Thursday, May 5, 2011

Konvensyen kewangan islam. moh kita pergi.

KONVENSYEN KEWANGAN ISLAM 2011


KONVENSYEN KEWANGAN ISLAM 2011
07 MEI 2011 (SABTU)
DEWAN SEMINAR, MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM (MASJID NEGERI SELANGOR)

PENGENALAN

Riba merupakan elemen teras yang telah diharamkan oleh Allah SWT. Dasar ini telah dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 278 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman”

Negara Malaysia bolehlah dikira sebagai antara pelopor penting dalam perkembangan industri kewangan Islam. Penubuhan institusi kewangan Islam dalam konteks Malaysia adalah langkah penting dan praktikal bagi membebaskan umat Islam daripada cengkaman riba. Sejak penubuhan perbankan berteraskan syariah yang pertama pada era 80-an iaitu Bank Islam Malaysia Berhad, sehingga kini telah terdapat lebih 17 buah perbankan Islam yang telah diberikan lesen operasi oleh pihak Bank Negara Malaysia.

Pun begitu, sehingga ke hari ini, masih terdapat pihak-pihak yang belum memahami sepenuhnya hakikat riba dan aplikasinya dalam sistem kewangan moden hari ini. Ditambah pula dengan tohmahan-tohmahan oleh pihak-pihak tertentu yang telah menyatakan bahawa perbankan Islam pada hari juga adalah bersekongkol dengan sistem riba moden.

Perkara seumpama ini telah menambahkan lagi kekusutan yang ada selain dapat merencatkan perkembangan serta kepesatan perbankan dan kewangan Islam. Perkara ini secara langsung telah memberikan kesan terhadap tahap pematuhan serta penerimaan umat Islam terutamanya kepada produk-produk kewangan Islami.

Selaras dengan perkembangan ini, Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor [PUMSEL] terus mengatur langkah menyediakan platform perbincangan ilmiah bagi merungkai persoalan-persoalan kewangan yang melibatkan hukum Syarak. PUMSEL berpandangan isu-isu yang berbangkit ini perlulah dibincangkan secara ilmiah dan telus dalam mengemukakan solusi kepada permasalahan berbangkit.

OBJEKTIF

Antara objektif utama penganjuran program ini ialah;
1.      Menjelaskan isu-isu semasa kewangan yang melibatkan persoalan dan kemusykilan berkaitan isu riba berteraskan perspektif Islam.
2.      Memberikan kefahaman yang jelas terhadap semua pihak terhadap takrifan riba seperti yang telah dijelaskan oleh Al-Quran, As-Sunnah dan pendapat ulama’ muktabar.
3.      Menjadi medan kepada para agamawan, pemain industri dan semua pihak untuk menyatakan pendapat untuk mencapai kesepakatan secara bersama.

PENYERTAAN

Seminar menjemput penyertaan dari para ulama’, intelektual, pegawai-pegawai kewangan, penyelidikan dan badan-badan NGO, agensi-agensi kerajaan dan swasta, wakil institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, wakil-wakil masjid serta orang perseorangan.

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

08.00 pg       Pendaftaran Peserta
09.00 pg       UCAPUTAMA DAN PERASMIAN

09.30     pg     SESI 1
Riba: Takrif dan Konsepnya Menerusi Al- Quran dan As- Sunnah
Oleh: Prof. Madya Dr. Abdul Aziz bin Haji Hanafi, Dekan Kuliyyah Syariah, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah
Aplikasi Riba Dalam Sistem Kewangan Semasa: Pendirian Syariah Terhadap Penggunaan Wang Kertas
Oleh: Ustaz Mohd. Nazri bin Chik, Ketua Jabatan Shariah, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

10.30     pg     Minum pagi
.
11.00 pg       SESI 2
Riba Dalam Perbankan Islam: Antara Persepsi dan Realiti
Oleh: Prof. Madya Dr. Mohamad Akram bin Laldin, Ketua Pegawai Eksekutif, International Shariah Research Academy For Islamic Finance (ISRA), Bank Negara Malaysia

