Friday, December 1, 2017

Mary jardin - Skincare selamat Malaysia

Hampir setahun sudah saya menggunakan skincare brand Mary jardin. Pada mulanya saya hanya try sahaja, kerana seorang kakak yang memperkenalkan produk ini mengatakan ini produk pertama semulajadi homemade yang dibuat dan dicipta oleh seorang Doktor Medical. Seminggu kemudian saya membeli dan mencuba pack tester - basic set versi paling awal sekali kira-kira pada September 2016. 

Reaksi pertama saya pakai produk Mary Jardin sungguh kelakar. ini kerana produk pertama yang saya pakai adalah Clay Mask. Semangat saya bancuh dengan menggunakan cuka epal, dan tepek di muka. Tepek slow2, dan bila pakai muka saya gatal sangat-sangat. tak tahu nak gambarkan macam mana, tapi seriously gatal dan perasaan ketika itu seperti saya ingin tanggalkan terus dari muka ini. Tapi saya tahan, dan tahan sehingga kering dalam 10-15 minit. Kemudian saya bersihkan muka saya perlahan-perlahan keluarkan kotoran itu. Memang aMAZING! Saya memang rasa kotoran yang kegatalan itu dibuang habis dari muka. Alhamdulillah semenjak dari itu antara produk kegemaran saya dalam Mary Jardin adalah Clay Mask - yang boleh dipakai 2 kali seminggu. 

Kenapa perlu pilih Mary Jardin?

Sekiranya anda peminat tegar produk semula jadi dan ingin mengelakkan daripada sebarang produk kimia merbahaya, anda harus pilih Mary Jardin. Mungkin produk ini baru dan tidak sepopular produk skincare yang berjenama lain di TV atau di deretan mall, tapi percayalah kulaliti yang ada pada produk ini sesunguhnya setanding dengan produk berkenaan. 

Seperti yang dmaklumkan pada awal, pengasas produk ini adalh seorang doktor medical yang kehadapan untuk mengetengahkan produk semulajadi yang proses pembuatannya adalah sendiri bukannya daripada proses kilang secara menyeluruh. Mereka mempunyai kawasan dan pekerja khas untuk membuat sabun , face oil, clay mask dan lain-lain. Kepercayaan saya tinggi pada produk ini, kerana kami sebagai agent diberi info dan maklumat lengkap tengtang proses dengan gambaran yang dikongsi bersama kami. 

Selain ini saya secara peribadi amat bangga dengan usaha dan pencapaian Dr Maryam dan Dr Athiq (pengasas Mary Jardin) yang berusaha keras menaikkan nama anak Malaysia dalam bidang kosmetik semulajadi dan halal di medan ini. Aspek yang diketengahkan sangat sofistikated dan mesra untuk semua jenis lapisan umur, termasuk penggunnan face oil kepada bayi dan seluruhnya. 

Mary Jardin masih terlalu muda dalam industri tetapi telah banyak memberi testimoni positif kepada pelanggannya yang ingin sesuatu yang jauh daripada bahan kimia. Dari dulu hanya berfokuskan kepada 3 produk , dan sekarang telah berkembang kepada 10 produk. Alhamdulillah satu perkembangan dan oencapaian hebat dalam masa setahun.

Apa Produk utama Mary Jardin?

1. Sabun - Sabun muka Mary Jardin mengandungi susu kambing yang mempunyai banyak khasiatnya. Antara fungsi Facial soap adalah mencuci pori, menghilangkan radang dan memberi kelembapan kepada kulit. Sabun ini juga amat sesuai untuk pengguna yang mengalami masalah kulit kering, eczema, psoariasis, kulit sensititf dan wajah yang berjerawat.

2. Face oil - Face oil adalah  campuran 10 minyak pati iaitu : Argan Oil, Roship Oil, Avocado Oil, Sunflower Oil, Tea-tree Oil, Buckthorn Oil, Vitamin E, Lavender Oil, Jojoba Oil, dan Castor Oil. Selain melembapkan kulit, face oil juga memiliki manfaat baik untuk kulit. Antara kelebihannya adalah : mengurangkan kerutan pada wajah, sebagai pembersih wajah, melindungi kulit kita daripada radikal bebas, juga sebagai make-up primer, dan juga dapat membantu menyusutkan pori-pori.

3. Clay Mask - Face mask merupakan regim penjagaan kulit muka yang sihat secara mingguan. Kita boleh menggunakannya seminggu sekali atau lebih bergantung kepada keadaan kulit masing-masing. oleh sebab itu, terdapat pelbagai jenis mask muka, ada yang berfokuskan untuk menegangkan kulit, memberi kelembapan kulit, ada untuk mengeluarkan dan menghilangkan segala kotoran, ada juga khas untuk melembutkan kulit. Maka, clay mask Mary jardin fungsinya khusus untuk menyingkirkan kulit mati secara halus dan lembut serta sebagai detox kulit yang akan mengecilkan liang pori, mengurangkan kulit berminyak, mengecutkan jerawat dan mengurangkan white dan blackhead.

4. Serum - fungsi utama serum Mary Jardin adalah untuk repair kulit dan mengandungi sunblock SPF30. Saya secara peribadi saya amat menggalakan orang ramai mengambil pengambilan serum sebagai vitamin kepada muka, tidak kesah apa jua serum bergantung kepada kepercayaan kita sendiri. Disini saya kongsikan sedikit kehebatan Serum Mary Jardin yang boleh mngecutkan jerawat, melembabkan kulit, menghilangkan jeragat, dan memudarkan parut. Ingat! pilih yang selamat dan bermanfaat untuk kulit kita :)

Anda mahu mencuba produk Mary Jardin?

Sedia maklum saya adalah pengguna yang alhamdulillah sesuai dengan kulit muka saya. Saya sering memperingatkan orang ramai, jangan mudah putus asa untuk mencari dan usaha untuk mendapatkan produk yang sesuai dengan muka kita. Sememangnya penjual akan mengetengahkan pelbagai sudut positif dan kebaikan produk yang dijual. Namun kajian sendiri dan pilihan haruslah dibuat. 

Saya berkongsi sesuatu yang saya yakin dan saya percaya dan saya ingin mengajakkan kepada orang ramai untuk turut sama mendapat manfaatnya. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh hubungi saya di talian : 013.2600202. juga boleh dapatkan maklumat dan info lanjut di laman sesawang instagram saya iaitu : Natural_byhabeeb. 

Selamat mencuba :)


No comments:

Post a Comment