Sunday, September 14, 2014

#shawlpalestin #shawlgaza

Sesiapa yang berminat, boleh Pm fb: habibah s ramli@call whatsup:0145107013

Anda mencari shawl gaza atau shawl palestin yang murah kualiti cantik dan gojes bila memakainya? Marilah beli,sambil menderma. Insyaallah

Sunday, September 7, 2014

Santai di Pulau kapas mini reunion

1. Inilah kali pertama aku jejak kaki ke dunia pulau. Sememangnya cantik dan indah permandangan semula jadi ciptaan allah percuma diberikan kepada manusia. Walaupun hanya seharian kita boleh menikmati keindahan pulau kapas yang simple dengan sepuasnya dan apa yang pasti kos yang kita laburkan sangatlah berbolai. Jumaat-5sept2014

2. Kos- mengikut pakej yang kita pilih. As well untuk sehari,paling murah boleh tawar sehingga dapat Rm50. Iaitu pakej bersama Mak Cik Gemuk. 
Rm30-tambang pergi dan balik
Rm10-snorkeling
Rm10-kayak.

3. Kami sampai di jeti dalam jam 9pg bertempat di daerah Marang. Perjalanan hanya mengambil masa 15-25minit sahaja dari jeti ke pulau mengikut bot yang dipandu.

3. Sesampai di pulau, pilih tempat untuk menapak, ambil kayak dan snorkeling. 
Pagi itu kami berkayak dahulu. Gambar ialah raihana dan sabiha sedang berkayak. Sambil diselangi dengan terus snorkeling area- area disitu.

4. 
Dalam perjalanan pilihlah ketua sepertimana yang dianjurkan nabi, insyalallah perjalan kita akan teratur dan lebih bermanfaat. Tq izzati kerana telah mangaturkan pertemuan ringkan reunion kali ini. Moga waktu limit yang diluangkan bersama dirahmati allah.

5. Selepas zohor, We are ready for the other place untuk teroka ciptaan allah dalam lautan. Untuk pertamanya aku snorkeling begitu jauh tgh lautan, haha gatal sangat nak g jauh2 lepas dah ade kat tgh2 lautan,penat giler nak berenang ke tepian pantai balik. Tapi, the worst thing is, boleh lihat coral,big fish and also karang yang cantik hidup di dasar lautan.


6. Tiba-tiba seorang kawan aku terkena landak laut? Apa itu landak laut? 
Landak laut ialah sejenis pokok hidupan laut yang hidup di tepian karang. Sungguh tajam dan kalau tertusuk sakit dan susah untuk mengeluarkannya.

Seronok sangat bersnorkeling keselamatan juga sangat perlu diutamakan. Make sure we are surevy tempat tu, kalau boleh try terapung kan diri jangan sesekali berdiri dalam air. 

Al-kisahnya, kesian kawanku. Terkena tumbuhan landak laut itu hanya 2 duri,tapi berejam nak cabut serpihan yang sudah tertusuk dalam kaki nya. Alhamdulillah dia still boleh jalan.

Apa perlu buat?
1. Bawa rakan ke tempat yang selamat.
2. Kalau ada limau nipis curahkan perahkan ke tempat yang terkena.
3. Ketuk2 kan sehingga duri itu akan pecah sendiri.
4. Bawa balik- refer kepada doktor.
5. Jgn try cabut@kupis dgn benda lain duri tersebut, khuatir akan bernanah nanti.

Time kawan aku terkena tu, kami cuak, memang tiada penagalaman langsung, so, aku pergi kupis duri tu, tapi langsung tak berkesan. Sbb durinya lembut akibatnya ia sangat susah untuk dikeluarkan. Last2, bila sampai kat rumah baru perah limau nipis-something yang beracid untuk mudah ia pecah and keluarkan. After 3-4 days, ia kembali normal. 

7. Last but not least, very thankfull to all my friends yang still together dapat luangkan masa bersama yang pada mulanya kene tipu kata nak pergi "cottan island" , aku yang tetibe lurus pun pergilah google. Then aku serach jumpa statement: cottan island which is beautifull island located at australia. Aku pun wasap la balik, weh serius la nak pergi aussie. Kemudian seseorang reply: tapayah nak cotton island la , PULAU KAPAS JE KOT!!!. Hahahhaa. Papepun,Alhamdulillah moga ukhwah kita berkekalan sehingga akhirnya. Pukul 5:30pm kami pulang ke jeti.

8. Yes, mengganggur itu seronok bila kita sibuk membusykan diri dengan perkara lain. 



Saturday, September 6, 2014

Malaysia aku pulang

1. Alhamdulillah tarikh 20.9.2014 sudah genap 2 mingg berlalu. Bermakna juga sudah 2 minggu lamanya aku disini bumi tanah airku tercinta yang menjadi saksi gembira nangis ketawa murah hidup kecil dahulu. Setelah tergendala 2 bulan terkebelakang drpd kawan-kawan seperjuangan yang lain, akhirnya aku dapat jua berada disini , untuk pulang berbakti kepada tanah air ini. 

Bakal merindui jordan dan seisinya yang kadang2 boring duduk sini, kadang2 best gila duduk sini, apepun org kata hujan emas dinegeri orang, hujan batu di negeri sendiri,lebih baik hujan batu dinegeri sendiri.

Pengalaman 19 jam berada di mesir untuk transit pun agak mahal nilainya sebab dapat hotel 5star, masuk bilik ada tentera "welcome to hotel meraied ms habibah ". Feeling like can i have this life everyday. Hahahhaa.


2. Sampai di malaysia disambut indah keluarga tercinta-umi , abg mi, irah, dan said. Walid di ksa,imah dan kinah d kelantan. Peluk cium erat juga buat nenda tersayang yang 2 tahun lamanya tidak ketemu menyepi keseorangan setelah toknda yang disayangi telah pulang ke rahmat ilahi. 

3. Alfatihah buat tok nda dan nenda kaum kerabat yang tidak sempat aku jumpe mereka, moga kalian dirahmati allah selalu. Allahumma fighlahum, wa aafinni wa" fu anhum. Ameen, rest in peace all dearest.

4. This is just my lovely panoramic which have their own soul and i really love the calm breathtaking enjoyed by myself. Subahannallah- alhamdulillah- allahuakbar.

5. Jom isi perut dulu dgn CKT- char kuey tiaw yang yaw yaw yaw sooooodap dye, location: restoren al-fateh, jln batu buruk,tepi istana tgnu. Satu pinggan 5 hengget maaa,mahal ni tp kaw 👌.

6. After just spend my week almost 8 days together with dearest family, and now, they fly go back to saudi arabia- mama, abg mi,irah and said. And naemah and sakinah also went to kelantan. Although have a limit time together, i know our longlife love is forever abd ever. May allah bless us in Jannah wherenever we are. 

7. Last, dapat berjumpa spend time with my menegahhood which masing2 dah matures and besar. Moga dnt sentiasa mengalir dlm darah hidup kita biarpun sebusy mana pun kita nanti. 

