Tuesday, December 26, 2017

7 barang penting untuk melancong

Berjalan ke suatu tempat ke suatu tempat adalah sesuatu yang mengembirakan. Melihat ciptaan Tuhan, memerhati keindahan alam semulajadi dihiasi dengan musim yang bersilih ganti adalah hadiah paling besar untuk dilalui. Raminya manusia pula adalah gambaran dan cerminan peribadi yang dapat disaksikan melalui cara dan budaya yang tersendiri. Melancong kata orang tidak seseronok mengembara. mungkin istilah berbeza tetapi tujuan maksud umum adalah bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Seperti biasa lain orang lain cara pemilihan perjalanan pengembaraan. Ada beberapa jenis : ada yang memilih berjalan semata untuk membeli-belah, ada pula yang berjalan kerana ingin bercuti bebas dari sesuatu masalah, ada pula yang menjadi pengembaraan ini suatu hobi. Setiap yang itu ada tujuan tersendiri dan pilihan tersendiri untuk bergerak. 

Pengalaman peribadi antara negara yang telah dilawati adalah : Indonesia, Arab Saudi, Mesir, Jordan, Hongkong, dan Korea. Impian saya untuk pergi meluas lagi melihat setiap pelusuk bumi tidak cukup dengan kaca mata yang dipamerkan gambar atau video semata, tetapi ingin dilihat dari mata yang hakiki. ameeeennn ,insyallah satu hari nanti.

Sebagai perempuan banyak perlu dititipberatkan soal persiapan umum untuk tujuan pengembaraan. bagi saya ada 7 perkara penting yang saya kena utamakan sebelum yang lain, iaitu: 

1. Sunglasses / Cermin Mata Hitam - paling utama kerana ia dapat menghalang daripada mata terkena sinaran matahari tak kira dimana pun. tambahan, apabila mengantuk di tempat umum sebagai contoh didalam kapal terbang, atau perjalanan lama dalam bas atau kereta api, cermin mata hitam ini membantu untuk menutupi dari terdedah terus orang nampak muka kita.

2. Skin care Bag - dalam skincare bag yang paling penting kena ada adalah losyen untuk melembabkan kulit dan muka. Antara lain: sabun, shampoo, conditioner, berus gigi, ubat gigi, losyen tangan, essential oil young living - lavender dan peppermint (dua essential oil ini sangat multifunctional), face oil Mary Jardin, kepit kuku, sikat, dan panadol. Saya mesti utamakan ini, kerana kalau pergi kemana-mana kulit senang untuk kering terutama apabila pergi ke negara timur yang suhunya lebih tinggi dari sedia kala di Malaysia. Namun ia terpulang ikut jenis kulit tersendiri.

3. Make up bag - ini kalau boleh sesimple sahaja. cukup satu/dua lipstick, chapstick atau pelembab bibir, toner, pelembab muka, eyeliner Silky Girl(WAJIB) hihi, foundation (advance) kalau ada formal occasion. 

4. Sport Bra - Untuk perjalanan yang jauh sepertinya agak tidak selesa sekiranya memakai bra yang mempunyai besi atau span sepanjang hari. Jadi ketika travel, saya memang khususkan untuk lebih memilih untuk sport bra sepanjang perjalanan kerana ia memberi lebih keselesaan, lebih-lebih lagi sekiranya dalam perjalanan yang agak lama. tak lah terjatuh tali atau tersenget kedudukannya.

5. Buku - selalunya saya akan ambil satu buku, formal atau santai untuk dibaca sekiranya tiada internet atau boring dalam perjalanan. mungkin kadang-kadang habit hobi itu menjadikan saya lebih memilih membaca daripada yang lain.

6. Kasut - sebelum travel jauh saya akan pastikan kasut saya sempurna. kalau tidak saya akan beli je yang baru. kasut adalah perkara penting yang merupakan subjek utama untuk bergerak sana sini. kalau boleh yang lebih lembut tapak itulah yang menjadi pilihan kerana sampai tahap ada sampai 24 km dalam satu hari berjalan bergantung kepada perjalanan yang dipilih semasa travel.

7. Camera - Of course ini yang lebih utama dan mengutamakan. camera tak kisah lah daripada phone atau camera bermacam jenis itu, yang penting ia berfungsi untuk merakam detik dan panorama indah sebagai tatapan di masa hadapan untuk simpanan peribadi dan perkongsian di ig dan fb.

Jadi, inilah antara 7 barang utama yang saya pentingkan dalam setiap perjalanan saya kemanapun. Persiapan itu penting jangan kita remehkan kerana ia membantu dalam menjadikan perjalanan kita sempurna dan lancar. Selamat melancong dan mengembara semua! 

Love,
Bib 

Monday, December 18, 2017

Clay mask Mary Jardin

SPA DI RUMAH HARINI.


Antara Rutin dalam seminggu yang Kita kena Amalkan untuk mendapat Kulit muka yang cantik adalah dengan konsisten dalam  menggunakan masker. #ClayMaskMaryJardin adalah gabungan daripada pelbagai Khasiat  seperti organic oat, activated charcoal, lavender buds, papaya extract, bentonite clay.


Fungsi clay mask pula adalah : 

1. Membersih Kulit muka 

2. Membuang toksik dan sel Kulit Mati.

3. Mecerahkan Kulit dan meratakan tona 

4. Kecutkan jerawat di muka 

5. Mengecilkan pori pori dan membuang white dan blackhead 

6. Anti aging 

7. Mengatasi Kulit berminyak .


Jom Cuba clay mask Mary Jardin untuk memberi kesegaran kepada Kulit. Seriously kali ni bib pakai clay mask gatal gile muka ni, maybe sebab Ade resdung . Alhamdulillah ni dah okey, ringan pulak Tu rase muka ni, korang kene try! Hehe . Hotline number untuk order : 013.2600202


#claymask #tutorialmaryjardin #maryjardinagent #maryjardinuia #maryjardinian #maryjardinumt #maryjardinkualaterengganu #maryjardinagent #maryjardinterengganu #maryjardinunisza #maryjardinkuantan #maryjardinpahang #likeforlike #like4like #likeforlove #like4follow #likeforfollow #like4likers #malaysia #maryjardin





Monday, December 11, 2017

Stuck with thesis

Assalamualaikum and hye all. How are you guys? Hope you all doing fine, always in Allah's blessing. Its 12.30 am and Ohhh, today remarks the second month i am in thesis mood after finished with the 2nd sem in Master Islamic Fianance. Currently i have so many things come and have been stuck with all the problems. Day by day, i am just thinking to have fun and try to left all the list to do with the thesis. 😭😭😭. Running business, post the picture at ig and fb timeline platform, enjoy my "me time" with friends, dear cuzzie, and family then i realise my thesis didn't get any improvement. Urghhhh so many things coming out in my mind and popping up in my heart. There are so many feeling i thinking about and being so annoying to the people who are keep asking me about the complicated relationship issue.

