Berjalan ke suatu tempat ke suatu tempat adalah sesuatu yang mengembirakan. Melihat ciptaan Tuhan, memerhati keindahan alam semulajadi dihiasi dengan musim yang bersilih ganti adalah hadiah paling besar untuk dilalui. Raminya manusia pula adalah gambaran dan cerminan peribadi yang dapat disaksikan melalui cara dan budaya yang tersendiri. Melancong kata orang tidak seseronok mengembara. mungkin istilah berbeza tetapi tujuan maksud umum adalah bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Seperti biasa lain orang lain cara pemilihan perjalanan pengembaraan. Ada beberapa jenis : ada yang memilih berjalan semata untuk membeli-belah, ada pula yang berjalan kerana ingin bercuti bebas dari sesuatu masalah, ada pula yang menjadi pengembaraan ini suatu hobi. Setiap yang itu ada tujuan tersendiri dan pilihan tersendiri untuk bergerak.
Pengalaman peribadi antara negara yang telah dilawati adalah : Indonesia, Arab Saudi, Mesir, Jordan, Hongkong, dan Korea. Impian saya untuk pergi meluas lagi melihat setiap pelusuk bumi tidak cukup dengan kaca mata yang dipamerkan gambar atau video semata, tetapi ingin dilihat dari mata yang hakiki. ameeeennn ,insyallah satu hari nanti.
Sebagai perempuan banyak perlu dititipberatkan soal persiapan umum untuk tujuan pengembaraan. bagi saya ada 7 perkara penting yang saya kena utamakan sebelum yang lain, iaitu:
1. Sunglasses / Cermin Mata Hitam - paling utama kerana ia dapat menghalang daripada mata terkena sinaran matahari tak kira dimana pun. tambahan, apabila mengantuk di tempat umum sebagai contoh didalam kapal terbang, atau perjalanan lama dalam bas atau kereta api, cermin mata hitam ini membantu untuk menutupi dari terdedah terus orang nampak muka kita.
2. Skin care Bag - dalam skincare bag yang paling penting kena ada adalah losyen untuk melembabkan kulit dan muka. Antara lain: sabun, shampoo, conditioner, berus gigi, ubat gigi, losyen tangan, essential oil young living - lavender dan peppermint (dua essential oil ini sangat multifunctional), face oil Mary Jardin, kepit kuku, sikat, dan panadol. Saya mesti utamakan ini, kerana kalau pergi kemana-mana kulit senang untuk kering terutama apabila pergi ke negara timur yang suhunya lebih tinggi dari sedia kala di Malaysia. Namun ia terpulang ikut jenis kulit tersendiri.
3. Make up bag - ini kalau boleh sesimple sahaja. cukup satu/dua lipstick, chapstick atau pelembab bibir, toner, pelembab muka, eyeliner Silky Girl(WAJIB) hihi, foundation (advance) kalau ada formal occasion.
4. Sport Bra - Untuk perjalanan yang jauh sepertinya agak tidak selesa sekiranya memakai bra yang mempunyai besi atau span sepanjang hari. Jadi ketika travel, saya memang khususkan untuk lebih memilih untuk sport bra sepanjang perjalanan kerana ia memberi lebih keselesaan, lebih-lebih lagi sekiranya dalam perjalanan yang agak lama. tak lah terjatuh tali atau tersenget kedudukannya.
5. Buku - selalunya saya akan ambil satu buku, formal atau santai untuk dibaca sekiranya tiada internet atau boring dalam perjalanan. mungkin kadang-kadang habit hobi itu menjadikan saya lebih memilih membaca daripada yang lain.
6. Kasut - sebelum travel jauh saya akan pastikan kasut saya sempurna. kalau tidak saya akan beli je yang baru. kasut adalah perkara penting yang merupakan subjek utama untuk bergerak sana sini. kalau boleh yang lebih lembut tapak itulah yang menjadi pilihan kerana sampai tahap ada sampai 24 km dalam satu hari berjalan bergantung kepada perjalanan yang dipilih semasa travel.
7. Camera - Of course ini yang lebih utama dan mengutamakan. camera tak kisah lah daripada phone atau camera bermacam jenis itu, yang penting ia berfungsi untuk merakam detik dan panorama indah sebagai tatapan di masa hadapan untuk simpanan peribadi dan perkongsian di ig dan fb.
Jadi, inilah antara 7 barang utama yang saya pentingkan dalam setiap perjalanan saya kemanapun. Persiapan itu penting jangan kita remehkan kerana ia membantu dalam menjadikan perjalanan kita sempurna dan lancar. Selamat melancong dan mengembara semua!
Love,
Bib
No comments:
Post a Comment