8. I think i wanna get job, tapi sedap juga menganggur ni. Haha. Kbye. 


Sunday, August 17, 2014

Hari terakhir final exam, hari terakhir jejak kaki di jamiah, hari terkahir menghirup udara rokok di kawasan universiti, hari terakhir melihat sang perempuan bergaya tebal make up dan sang teruna perasan segak hensem, hari terakhir bersama adik2 yang ribena, hari terkahir aku jejak sorang2 g jamiah, hari terkahir aku berlagak jadi org arab...

Haih mesti aku rindu semua ni. Okey, moga kau berjaya .

Wednesday, August 13, 2014

6hari

6hari berbaki untuk aku berjuang,
Antara realiti dan cubaan,
Yang pasti berani cuba untuk aku cuba takdir itu,
Berbekal doa yang aku sememangnya mengharapkan itu berlaku,
Jauh daripada sudut hati keinginan itu,
Yang diimpikan tapi terpaksa diketepikan,
Sementara cuma itu kini hampir penghujung,
May allah ease my way, my path, my hope.
Ammenn 

Thursday, August 7, 2014

Tuhan 
Seandainya ini yang terbaik 
Permudahkan setiap jalanan
Yang kedepan
Moga positif jalanan

Saturday, July 26, 2014

Raya - out of my mind

Musim raya datang lagi, alhamdulillah. Maka bergembiralah hati untuk menyambutnya, namun malang sekali kali ini aku sekali lagi terpaksa menempuh di tanah jarak jauh dari keluarga. Ya sungguh seksa kerana eidulfitiri kali ini tiada perancangan untuk berjauhan dengan keluarga sanak saudara. Perancangan aku yang merancang ingin pulang ke tanah air bulan 6 lalu terpaksa dikuburkan. Masih berbaki 3 minggu sebelum aku pulang dan raya termasuk dalam minggu tersebut. Minggu2 terakhir aku di bumi barakah ini. Sungguh perit tapi bernilai.

Hati kecil aku sangat sedih untuk berjauhan dari semua seisi yang ada di malaysia. Jauh juga disudut hati aku mengharapkan hikmah yang seribu datang dengan takdir hari hariku disini. Benarlah serapi mana pun rancangan yang disusun, tiada boleh tandingannya dengan perancangan allah yang maha kuasa. Lalu, disitulah letaknya penerimaan diri yang banyak membawa kita menilai sejauh mana kuasa kita tiada tandingannya dengan kuasa allah yang maha kholiq. 

Ya, kitalah yang kena kuatkan diri. Moga jauhku dari keluarga sanak saudara tercinta mendekat aku dengan maha pencipta. Tuhan masih ingin mentarbiah dirimu , mengenal tuhan meesakan nya mendekatkan dengan keindahan hidup disini. 

Monday, July 21, 2014

Aku dan panda

Panda,
Awak tahu saya,
Kita banyak persamaan,
memang buntat macam awak,
Hitam putih kaler kita,
Suka makan pastu tidur,
Kadang everytime nak ngunyah je,
Pastu boleh pulak terus terbongkang,
Kadang pula kita anoyying,
Org suke kita,
But kita buat muka tak bersalah ke layan,
Awak comel sbb tu saya suka awak,
Comel awak tu kadang aku rase tak perlu nak takut hadapi semua masalah,
Always penenang,
Tak suka marah,
Cool boleh buat org sayang in short time,

Tapi... 
Aku bnyak lain bab itu,
Kadang aku lemah,
Mcm mana awak kental ea? 
Penat aku perhatikan awak dan berharap,
Tetap tak berhasil.

Jauh dr sudut hati.
Doakan aku ye panda. 

Saturday, July 19, 2014

Menanti

Sampaikan cintaku padanya
Di sujud ini memendam kasih
Agar bersemi jua akhirnya
Menganggung abadi sayang yang tercurah

Kapannya bila semua penantian
Hari demi waktuku titipkan doa
Agar bahagia yangku impikan
Realiti esoknya tersampai jua

Gelora sentiasa kadang berombak gentar
Tersusuk dijiwa diri nan tetap menanti
Kalut dijiwa namun hati tetap tegar
Menahan janji terbuku dihati

Apapun jua, tuhan...
Dekatkan kami pada jalanmu,
Agar kami bersatu dalam redhamu.

Monday, July 14, 2014

Luka hidup yang diubati kata

Seringkali kali aku terus menghitung
Hari yangku doa semakin dekat
Semakin membuah rasa rindu ditanggung
Ingin sekali mendayung cepat
Agar langkah yang tercipta indah terbang
Hadir dengan pantas sepantas kilat.

Menjangkau ingin tidak semua manis
Pahit lesau dirasai dimuara
Ketepian yang cantik dipandang hias
Namun dalamnya melebihi sedepa

Aku bangun kembali
Dalam lemas satu pautan aku mencari 
Untuk disandar menjadi kekuatan diri
Sesak nafas tawa dalam tangisi
Kerna itu rencah hidup berdikari

Walau mungkin sering aku terlepas
Berbahagi hati memilih bekas
Mana mungkin untukku hempas
Yang satu punya hikmah dan satu punya emas
Pilihnya kadang hati yang lemas 
Berfikir mana baiknya untuk aku erat kemas
Agar akhirnya tidakku rimas 
Menghitung hidup yang terbentas luas
Dijadikan pedoman untuk lakaran pentas.... 

Doakan berbaki 34hari lagi di jordan :)

Friday, July 11, 2014

Untuk adek bintat.

Dia selalu panggil aku buntat,
Aku balas dia bintat.

Dia selalu buat kerja laju dan kemas,
Aku selalu sepahkan.

Dia selalu suruh dengar lagu dia suka,
Aku bantai layan jelah. 
(Padahal kdg otak kat laen hak3.)

Dia selalu kacau time nak tido,
Aku pun pusing tak layan dia

Dia kdng malas,
Tapi aku paksa suruh dia jd rajen.

Dia belagak taknak panggil aku kakak,
Sebab aku tahu aku muda, haha.

Ade org kate kita sama,
Ya memang kita sama , suka shopping ,suka handbag, suka mcD(dululah), suka pakai saut je tudung bantailah nak senget ke tak kesah janji pakai tudung, suka berangan, suka buat onar, suka tak behave. Weh, papepun happen stille be my frend ye.

Untuk terakhirnya,
Dear aten, adek bintat...
Membesarlah dengan pengalaman yang duka, 
Kerna ia tiada salahnya,
Tapi jadikan ia intipati kekuatan untuk kau hadapi hidup seterusnya...

Tak perlu takut dengan hari esok,
Sbb lakaran hari ini kau kena yakin yang kau telah diberi peluang untuk dicintai,
Hidup tak pernah susah, tak juga senang,
Yang penting kau usaha dan ikhlas dengan apa yang ditakdirnya.
Love you  tenggg,

Selamat hari lahir ke-21 ,10july 2014.
From,
Buntat cute.