I know it will okey later but I am pretty sure the same thing is about to repeat again and again. Hmmmm . Okey got to go, have to pick up my sister in 10 minutes at station bus 🚌. Bye! 

#prayforbib 

Friday, December 1, 2017

Mary jardin - Skincare selamat Malaysia

Hampir setahun sudah saya menggunakan skincare brand Mary jardin. Pada mulanya saya hanya try sahaja, kerana seorang kakak yang memperkenalkan produk ini mengatakan ini produk pertama semulajadi homemade yang dibuat dan dicipta oleh seorang Doktor Medical. Seminggu kemudian saya membeli dan mencuba pack tester - basic set versi paling awal sekali kira-kira pada September 2016. 

Reaksi pertama saya pakai produk Mary Jardin sungguh kelakar. ini kerana produk pertama yang saya pakai adalah Clay Mask. Semangat saya bancuh dengan menggunakan cuka epal, dan tepek di muka. Tepek slow2, dan bila pakai muka saya gatal sangat-sangat. tak tahu nak gambarkan macam mana, tapi seriously gatal dan perasaan ketika itu seperti saya ingin tanggalkan terus dari muka ini. Tapi saya tahan, dan tahan sehingga kering dalam 10-15 minit. Kemudian saya bersihkan muka saya perlahan-perlahan keluarkan kotoran itu. Memang aMAZING! Saya memang rasa kotoran yang kegatalan itu dibuang habis dari muka. Alhamdulillah semenjak dari itu antara produk kegemaran saya dalam Mary Jardin adalah Clay Mask - yang boleh dipakai 2 kali seminggu. 

Kenapa perlu pilih Mary Jardin?

Sekiranya anda peminat tegar produk semula jadi dan ingin mengelakkan daripada sebarang produk kimia merbahaya, anda harus pilih Mary Jardin. Mungkin produk ini baru dan tidak sepopular produk skincare yang berjenama lain di TV atau di deretan mall, tapi percayalah kulaliti yang ada pada produk ini sesunguhnya setanding dengan produk berkenaan. 

Seperti yang dmaklumkan pada awal, pengasas produk ini adalh seorang doktor medical yang kehadapan untuk mengetengahkan produk semulajadi yang proses pembuatannya adalah sendiri bukannya daripada proses kilang secara menyeluruh. Mereka mempunyai kawasan dan pekerja khas untuk membuat sabun , face oil, clay mask dan lain-lain. Kepercayaan saya tinggi pada produk ini, kerana kami sebagai agent diberi info dan maklumat lengkap tengtang proses dengan gambaran yang dikongsi bersama kami. 

Selain ini saya secara peribadi amat bangga dengan usaha dan pencapaian Dr Maryam dan Dr Athiq (pengasas Mary Jardin) yang berusaha keras menaikkan nama anak Malaysia dalam bidang kosmetik semulajadi dan halal di medan ini. Aspek yang diketengahkan sangat sofistikated dan mesra untuk semua jenis lapisan umur, termasuk penggunnan face oil kepada bayi dan seluruhnya. 

Mary Jardin masih terlalu muda dalam industri tetapi telah banyak memberi testimoni positif kepada pelanggannya yang ingin sesuatu yang jauh daripada bahan kimia. Dari dulu hanya berfokuskan kepada 3 produk , dan sekarang telah berkembang kepada 10 produk. Alhamdulillah satu perkembangan dan oencapaian hebat dalam masa setahun.

Apa Produk utama Mary Jardin?

1. Sabun - Sabun muka Mary Jardin mengandungi susu kambing yang mempunyai banyak khasiatnya. Antara fungsi Facial soap adalah mencuci pori, menghilangkan radang dan memberi kelembapan kepada kulit. Sabun ini juga amat sesuai untuk pengguna yang mengalami masalah kulit kering, eczema, psoariasis, kulit sensititf dan wajah yang berjerawat.

2. Face oil - Face oil adalah  campuran 10 minyak pati iaitu : Argan Oil, Roship Oil, Avocado Oil, Sunflower Oil, Tea-tree Oil, Buckthorn Oil, Vitamin E, Lavender Oil, Jojoba Oil, dan Castor Oil. Selain melembapkan kulit, face oil juga memiliki manfaat baik untuk kulit. Antara kelebihannya adalah : mengurangkan kerutan pada wajah, sebagai pembersih wajah, melindungi kulit kita daripada radikal bebas, juga sebagai make-up primer, dan juga dapat membantu menyusutkan pori-pori.

3. Clay Mask - Face mask merupakan regim penjagaan kulit muka yang sihat secara mingguan. Kita boleh menggunakannya seminggu sekali atau lebih bergantung kepada keadaan kulit masing-masing. oleh sebab itu, terdapat pelbagai jenis mask muka, ada yang berfokuskan untuk menegangkan kulit, memberi kelembapan kulit, ada untuk mengeluarkan dan menghilangkan segala kotoran, ada juga khas untuk melembutkan kulit. Maka, clay mask Mary jardin fungsinya khusus untuk menyingkirkan kulit mati secara halus dan lembut serta sebagai detox kulit yang akan mengecilkan liang pori, mengurangkan kulit berminyak, mengecutkan jerawat dan mengurangkan white dan blackhead.

4. Serum - fungsi utama serum Mary Jardin adalah untuk repair kulit dan mengandungi sunblock SPF30. Saya secara peribadi saya amat menggalakan orang ramai mengambil pengambilan serum sebagai vitamin kepada muka, tidak kesah apa jua serum bergantung kepada kepercayaan kita sendiri. Disini saya kongsikan sedikit kehebatan Serum Mary Jardin yang boleh mngecutkan jerawat, melembabkan kulit, menghilangkan jeragat, dan memudarkan parut. Ingat! pilih yang selamat dan bermanfaat untuk kulit kita :)

Anda mahu mencuba produk Mary Jardin?