Sistem dan Operasi Perbankan Islam Semasa: Tinjauan dan Ulasan
Oleh: Dr. Abdul Rashid bin Dail, mantan Prof. Madya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

            Aplikasi Syariah Dalam Produk Kewangan
Oleh: Ustaz Mohd. Zamerey bin Abdul Razak, Setiausaha Majlis Penasihat Syariah, Asian Finance Bank

12.30     tgh    Rehat/ Makan Tengahari/ Solat Zuhur

02.30 ptg      SESI 3
Isu- Isu Semasa Riba dalam Jual Beli Emas dan Perak
Oleh: Ustaz Mohamad Fairooz bin Abdul Khair, Penyelidik Bersekutu,International Shariah Research Academy For Islamic Finance (ISRA), Bank Negara Malaysia

Pengharaman Riba Serta Kaitannya Dengan Konsep Tasawwuf
Oleh: Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan

05.00 ptg      Penutup dan  Bersurai

MAKLUMAT DAN PENDAFTARAN

Konvensyen ini akan dilangsungkan bermula pendaftaran dari jam 8.00 pagi dan berakhir 5.00 petang.

Yuran Penyertaan (Seorang) :
Agensi Kerajaan, Swasta, NGO           = RM 150
Individu/ Perseorangan                         = RM 100
Ahli PUM                                                      = RM   70
Pelajar Ijazah Pertama/ Menengah   = RM   50

Pendaftaran Penyertaan :
Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 05 Mei 2011 dengan menghubungi:

Sdra. Azmi               : 013-384 0710
En Nizam                  : 012-291 1335
Pejabat                    : 03-5512 4300 / 03-5511 4301
Faks                           : 03-5511 4302
Email                         : pumselangor@yahoo.com
Website                    : http://www.pumselangor.org


Wednesday, May 4, 2011

delegatiOn from yarmOuk 2011

For the whole day, im at Yayasan Pahang with all my freinds for reception President of YarmOuk university , Dr SultOn Abu 'Urabi with his wife, Dr Manal Ehmed Hasan and Dean of Islamic Study Yarmouk University ,Dr Muhammad Uqlah Allbrahim.

Awalnya, berita tentang lawatan delegasi daripada pihak universiti yarmouk sudah diketahui pada minggu lepas lagi. Pelbagai persediaan  yang disediakan untuk menyambut hebat kedatangan pihak dari jOrdan ini, almaklumlah, grand ceremOny gitu. yelaaa, lawatan dari president of university, of cOuse la kene yang terbaik.


Dewan yayasan pahang~ tempat menandatangani perbaharui kontrak~
"A Briefing an Academic opportunities in Jordan 
and
A Singning memorandum ceremOny between Yourmouk University and IKIP College"


sOme speach from the president, Dr Sulton Abu 'Urabi

Delegasi ini hakikatnya amat penting. Umumnya ia diadakan bagi menambahbaikkan hubungan kontrak dua hala pengajian pembalajaran di dalam program berkembar (2+2) Ijazah ekonomi dan perbankan islam yang ditawarkan di ikip kolej dengan kerjasama universiti YarmOuk, Jordan.

Ikip kolej adalah satu2 nya kolej yang mendapat lesen untuk menghantar terus pelajarnya ke jOrdan melalui management pihak yayasan pahang. Terima kasih YP yang telah menaja saya dan rakan2!, tapi sebenarnya semuanya pinjaman semata2.unless kalau dapat excellent,baru boleh convert to scholarship. Doakan saya ya semua, iNsyaAllah boleh terus kekalkan muAddal(pointer) untuk terus ditingkatkan mencapai target mumtaz.


