Monday, June 13, 2011

hidupnya ke muka bumi =)

Kita manusia. Insan yang dilahirkan ke muka bumi untuk menjalani kehidupan seharian. Tiapnya dibutuhkan 24 jam sehari tanpa lebih dan kurangnya dengan adil sekali. Harus sedar juga bahawa tujuan penciptaan ke muka bumi tidak lain hanya untuk-nya. Pengabdian setiap waktu hanya untuk illahi. Segala macam perasaan suka, duka, sedih, gembira, mahupun benci   dijanjikan hikmah. Kadang kita manusia yang terlepas pandang, tersilap tafsiran akan apa yang menimpa. Mudah saja mengikut gerak kata hati tanpa menduga berfikir sedalamnya.

Lama sudah rasanya tidak berpeluang berbincang bersama keluarga. dulu2 kami tiap malam jumaat pasti walid akan mengumpulkan kami sekeluarga waktu lapang antara magrib dan isya'. sedikit perkongsiaan disajikan buat anak2. biasalah, kadang ada yang malas cerulas mengambil kesempatan main2, tak kasi attention yang penuh pada apa yang diberikan oleh walid.

Namun satu yang terkesan dihati, first time walid membicarakan perihal kehidupan didunia.
Allah berfirman: 
Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk pengabdian pada-Ku.
   az-zariyat:56
Ternyata kita didunia hidup untuk pengabdian pada tuhan. Begitupun halnya, seringpula kita lupa yang maha esa.asyik dengan keasyikan duniawi yang terus2 enak. kata mama, dunia ini lebih manis. lebih manis dari segalanya. betOl jugak rupanya! Manis sangat sampai terkadang lupa untuk mengingati Allah, tuhan sekalian alam.

Hakikat kehidupan dihadirkan pelbagai dugaan. Oleh itu, cubalah untuk menerimanya kerana hidupnya kita ke muka bumi punya rahsia yang tersirat. Stay strong whereneve u are... 

 

No comments:

Post a Comment