Sedia maklum saya adalah pengguna yang alhamdulillah sesuai dengan kulit muka saya. Saya sering memperingatkan orang ramai, jangan mudah putus asa untuk mencari dan usaha untuk mendapatkan produk yang sesuai dengan muka kita. Sememangnya penjual akan mengetengahkan pelbagai sudut positif dan kebaikan produk yang dijual. Namun kajian sendiri dan pilihan haruslah dibuat. 

Saya berkongsi sesuatu yang saya yakin dan saya percaya dan saya ingin mengajakkan kepada orang ramai untuk turut sama mendapat manfaatnya. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh hubungi saya di talian : 013.2600202. juga boleh dapatkan maklumat dan info lanjut di laman sesawang instagram saya iaitu : Natural_byhabeeb. 

Selamat mencuba :)


Wednesday, November 22, 2017

Korea trip 2017

Sebenarnya pergi Korea tak masuk pun list nak pergi travel secepat ini melainkan sebab terpengaruh dengan drama dan konsep Kpop yang diketengahkan dalam dunia hiburan sekarang. Rata rata remaja menginginkan ke sini untuk merasai dan bertemu dengan suasana istimewa yang lain daripada etnik melayu sendiri, tidak terkurang aku juga termasuk dalam golongan itu, tapi tak lah over sangat pun. Haha.


Akhirnya plan nak ke sini on setelah setahun awal booking reserve rm500 untuk slot tarikh yang random kami pilih. Baki lagi rm1300 kiteorg bayar kemudian lebih kurang 4 bulan sebelum pergi. Namun, perjanjian yuran agent ala2 backpacker rm1800 tu terlerai seminggu sebelum keberangkatan kami ke sana atas sebab-sebab yang tak dapat nak cakap (biar kiteorg simpan sendiri karang memburukkan agent pula) . Alhamdulillah dapat refund Tu pun bersyukur sangat walaupun tak penuh dan cukup plus seorang dari ahli group kami kene tanggung tiket sendiri yang seminggu nak pergi baru nak book. 

Kira macam geram juga lah mood mula2, tetapi cool down and positifkan keadaan dan seminggu tu juga berhuru-hara dengan proses booking accommodation, tiket , dan semua. Mencabar juga bila last minit punya preparation, kalut dia kene study tempat, buka website itu ini semua kalah study final. (Ehhh takpun, hahahaha). Semuanya dipermudahkan dan yang sebenarnya sedikit demi sedikit ia mengajar erti kesabaran dalam menerima sesuatu perkara dengan ikhlasnya.


Perjalanan ke Korea bersama Air Asia Airline mengambil masa 6 jam dan 10 minit dari Malaysia. Secara personalnya, tagline air Asia : now everyone can fly memang tepat sekali dan sememangnya dipersetuji. Terima kasih Air Asia boleh menerbangkan kami ke sana dengan tambang murah yang jimat dan selamat, Alhamdulillah. So, ini antara kisah dan perjalanan kami sepupu sepapat di kota metropolitan South Korea selama 6 hari 5 malam.

Hari pertama, 16/10/2017


Kami bergerak keluar dari rumah sepupuku Kak Na, awal pagi jam 4pagi untuk kejar train pertama KLIA Transit di Putrajaya. Train pertama jam 5.50 am , Alhamdulillah, sampai stesen jam 5.40am tapi bikin zombie juga berlari di awal pagi, hihi. Di Airport KLIA2, selesai check-in bag, persiapan solat subuh dan terus kami berlalu ke Gate penerbangan untuk berlepas pada jam 8 pagi. ✈ 


Macam biasalah semasa menunggu boarding ke dalam, menjadi kebiasaan untuk menjadi golongan akhir ke dalam Pesawat. Tiba-Tiba ada satu group mendatangi ke arah kami dengan lengkap di escort beberapa orang polis (10 orang kot ehhh lebih juga lah). Sudah tentu semua mata tertumpu ke arah mereka. Unbelivable! Rupanya seorang artis KPOP dan yang anehnya aku langsung tak kenal dengan susuk tubuh dia yang Berambut putih dengan memakai topeng hitam di muka sehinggalah ade orang yang bukan main fanatic dan excitednya jerit "Taehyung" dari jauh mengejar untuk bergambar barangkali. Jadinya antara hasrat nak pergi Korea terserempak ngan artis dah tercapai sebelum pergi Korea lagi, hebat gak rase, makin semangat perjalanan pagi itu. Hehe. 😜


Kami tiba di Incheon International Airport lebih kurang jam 3 petang setelah delay satu jam pada awal nya. Selesai urusan di Imigresen , kami melulu mencari prayer room untuk menyelasaikan solat dahulu sebelum meneruskan perjalanan yang akan memakan masa 1 jam lagi untuk sampai ke tempat penginapan. Cari punya cari prayer room mengikut panduan buku dan google tak jumpe. Ye lah, tempat baru memang agak Sukar untuk menentukan arah itu, sehinggalah hampir kami berpakat untuk menunaikan di guesthouse Sahaja, rupanya selangkah kehadapan ada signboard "prayer room". Alhamdulillah, namun kami akhirnya sembahyang di luar prayer room dek kunci bilik Buddha dan dalam bilik Christian pula ade orang menyanyi. 

Info surau / prayer room ada di : 1. Bahagian departure, berhampiran gate 24 (proper punya prayer room). atau 2. selepas keluar selesai imegresen perlu pergi ke bahagian subway, hujung sikit akan jumpe prayer room untuk christian dan budha (muslim dibenarkan sembahyang disitu mengikut keadaan).


Jam 5.30 pm kami bergerak ke Area Myeondong menaiki subway. Jangannnnnn risau korea memang Kota metropolitan yang hebat dalam teknologi, terkejut melihat 10 line subway lagi terkejut kerana ia didesign dengan 5 tingkat ke bawah untuk line tersebut. Jadinya memang lalu bawah tanah tu banyak tangga dan jauh 3 minit untuk berjalan ke atas(lebih kurang lah). Sistem kad T-money (macam touch n go) lebih me mudahkan perjalanan, dan takjubnya ade laluan sentuh kad t money tu langsung tak berpenghalang. Ahhhh memang jujur betul rakyat mereka melalui laluan yang tak berpenghadang  tersebut, kalah kita. Desus kekaguman hati kecilku.