agreement yang ditandatangani oleh wakil YP ( Dato' Saariah dan Dato' Prof....)
dan wakil Yarmouk university (Dr Sulton dan Dr Uqlah) 
disaksikan oleh MB Pahang,( Dato' Dr Diraja Adnan Yaakob)


~berbahagia bergambar bersama teman2ku~
biler kamu akan fly??? hazihi sanah?..la'2!
insyaAllah sausafiru ilal urdun sanah Qadim!^-^


bersama si lileyyy n nannyyy!(jgn mara)


snap shoot before they all pulang!
cukup menenangkan tatkala berbual sebentar bersama Dr Uqlah .
Terasa seperti duduk disebelah ulama; besar. !وسيم جداُ



saat beramah mesra dengan Dr manal, She so sweet, sPorting n beauty person!
waaaa....berbual dengannya, sweet sgt! plg best time nyanyi same2 lagu negara jOrdan.
seronok betoll diye!...hehe


akhirnya! dapat take da pitca with her! ummm,,,, subhanallah cantik betol! 
tak tgk lgi mate blue diyer.=)
"uhibbu jiddan zahratul fil jilbuki!"
aiwah! saasytari ilaiki fil urdun!....
wakakakakkakaaaa,
dan2 je nak pakai tudung macam diyer niyh! hehe...

Pertemuan singkat bersama insan2 yang sungguh baik hati ini, amat mengembirakan hatiku menjadi suatu kenangan indah untuk dipahatkan dalam memori hati 2011. Semoga pertemuan kali ini, mejadi inspirasi untuk saya lebih bersemangat lagi nak balajar bertutur arabic! biya dapat sleng arabic yang betolnye! hehe^-^

the mOst influential persOn

THE 100 : A RANKING OF THE MOST INFLUENTIAL PERSONS IN HISTORY


1. PROPHET MUHAMMAD S.A.W
2. ISAAC NEWTON
3. JESUS CHRIST
4. BUDDHA
5. CONFUCIUS
6. ST. PAUL
7. TS'AI LUN
8. JOHANN GUTENBERG
9. CHRISTOPHER COLUMBUS
10. ALBERT EINSTEIN
11. KARL MARX
12. LOUIS PASTEUR
13. GALILEO GALILEI
14. ARISTOTLE
15. LENIN
16. MOSES
17. CHARLES DARWIN
18. SHIH HUANG TI
19. AUGUSTUS CAESAR
20. MAO TSE-TUNG
21. GENGHIS KHAN
22. EUCLID
23. MARTIN LUTHER
24. NICOLAUS COPERNICUS
25. JAMES WATT
26. CONSTANTINE THE GREAT
27. GEORGE WASHINGTON
28. MICHAEL FARADAY
29. JAMES CLERK MAXWELL
30. ORVILLE AND WILBUR WRIGHT
31. ANTOINE LAURENT LAVOISIER
32. SIGMUND FREUD
33. ALEXANDER THE GREAT
34. NAPOLEON BONAPARTE
35. ADOLF HITLER
36. WILLIAM SHAKESPEARE
37. ADAM SMITH
38. THOMAS EDISON
39. ANTONY VAN LEEUWENHOEK
40. PLATO
41. GUGLIELMO MARCONI
42. LUDWIG VAN BEETHOVEN
43. WERNER HEISENBERG
44. ALEXANDER GRAHAM BELL
45. ALEXANDER FLEMING
46. SIMON BOLIVAR
47. OLIVER CROMWELL
48. JOHN LOCKE
49. MICHELANGELO
50. POPE URBAN II
51. 'UMAR IBN AL-KHATTAB
52. ASOKA
53. ST. AUGUSTINE
54. MAX PLANCK
55. JOHN CALVIN
56. WILLIAM T.G. MORTON
57. WILLIAM HARVEY
58. ANTOINE HENRI BECQUEREL
59. GREGOR MENDEL
60. JOSEPH LISTER
61. NIKOLAUS AUGUST OTTO
62. LOUIS DAGUERRE
63. JOSEPH STALIN
64. RENE DESCARTES
65. JULIUS CAESAR
66. FRANCISCO PIZARRO
67. HERNANDO CORTES
68. QUEEN ISABELLA I
69. WILLIAM THE CONQUEROR
70. THOMAS JEFFERSON
71. JEAN-JACQUES ROUSSEAU
72. EDWARD JENNER
73. WILHELM CONRAD ROENTGEN
74. JOHANN SEBASTIAN BACH
75. LAO TZU
76. ENRICO FERMI
77. THOMAS MALTHUS
78. FRANCIS BACON
79. VOLTAIRE
80. JOHN F. KENNEDY
81. GREGORY PINCUS
82. SUI WEN TI
83. MANI
84. VASCO DA GAMA
85. CHARLEMAGNE
86. CYRUS THE GREAT
87. LEONHARD EULER
88. NICCOLO MACHIAVELLI
89. ZOROASTER
90. MENES
91. PETER THE GREAT
92. MENCIUS
93. JOHN DALTON
94. HOMER
95. QUEEN ELIZABETH I
96. JUSTINIAN I
97. JOHANNES KEPLER
98. PABLO PICASSO
99. MAHAVIRA 
100. NIELS BOHR