Nasi kabsah (masakan arab)


Resipi nasi kabsah ini dikongsi oleh family syria saya di Jordan, Rasha Ummu usamah. Kami pergi ke rumahnya di Khitim Jordan dan tanpa segan silu dia mengajar kami semua ,maka bermulalah pembelajaran kami .

Bahan (untuk sefamily,8org)
Ayam seekor 
Beras 
Cengkih
Bawang besar
Bawang putih
Buah pelaga
Rempah kabsah
Garam
Tomata paste
Tomata (3biji)
Minyak 
Lada hitam
Lemon 
Kacang hazelnut 

Cara masakan 

1. Rendamkan ayam bersama api yang sederhana bersamanya letak cengkih(3) + bawang besar (2) potong dadu + pelaga(3) + rempah kabsah (4sudu). Tunggu sampai ayam 1/2 masak ,haritu kami buat dalam satu jam.

2. Kemudian beralih kepada beras. Rendamkan ia dengan air panas dalam besen kecil bersama garam. Takat air sama dengan beras dan tunggu Sehingga air tu menyerap dalam beras.  

3. Ambil 3 tomato potong dua dan kikis untuk ambil isi sahaja. 

4. Satu labu bawang putih ditumbuk + garam + tomato paste (1sudu) + perahan lemon (separuh) + 2cawan minyak + lada hitam (ikut kesesuaian) + air daripada rendaman ayam (1cawan).

5. Masakkan atas dapur 3+4 tu, sampai suam panas dan sebati semuanya, 5 minit gitu. 

6. Kemudian, asing kan ayam letak dalam loyang, susun dan sapukan [nom5] tu atas dan tepi ayam. Kemudian bakar masuk dalam oven 180• in 30 minutes , terpulang janji ayam tu masak.

7. Sekarang nak tanak beras pula. Tumis bawang merah + bawang putih bersama minyak + capcicum + rempah kabsah + pepper + satu kiub ayam + sedikit yang baki [nom 5] tu + campur air ayam tadi. Tunggu mendidih, dan masukkan beras. Tunggu sehingga nasi masak. Sebenarnya air ayam yang dimasukkan tu bajet2 la sama rata ngan beras,jangan sampai nasi lembik atau keras pulak. Hehe.

8. Akhir sekali ,goreng sedikit "louz" iaitu kacang hazelnut . 



Kalau arab,hidang atas dulang...nasi,kemudian ayam, kemudian tabur louz tadi.

Untuk cantik lagi , hias dengan timun dan daun sup dan tomato.

#kabsah sedia dimakan
#makanan arab kabsah ini lagi enak dimakan bersama dengan laban(susu perap) , which is laban ni mmg tiada di malaysia. So, kalau ade yang ingin makan dengan kuah, boleh topup tambah sendiri. 

SELAMAT MENCUBA 


Day with : afza najwa , ammar eirfan, nabil ramli, salleh.

Kosa kata :
فروج=ayam
بصل = bawang besar 
ملح = garam
ثوم = bawang putih
بهارات كبسة = rempah kabsah




Thursday, July 3, 2014

Mereka pergi jua,
Hari ini sudah lepas,
Seiring lepasnya impian angan yang aku sarat,
Hiduplah,
Tuhan tahu kamu luka sekarang,
Tapi esok tuhan kan hadiahkan pelangi,
Yakinlah,
Parut itu bukti sayangnya.
💪💪💪😂😂😂

Sunday, June 29, 2014

Sudah lama aku tidak menjenguk disini, kesibukan, kesengsaraan, ketidakamanan hati... Kadang2 aku memaksa diri untuk terus menjauhkan diri dari satu keadaan ke suatu keadaan yang lain. 

1.
Alhamdulillah , tahniah diucapkan kepada semua teman sebaya yang berjaya menghabiskan pengajian pada semester ke2 ini. Didoakan agar kalian terus maju jaya didunia dan akhirat. Ramai orang bertanya,bila giliran saya? Insyaallah tidak lama lagi, perlu menumpuhkan satu lagi semester pendek untuk tamatkannya. Dan terus doakan saya berjaya. Ya, aku sedih tidak dapat bersama naik pentas bersama mereka. Tetapi aku tetap cuba sebaya upaya mengposotifkan fikiran,yakin dan terus mencuba menerima setiap penyusunan yang allah susunkan ini. 

2.
Ukhwah itu sangat dekat ,dan dekatnya pada keikhlasan :)

3.
Satu malam kami dapat berjumpa dengan datin duta ke jordan sempena satu majlis rasmi delegasi menteri komunikasi. Alhamdulillah she is kind hearted person,may allah bless her and always we are here after forever.

4.
Aku tetap menyambut hari hero dalam kehidupan. Selamat hari ayah, walidku. Stay cool and hensem ya daddy, we all love you,may allah bless you of all your sincerly. 

5.
Hari last berhq bersama, selamat berkhidmat kak edah dan farhah. Syukur atas jalan tarbiyah yang allah bentangkan ini. Semoga terus thabat, sabarlah dgn keluhan sementara kerana syurga itu tidak pernah senang untuk dimasukinya.

6.
Complete 15 of us. Syukran junior atas sambutan wida yang cukup mengkagumkan diri, serius bangun2 tidur esok paginya : "boleh tak nak lagi haflah wida'? Serius best " tq :)

7.
Minggu lepas, 23 june kami mengadakan rehlah di wadi ibn hammad. Ya allah subhanallah mentadbur alam hikmah muhajirin dan ansor disini. Teruja dgn hasil ciptaan allah. Syukur allah.

8.
Ya allah syukur diberikan peluang untuk berkenalan dengan ahli keluarga baby cham,yang sgt baik dan pemurah. Setiap detik bersama mereka amat aku rasakan pengalaman dan memori terindah. Iya sudah semestinya, melupakan saat keserabutan yang aku jugak pening untuk meleeaikannya.

Setakat disini dahulu. Bye 😆😆😆

Thursday, June 12, 2014

Malam mereka

Kau tahu mahu menelan perasaan terima itu sukar
Tak semudah dihati untuk terima bak dibibir
Esokkan harinya 
Hari bahagia itu
Yang dulu ku impikan dilakar catatan putih
Selitan itu kini dilipat sementara ...

Tak mengapa,waktumu belum tiba sebaiknya dia yang yang maha kuasa ketahui segalanya. Waktumu pasti tiba saat ibubapamu pasti tersenyum. Nanti kau boleh ketawa sendirian dalam hati sebak dengan kehidupan indah ini.

Dikenang jangan lama
Bebaslah untuk berdiri 
Terhantuk seketikapun takkan selama
Selagi tuhan kau paut erat dalam diri

Tahniah kalian
Sedih jauh sekali dalamnya
Gagah terpancar diseri bulan
Melangkau seri kerna cinta pada mereka 

❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Tuesday, June 10, 2014

Tersinggah rasa

Malam yang menyinggah,
Sampaikan kerinduan ke bumi sana,
Yang tidak pernah ketiduran,
Dimamah ribuan tetamu mulia,
Yang harap cuma ,
Redhamu untuk ke alam abadi akhirat kelak.