Musim luruh, siang sudah berlalu dengan cepat sekali. Kami keluar dari subway dan malam itu kesejukan terasa, ahhh indah betul suhu nya, langsung penat yang dirasai hilang... cewahhh layan betul. Hahahaha. Kami check-in Welcome Guesthouse, Myeondong . Kawasan atas bukit sikit, tapi high recommend sebab : 1. Wifi laju (paling penting, hihi) 2. Bilik sesuai dan berpatutan harga. 3. Owner baik, caring dan friendly. 4. Breakfast provided (tapi hari2 malam roti n Telur,okey laaaa) 5. Strategic dan berdekatan dengan subway, kawasan bandar dan Namsan Tower. 


Check - in Welcome guesthouse.
Malam itu malam enjoy, malam pertama dan semestinya apa yang dirasai personally rasa macam berada dalam drama korea, berapa kali ntah Tanya imah kita dah sampai korea eh? Hahahhaa jakun betul perasaan malam tu. Apa yang dalam drama semua reality. Tapi satu je tak reality, lelaki korea susah nak jumpa yang handsome macam dalam tv tu sobs! Haha. Kami berjalan cari makanan di Myeondong street malam itu, booth buka jam 6 petang sehingga 11 malam. Kedai kedai tepi bangunan masih buka meriah mempromosi barangan kosmetik mereka.


Untuk bab makanan, Semestinya kene cari yang ada sign Halal atau Muslim friendly. Itulah Perkara paling penting disini sebab kalau ikutkan makanan yang tak halal (Babi) bersepah tepi jalan. Antara makanan yang kami rasa malam tu : 


1. Banana uyu, minuman kegemaran yang berharga : 1000- 1300 won.
2. Scallop, memang sedap dengan cheese lagi. Harga :  10,000 won 
3. Croissant : 3000 won 
4. Banana Chocolate, Nutella : 2000 won 
5. Egg muffin kueh gitu sedap gak : 1500 won
6. Sotong kering : 3000 won kottt (tak ingat) 
7. Manisan Putih berisi almond: 7000 won sekotak 


Antara kedai halal


Sekitar laluan kawasan Myeondong


Hari kedua ,17/10/2017


Perjalanan hari kedua diteruskan dengan jadual yang simple iaitu seharian di Taman Tema Everland. Yes! my favourite place. hari first dah pergi enjoy :P hahaha nampak tak permainan dia apa sebenarnya? haha. Pagi yang indah pagi pertama menghirup udara segar korea! Excited bangun awal, buka tingkap ternampak seorang ahjumma (mak cik) meminpin tangan si kecil kegirangan mungkin dalam perjalanan ke sekolah. Dari jendela bilik kami di simpang jalan, ternampak sesuatu bergerak-gerak diatas tiang disebalik wayar-wayar eletrik. teka apa? hehe. kamera cctv weyh. serius terus teringat cerita Healer, alamak yang hero dia handsome Ji Chang Wok tu! 


Selesai sarapan pagi di guesthouse kami bersiap-siap mahu gerak ke Everland. Jumpa tuan guesthouse untuk confirmation laluan subway ke sana, dia terkejut kami hendak kesana pada jam 10 pagi itu. "you know, you have to go longggggggg wayyy" senyum dia sambil keraguan kami hendak ke sana sekarang. siap pesan Good luck! hehe


Betullah perjalanan memang longgggggg wayyyy sangat. nak dekat sejam lebih perjalanan subway sahaja. tapi kira takpe lah asalkan sampai ke tempat paling utama ni :P. Kami sampai lebih kurang jam 11 lebih pagi, dan masa terbaik untuk explore the Everland Theme Park World. Kebetulan musim ini adalah Halloween theme, so lagi meriah dengan budak-budak sekolah, family dan segerombolan kawan-kawan.


Paling utama semestinya selesaikan solat dahulu, dan kebetulan semasa disana, kami terserempak dengan satu group Malaysia diaorang tengah solat dan kami dipelawa join mereka. Alhamdulillah selesai yang wajib, makanya terus bersemangat menyelesaikan yang harus di sini. 


Nak diceritakan taman tema ini sungguh besar, dan track yang ada semua mencabar tahap adrenaline kami. Paling yang rasa tak terkata, takut, mungkin last sekali adalah track kayu checkpoint T Express roller coaster . Sedikit info mengenai T Express : Berkedudukan darjah 77 degree, T express adalah roller coaster daripada kayu yang paling curam di dunia dan boleh pergi dengan kelajuan selaju 64.6 miles per jam dan berbatu panjangnya tracknya. Seriously kalau korang jenis tak berani baik jangan, sumpah! Kalau jenis sukakan cabaran atau geli-geli rasa nak try, silakan. Confirm dah tak nak ulang lagi nanti. Track tu naemah dah survey awal, dia kata: "Kak, rugilah kalau kita sampai, tapi tak naik." okey Dik, kita naik dik. Sekali naik :((((((( nightmare betul, kat atas tak sempat nak tengok permandangan pun, cuma berharap cepatlah habes track ni. Yes we made it, Alhamdulillah percubaan kecergasan dan keberanian lepas. so, not bad lah.

Selesai itu, banyak lagi track yang kami pergi, safari, 4 season, wildlife,fantastic fairylife, magic land, american adventure, ghost house (tak masuk sebab queue panjang) dan lain-lain lagi. Malam itu pula kami menunggu persembahan halloween dan semestinya masa kemuncak iaitu pertunjukan bunga api. Cantik sangat, tapi kisah yang diceritakan tak faham sebab dalam bahasa Korea.


Info surau / prayer room ada di : bersebelahan bangunan "mystery Mansion", berdekatan dengan kerusi label.

Bab makanan pula, kiteorang tak beli apa2 disana. Katanya ada makanan halal iaitu burger udang, tapi kami tak yakin dan tak membelinya. Ade lah bawa sedikit bekalan biskut dan coklat snickers yang boleh mengenyangkan sedikit. Kami pulang dalam jam 10 dan samapi lebih kurang tengah malam, dan rehat untuk hari seterusnya.

