.
bagi saya, 2 elemen ini cukup penting untuk kita bawa kereta.... dush2! haha
KEyakinan pada diri sendiri , tak kesa besar atau kecil kereta yang kita pandu tuu.
begitu juga keberanian ini, ianya perlu diasah. makin banyak kita bawa kereta, makin berani
kita ini. untuk bib, kalau tak berani macm mana nak mahir. betol tak?? Try untuk terus drive!
namun kadang2 agak banyak kekangan jugak laaaa...hoho. kene pandai tanggung risikO.
ang da most important, berHATI2 di jalan raya. engatlah orang tersayang.
biar lambat, asal selamat,!
dats y arini bib bukak tajuk berani, kiter perlu terus berani. =)
" Bib! kan akak da kater bawa kete lek lok la,,pandang depan tu! jangan maen2 oky ."
"eh, saye sayang nyawa saye! sya mahu hidup lagi! "
"??? oPsss....haha, termati ENJEN! haha."
........................................................................................................................................
petang tadi sunggguh penat. penat dengan kerja DnT. Lama sudah aku menyepikan diri.
membawa diri yang lanO nip...Alhamdulillah seharian bersama insan2 yang tersayang,
bersama2 membuat kerja masing2. Esok KAHFI dah mule, makin banyak la tugas aku.
Kem kali ini aku ditugakan menjadi urusetia bahagian tranpOat.
So, tak pacal2 aku kene setia mengurus hal kereta. Almaklumlah orang ade lesen. haha,.
Jadi, tulah antara perbualan aku sepanjang hari ini, mengangkut kawan2 aku dari stesen bas
ke tempat berkumpul. HAha, korang mesty tergelakkan bace bualan diatas?. ada yang masih
mahu naek kereta ngan aku tak?? heee.
Tadek laaa,,actuallly aku aokay jer, cume biase la tu, lesen pun P lagi, terkapai2 di tengah jalan.
tapi aku da berani drive gergasi besa, kereta unser walid n mama itu, Kok senang juga drive unser nip,
gear rendah sahaja,! cewaahhh bajet guler kot niyh.
nak Cerita kat hampa2 sumer, satu kunci bila nak drive ialah BERANI + YAKIN pd diri.
bagi saya, 2 elemen ini cukup penting untuk kita bawa kereta.... dush2! haha
KEyakinan pada diri sendiri , tak kesa besar atau kecil kereta yang kita pandu tuu.
begitu juga keberanian ini, ianya perlu diasah. makin banyak kita bawa kereta, makin berani
kita ini. untuk bib, kalau tak berani macm mana nak mahir. betol tak?? Try untuk terus drive!
namun kadang2 agak banyak kekangan jugak laaaa...hoho. kene pandai tanggung risikO.
ang da most important, berHATI2 di jalan raya. engatlah orang tersayang.
biar lambat, asal selamat,!
dats y arini bib bukak tajuk berani, kiter perlu terus berani. =)
Friday, June 3, 2011
Orientasi kiba 2011
2 hari aku menyepi dari laman sesawang ini, tak dapat nak menghadap komputer selama 2 hari,
terpaksa off kerana menjadi kem Orientasi kiba 2011 di taman pertanian. Student tahun ini hampir
searamai 84 oarang terdiri daripada tajaan Mara dan Yayasan Pahang.
Time pendaftaran di D'Ambassy pun dah nampak family adek2 junior tahun ni, beria jer...So aku
kene siap dari awal la untuk mengahadapi juniOr yang mungkin lagi hebat. InsyaAallah.
Tahun ini, kiba di D'Ambaassy, sempar bermalam semalaman di sana, tempatnya cukup mewah.
aku terpinga2 jer time masuk rumah mereka semua. Sungguh mewah! satu rumah 6 orang dan ade
3 bilek. cukup selesa! dah la ader aircOnd. tape, aku dOa kalian happy ye semuanya.
Kem Orientasi Kiba, aku bertugas sebagai fasilitator. Kem berlansung selama 2 hari satu malam
di tapak khemah seri cenggal di taman pertanian. Aku ditugaskan menjadi fesi untuk kump satu
bersama sahabt saya Azmi. aKU hanya mermerhati mereka, sambil mereka semua dilatih oleh
jurulatih yang cukup hebat.terselit jugak kesian pada mereka, bertubi2 kena marah ,
namun ada pengajaran yang tersendiri disebalik kemarahan jurulatih tersebut. Aku tidak mampu
untuk buat apa2, kerana kem orientasi ini, jelasnya mahu mengajar mereka semua nilai tanggungjawab
dalam mengahadapi kehidupan am nya ini....
tadek gambar nak diupload kat sini, sdeyh, tak dek gambar la. ummm....tapi citer je la owp...huhu
okeyh laa, nak Off la dulu. C in da next tme.=)
terpaksa off kerana menjadi kem Orientasi kiba 2011 di taman pertanian. Student tahun ini hampir
searamai 84 oarang terdiri daripada tajaan Mara dan Yayasan Pahang.
Time pendaftaran di D'Ambassy pun dah nampak family adek2 junior tahun ni, beria jer...So aku
kene siap dari awal la untuk mengahadapi juniOr yang mungkin lagi hebat. InsyaAallah.
Tahun ini, kiba di D'Ambaassy, sempar bermalam semalaman di sana, tempatnya cukup mewah.
aku terpinga2 jer time masuk rumah mereka semua. Sungguh mewah! satu rumah 6 orang dan ade
3 bilek. cukup selesa! dah la ader aircOnd. tape, aku dOa kalian happy ye semuanya.
Kem Orientasi Kiba, aku bertugas sebagai fasilitator. Kem berlansung selama 2 hari satu malam
di tapak khemah seri cenggal di taman pertanian. Aku ditugaskan menjadi fesi untuk kump satu
bersama sahabt saya Azmi. aKU hanya mermerhati mereka, sambil mereka semua dilatih oleh
jurulatih yang cukup hebat.terselit jugak kesian pada mereka, bertubi2 kena marah ,
namun ada pengajaran yang tersendiri disebalik kemarahan jurulatih tersebut. Aku tidak mampu
untuk buat apa2, kerana kem orientasi ini, jelasnya mahu mengajar mereka semua nilai tanggungjawab
dalam mengahadapi kehidupan am nya ini....
tadek gambar nak diupload kat sini, sdeyh, tak dek gambar la. ummm....tapi citer je la owp...huhu
okeyh laa, nak Off la dulu. C in da next tme.=)
Subscribe to:
Posts (Atom)