Kalau diberi pilihan inginku terbang iringi,
Punyai sayap kepompong pinjaman sehari,
Agar bumi indah itu dapat kupijaki,
Sebaik2 tanah dialam ini.

Kesampaian terpaksa dikuburkan ,
Sementara menanti hadirnya keemasan,
Biarpun jangkau melangkah beribu jam,
Siapa tahu rezeki mungkin esok malam.

Wednesday, May 28, 2014

Sulaman kehidupan

Asyik kali kadang kita terlepas luah, mengeluh kemari, pening memikirkan nasib aturan yang kadang tidak boleh diterima dek jiwa lemah kita. Lantas sedikit cemuhan itu melunturkan semangat pengembaraan kehidupan ini.

Jiwaku,
Ingatlah saat kau berduka pasti sesuatu yang indah mahu dipersembahkan buatmu, yang pasti dirimu haruslah tetap kuat dan tegar hadapi segala ujian serta tribulasi sementara ini.

Lihatlah, kisah ibu dan anak yang sedang menyulam kehidupan bersama. Suatu petang, si ibu sedang asyik menyulam kain sedang si anak pula ralik bermain di suatu sudut hujung sana. Datang si anak, "ibu2, ibu buat apa itu?" Ibunya menjawab: "ibu sedang menyulam kain ni, anak pergi la main dulu" ,lantas anaknya bergerak kembali bermain dan beberapa minit kemudian datang kembali pada si ibunya sambil menyoalkan "ibu2, ibu sulam ape ni? Adek tengok buruk je", kemudian si ibu membalas, "ibu tengah menyulam kain la, adik pergi maen dulu, ibu nak buat kerja ibu sekejap ye". 

Sulaman ibu semakin sempurna dan akhirnya sudah siap sempurna, ibu pun memanggil si anaknya "adek2,mari dekat ibu, tengok sulaman ni". Datang si anak dengan terpegunnya dia berkata, "wah, cantiknyaaaa ibu! Ade bunga, ade burung, ada pokok, ade rumah . Adek suka mak, tapi ibu, kenapa tadi adik tengok tak cantik pun ibu sulam? " tepacul satu soalan yang bertandang dalam kotak fikirannya si anak kecil ini.

Ibu dengan tenang nya menjawab: "adik, tadi adik lihat dari sudut bawah, sekarang adik lihat sulaman ibu ini daripada sudut pandang atas yang indah dan cantik. Begitulah dalam kehidupan, kita seringkali pandang daridapa bawah dengan sudut pandang seorang hamba yang doif dan lemah. Seringkali itu tidak cukup, tidak lengkap, kurang sana sini, tidak seronok , tidak indah dan sebagainya. Namun, pandanglah dari sudut pandang atas sepertima kamu pandang sulaman ibu tadi yang mungkin sebenarnya allah sedang menyusun sesuatu yang indah buatmu." 

Berdoalah semoga hari-hari indah juga hari-hari yang diuji kita dapat lalui dengan sebaiknya dan ikhlasnya sekali. Insyaallah :)

Wednesday, May 21, 2014

sukarnya menerima

Sudah hampir satu semester mahu pergi meninggalkan pantasnya masa yang melalui masihku tidak mampu menerima dengan hati terbuka. Penat untuk menerima itu satu penyiksaan harian yang memukul semangat harian mahupun berbulan. Putaran masa sering bermain diminda mengapa itu perlu terjadi dan kejadian aneh itu tidak dapat diterima hati setelah sekian lamanya.

Salahnya untuk meyalahi segala takdir itu perlu dirasai, namun bibir seringkali tertewas dengan penyesalan yang tidak berpenjangan perhujungnya. Masakan untuk aku lalui dengan kegelisahan hati dan kemurungan untuk hari-hari yang akan datang. Sakitnya batin untuk menyakinkan kau sebenarnya tidak tewas, tapi sungguh sukar dan amat sukar.

Kiniku harus menerimanya, ya penerimaan yang tiada keikhlasan. hurmmmm,,,, 

T.T
Ya allah, tuhan sekalian alam,
santuni jiwaku untuk aku terimanya,
serta meredhai segalanya ketentuan ini,
biarpun ia amat pahit dan kelat...

allahumma firghli, allahumma fighrli, allahumma firghli.

Wednesday, May 7, 2014

5 Mei 2014, Tahniah diucapkan  kepada 23 orang dalam kalangan pelajar Ikip-Yarmouk telah berjaya menamatkan pengajian "Daurah Tamhidi Al-quran" di Markas Hafsah Ibn Umar ,Irbid,Jordan. Mereka turut meraikan kejayaan pada hari konvokesyen ini bersama kira-kira 100 mahasisiwi Irbid yang lain. Turut hadir  tetamu kehormat iaitu Dato' Duta Malaysia ,TYT Dato Abdul Malek Abdul Aziz  Pegawai Education Malaysia Jordan (EMJ), Prof Dr Azidan Abdul Jabbar dan Presiden Persatuan Al-Quran Irbid Jordan ,Dr  Abdul Karim Khotib bagi menyampaikan anugerah kecemerlangan ini kepada semua mahasiswi yang berjaya menamatkan pengajian tersebut.

Majlis penghargaan ini juga diadakan untuk meraikan para guru yang banyak menyumbang tenaga mengajar ilmu quran ini.Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Moga-moga bertambah semangat dan keyakinan buat para pelajar ini untuk terus belajar dan seterusnya mampu untuk menyumbang kepada masyarakat di masa hadapan. Maka semoga bertambah generasi quran dimuka bumi ini sejajar dengan pembangunan pesat hari dunia kini yang ingin menyaksikan timbangtara daripada sudut duniawi dan ukhrawi. 



Para pelajar bergambar bersama dari kiri Dr Abdul Karim Khotib, Dato' Abdul Malek Abdul Aziz dan Prof Dr Azidan Abdul Jabbar.

Monday, April 28, 2014

Kobar yang mengkobarkan diri

27 April 2014,
Alhamdulillah syukur satu hari kami melaksanakan program KOBAR itu, hampir semuanya selesai dengan jayanya. Bermula 4 bulan yang lepas, perjumpaan demi perjumpaan dirangka dan sedikit demi sedikit gerak kerja mula digiatkan dengan semangatnya. 

KOBAR adalah Konvensyen Belia dan Relawan anjuran Kelab Haluan Siswa Jordan yang mengumpulkan kira-kira 250 orang mahasiswa dan mahasisiwi dari seluruh Jordan. Bertemakan "Common Sense Is The Genius Of Humanity" pihak penganjur jelas ingin mengfokuskan topik kemanusiaan dalam mencapai hadaf program seiring dengan gerak kerja yang giat diadakan setiap komuniti kecil di Jordan ini.

