Monday, April 29, 2013

kuatkan radio

saya buka radio cari frequency yang best.
ahhh tade pun, fully arabic je.
so, kena belajar bnyak lagi. 
k bye.

Tuesday, April 23, 2013

Pak guard

Jalan itu menjadi jalan utama aku ke universiti. Saban hari laluan itulah yang menjadi penghubung utama aku untuk ke sana, menuntut ilmu Allah yang banyak tidak terkata. Bermula daripada checkpoint pertama aku akan bertembung dengan pak guard yang ramah kiranya umur dalam lingkungan 45-an gitu. Setiap kali ucapan salam diberi, pasti dibalas dengan senyuman tuanya, persis senyuman atukku di halaman.

Seharian kelas dari awal 8 pagi sehinggalah 4 ptg. 

Perjalanan pulang ke asrama begitu juga. aku pasti bertembung dengan beliau bersama uniform birunya. Kadang, aku jumpa beliau bersembahyang ditepi ruang kosong antara laluan kami, mungkin sedang menunaikan solat asar atau zohor. Sesuatu yang kagum tatkala melihat beliau adalah manik kaca tasbih  pasti terkelihatan ditangannya. Menjaga keamanan sambil berzikir. Lubuk untuk menambah pahala ibadah biarpun bekerja hanya seorang pak guard.

Sekian ^^

Monday, April 22, 2013

angkat jari telunjuk

banyak masa saya berada di belakang pentas semasa program kondaksi baru2 ini dek menguruskan mana-mana yang patut, prof azidan cakap : tulang belakang mmg kijenyer dok belakang tabir je . 

Tapi ada satu masa ketika slot dr zaharuddin saya curi-curi masa berada dalam dewan , duduk seat belakang berlagak as a seorang peserta . Ternyata waktu itu saya mendapat satu perkongsian menarik daripada beliau berkenaan bacaan waktu duduk tahiyyat.

Suka untuk berkongsi , ustaz bertanya: " Siapa disini yang bermazhab syafie? " ohhh saya la! memang confident 100% angkat tgn waktu tu. "So, bilekah waktu kita angkat tangan telunjuk waktu tahiyyat megikut imam syafie? waktu mula2 'attahiyat' kah? waktu 'أشهد' kah? waktu 'لا' kah? waktu ' إلا' kah? waktu الله kah?" soalnya lagi. seisi dewan ligat berfikir. dalam hati, dulu2 dari kecik mmg diajar time أشهد rasanya, betullah ni.

Tapi ilmu Allah itu luas, jawapannya : 
1) mula Tahiyat-Ahli Hadith ,
2) أشهد - mazhab sendiri ,
3) لا - mazhab hanafi,
4) إلا - mazhab syafie, 
5) الله - mazhab hambali , 
*******yang angkat pusing2 tu - mazhab maliki.
oraity, lepas ni boleh dah slow2 practiceeee . :)

Saturday, April 20, 2013

manis karemal

Ramai orang sangka bila kita senyum, kita gembira ,
dan ...
Ramai juga orang sangka bila kita ketawa, kita bahagia.

bestnya karemal, yummy!
*sediakan loyang, panaskan 6 sudu besar gula dalam loyang dan panaskan. Angkat dan keringkan. Kemudian ambil 6 biji telur dan satu tin susu pekat untuk acuan, gaul kacau hingga sebati dan tambahkan sedikit tepung jagung, sikit je ep . Then, tuangkan acuan tadi kedalam loyang. Biarkan dalam 5-8 min, then kukus loyang diatas periuk yang berisi ari bawahnya. About 40-50 min, ready to eat. eh, tunggu, biarkah sejuk sikit @ letak dalam peti ais dulu pun boleh. Then yummy! Bismillah.

