Sunday, March 19, 2023

Jom ke Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu 2023

 Sudah lama Pusat Sains Terengganu dibuka di Terengganu. Mungkin sudah hampir 2 tahun keberadaannya di Wilayah Pantai Timur untuk tarikan umum rakyat ini dan promosi kearah kepentingan dan keseronokan pendidikan sains. Bangunan besar tersergam indah yang terletak di Kg Laut Terengganu sememangnya harus dikunjungi anak-anak setiap lapisan umur dan ibubapa. Tarikan utama disini semestinya tertumpu kepada anak-anak sekolah menengah dan rendah.

Kami berkesempatan untuk meneroka setiap tingkat disini yang penuh informasi dan seronok untuk dikunjungi. Bagi mereka yang ingin mencari tempat untuk dilawati saya cadangkan tempat ini dimasukkan dalam senarai list tujuan tempat untuk dilewati selain; Pasar payang, Muzium Terengganu, Masjid Kristal atau Masjid Terapung, Noor Arfa batik atau sekitar pantai Batu Buruk.

Alhamdulillah pada minggu lalu, kami sekeluarga berkesempatan ke Pusat Sains Terengganu pada hari Sabtu. Mungkin hari minggu agak ramai pengunjung tetapi keadaan masih terkawal dan tidak padat kerana keadaannya kawasan yang begitu luas mengisi kekosngan 3 tingkat ruang untuk diterokai. 

Pelbagai galeri tujuan untuk diterokoi anak malahan kita yang dewasa juga turut teruja untuk mengikuti setiap galeri. Antara galeri disana adalah:galeri I-Wonder, galeri spark your creativity, galeri nature disaster, galeri domeshow, galeri science stage, galeri funovation, galeri stemec, galeri sci kid discover, galeri reading thinking, galeri dunia galaksi dan terbaru adalah galeri dinosour encounter. 

Bagi anak sebesar usia Maher, galeri paling lama dan berpujukan untuk keluar adalah galeri scu kid discovery kerana galeri ini menyediakan ruang hiburan kanak-kanak dalaman yang menarik untuk bermain sepuasnya sambil belajar. Taman yang luas ini sangat sesuai untuk menghabiskan tenaga mereka kesana-kesini dan penting dapat kuatkan otot fizikal mereka panjat gelongsor serta melompat di ruangan besar. Disini diwajibkan untuk memakai stokin untuk kebersihan dan keselamatan ibu bapa haruslah memantau sebaiknya anak-anak. 

Seronok ke biasa? bagi saya sangat harus dilewati sekiranya anda kunjungi ke Terengganu. Jangan lepaskan masa luangkan masa bersama anak-anak untuk terokai dunia sains dan inovasi dalam dunia nyata. Disini juga disediakan pakej pilihan untuk ibubapa mengadakan party birthday untuk anak-anak dengan harga yang berpatutan. 

Kemudahan awam, kedai runcit, ruang solat, ruang duduk juga disediakan di setiap kawasan. Harga tiket kesini juga berpatutan antara Rm 30-50 mengikut pakej yang dipilih. Macam kami, Rm50 untuk pakej bayaran 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Anak bawah 3 tahun mendapat akses percuma untuk masuk ke kawasan ini. Saya juga perasan, kalau mereka yang mengikuti rombongan bersama sekolah mendapat harga yang istimewa mengikut pakej yang ada. 

Untuk maklumat lanjut boleh terus akses ke pautan ini untuk info lanjut: https://pskt.terengganu.gov.my/.

Satu gambar depan PSKT

Dengan replika Dinosour

Dinosor lagi

merasai pemanasan global

gegaran gemba bumi, semua block jatuh

jangan langgar, kena hati hati gerakkan ring tu

play area for kids

tekup tangan hehe

play area with kids

one photo before leaving

art area

space gallery





Love, Habibah



Friday, March 17, 2023

Review: Nipoh Beach Cottage

 Tahun 2023, bagi cuti sekolah jatuh pada bulan Februari dan Mac, biasanya kami akan plan untuk pergi bercuti dan berjalan bersama keluarga. Namun disebabkan jadual yang sangat pack dengan kerja dan tugasan kerjaya, tidak dapat pergi jauh sekadar berjalan didalam Terengganu sahaja.