Suasana di kawasan terbahagi kepada 3 bahagian utama yang banyak memainkan peranan penting pada hari kejadian:

1. Suasana dalam dewan. Semestinya sarat dengan input dan info yang dikongsikan oleh pihak penceramah yang juga merupakan delegasi jemputan daripada Malaysia, iaitu Prof Dr Zamrin bin Dimon dan Dr Baharuddin serta wakil daripada pihak ICCS. Pelbagai isu dikupas oleh penceramah berkaitan peranan kepentingan dan sedikit pengalaman sepanjang keterlibatan dalam beberapa misi kemanusiaan.
Aku cuma sekadarnya mendengar sedikit-sedikit, tetapi diberi kesempatan untuk mendengar slot forum oleh 2 panel jemputan bersama Ustaz Anhar opir serta moderator jalanan, Saudara Qwiem yang mengupaskan tajuk kecaknaan hal kemanusiaan ini. Nyatanya satu point yang penting dapat aku quotekan disini ialah : "nilai kita bukan pada apa yang kita ada, tetapi pada apa yang kita beri". Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Duta Malaysia ke Jordan , TYT Dato Abd Malek Abd Aziz yang sebenarnya merupakan hero malaya dalam usaha beliau menyelamatkan 10 rakyat malaysia dibawah tawanan israel ketika tragedi mavi marmara 4 tahun yang lalu. Satu anugerah khas telah diberikan kepada Dato tanda penghargaan juga penghormatan atas pengorbanan jasa yang beliau sumbangkan.

2. Suasana luar dewan sudut pameran booth. Terdapat 6 komuniti yang menyediakan pameran booth antaranya : i4syria dari IKRAM , Aman palestin dari ISMA , Teach For The Needs(TFTN) , Tangisan Syria di Bumi Jordan , Malaysia Syria Society(MSS)  dan HALUAN . Nah,inilah kesatuan hati kita dalam cakna hal isu semasa ,nyatanya aku berlapang dada dengan semangat jitu setiap ajk booth. Pada mulanya aku fikir aku tidak punya kesempatan untuk melawat setiap booth dek kerjaku dibahagiaan pendaftaran kemudian bergerak ke dalam dewan pula menolong sedikit urusan teknikal. Namun, alhamdulillah semua booth akhirnya aku dapat lawati, banyak perkongsian dan input serta cerita-cerita menarik daripada setiap booth. Tuntasnya aku kagum dengan semangat pelajar-pelajar disini yang bertungkus lumus ingin menyampaikan sesuatu dan membawa isu kemanusiaan itu untuk diketengahkan ke dalam kotak pemikiran setiap orang yang menjengah dan melawat ke tapak pameran biarpun ada sebilangan pelajar arab yang menjadi tetamu mereka ,ianya tidak menjadi penghalang untuk dikongsikan, bahkan orang arab mula memberi reaksi positif dengan memberi tepukan gemuruh ketika salah seorang ajk booth mendeklamasikan sajak. Seorang arab memberi komen kepadaku, kenapa program ini sehari je? Buatlah sampai esok katanya. "Aseef , bukroh muhadhroh" balasku ringkas. Tahniah diucapkan kepada semua. Antara satu kisah yang menarik yang aku kira mahu dikongsikan disini ialah kisah anak kecil Khalid yang berumur 10 tahun. Khalid merupakan anak syria yang berhijrah ke negara jordan dek peperangan tegar yang berlaku di negara sendiri waktu kini. Makanya, dengan serba kekurangan Khalid sekeluarga bertapak di negara Jordan ini, namun kerana sedikit kekangan kewangan yang dihadapi keluarganya, khalid terpaksa meneruskan pengajian di sekolah 'free' tersebut. Hari demi hari, dia bersekolah disitu sehinggalah, satu hari dirumahnya dia terdengar loceng, lantas tangan anak kecil itu dengan mudahnya membuat isyaray salib seperti yang diajarkan sekolah 'free' tersebut. Ibunya yang terlihat kejadiaan tersebut terasa aneh lantas bertanyakan hal itu kepada Khalid. Khalid dengan tenangnya menjawab: mama,inilah yang guruku mengajarku dan kawanku ketika setiap kali loceng berbunyi di sekolahku. Bermula dari kisah inilah, satu entiti pelajar jordan iaitu pihak tangisan syria di bumi jordan dengan semangatnya telah menubuhkan satu sekolah khas untuk diberikan pendidikan kepada anak kecil pelarian syria Ini. Tahniah pihak tangisan, saya kagum melihat usaha keras kalian! Itulah kisahnya, moga-moga kisah ini memberi iktibar kepada diri kita khususnya untuk menyemarakkan lagi usaha untuk memberi kepada saudara seislam kita yang lain.

3. Kawasan luar dari bangunan kuliah ekonomi iaitu kawasan jualan. Pelbagai gerai terdapat sepanjang konvensyen berlangsung. Daripada progran berst sehinggalah makanan ringan. Terima kasih pihak jualan kerana memeriahkan konvensyen kali ini. Dan khusus buat housemate tercinta "CI JELITA" tahniah kerana berjaya mencapai target jualan! Laku kot ikan , ayam masak merah dengan lempong tu,power la korang! Yuhuuu. 👍👍👍

Akhirnya, dalam kegembiraan untuk berkonvensyen, aku turut bangga dengan usaha keras setiap individu yang telibat menjayakan program ini secara langsung mahupun tidak langsung. Tahniah dan terima kasih. 👏👏👏 Moga amal kecil ini diterima allah,biarpun sikit. 

Balik tu memang penat sangat, tetapi kepuasan hati ini telah melenakan diri. Ya allah ampunkan kami, andai ada yang terlebih dan terlepas.

Kobar dalam kenangan, 
Timbalan Bendahari .


Wednesday, April 23, 2014

Melunakkan kemarahan

Tiba perasaan marah pasti kita akan melenting marah tidak tentu arah,semua yang di sekeliling terasa tidak betul. Saat itu, kesemua adrenalin para normal sifat sayang dan suka terputus terus ke sistem otak. Yang ada cuma MARAH, mahu menyalahkan dan mencari kesalahan. 

Saat itu jugalah kita punyai dua kebarangkalian yang akan dihadapi umumnya. Samada secara hati terbuka atau hati tertutup. Mari kita lihat yang terbuka dahulu.

1) Hati terbuka: akan mudah menerima biarpun hati sakit,biarpun diuji tahap setinggi manapun gunung di muka bumi, juga biarpun diasak pasakan kebenciaan atau dihasut keracunan dosa. Fokusnya dan kuncinya adalah sabar dengan setiap ujian yang melanda,nilai penerimaan pada diri dan sifat redha dengan apa yang berlaku.

2) Hati tertutup: sukarnya untuk duduk  terjebak keredhaan,kita akan rasa seharian hidup tanpa betulnya orang sekeliling. Penuh dengan cemuhan,hati yang membara mahu marah,dan seterusnya kalau bisa 'amarah' itu akan terlepas pada orang sekeliling.

Aku punya 2 cerita yang aku lihat lalu sentap.