Fav person :P TQ bagi idea bawa pergi Korea :P


The fantasy view


Sebelum pulang 

Hari Ketiga, 18/10/2017

Hari ketiga adalah hari kami menerokai bandar dan kawasan di sekitar Myeondong dan Namdaemun dengan berjalan kaki. Antara tempat yang kami lawati adalah :
  1. Istana Gyeongbukgung - Sebuah istana yang menjadi tempat bersejarah yang mempunyai kisah silam di zaman Jepun dahulu. Sungguh istimewa kerana seni bina yang dibina berunsurkan peradaban lampau yang kekal dan tersergam indah. Kawasan ini besar, selesai tawaf dan bergambar kami bergerak ke tempat lain pula.
  2. Tugu Raja Sejong - Tugu seorang raja yang   paling berpengaruh di Korea suatu ketika dahulu dan merupakan tokoh yang memperkenalkan tulisan hangul sebagai tulisan rasmi.
  3. Kawasan khemah Kapal Sewol -Kawasan yang menumpukan orang ramai untuk memperingati kisah tragis Kapal Sewol yang ditenggelami sesama perjalanan ke Pulau Jeju yang telah melibatkan ratusan pelajar terkorban. Kami diberi penghormatan untuk menandatangani kertas sokongan sebagai tanda berharap agar kerajaan meneruskan pencarian kanak-kanak yang terkorban. 
  4. Korea Tourism Organisation Organism - Hampir tersersat perjalanan kami dek bangunannya yang sedang dalam process pembaikpulihan. Ada seorang gadis Korea menolong kami dan membawa kami ke arah pintu masuk yang sedikit tersorok kebelakang. Disini cukup lengkap, ada prayer room (asing khas untuk lelaki dan perempuan), buku guideline, buku coupun makanan, dan kawasan bilik 3D bersama artis Korea. Of course lah si dia adikku yang paling teruja waktu ni :P 
  5. Vegetarian Restaurant - setelah mendapat buku coupun, kami bergerak mencari kedai makan vegetarian restaurant ini yang dibuka pada jam 4 petang. Setelah menahan satu hari lebih tidak memakan dengan proper. Akhirnya disini kami ditemukan dengan makanan yang enak dan alhamdulillah kenyang. Dengan coupun kami mendapat diskaun sebanyak 10% setiap seorang. Alhamdulillah. Meal satu set/person : 10,000 Won.
  6. Dal Komm Cafe , Hello Kitty Cafe - tak pergi pun, lalu sahaja. hihi.
  7. Malam itu kami bersiar di Myeondong Market. Kedai kosmetik yang bersepah di Korea saya kunjungi satu persatu. Bermacam, berjenis, offer kiri kanan, ada murah ada mahal dan paling best syurga bagi kaum wanita. hihi :)
Kami tiba di guesthouse awal daripada malam pertama, dan rehat secukupnya untuk hari esok. Sesungguhnya sejarah mereka aku dapat rasakan sungguh menarik. Masakan tidak sewaktu disitu, aku lihat banyak group budak kecil sekolah rendah yang antara mereka ade seorang pakcik atau makcik tua cuba menerangkan satu persatu bangunan disana. Aku cuba mendekati dan nak mendengar tapi ternyata aku tidak faham walau sedikitpun. Arghhh rugi betul rasa dalam hati tidak dapat memahami sebab saya peminat sejarah! hoho.bersabar sahajalah.

cak! bersama student Korea.


pintu pertama - sebelum masuk istana Gyengbokgung

Bersama gegadis Hanbok

cucu-cucu Ngah dan Ramelah


Hari keempat, 19/10/2017

Hari ini kami bergerak ke satu tempat yang sungguh mendamaikan, menenangkan, mengasyikkan iaitu : Pulau Nami.

" Bagaikan siang tiada purnama, Bagai malam tiada cahaya purnama, 
Tanpamu tiada erti hidup berdua, Ke akhir masa kau ku cinta.

Bagaikan syurga tanpa bidadari, Kau ibarat hembusan teakhir,
pulanglah sayang usah kau berpaling, Disini ku pasrah menanti. "

Siapa masih ingat bait-bait lagu diatas? Lagu OST winter sonata yang dinyanyi oleh Hazami versi melayu. Cerita legend zaman permulaan cerita korea memasuki industri tanah air. WOW! romantika! hihi. Ada peminat tegar cerita ini? lama dah, 10 tahun lepas tak silap ke lebih lagi.... (okey, kita geng :P)

Seperti biasa usai sarapan pagi, kami bergerak ke Pulau ini yang memakan masa kurang satu jam untuk sampai ke sana. Untuk sampai kesini kami harus menaiki feri yang memakan masa 5 minit je pun. hihi. Pulau Nami sebenarnya kecil je, pulau yang dijaga dan dibina kembali oleh seorang rakyat korea dan di jadikan tempat rekreasi juga tempat kunjungan bagi sesiapa yang ingin beristerihat dan bersantai bersama keluarga.

Jika anda kesini, jangan lepaskan peluang sewa basikal dan round sepuas-puasnya Pulau Nami. Sewa basikal lebih kurang 8000 won/sejam kalau tak silap. Hari itu bagaikan Nami Island aku yang punya. satu pulau aku round dengan daun kekuningan emas-emasan, tasik menghijau, langit membiru, pokok sekeliling menghijau. Ohhh Perfect! Cantik sangat.

Tapi, hahaha pulau biase je. Cantik lah nak stay lama2, pusing2, pergi jalan2, tapi pulau tu biase kecik je , saiznya sedang untuk kita berjalan dan bersiar. Disini lengkap, ada restaurant halal, tempat bersembahyang, mini library, hotel pun ada. Kira macam muslim-friendly. 


5pm kami bergerak ke pulang dan bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke area Gangnam. Gangnam kota metropolitan yang tersergam indah, kira macam kawasan orang kaya gitu. meriah macam pavilion gitu. Kami singgah ke SM Entertainment Tower, yang mennyediakan dan menempatkan kawasan menarik bagi sesiapa yang meminati Kpop. Disinilah syurga yang memaparkan gambar dan potret artis kesayangan Kpop. 


Sesuatu yang menarik minat tumpuan saya ialah sejarah Kpop yang membuka mata dunia serta menjadi tarikan utama untuk Korea mendapat nama di mata dunia. Tanyakan kepada semua remaja diluar sana, tidak kira bangsa apa pun, pasti ada yang menjadi pilihan dan kegilaan mereka. Sungguh hebat marketing mereka dengan menyediakan barisan artis yang cantik, handsome, tinggi, smart, semua perfect dimata manusia. Namun hakikatnya rakyatnya sebenar realitinya jauh berbeza dengan mereka yang dikomersialkan dalam tv. 