Destinasi cuti kali ini, kami pergi staycation di dalam negeri Terengganu sahaja, perjalanan memakan masa dalam 2 jam lebih untuk sampai daripada Kuala Terengganu ke Kijal, Kemaman. Tempat tujuan kami iaitu Nipoh Beach Cottage.

Nipoh Cottage Beach adalah destinasi baru yang diusahakan anak muda Terengganu yang mengenengahkan konsep kediaman hotel ala-ala di bali dengan landskap yang indah serta cottage berkonsepkan keaslian di tepi sungai dan seberang jauh sedikit terdapat pantai untuk bersiar. 



View tepi bilik


Kami check-in pada pukul 3 petang pada hari khamis sedang ada jamuan di tengah kawasan lobby, gayanya mungkin jamuan ringkas para ibu pesara. Terus kami check-in di bilik dan rehat sebentar.

Jam 5 petang, Maher dah tak sabar dan bersiap untuk terjun ke kolam yang dari awal menjadi tarikan utaman tujuan ke sini. Bersiap bersama baju renang dan pelampung maka terus terjun ke dalam kolam. Disini terdapat dua kolam iaitu kolam kanak-kanak dan kolam dewasa. Ayahnya semestinya melayan anak terus terjun ke dalam kolam, Maher lagi lah enjoy. 

Bermandi di kolam


Bib terasa ingin mencari sesuatu untuk santapan di petang hari. Bib dan mak mertua serta adik ipar bergerak ke hujung pantai dengan kereta di Pantai Kijal. Kira-kira dalam 7 minit memandu ke hujung kawasan Pantai Kijal ini sememangnya kawasan kunjungan orang ramai, serta terdapat corner kiosk makanan dan kedai makan. Kami singgah membeli mee goreng, pisang goreng untuk makan petang bersama dan pulang. Aktiviti petang haruslah semua terjun ke dalam kolam, bermandi manda serta buat aktivit bermain bola dalam air. 

Oleh kerana tempat ini sedikit privasi dan jauh dari kedai makan, maka kami keluar kawasan mencari kedai tepi jalan utama untuk makan malam. Kami singgah di salah satu kedai makan orang kampung kira -kira 10 minit dari Nipoh  Beach Cottage.

Pulang malam dan bersiar sebentar di kawasan lobby cottage yang terbuka untuk menikmati keindahan cahaya di malam hari dengan cahaya purnama bulan purnama. Subhannallah cantik sungguh malam itu. Kami pulang ke bilik dan berehat. 



Suasana di malam hari


Keadaan bilik sangat convenient dengan disediakan kipas dan aircond pengahawa dingin, katil double, bilik air beserta pemanas air, set kerusi dan penyangkut tuala. Di beranda pula ada dua kerusi kayu untuk santai. Untuk mereka yang nak tilam extra boleh tambah dengan bayaran rm30. Pakej bilik ini hadir dengan pakej makan pagi yang disediakan oleh pihak cottage.

Pagi keesokannya kami menikmati makan pagi ala-ala kampung kijal disediakan makanan bungkus antaranya; nasi lemak, mee, roti canai dan kueh mueh. Jadi kita boleh pilih sendiri untuk nikmati makanan yang disediakan dan semuanya enak, alhamdulillah. 

Selesai makan pagi, kami menyewa basikal dengan harga rm10 untuk 1 jam. Aktiviti sebegini jarang berlaku, jadi pagi itu kami penuhkan masa dengan pusing kampung Kijal di persisiran pantai sambil menikmati pemandangan indah kampung. Kebetulan hujan sebentar dan kami park di pondok sambil menunngu hujan reda dan teruskan perjalanan ke hujung kampung. Hari ini hari jumaat, jadi mungkin orang kampung berehat kalau tidak mesti penuh pakcik kampung jual ikan.

Bersiar di kawasan kampung, sungguh indah :)

Sambung mandi sebelum check-out pulang



Balik ke cottage semula, dan kami habiskan masa bermandi di kolam. Percutian kali ini sangat tenang dan seronok walaupun semalaman sahaja. Cukup untuk berehat dan bercuti daripada kerja yang tiada kesudahan. Apa yang penting masa yang ada kita penuhkan dengan sesuatu yang menggamit memori untuk seisi keluarga. Alhamdulillah. <3

Untuk mereka yang bercadang ke Nipoh Beach Cottage Bib sangat rekemen dan cadangkan. Suasana yang cantik, indah dan tenang. Kolam renang pun sangat bersih kerana saya sendiri tanya salah seorang pekerja mereka yang kolam mereka sememangnya dibersihkan setiap hari. Disini juga disediakan khidmat kayak disewa mengelilingi sungai yang ada. Terdapat juga pakej BBQ, pakej untuk hari keluarga dan pakej sewaan tempat untuk perkahwinan. 