*see hOw much there are muslim??? i dun knOw wether is it true or fake. i gOt it from front page facebook my classmate. 
juz sharing tO all.=)

Tuesday, May 3, 2011

kotak cinta

cinta... Satu pengalaman yang cukup indah cukup membahagiakan,menenangkan juga mengembirakan.
Bila kehilangannya pula, dikatakan cukup pedih,sakit,terguris dan sudah pasti menyedihkan.


Siapa yang pernah melaluinya, pasti memahami intisari cinta itu. Rasa sanubari sendiri yang menafsirkan segalanya haq juga batinnya.


Rinduu...Perasaan ternilai yang tidak dapat disamakan dengan hanya ungakapan dibibir. Untuk merinduinya pasti perlu menyintai sesuatu itu. Bukan begitu?


Namun, CINTA + RINDU = apa jawapannya???...
Lihatlah,aku memandang langit, terlihat dimana cinta dan rindu yang sebernarnya yang sudah aku labuhkan? 
Adakah pada hak yang layak untuk dimiliki? atau hanya permainan jiwa yang mudah dimanipulasikan oleh rakusnya nafsu manusia? 
Ada nya cinta+rindu, maka NORMAL lah jawabku kerana ia fitrah insani!

Monday, May 2, 2011

educatiOnal trip 2011

Perjalanan kami bermula pada jam 6 pagi dibaca dOa selamat oleh saudara muallim, mendOakan agar perjalanan dua hari satu malam educatIonal trip ni berjalan dengan lancar. Seusai itu,deteruskan dengan bacaan zikir al mathurat. teringat aku,b4 bertolak,: tup2...bunyi masuk massenge:
" mari mulakan hari kita ini dengan sOlat sunat tahajud juga sOlat sunat musafir,
agar dimudahkan segala urusan".

Alhamdulillah, jam 9 sampai di Ibu kOta malaysia, bandaraya yang sunguh pesat juga sesak memperlihat berjuta Malaysia yang sibuk dengan urusan masing2... kami agak lewat sampai destinasi pertama ke ISRA ini, kerana kesesakan lalu lintas. Last2 Majid(drebar bas IKIp) drop je kami kat tgh dunia kL ni. berjalan2,jalan2....tanya sana - sini hinggalah sampai. Alangkah bahagia melihat signbOard ISRA,rupenya jauh lagi..taw sbb ape? sebab yang dilihat tu,hanyalah sign kat bangunan. nak sampai kat sana dalam 10 minit lagi. Tapi tak pe lah,sampai jua akhirnya disini, Tempat impian ku...