"Jemput makan abang" . gurlp =.= Dialog berangan-angan dalam diari hidup masa depan :)))

Friday, April 19, 2013

mencuri masa

Suatu panggilan aku sambungkan kepada ayahanda tercinta dengan niat dihati untuk merestui keputusan yang aku buat. Ternyata debaran dihati punyai maksud yang mendalam. Kusangka, keputusanku yang aku rasa baik dengan niat mungkin apabila aku dapat join and sumbangkan sesuatu kepada persatuan itu dipersetujui dan mendapat sokongan padu darinya. Tapi, Allah mendatangkan satu peringatan lain buat aku.

"Why walid? Im just want to have more experience because once i masuk, mungkin ia dapat mematangkan diri , tak susahlah kak long boleh fokusnya exam ", aku mempertahankan diri. Fuh, aku terfikir jauh. Terkaku, sedangkan ini yang aku mahu .tulah kadang kita rasa nak je lawan and rasa tak puas hati bila sesuatu yang kita mahu, tapi tidak disahut dan disokong oleh ibubapa kita khususnya. Batin remajaku kecawa. Lantas, putusku untuk tidak begitu beria untuk bertanding dalam pilihanraya tersebut. tutup muka masuk pintu belakang sambil mendoakan moga aku tidak menang. dan memang aku kalah.

____________________________ 3 bulan kemudian

Cerita 3 bulan kemudian aku terundi untuk memasuki persatuan kecil pula. Dan tanpa memberi tahu parentsku, lantaklah mencuba ataupun lebih senang takot la and taknak dikecewakan lagi. Siapalah kita kalau arahan ibubapa kita sanggup kita bangkangkan, kan? Aku tekad untuk mencuba. dan memang aku menang. sekadar tipis memasuki gerabak persatuan kebajikan anak negeri di Jordan ini. Mungkin ini antara sumbangan aku secara tidak langsung.

Cerita sedih 3 bulan lalu, kini diganti dengan tugasan aku hari ini. Ternyata what goes my father have told, its comes true. ahhh, betul ke ini semua kerja aku? asyik kena curi masa sahaja kerana keterbatasan yang datang. Benarlah manusia tidak pernah akan rasa akan ada waktu kosongnya , andai aktiviti hariannya tersusun sesungguhnya ia memang penuh . Dan aku merasainya.

Kini aku menjadi pencuri masa. Waktu for study, for persatuan, for minit mesy, for daily life as student, as roomate, as work team, as daie dan paling utama as hamba Allah. moga Allah beri jalan yang terbaik.

tutup laptop la, nak tido! esok nak training karisma, go irbid go.

Sunday, April 7, 2013

Bidadari

Hari ini sepatutnya ade tasmi' alquran lagi untuk exam ke-2. Masuk-masuk kelas tengahari itu saya berdoa sangat dalam hati , "janganlah miss aim saya, tidakkkk... serius dah lah tak hafal banyak lagi ni, minta- mintalah tak kena turn saya." Sebabnya sistem yang miss gunakankan biasanya siapa yang tasmi' just angkat tangan dan baca. Dalam hati pengharapan, moga-moga miss tasmi' kepada orang yang nak tasmi' je.

Tapi, kali ini lain. Miss masuk kelas, aku cuma perhati gerak geri miss. Dia koyakkan kertas dari bukunya, lipat dan lipat kemudian koyakkan mengikut garisan itu yang mana menghasilkan beberapa kepingan kertas yang kecil bentuknya. ohh, apa yang miss buat ni? rupanya-rupa , giliran tasmi' kali ini diundi. miss cabut kertas, sape yang dapat tu kena tasmi'. ah! saya terkejut, matilah! kawan arab saya pun tak puas hati.

Itulah, kenapa tak hafal awal-awal? kan dah kena. truly, saya sebenarnya tak berapa baik mood nak hafal 3 surah itu. tadi ade exam lain, pastu tup tup Allah izin (hold) pulak, jadi keinginan untuk hafal tu menurun, merudum. Hakikatnya saya tak cuba untuk lawan perasaan malas dan segala bagai perasaan yang teruk tu, jadi memang kenalah dengan muka sendiri. 