1. Sudah hampir sebulan rumah itu banjir dek kebocoran paip dari rumah jiran atas di bilik belakang itu. Sukar untuk mentafsir samaad air apa yang menitik dari masa ke masa sampai satu tahap, pintu almari baju dalam bilik tersebut tidak mampu untuk dibuka kerana khuatir air yang menitis akan terkena baju dalam almari. Lantas bilik itu ketinggalan kosong tanpa satu suara sebulan mereka menyepi dr pengetahuan jiran atas rumahnya. Sampai suatu ketika aku terdengar perbualan mereka:
"Bila lagi mahu beritahu umah atas ni? Cepatlaaaa tak tahan kot air ni titis je" omel seseorang.
"Tu la, aku dah bagitahu minggu lepas sebenarnya,tapi dia cakap tukang paip datang lagi seminggu untuk settle hal ni weh" balas lagi seorang.
"Takkan nak tunggu banjir sampai tahap hidung baru nak baiki? Ya allah tolong la paham perasaan ni,aku tak tahan ar.ade aku serbu dyeorg karang" kata ahlinya lagi.
Lantas,seseorang bersuara:
"Takkan kita tak boleh sabar,aku kalau ikot hati marah ni,mahu aku tunjuk kat dyeorang satu2 apa terjadi dalam bilik hujung tu, tapi aku teringat satu kisah,ketikamana rasulullah diuji dengan jirannya sendiri, tetap bersabar dengan jirannya. Air yang titis dari jiran,dan rasulullah tetap bersabar"

2. Mereka membuat isyarat agar aku menutup pintu,dan aku bangkit melakukannya. Lantas terpasan kuat nasyid itu,dipasang pada high volume. Pada mulanya,aku terpana . Apa semua ini? Kenapa? Kemudian seorang lagi keluar dari arah bilik air dengan air sebaldi, mereka melakukan project dan akhirnya bersih harum wangi . Ya allah, terima kasih adik-adik yang sangat bijak melakukan semua ini. Aku tidak pernah terpikir dek akal dengan cara ini untuk membersihkanya. Suatu taktik yang bagus dan mantop! Akak tabik pada usaha korang, juga syukran atas didikan 'kesabaran dan keredhaan' ini. 

3 perkara untuk lunak kemarahan:
1. Duduk untuk ketenangan diri,senyap dan cuba kawal kemarahan, neutral kan pemikiram dan cuba elak diri daripada berfikir hal negatif,seterusnya kalau boleh berwudhuk,sembahyang dan berzikir sejenak.
2. Bersama untuk fikirkan solusi,kalau kita bersendirian cuba carikan seseorang yang dipercayai untuk diluahkan dan fikir idea untuk selesaikan masalah. Sekiranya masalah bersama rakan yang lain, brain storming dan fikirkan jalan penyelesaian yang terbaik.
3. Rancang modus operandi,dan LAKSANAKAN dengan niat hati ikhlas agar allah memudahkan segala sesuatu yang akan berlaku nanti.

Alhamdulillah,sedikit pengajaran dalam kehidupan,banyak mengajar kita erti hidup. 

Monday, April 21, 2014

Abu ubaidah amir bin al jarrah



Dhorih (ضريح) sahabat nabi abu ubaidah amir bin aljarrah,terletak tidak jauh dari kawasan Irbid,di negara Jordan. Beliau sahabat nabi saw yang berilmu dan berakhlak serta salah seorang antara 10 sahabat nabi yang dijamin syurga Allah Swt. 

Dalam satu riwayat Nabi Muhammad Saw, ada Hadis Nabi mengenai kelebihan Abu Ubaidah: 

"Setiap umat ada penjaga amanahnya dan penjaga amanah bagi umatku adalah Abu Ubaidah Al Jarrah"  riwayat imam ahmad. Tegas disini, al amin gelaran yang diberi orang ramai kepada Rasulullah telah diberi kepada Abu Ubaidah ini. Ini menjelaskan bahawa Abu Ubaidah adalah salah seorang yang komited dalam tiap suruhan jihad sampai menyahut suruhan untuk menyebarkan agama islam di kawasan syam ini.

Saya berpulangg untuk menziarahi dhorih beliau. Alhamdulillah.



Friday, April 11, 2014

#formychild



Mummy, why Amnaa is late? ,hurry up please!

Adam, Yousef , mummy will stay waiting you all and go through together for jannah. 😃😃😃

Wednesday, April 9, 2014

Moh meriah sekampung dan kenangan setiusaha.

"Leadership train our capibility and power self confident" 
 
Diary : 4-5 April 2014.

Namaku disebut sejurus nama yang pertama, dan kini aku berdiri bersama sebarisan dengan mereka untuk pengumuman yang seterusnya jawatan ydp serta ydpah. Degup jantung terketar laju tatkala berada dihadapan didalam dewan persidangan itu. Mata terpejam rapat, senyuman tidak mampu diujir tarasa beratnya tanggungjawab yang terpikul.

Pengalaman setahun yang lalu itu terimbau seketika tatkala memikirkan aku yang sekarang akan melepaskan tanggungjawab itu. Terasa sungguh cepat detik itu berlalu, berlarinya jarum jam itu sungguh pantas membuat putaran demi putaran. Tatkala saudara ydp membuat ucapan pembubaran, dan dengan lafaz bismillah maka terlerailah kepimpinan bkmpj tahun ini. Aku dengan gembiranya menggenggam tangan sambil tersorok oleh langsir di meja itu, tanda gembita mungkin. 

Namun begitu jauh dari sudut hati, segala kenagan dan ingatan pasti tersemat indah. Mana tidaknya, sepanjang setahun ini banyak mengajar aku erti kehidupan, bermula dari sudut kendiri, kepimpinan juga sudut kemasyarakatan bersama manusia yang lain.

Teman seperjuangan dalam barisan kepimpinan BKMPJ 2013/2014

Sejujurnya, Aku bersyukur kerana dapat mengenali mereka kerana banyak perkara yang saya belajar  dari sentimen perwatakan tiap-tiap dari mereka. Bermula dari sudut luar dan dalam diri yang ditampilkan. Aku sangat gembira! Ydp seorang yang ceria ,penuh idea dan dangat terbuka. Ydpah seorang yang talkative, kritis dan seorang yang tegas dlm berkepimpinan. Tydp pula seorang yang cool,tetap tenang dan sangat berkeyakinan. Setiausahaku seorang yang rajin (walaupun aku seringakali membuli dia, sorry iman akak selalu buli awak) ,baik dan hati yang mulia. Bendahari dan timb bendahari pula sangat bijak dalam mengawal kewangan bkan,serta sifat kadang-kadang kedekut cermat dan permurah sangat mengkagumkan diri.

Dan kini, semua itu tinggal kenangan. Selamat maju jaya semua, semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Moga-moga segala kesalahan kekurangan dapat dimaafkan dan dilupakan. Terima kasih.


Bergambar bersama ahli satu bangunan bersama ustaz khairul anuwar,pegawai atase di kaheran mesir, yang datang untuk memeriahkan program "moh meriah sekampung" kami. 

Kumpulan 2, hari keluarga "moh meriah sekampung"

Oke, jom balik IRBID! 

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Syukur syukur syukur.