sesampai2,turun di KL,bergambar dulu..=)

di ISRA
berada di dalam audatOriumnya, fuhhh,,melepaskan penat,menikmati nikmat aircOnd!haha.setelah berape meter entah diredah. Taklimat awal menerangkan apa itu iSRA,haha,aku pun sebenarnya teragak2 juga,ape lah iSRA ni,masih samar2. Matlamat utamanya: Melahirkan pakar2 syariah yang mahir dalam kewangan.
dalam erti kata lain ISRA ini sebuah institusi penyelidikan dalam tempoh yang terdekat untuk buat anything kajian. Ianya sebuha program yang mendapat biayai sepenuhnya oleh Bank Negara. Antara salah satu program laen yang menjadi agenda oleh bank Negara iaitu INCEIF,The Global University Of Islamic Finance. wawwww.... great n hebat!. Siapa yang tidak mahu untuk mejadi salah seorang mahasiswa disini. Namun QualificatioN for interfior on this cOurse, of cOz ar bkn calang2 org! aspek CGPA+skills+dOuble degree+limitatioN student( only 20 malaysian n 20 fOreigner)... TAhun ni pun seniOr yang bertuah dapat masuk inceif ni pun seorang. Namun aku dOa, Ones day, aku nak jugak study kat sini.!(impian itu masih mekar).

di KL BOOK FAIR
Alhamdulillah, petang nya pula diisi dengan jaulah berjalan2 di sekitar PWTC. jalan2 mencari khazanah ilmu yang menjadi wadah utama untuk kita mebangun. sIapa punya hObi membaca ? jujur saya katakan kamu hebat! membaca merupakan salah satu medium untuk kita menggarap ilmu, ape2 pun bahan bacaan yang bermanfaat,bacalah,teruskan bacaan anda!
"bukan main banyak lagi awak beli buku bib!",
"ohhh,,biase je larh, walid yang suruh niyh,he3" aku menjawab ringkas,
haha..emg banyak la saya beli buku! walid bagi kad kredit!hehe,,,laju je aku grab buku2+nOvel+kitab...
happy je aku berbelanje,tapi tak dek lah sampai over.cukup sekadarnya.Dan yang paling saya suka, saya dapat membeli buku mOtivasi jiwa karya ust PahrOl n hilal asyraf!
kalau nOvel, tak yah cakap lah..belambak kot yang dibOrong!,,karya hLOvate terbaru semestinya menjadi sasaran utama saya, juga Single unavailable!!!


 ~ 2 Orang sahabatku,
*mia n makteh* 
ke hulur kehilir..dok jalan2,tup disamari oleh pak cik ni, masuk booth ni, maen2,dapat hadiah...
macam budak kecik je rase,,hehe,!


Dr Mahyuddin sewaktu pelancaran buku sulung beliau.
(Ahli Sihir ke Tali Gantung)

malamnya kami menginap di Masjid ghufran. Awalnya sesat! hampir ke malam kami didalam bas dan beberapa kali aku terlena dan tersedar masih tidak sampai tempat penginapan. Awalnya majid sudah berputus asa! namun alhamdulillah..gO2!.cari jalan guna GPS rafiq. cari2 tak jumpe lagi,sesat dan sesat patah balik. Sampailah pak cik tempat menginap senirik yang calling datang tunjuk jalan siratOl mustaqim...akhirnya sampai juga,! well, its okay, rumah tumpangan yang cukup menarik,sederhana bayarannya, dan cukup lengkap serba serbi. saya tidur dengan lenanya!