Last untuk harini, kami bergerak mencari satu kedai yang terkenal di kawasan Gangnam ini. Hampir berputus asa kami dalam pencarian, namun hari ini buat kesekian kalinya, Naemah menjadi heroin menyelamatkan keadaan dengan menjadi map untuk kami dan akhirnya kami sampai ke Restoren BBQ - Halal. Ya allah, ini first time bib makan daging yang superb sedap dan lembut ni. Pada mulanya kami order hanya 2 set besar, konon nak berjimat cermat dan waiter yang ambil order siap pelik tengok kami order sikit sangat, sampai dia pesan, "korang pasti akan tambah lagi nanti". Dan makan dihidangkan, dannnnn... ya allah betul! sedap sangat sampai kami buat keputusan menambah satu set lagi setelah berjaya memancing kak na untuk belanja . Yeay!!! TQ kak na :)


Malam itu kami kenyang makan daging lembut yang diimport khas dari Australia. Alhamdulillah settle untuk hari ini dan bersambung untuk episod seterusnya pula...



Subhanallah >3

Satu Pulau sis round :)

My fav team!

Santai dulu di bangku, sebelum meneruskan perjalanan mengelilingi pulau

Singgah SM entertaiment Tower



di Yang Good Halal Korean BBQ Restaurant 


Hari Kelima, 20/10/2017


Good morning Korea! Jom pergi Namsan Tower! tapi sebelum tu, nak beritahu hari ini hari yang mencabar. ya dari awal memang kami susun jadual untuk buat aktiviti yang penat, kira macam extra outdoor di penghujung trip. Yes! here we go. Selesai breakfast di lobby guesthouse kami bergerak ke Namsan tower melalui rumah jiran2 sebelah guesthouse. Kebetulan guesthouse yang kami duduk ini adalah laluan utama ke namsan tower.


Masa mula-mula sampai, pagi-pagi mesti nampak makcik n pakcik melalui jalan ini. Sungguh teruja ada yang tua rambut putih , tapi gagahnya melebihi kita orang muda. So, harini giliran kami 5 beranak pula melalui dan menyelusuri jalan yang berbukit dan curam sehingga ke atas tempat cable car. (okey yang ni pun dah mula penat,warm up lah kirenya).


Nak tahu kenapa tempat ini best? Namsan Tower ni terletak atas bukit yang dianggap sebagai "centre of Seoul". Ia menjadi lokasi pengambaraan drama-drama Korea termasuklah drama "Boys over flower" yang heroooonyaaa adalah, Lee Min Ho. sapa kenal? cewahhh baik jujur, jangan buat2 tak kenal pula, hero pujaan ramai gadis melayu kot. hehe. Yang best, kita boleh tengok Seoul daripada permandangan sudut atas - bird eye view. Dan Subhanallah memang cantik, bangunan pencakar langit penuh. Bib ambil satu gambar dan ternyata dari kanan hingga kiri, penuh bangunan yang menjadi mercu kemajuan negara Korea. 


Cerita hari ini tak bermula lagi, jom kita mulakan. Setelah jalan ala2 warm up dari guesthouse ke kaki tower, jadi kita harus meneruskan perjalanan hingga ke akhirnya. Pagi itu kami hiking sedikit demi sedikit diselangi beberapa gerombolan pelajar sekolah, pakcik tua, makcik tua, orang muda dengan anjing puppy comel, dan ada yang berbaju kemeja melalui track jalan kaki dan menaiki tangga bersama kami. Oh memang aktiviti fizikal sebegini harus dicontohi warga Malaysia umumnya. Setelah 1 jam 30 minit berjalan dan menaiki anak tangga dengan permandangan musim luruh yang mengasyikkan akhirnya kami sampai juga ke Namsam Tower. 


Melalui kawasan padlock kunci cinta yang berapa ribu orang yang pergi pasti akan mengunci cinta tanda kesetiaan dan kasih sayang yang termateri bersama. Ops! i single so nak padlock pun berfikir panjang dengan 3000 won pula harga mangga kat gerai pakcik tu. Next time lah kot :P

Dear "you", if you read this please know that in Namsan Tower there's a lot of people love to lock their names and wishes for eternal life and love. I think to do it so but i left it, because I always love lock you and our hope for eternal love in my Dua, yes wherenever I go. Trust me, it forever n ever in my Dua. #ciaciacia oke dah :P

Kebetulan juga waktu kami pergi ada slot orang tengah shooting record lagu dan kebetulan juga kami pergi ke sana dan ada slot untuk try baju rasmi tradisonal Korea iaitu baju hanbok secara percuma. Kami try dan bergambar, tapi obviously bila bib pakai nampak macam cendawan dengan kembang sekembangnya. hihi.


Tengahari kami bergerak turun tower menuju ke destinasi seterusnya. Penat tapi berbaloi. Sebenarnya disini ada disediakan bus dan cable car untuk sampai kesini. Sudah pasti kepada mereka yang berkeluarga diberi pilihan untuk menaiki cable car atau bus. Kami memilih jalan yang lebih mencabar sedikit daripada biasa. Permandangan cable car sudah pasti lagi menarik dan cantik, bib tak tahu tapi ade seorang ahli group kami yang tahu. Iaitu : Naemah! Dia decide nak naik cable car katanya nak tengok pemandangan, padahal dia penat nak turun sekali dengan kiteorang :P hahahhahahaha. 


Destinasi seterusnya kami bergerak ke Namdaemun market. Pasar murah yang menyediakan pelbagai jenis barangan souvenior berkualiti tinggi dan sesuai untuk mereka yang ingin bershopping mencari sesuatu sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. Kami cuma melalui sahaja sebab almaklumlah kena window shopping sahajalah. 


Kemudian sebelah petang kami meneruslan perjalanan bergerak ke Itaewon. Bandar yang harus pergi sekiranya ke Korea kerana disinilah tersinar islam dan merupakan tempat berkumpulnya mereka yang mengangkat kalimah syahadah tanpa mengira warna kulit dan bangsa. Subhannallah waktu kami sampai ke Masjid Itaewon waktunya sekitar senja setelah maghrib. Aku lihat ramai sekali orang islam dan disitulah rasanya kebesaran Allah kemanapun kita pergi, bila berjumpa rumah Allah pasti merasai ada cas positif yang datang.