Monday, March 24, 2014

Cinta yang tidak bisa terputus

Seorang anak kecil manis berambut ikal datang menuju ibunya,namanya asma' . Dengan manja mengaharap 1001 perhatian dari ibunya. Kemuadian dia bertanya: ibu ,apakah ini? Dengan senyuman dimuka ,mulut si ibu menjawab : "ini lubang pusat"...

Sedangkan dalam hati si ibu menjawab: "Ini adalah tanda yang menghubungkan antara dirimu dan ibu. Ia tidak pernah pudar dek masa, tidak akan hilang tandanya dek waktu. Ia akan sentiasa berada disitu untuk mengingatkan kamu bahawa ibu adalah nadi kamu. Kamu adalah sebahagian daripada ibu, membesar bersama ibu, makan bersama ibu, menangis bersama ibu, bergembira bersama ibu , dan selamanya meskipun kamu jauh beribu batu sekarang.

Jadi , bila kamu lihatnya lagi, biarpun kau jauh di perantauan tiada di depan mata, mungkin sedang kamu menulis, mengembara,belajar , memasak, atau apepun sekalipun ...ingatlah kamu sentiasa bersama ibu. Ya, biarpun tali pusat itu telah dipotong , tetapi kasih sayang ibu padamu selamanya akan berhubung kerana cinta pusatnya dihati..."

_ummu asma'_ 😍😍😍
Jika tanyakan aku tentang cinta,
Kiniku rasainya,
Tiada selamanya,
Kerana yang dtg tetap pergi jua,
Namun, keikhlasan dan keimananlah ikatannya,
Yang membawa kita ke syurganya. 

Perit itu sakit... 

Thursday, March 20, 2014

Tiap kali aku turun,
Dia pasti disitu tersenyum indah,
Bagai menanti aku tiap zaman,
Namun kini bayangannya lenyap sudah...

Puas ,
Untuk aku kembali merintih,
Pergilah engkau kalau itu yang mengembirakan,
Perit ini takkan disajabiarkan begitunya,
Kerana yang pahit itu lebih susuk buat diri,
Untuk lontoran kehangatan jati diri,
Terus bangkit memijak dibumi yang nyata.

19/3/2015_hausabahmanzilyah_libraryyarnouk_ena_moveon_gourmet 👆

Wednesday, March 12, 2014

MH 370 antara qoda dan qadar allah


Hari ini sudah genap 5 hari misteri kehilangan kapal terbang MAS MH 370. Rata-rata amat bersimpati dan bersedih hati dengan apa yang berlaku. Tiada siapa sangka susunan ini berlaku dan terjadi , kerana semuanya urusan qada dan qadar allah. Rahsia bumi dan kemudian rahsia langit yang tiada siapa bisa rungkaikan keanehan ini. 

Jujurnya , sedikit kegugupan datang tatkala mengenangkan kejadian ini, kita manusia semuanya dibawah kekuasaan maha esa. Lihatlah pelbagai teknologi yang dicipta oleh sang genius daripada alat menguji kehebatan cekrawala hinggalah alat menguji sekecil-kecil kejadian, semuanya terbatas. 

Ujian ini batinya , haruslah mendekatkan diri kita kepadanya. Koreksi diri , walaubagaimanapun kita dan bagaimanapun kita sekiranya hidup disandarkan dan dibulattawakkalkan kepada allah, insyaallah dibawah naungannya selalu. Itulah sifat orang beriman, cuba meredhoi dan diri sendiri tetap dibawah aturan sunnah.

Begitupun ujian zahirnya, operasi pencarian tetap perlu duteruskan dan dipertingkatkan. Mungkin, allah sedang menegur sistem serta keadaan dunia yang nyatanya bersifat goyah. Bermula dari sudut kendiri, keluarga, ekonomi, sosial, politik , dan lain-lain.

Nyatanya, sedih dan pilu sahaja diatas apa yang berlaku tidaklah cukup kerana tuntasnya peribadi beriman haruslah disertakan dengan kekuatan doa. Ingatlah doa-doa dari hati yang ikhlas dan hati yang soleh pasti didengarinya allah, kemudian moga diameenkan oleh para malaikat. 

Moga-moga MH 370 ditemui kembali. 

Monday, February 24, 2014

Ingin tapi tiada

Terasa seolah tiada lagi kekuatan, 


Tuhan...

Kuatkan aku disaat ujian ini dirasai,

Keperitan sementara ini ,

Gantikan ia dengan kegirangan hati,

Agar sedih sementara ini pergi,

Walaupun sehari,

Aku syukuri...


Tuhan...

Betapa aku mengharap dan mengimpikan,

Realiti itu hadir bersama teman,

Yangku sangka indah rupanya sandiwara semalaman,

Pergi kesudah hilangnya tiada gantian,

Jauh pergi tiada lagi bayangan,

Lantas segalanya kelautan,

Meraung tiada lagi tangisan...


# gambar photo ialah kenangan berkelah di tepi pantai fanateer , saudi arabia. Such a blessed day with family and its nazirah bam bam in a group try to kick the ball, but she absolutely cant and give up. Hehe

Thursday, February 20, 2014

Allahu musta3an




1. Belajarlah menerima sesuatu dengan hati yang tenang kerana itu semua pengajaran hebat yang allah susun buatmu.

2. Bunga bukan sekuntum, carilah kuntuman lain yang boleh menyinari kehidupan , membawa wangian lagi cariasi daripada sekumtun yang layu itu.

3. Kenangan jatuh di tahap rendah, saat ketahui kekalahan, terkandas di pulau kesedihan, terkepung di dunia kedukaan, ketahuilah allah masih ade bersamamu. 

Selamat menguatkan diri untuk masa hadapan, yakinlahhhhh allahumusta3an. 


Sunday, February 16, 2014

Tangisan dan tawaan

Dengan menangis di dunia,
Orang mukmin akan ketawa di akhirat.
Disanalah tempat hati dan jasad berehat.
Di destinasi terakhir itu tidak akan ada lagi tangisan.
Semuanya ketawa ria.
Dan itulah ketawa terbaik!

Manakala,
Siapa yang ketawa ketika membuat dosa, 
Akan masuk neraka dalam keadaan menangis.
Nauzubillah.

Saturday, February 15, 2014

Didikan

Pendidikan itu kehidupan, maka cintakan ilmu adalah satu elemen penting untuk mentafsir kehendak tersebut. Lihatlah semua ibubapa mahu mendidik anak dengan cemerlang, semua mahasiswa dan mahasiswi inginkan kecemerlangan dlm pointer, semua HR syarikat inginkan labor yang aktif ,efektif dan berkaliber.


Sewaktu tempoh cuti dahulu aku tanya adikku, seponton : said suka sekolah dekat malaysia ke kat sini? 


Dan jawapannya: here (arab saudi) and i hate malaysia. Melampau adik aku ni, tapi surely kaedah dan sistemnya  berbeza. Tak mahukan salahkan siapa ,kenapa , bagaimana sistem belajar itu,  tapi penting menanggungjawabkan bersama untuk seronok cintakan ilmu. 