BANK NEGARA
Pagi esoknya kami melawat ke Bank Negara. Kebetulan pada masa yang sama dapat hadiri DiscOurse abOut Isalmic Banking. waW!. Of cOurse la bukan calang2 orang yang dapat menghadiri ke pertemuan sepeti ini. Saya hanya memandang mereka,sebilangan terdiri dari ahli2 kOrparat, Bankers2 juga student pH.d.
Kecil jer saya disini, namun harapanku cukup membanggakan. Apa yang perlu dirisaukan,inilah situasi sebenar membangunnya sektor islamic banking, kedepak- kedupOk talk by speaker, paham la jugak! paham2!,,hehe.

tgk la tajuknye^-^


inilah speakers2! ^-^ 
(yang 2 dari kiri itu, pure english,time diyer bagi talk, saya angguk2 jer,,,he3)


bersama Senior2!


bersama student DMI-DFI 


MIA n MAK TEH 




sepanjang perjalanan di KL- BAnk NAgara... sempat lgi bergambar,,he2!


*miss mardhiyah- sifU yang dikagumi*

the last, sentiasa mendoakan agar educatiOnal ini, diberkati illahi.=)

 satttt..shhhyhhhuuhhh,,,=)

Wednesday, April 27, 2011

KL book fair,nantikan khdiran saye!

Sungguh tidak sabar ke sana! InsyaAllah esok pukul 5 am akan bertolak ke KL seperti yang dirancang.
Alhamdulillah terpilih untuk pergi ke sana! Bersempena hadiah oleh SOIS kepada student2 yang dapat dekan!
EducatiOnal trip yang diketuai oleh ustzah Mardhiyah ( sIfu saya a.k.a. inspirasi saya), sungguh perancangan yang disusun sungguh mantap. Katanya trip kita esok ini bukan sekadar saja2 nak jalan. tidak sama sekali! 
Tapi punya misi dan visi yang tersendiri. katanya lagi: saya dah susun jadual pack kita, dan insyaAllah antara tempat yang akan kita lawati ialah:

1) INCEIF - THE GLOBAL UNIVERSITY OF ISLAMIC FINANCE.
http://www.inceif.org/


2)INTERNATIONAL INSTITUTEOF ISLAMIC BUSINESS AND FINANCE.
http://www.iiibf.org/

3) INTERNATIONAL SHARI'AH RESEARCH ACADEMY FOR ISLAMIC FINANCE.
http://www.isra.my/

4) ASSOCIATION OF ISLAMIC BANKING INSTITUTION MALAYSIA.
http://www.aibim.com/

Mula2, terpana juga bila ustzh cakap kita nak pergi tempat ini semua, tempat impian yang pernah manjadi idaman hati di masa hadapan untuk melabuhkan keyakinan juga ingin salurkan khidmat di sana( tapi sekadar angan2 jelah), namun doakan saya ya!
mungkin ramai masih samar2 dengan akademi institusi islamic banking. yang mana cukup lengkap susunan starategi. ye, saya sedang belajar,dan terus menjadi seorang mahasiswa yang mempunyai sasaran utama untuk terus mengembangkan sektor perbankan islam ini.
kisahnya bagaimana? bagaimana boleh saya memillih kos ini? huhu,,,bagaimana ya?.
begini, diceritakan pendeknya sahajalah ep, saya tersepit antara 2 pilihan, mahu ke kOlej D&t atau kolek ekonomi ini(kolej saya sekarang). jujur,saya tak pernah beristikharah! tidak sama sekali, cukuplah kerisauan hati menyatakan pilihan untuk melangkah ke kolej sekarang ini. Saya hanya duduk berfikir juga menanyakan kepada orang2 yang terdekat juga terus linkan pada terdekat.setelah puas untuk berada  kesempitan ini, saya mengambil keputusan untuk ke kOlej IKIp dan KOlej idaman hati itu trpaksa mejadi kos lepas saya! sungguh pedih,sedih! Namun ini yang aku pilih, jalan ini jugalah menjadi titian untuk terus mengemudi sehingga sekarang. 
sedar tak sedar hampir dua sem berlalu, juga bermakna lagi setahun untuk aku ke sana! ardul kinanah~ nantikan kehadiran saya ya! begitupun setahun ini jugalah masa untuk aku bersama insan tersayang disini, meninggalakan mereka atas dasar seoarang penuntut. bak kata seniOr saya-u.firdaus: "waktu belajar ini memamg indah! kamu tidak dapat megulanginya melainkan disitu ade manfaat nya!"
begitulah kisah saya serba sedikit! berdiri di pentas dunia sementara untuk mengejar imipian seterusnya dalam himmah untuk menilai kembali tarbiyyah diri inimarilah kita sama2 mendoakan agar hati2 kita sentiasa hidup dengan cinta ALLAh, dakwah dan tarbiyyah.
dah2!panjang pula ceritanya,hehe! esok dah nak pergi,barang2 tak kemas lagi ni, oK laaaa..salam mujahadah sekalian sahabatku,pape masalah ekonomi dan perbakan islam bolehlah rujuk kepada: prof dr habibah solehah binti ramli.^-^(insyAllah,in the future! 8@10 thun lagi  mungkin?),,hehe.