Kawasan ini sungguh popular dengan restaurant makanan halal dan supermarkat halal. Seronok betul malam tu, kami tak sabar nak makan sampai tak tahu nak pilih mana satu kedai. (nampak tak gaya sudah lame tak jumpa restaurant yang halal). Masuk kedai ini, keluar balik, masuk kedai arab lepas tu fikir balik takkan nak makan kebab pulak gi korea. So, akhirnya kami ke Restoren Makan 2. Kami order mee kacang hitam, ayam goreng pedas dan ayam goreng halia. Malam tu kita makan gaya orang Korea yang mee tu macam dalam drama tu, sedapppp weyh, portion banyak, ayam banyak apa lagi memang sodapp! Alhamdulillah. Kakak yang amek order tu, bukan main manis lagi, seorang muslimah Korea dan ayahnya sedang memasak di dapur. Waktu kami nak pulang, ayahnya keluar dan berborak sedikit dengan kami siap tunjuk gambar kat handphone dia seorang artis Malaysia buat pengambaraan kat kedai Makan 1 dia. Rupanya Abang Naz, Jalan-jalan cari makan! so cute ahjussshii :)


Alhamdulillah kami pulang dengan 2 perasaan . satu : Kenyang, gembira, seronok untuk hari ini. dan kedua : esok hari kepulangan kami, sobs. Kami pulang ke guesthouse dengan langkahan yang pilu  dan perasaan yang "alaaahhhhh esok dah balik....." haha tapi memang nak balik pun, duduk sini takleh lame2, MAHAL. kene spent duit betul2... hihi.



JOm mulakan pendakian.

Kota Metropolitan Seoul, permandangan dari atas.

Mee kacang hitam - sedap!

Masjid Itaewon

Hari keenam 21/11/2017

Kami santai-santai amek angin dulu pagi tu di sekitar guesthouse. Bye Korea. Pukul 10 kami bergerak ke airport untuk flight kami pada jam 4 petang. Alhamdulillah selamat sampai di malaysia pada jam 10 Malam. 
Sejujurnya Korea pasti dirindui, sebulan berlalu dan kenangan disana masih terasa indahnya. Untuk mereka yang ingin dan bercadang bercuti kesana jangan lepaskan peluang anda. Seronok untuk pergi ke negara orang, lagi banyak kita pergi, lagi banyak kita belajar sesuatu. Belajar tentang menyusun waktu, belajar menerima keadaan sekeliling, belajar dan melihat peradaban mereka, belajar memberi peluang kepada diri dalam menentukan perjalanan. Kali ini destinasi yang dituju ke Korea, negara yang majorotinya bukan Islam. Sudah tentu susah sekali untuk mencari makanan halal, nak adapt dengan orang sekeliling dan sebagainya. Yang penting yang baik kita ambil, yang buruk dijadikan tauladan. 


Sekian, Terima kasih . Anneyoung ^-^



random pic 1- view daripada tingkap bilik. 

random pic 2 - happy me! happy you

random pic 3 - berbaju Hanbok di Namsan Tower

ramdom pic 4 - inilah breakfast kami 6 hari. roti/telur/maggi (kadang2).

Video Korea trip 2017

Monday, November 20, 2017

Crowdfunding : Cara Baru untuk Mengembangkan Kekayaan

Kemungkinan besar anda pernah mendengar istilah Crowdfunding tetapi masih keliru adakah benar ia boleh membuahkan simpanan yang dilaburkan. Seperti baru didengari tetapi apakah benar ia merupakan suatu jalan baru untuk menyelindungkan duit anda agar lebih berkembang dengan cara tidak ke bank? Sebelum untuk mengupas tajuk ini dengan jelas, penting untuk kita ketahui bahawa Crowdfunding mempunyai 4 jenis utama yang mempunyai matlamat yang terperinci antaranya : Sumbangan (Donation), ganjaran (reward), equiti (equity), dan pinjaman (lending or peer-to-peer, P2P financing).

Apa itu Crowdfunding?


Crowdfunding dalam bahasa ialah jana modal. Ia merupakan jalan baru untuk mengumpul dana melalui cara atas talian dengan menggunakan medium teknologi internet khususnya. Teknikalnya satu entiti akan menyediakan medium website untuk mengumpul penyumbang dalam menguruskan jumlah dana dan modal duit untuk disedekah atau dilabur untuk projek yang memberi keuntungan. Cara ini telah memberi daya tarikan semenjak tahun 2012 dengan kadar pertumbuhan yang memberansangkan iaitu lebih dari 200 peratus per tahun dalam usaha mengumpul dana secara global.


Jenis Crowdfunding yang sesuai dengan anda?


Umumnya crowdfunding terdiri daripada 4 jenis; pinjaman (lending-based) yang diperkenalkan pada mulanya, kemudian diikuti sumbangan (donation-based), ganjaran (reward-based) dan sekarang berkembang kepada ekuiti (equity-based). Pasaran global sudah popular dengan aktiviti crowfunding 10 tahun awal berbanding di Malaysia yang masih di peringkat muda dan awal jagung dalam pasaran. Namun uniknya, ia mendapat perhatian dan sektor ini mendapat sambutan yang memberansangkan berbanding simpanan di bank.


Dua konsep yang mudah diaplikasi ialah Donation dan Reward. Donation - based crowdfunding adalah satu bentuk sumbangan dana yang ikhlas dan tidak mengharapkan pulangan atau hasil dalam jumlah yang diberikan atau dikongsikan. Sungguh besar hati dan mulia niat tiap penyumbang yang memilih jenis ini. Reward based pula diertikan suatu model yang timbul sebagai alternatif untuk memberi peluang dalam usaha penjanaan dana serta memberi kepercayaan penuh untuk dijanakan jumlah duit yang diberikan. Sebagai ganjaran diatas sumbangan yang diberikan, kebiasaannya pelabur akan diberikan hadiah sebagai tanda penghargaan atau terima kasih. Meskipun itu, dua konsep yang dinyatakan diatas adalah tidak sesuai untuk sesiapa yang ingin mengembangkan kekayaan.


Adakah dua jenis crowdfunding berikutnya ini merupakan cara yang sesuai untuk mengembangkan kekayaan? Jadi, jom kita fokus!


Bagaimana pelaburan (investment-based) dalam crowdfunding berfungsi?


