Wednesday, June 22, 2011

puncak kebahagian

 perjalanan yang masih jauh...


Kebahagian adalah syurga impian yang dirindukan setiap insan. Sesuatu yang dicari tak kisah sesiapapun kita. Tua ,muda, kaya, miskin, semuanya tercari-cari dimanakah kebahagian kita dimuka bumi ini. Yang pasti kebahagiaan yang akan menyenangkan hati jiwa kita. 


Namun dimanakah hakikat kebahagiaan  itu?
sebut pasal dimana itulah yang susah nak cari. kita manusia pelabagai ragam. Namun satu yang saya amati selama ini, bahagia itu sesuatu yang lahir dari hati kita. Mempunyai cara tersendiri untuk menafsirkan kebahagiaan dalam hidup mereka. Ada yang bahagia dengan anak, harta kemewahan, kejayaan, kesihatan ,kasih sayang, kebahagiaan dalam lain-lain.


Yang pasti bila kita bahagia pasti kita tenangkan? satu kepuasan yang tidak dapat dirasai oleh orang lain. nikmat yang Allah campakkan ke dalam jiwa bagi insan terpilih. Namun kadang saya terfikir juga lah, kalau dekat negara yang selalu mengalami peperangan. adakah mereka bahagia?  tenang? tiap2 hari dengar bom? macam takut juga lah. Tiada sesiapa yang menginginkan kehidupan yang kelam kabut begitu.


Oleh itu, bersyukurlah. Bersyukurlah dengan nikmat kita hari ini. Di Malaysia, negara yang aman lagi harmoni. tiada peperangan yang dahsyat2 lagi kalau nak dibandingkan dengan negara luar. 


Sedikit yang kita syukuri banyak yang Allah tambahkan nikmat kepada kita. Oleh itu, kebahagiaan yang kita perolehi setakat umur yang dikandung badan ni haruslah disyukuri sebaiknya. berbahagialah dengan kehidupan yang diberikan. Berbahagialah dengan rezki masing2. Moga Allah memberkati kalian.

3 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Tertarik dgn satu part. Ini ~

    "Namun kadang saya terfikir juga lah, kalau dekat negara yang selalu mengalami peperangan. adakah mereka bahagia? tenang? tiap2 hari dengar bom?"

    jawapan bg soalan itu - Allahkan Maha Adil? Belum tentu negara yg mengalami peperangan itu tidak bahagia. Dan belum tentu juga negara yg tidak ada peperangan itu tenang. Sebab apa?

    bukankah kebahagiaan yg sbnrnya adlh di sana?
    secara lahir kita nmpk yg tidak berperang itu seperti bahagia. benarkah?

    kalau saya - jawapannya pasti tidak. kalau 'ya' adlh jawapannya, maka kesianlah kpd mereka yg tidak berdosa. (",)

    sekadar pandangan dri seorg teman,
    ~ Pelaut Rabbani ~

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. pr: syukran diatas perkongsian...
    benar sekali pendapat itu!

    ReplyDelete