jOm pakat turun jom! moga bermanfaat hendaknya.

Saturday, April 23, 2011

remembering 5 itu

salam layk duhai sekalian. MOga sentiasa dicucuri rahmat hendaknya.

Dlam mengejar kesibukan seharian, seorang muslim haruslah sentiasa ingat akan tanggungjawabnya untuk menunaikan sOlat 5 waktu, bermula subuh,zohor,asar,maghrib,dan akhirnya asar. Perkara pertama asas ditanya nanti di yaumul akhirah. ummi selalu berpesan,5 waktu ni lah kene jaga. Tanggungjawab hamba yang tidak akan terlepas walau dimana sekalipun dia berada.

Solat tiang agama! Bagaiamana ingin binakan rumah yang kukuh tanpa tiang yang menjadi satu konstraktur untuk terus gagah binaannya? Insan seperti kita juga begitu, anologikan solat ini tiang, tiang pengukur dalam kita nak bina rumah, dalam erti kata lain merupakan tunjang untuk kita menyempurnakan hari2 kita. Maka sudah pasti hidup tenang kan menyapa mereka yang ikhlas melaksanakan ibadah pada tUhan.




Namun suasana berbeza! berbeza bila hari2 aku di kOlej. Dalam beratus-ratus student kat kolej, kondisi surau tetap begitu. kadang suram begitu sahaja. Tidaklah berniat untuk menuduh mana pihak yang  mungkin meninggalkan sembahyang. Namun inilah hakikat! tak tersangka juga. Semalam baru saya berbual dengan member asrama. rapat2,kadang berbual2 kosong, sambil itu, saya bertanya: sOlat cam ner? pernah tinggal?
mUlanya terdiam juga. jawabnya: "bib..... semalam pun tak penuh. busy!tak dan! subuh lagi tak terbangun".
Apa pandangan anda? Saya hanya tersenyum. nak marah pun, aisyyhhh taleh2! um,sedikit nasihat yang aku kongsikan padanya " awak, hari2 kita kadang amat busy, kita hamba. tiada tempat yang berhak mengadu melain padanya. Solat perlu dijaga, lepas ni try untuk solat walau sebusy mane.bib akan terus sokong awak ok? hidup kat kolej ni mesti pandai arange masa.". Sya berharap sedikit ini, meransang dirinya .

beginilah, saya petik dari blog orang lain, antara 8 tips menjaga solat kita:

1) Tingkatkan kesedaran tentang peri pentinya sOlat.
2) Berkawan dengan mereka rakan-rakan yang sentiasa menjaga solat.
3) Lets lawan nafsu sedaya mungkin. fighting!
4) Ingatlah ganjaran pahala orang yang menjaga solat.
5) jangan tido lewat taw! nanti senang la nak bangun subuh.
6) Ingatlah mati.
7) set kan minda, time nak masuk waktu sembahyang , kene sembahyang dulu ni.
8) Akhirnya, doa pada Allah mohon hidayah dan kekuatan.

ok.=)