Ramai orang kaya dan lebih harta cenderung dalam memilih samada reward-based atau donation-based. Namun dengan cara pelaburan ia memberi peluang kepada pemodal kecil untuk melabur wang dan dana dalam usaha yang menguntungkan dimana ia boleh menghasilkan pulangan yang tinggi berbanding pasaran lain yang dengan memberi keuntungan sehingga 16% per tahun.


Investment crowdfunding menyediakan peluang dan ruang untuk menghubungkan pelabur dan pencari dana dalam usaha membangunkan suatu projek yang berpotensi besar untuk dikembangkan. Hal ini menerangkan, satu pihak mencari dana untuk mempromosi dan menjual projek yang dirangka dan manakala satu pihak hadir mendapat pilihan untuk melabur sesuatu jumlah dan dana yang ingin dikembangkan jumlahnya. Terdapat dua pilihan dalam investment-based, iaitu lending-based dan equity-based. Pilihan ini hadir mempelbagaikan risiko yang harus ditanggung namun mengoptimum pulangan yang akan diperolehi. Tambahan, pelaburan di dalam crowdfunding sebenarnya merupakan jalan yang efektif untuk pelabur kecil dalam memilih projek yang ingin dibiayainya walaupun sekecil mana nilai yang dilaburkan tersebut. 


Pilihan yang lebih menguntungkan.


Investment - based crowdfunding terdiri daripada beberapa jenis iaitu; pinjaman (peer-to-peer lending), projek kewangan, liabiliti, hartanah, dan lain-lain.


Equiti crowdfunding (Equity-based) adalah pelabur yang melaburkan sejumlah dana dan memiliki hak untuk berkongsi dalam urusan kewangan syarikat dan kebanyakannya semasa permulaan proses dan dalam sektor SMEs. Sebagai pelabur perlu menunggu setiap proses sehingga keakhirnya untuk mendapat kembali nilai yang dilaburkan serta pulangan. Hal ini akan dilalui meskipun akan timbul konteroversi atau perbalahan kecil sehingga projek ini berjaya. Sesungguhnya apabila berjaya pelabur akan melihat pelaburannya dapat dilipatgandakan dengan banyak sekali.


Dalam pinjaman crowdfunding (P2P lending-based),  pelabur akan memberi dan melabur dana mereka kepada peminjam atau pengusaha berdasarkan jumlah yang diinginkan, maklumat risiko dan tujuan utama mereka menginginkan dana tersebut. Faedah akan diperolehi mengikut bulan yang dilaburkan dan bergantung kepada kepercayaan kredit yang bagus. Kelebihan utama jika dibandingkan dengan equiti crowdfunding adalah jumlah kecairan yang diperolehi dan majoriti pinjaman crowdfunding bergantung kepada faedah. Namun adakah anda tahu dan mendengar interest-free P2P crwodfunding atau bebas faedah crowdfunding?


"Interest-Free" P2P crowdfunding , bebas faedah punya cara. Ada ke?

Bebas faedah punya cara? betul, itulah cara yang selamat daripada mengambil faedah untung atas angin secara konvensional. Ia merupakan satu bentuk cara yang unik dan baru yang dibawa dan disediakan dalam usaha menyelamatkan daripada terjebak dengan faedah (interest/riba) yang diberikan. Kaedah yang sama masih digunapakai namun, ia berlandaskan perkongsian keuntungan. Antara ciri utama yang diutamakan dalam jenis crowdfunding ini adalah membenarkan pelabur berkongsi dan terlibat sama dalam perlaksanaan dan pencapaian projek yang dijalankan berbanding hanya menunggu untuk tempoh mendapatkan imbuhan faedah semata-mata. Didapati bahawasanya perkongsian usaha sama yang tinggi dalam projek meningkatkan kemungkinan pelabur mendapatkan pulangan yang lebih tinggi terhadap modal mereka. Seperti salah sebuah satu platform iaitu Ethis Crowd yang mencatat purata kadar pulangan tahunan boleh menjangkau sehingga 15 peratus.

Adakah berisiko untuk kerugian?

Meskipun pelaburan dalam crowdfunding memberi pulangan yang menarik, ia tetap hadir melibatkan kos yang tertentu. crowdfunding merupakan satu platform yang menjadi pengantara yang memberi ruang pasaran dalam usaha menemukan antara dua pihak yang ingin menyumbang iaitu pelabur dan juga yang ingin mencari modal iaitu pengusaha. Oleh itu, segala kelemahan yang muncul daripada kedua pihak ini akan menjejaskan secara langsung atau tidak langsung kepada penyedia platform crowdfunding tersebut. Jadi lebih utama untuk membuat sedikit kajian dan mengetahui setiap risiko sebelum membuat pilihan yang tepat untuk melaburkan wang kita. Inilah yang akan mengurangkan risiko individu, memaksimumkan pulangan serta memberi keuntungan wang anda,

Platform Crowdfunding di Malaysia.

Senarai di bawah antara pasaran crowdfunding yang didaftarkan di Malaysia:


  1. Ethis Venture  https://www.ethisventures.com/
  2. FundedByMe https://www.fundedbyme.com/
  3. Ata Plus http://www.ata-plus.com/
  4. Crowdo https://www.crowdo.com/
  5. Eureeca https://eureeca.com/Default.aspx
  6. Equity pitchIn https://www.equity.pitchin.my/
  7. Skola Fund Sdn Bhd https://www.skolafund.com/
Kesimpulan 

Terdapat pelbagai cara untuk mengembangkan kekayaan dengan kepelbagaian pilihan yang disediakan. Ada yang memilih untuk mengembangkan kekayaan dengan cara yang paling mulia yang kepuasannya tidak dapat dinilai dengan mata kasar. Pilihan yang ada haruslah dinilai dengan rasional yang bersesuaian dengan kehendak dan tujuan yang dikehendaki. 

Cakap mengenai ini, secara rawak ada yang memilih menyimpan di Bank, melabur dalam sektor kewangan seperti Tabung haji, Amanah Saham Nasional Berhad, melabur dengan cara tersendiri misalnya pelaburan emas, pelaburan koperasi, pelaburan di bank Islami, ada juga yang menyimpan memalui cara caruman insurans, simpan bawah bantal (ada lagi ke? hihi) melabur dengan melakukan bisnes dan lain-lain cara. Banyak saluran yang ada inilah yang memberikan kita peluang berfikir dengan kritis untuk memilih cara yang terbaik. Selamat mengembangkan kekayaan! Bijaklah dalam memilih cara dan sedia menghadapi setiap risiko yang akan dihadapi.