Untuk keterangan lanjut boleh terus hubungi dan book melalui nombor contact ini:0142924547. Save no ini dan boleh lihat catalog di ruangan aplikasi wasap bisnes mereka. Kadar harga yang ditawarkan adalah sekitar Rm200-250 untuk setiap bilik beserta pakej makan pagi untuk 2 orang mengikut pilihan hari weekend atau weekdays. 

Alhamdulillah<3, pengalaman indah 2 hari 1 malam disini. Semoga Allah merahmati dan memberkati Insyaallah.




Thursday, March 16, 2023

Hatyai Thailand 2022

Trip ke Hatyai akhir tahun 2022 ini adalah trip last minit kami, untuk mengembara ke utara Malaysia. Setelah dua tahun tidak menggunakan passport, inilah masanya setelah pergerakan dibernarkan, Alhamdulillah. 

Hari Pertama,

Perjalanan jauh kami sekitar 6 jam bergerak dari Kuala Terengganu menuju ke Kedah, tempat tujuan untuk memasuki negara jiran Thailand melalui border Bukit Kayu Hitam Imigresen, juga dikenali Dannok Thailand.

Sesampai sudah 9 malam namun sempat sebelum border tutup pukul 10 malam. Line clear untuk cop passport di kastam Malaysia dan Thailand, kemudian daftarkan kereta dengan sediakan dokumen geran yang lengkap. Mungkin sudah agak lewat atau kereta berkurangan malam itu, keadaan smooth dan mudah sahaja.

Tempat pertama persinggahan adalah kedai handphone untuk beli simkad. Nak merasalah teknologi advance 5G mereka, dengan harga 150bhat unlimited internet.
Sedar2 tengok jam di phone dan tolak satu jam, bermakna malam masih muda satu jam bila tiba disini. Dari pukul 11 jadi pukul 10 malam.

Terasa penat tapi confuse bila jam lewat mata tak leh tidur lagi, teruskan perjlanan dalam satu jam lagi, dan kami tiba di Hatyai untuk overnight satu malam. Alhamdulillah, what a long journey, rest dulu esok kita jalan-jalan.

Hari kedua,

tujuan kita ke Krabi, kita mulakan perjalanan selepas selesai breakfast. Perjalanan jauh ya 4 jam, boleh rehat dalam perjalanan dalam van ala ala vvip ni sementara untuk tiba di tempat tujuan.

Di pertengahan perjalanan driver van minta izin untuk solat jumaat katanya dah hampir 2 kali terlepas jumaat membawa pelancong dari Malaysia, jadi kami singgah di Masjid Ban Huailuk untuk kelangsungan kaum lelaki untuk selesaikan solat Jumaat biarpun ada rukhsoh ketika musafir.

Sampai di Krabi, menuju ke Aonang Elephant Santuary Krabi. Kali ni kami pilih jungle tracking with elephant 🐘 dalam 30 minit dengan harga 700 bhat seorang. Makhluk Allah yang besar ini sesuai dengan sifatnya yang gagah dan kuat, patutlah zaman dulu digunakan sebagai alat pengangkutan mengangkat hasil hutan seperti balak dan batu. Teruja merasai pengalaman mengikut tracking dalam hutan yang berbukit ternyata haiwan sebesar ini sungguh bijak dalam langkahnya di hutan tebal. Subhannallah, maher pun happy 😃.

Sebelum hari berkahir, tujuan pengembaraan hari kedua adalah ke Khao Thong Hill dengan harga tiket 70bhat seorang. Disini kami dapat melihat pemandangan senja yang indah dan panorama cantik sambil sempat menikmati croissant dan air coklat yang best dengan harga 40bhat, murah sangat air dia kalau convert dengan Malaysia. Semua nak banding takboleh lah kan, jadi kita nikmati je apa yang ada.