Contohilah ulama nusantara: hamka, syeikh al attas , syeikh nuraldin dll. Via: persidangan tahunan mahasiswa malaysia sejordan PERTAMA, 2013

Friday, February 7, 2014

Kuatlah


Kuatkan usaha ,keberanian serta 

ketabahanku untuk hidup yang depan... Seperti saydatina asma yang kental terus usaha ,berani dan tabah menghantar bekalan makn@minuman untuk rasulullah demi agama ini. 


Saat itu pasti tiba, cuma kau kene redha segala stp y berlaku pasti ade hikmahnya. 


Sebenarnye, ade sesuatu yang aku tidak khabarkan kepada nya.  Sama sekali tidak mahu menyusahkan @merunsingkan mereka. Ya allah bantulah aku, untuk kuat hadapi perjalanan hidup ini, .

Thursday, February 6, 2014

Ikan

Nikmat,
Satu kata yang kita kadang bile jarang dapat,
Then satu hari allah beri rezeki,
Nikmat ini.
Maka...
Bersyukurlah, alhamdulillah

Wednesday, February 5, 2014

Hidup di bumi KSA

Jalan-jalan malam ini singgah ke pasar ikan dan kedai tamar yamani. Keluar malam ni rare jugak rase semua laki, perempuan aku tgk tadi 2-3 org je tupun mesti ade laki dye sebelah tudiyeorg , yang lain semua laki bersepah.

1)Yang dekat kadai ikan ni, tu tokey diye, tukang arah aka collect money la. Yang lagi sorang pakai apron tu pekerja dia, ade dalam 3 org geng dia. Siap pilih ikan, "you need slice fish?" No need,,, "ohh oke just clean". (Bhse indian english nmg strict je ckp to the point). Tunggu kejappp, 5 min dah siap ikan + clean. Waduh mantap betul pekerja ni, mmg produktif muntijah. 


2)Next ,kiteorg pergi kedai kurma( تمارات). Kite saje alang2 nak try ckp arabic .ahaaaa, pekerja ni tak cye, family malaysia tp anak ckp arab.hoho, kuwaiiyyis gitu. Ye lah sgt bangg, kite tembak je ckp tadi. Dan2 pulak tokey mude arab dtg bercoat, wallamak 👨 sgt waseem! Haha. Beli2 walid kite tak pandai tawar harga murah, last2 kire diskaun -10riyal je. Tu la mmg da jadi arab betul walid ni, kan darah melayu tak lari dr menawar patutnya. Tadi nak je rase tawar lagi, tapi teringat umi kate kalau keluar kat arab ni ,perangai jgn over kena kawaiiii, org arab kat sini tak perangai kecoh2 mcm melayu. Just nice and *haya"(malu) tu still ade,i mean tak jerit2 sgt... 

Dah balik, masuk umah, nak tahu ape kite buat? Kite terus ke dapur sumbat plactic dlm peti ais. Oke goyang kaki no need tu siang ikan. Itu la yang mummy i like ><Lalallalala. Hehe.


حسبي الله ونعمً الوكيل 
Syukur allah kasi dpt merasa hidup di negara orang, susah dan senang. Khususnya hidup kat saudi ade pro n kontranya. Timbang tara kehidupan tetap ada, tak seconflict di malaysia tak jugak seindah di malaysia.

Antara yang best, barang mmg takdek cukai , no tax , no tol, harga diesel murah, no tension study(bak kate said i like being school in arab,just like free), lagi ade hukum wudud, so mmg mentarbiah warga tempatan jugak lah.(aku ingat lagi, cerita lain la ni, naik can ngan geng2 van pastu aku nampak buah tamar area compound umah ni,"benti jap nak amek kurma kat pokok tu" aku saje je ckp, pastu ade makcik ckp,"pii bib,ko tak takot ke kene potong tangan karang" hahahhaa ups, baru ingat , ni ngr amal hudud, always beware, ingat kan kite pd baik dan buru),lagii jenayah pun kurang, mcm takdek sgt, but disebabkan kurang jenayah luar, so polis dyeorg sgt ketat dgn undang2 jlnraya ! Haha. Kalau walid tak kena saman, itu bukan walidlah namenya, pling kurang 2 kene, tp yang pasti, stp kali trave setiap kali tu laaaaa, ade je la saman nye. Haha so, dad you kena hati2 ye 👌.

The bad things jugak, Duduk arabsaudi ni bnyk sgt rules, i mean undang2 negara:nak masuk kena ade visa (dah lah mahallllll 70dinar 😭😭😭) ,pastu all blackie(jubah la+tudung kdng2 tu rainbow jugak+ burqa, tp so far good in advance aku pun dah suke jubah je skrng, simple n good in syariah), dia takdek tax, tapi kerajaan dye takdek subsidi untuk mknn. Sbb tu i thought its just same je, cume brg dye murah jelah sedang2 sebab duit riyal alang2 mcm mlysia gak. 

Alhamdulillah, so kat mane pun kita dicampakkan, kita tak pernah lari dr tanggungjawab dan kewajipan yang kita kene buat, aku gembira lihat komuniti disini, prog ilmiah, usrah,ceramah wanita , study dakwah centre(bg gol mak2), kelas mengaji,kuliah tafsir, dll. Budaya ilmu sgt bnyk disini dan for sure ini semua dlm rangka ibadah kita kpd allah.tahniah KRMJ, yang mempunyai komuniti malaysia cakna isu ilmiah dan kemaslahatan dunia and ukhwari.

Oh, the worst thing i lupe nak share is about, alhamdulillah thumma alhamdulillaj thumma alhamdulillah. Kat sini, allah bagi peluang untuk pergi ke baitullah alharam, aku always merasa tatkala travel kesana dgn Gmc walid tu selama 12-14 hours tu umpama balik KAMPUNG. Syukur, allah mudahkan segala urusan kesana, tiap weeknd nak g pun boleh, kecuali musim haji sbb visa hajj very strict.

 
Aku harap, nadi ini masih berpeluang berdenyut disini lagi nanti. 4 days left 😣.

اللهم صلى على سيدنا محمد.

Tuesday, February 4, 2014

Aku bukan untukmu

Dulu aku pernah bercita-cita,
Untuk bersama selamanya,
Meskipun badai yang melanda,
Aku pernah untuk mencuba...

Saban hari, 
sekarang aku yang terpaksa pergi,
Kau pula yang sengaja tinggal diri,
Kenangan belalu biarpun terpahat dihati.

Itu mungkin kisah dahulu,
Lukisan sandiwara yang dicipta lagu,
Segalanya bertaburan di bawa arus bayu,
Sangat menyesal sayu...

Tapi, 
Jangan pernah dustai takdir itu,
Kerna itu pasti tebaik untuk kita,
Dan aku lagi bukan untukmu...

Percayalah, takdir tuhan sebaik pengikat antara kita yang pernah menemukan dan memisahkan segalanya. Cuma, yakin rezki itu dimana-mana, mohonlah terbaik.