Last, dah sampai hotel check in di Avasea Hotel, haruslah jalan malam sempat merasa pancake coklat dan pulut mangga yang viral ternyata sedap dan enak. Alhamdulillah 😘

Hari ketiga,

kita berada di Krabi antara tempat popular menjadi tumpuan pelancong dari pelbagai negara. Hari ini jadual penuh dan padat untuk melakukan aktiviti outdoor iaitu menjelajah pulau-pulau Krabi atau island hopping.

Perjalanan Speed boat bawa ke Phi Phi Island lebih kurang 1 jam, dan dapat ke beberapa tempat menarik antaranya Maya Bay, Phileh Lagoon dan pantai. Tengok pada gambar dan video pun saya rasa cukup cantik dan memukau pemandangan setiap tempat yang mereka pergi. Namun, hajat dihati untuk turut serta menjelajah tidak kesampaian kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan walaupun dah semangat pagi tu nak join trip ke pulau ni.

Balik hotel, of course nikmati dulu latte thai yang panas dan sempat join online meeting kerja sebelum kita tour bandar Krabi.

I would say, Krabi is safe untuk travel secara sendiri atau solo. Bandar yang bersih, serta selamat kerana sekali sekala polis round ada untuk keselamatan lagi lagi tempat tumpuan pelancong sebegini. Cuci mata dulu tengok baju, cenderahati, mug, dll sebab driver kami dah bagi tahu esok sebelum pulang kita akan singgah kedai muslim yang jual cenderahati, jadi ke mana lagi kita patut berbelanja melainkan untuk kemaslahatan ekonomi orang islam kita, tak dapat tolong banyak sikit pun takpa.

Leisure sangat masa pun lama sementara tunggu trip family balik dari pulau tu, so sempat juga singgah manicure dan foot massage alang-alang celup perkasam biar sampai ke pangkal lengan dapat ber “me time”kata orang tanpa anak dan suami. hihi ✌️

Tak sedar rupanya jauh juga perjalanan dari hotel pusing bandar ni, dapat walking distance dalam 4.5km lebih, jadi sempat kita singgah di Kiosk Rohani, tour guide yang arrange speed boat tu dan terus lagi sampai ke Masjid Krabi. Kat depan masjid ni lah spot banyak makanan halal yang sedap dan enak sekali. Ada pancake yang viral tu, ayam goreng krispy sedap, kerabu maggi, kebab dan lain lain.

Hari dah petang, sementara tunggu mereka pulang, saya bungkus pancake banana coklat untuk dirasa berdekatan ruangan meja depan hotel. Hari yang jarang leisure seperti itu, nikmat apa yang kamu dustakan. Alhamdulillah ❤️

Hari keempat,

we are back to Hatyai for food hunting and shopping.
Tempat yang dituju:
1. Restaurant Khok Sak, lunch tomyam+ikan siakap 3rasa+ telur dadar with 650bhat. Murah sangat and semestinya sedap!
2. Masjid Besar Songkhla, design ala ala taj mahal. Sangat cantik dan indah pemandangan tapi kami dapat info, masjid inilah paling popular kaum lelaki untuk tujuan orang Malaysia berkahwin 2,3 or 4. opsssss, awas! terus sis sambarkan jelingan maut kepada si dia 👀. hehe lepastu si dia boleh sengih2, ada nak kena ni…
3. Klonghae Floating Market. Tak lengkaplah kalau tak jejak kaki kesini, tapi tak sangka penuh sungguh orang ramai memenuhi ruang untuk food hunting. Terlalu padat, kira ambil suasana je, dan sempat beli air kelapa dalam buluh tu je. Sedap dan murah, lepas tu tak sanggup nak sesak, kami pulang lepas cukup syarat. Dalam ramai dan jauh-jauh nilah boleh jumpe my junior @wanfatinnajwa dan suaminya iman, kat Malaysia tak terserempak pula hihi.
5. Last kami ke Asian Night Bazar. Shopping apa? Layan borong jersey lah bila sampai sini. Kebetulankan world cup, my hubby haruslah borong untuk koleksi peribadi dia. Semuanya berquality dan murah. Kemudian kami pulang ke hotel, dan esoknya pulang ke Malaysia melalui border rantau panjang di Kelantan. Perjalanan lebih jimat dan dekat ke Terengganu.

Alhamdulillah:) Trip ke Thailand 🇹🇭 yang indah bersama keluarga mertua. Semoga Allah beri kesempatan untuk bermusafir lagi nanti. Insyallah ❤️