"habibah , turid tasmi' au jaii yaum thulasa'? tanya miss . saya desas desus, mahu tangguh markah akan ditolak satu, nak teruskan saya terpikir-pikir kalau sangkut cane? dah lah tak lancar mane. saya berfikir lama, memandang kawan saya, lagak tidak memahami apa yang dituturkan miss kepada saya. tapi saya faham miss! Faham! tapi, saya taknak ditolak markah dan takut tersekat juga. macam mane? hmm.

"marra jai duktuurr, ana hadir litasmi' " . saya balas sepatah.

habis kelas, saya berlari ke tangga sebelah kiri kuliah syariah itu turun dari tingkat lima dan  keluar. Berjalan sambil istighfar! saya kecewa. kecewa, kenapa malas untuk berjuang melawan nafsu sendiri! saya berjalan keluar dari bab athar, berjalan laju untuk menuju ke asarama. "tak nak datang kelas lepas ni " saya merajuk. ops! merajuk sampai tak nak pergi kelas . oke, memang saya ponteng.

Maaf doktor ibrahim Obadah, saya ponteng. sengaja tanpa sebab yang munasabah. eh, tapi munasabah kot sebab kecawa! haha. kecewa saya menaikkan adrenalin saya untuk buka Al-quran.

"Di dalam surga itu ada bidadari-bidadari yang membatasi pandangan, yang tidak pernah disentuh oleh manusia mahupun jin sebelumnya . Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? ". (Ar-Rahman : 56-57)
 Gulp. Tersedak. Untunglah laki-laki yang beriman. Mereka bakal miliki bidadari yang cantik. untunglaaa :( . Saya tahu siapa saya. Dimana saya, apa yang terjadi sebelum ini. moga-moga Allah aturkan yang terbaik. Serious, bila baca dan mengahafal kalam ini, bikin saya sedih, dan saya terfikir. untungla bakal-bakal suami yang soleh, pasti dapat bidadari yang cun, lagi cantik. hmm! 

tersentak. aku sedih.

Friday, April 5, 2013

Hujan diluar

Sedang sibuk-sibuk didapur, tiba-tiba terdengar satu guruh yang kuat dari arah kiri luar tingkap sana. eh, takkan nak hujan kot? ni dah nak musim panas rasenye. Masakannya semalam pun, terasa bahangnya kepanasan hingga ke muka. Then someone told me: ohh tak dapat bayang musim panas dinegara timur tengah ni macam mana la agaknya.

Meskipun sebenarnya agak susah untuk hari-hariku memahami setiap usaha pembelajaran yang berlainan bahasa ini, namun aku masih cuba sedaya untuk memahami keunikan bahasa mereka. Dalam kelas itu, kadang aku pana, kadang aku boring dah untuk faham struktur ayat, kadang aku ade je buat-buat paham, kadang pun ade aku angguk-angguk je, banyak nyer kadang2 nak terang kalau dalam kelas kan? Then kalau tak puas hati aku bace buku jela.

Jelas memang jelas! sikap arab yang suke interaksi dengan doktor membuatkan aku jeles! give and take. Doktor beri syarahan dan kemudian ade student yang beri pendapat. Mereka cukup berani untuk tanya sesuatu. angkat tangan dan panggil : "dokturrr .....bla2..." . ish! senangnya mereka berinteraksi secara direct. aku yang kekok2 ni, psss. nak kata pasif tak pun, tapi ahah! nak kluar perkataan arab tu macam mutiara ape ntah yang ade dalam mulut ini. huh! kesal. 

what have to do? ada orang suruh kawen ngan arab jela kalau nak masyi cakap arab. heh! ingat senang kah? well, malas la fikir. belajar tetap belajar. solutionnya kita yang kena usaha lebih. dahlah. nak baca buku. esok luse tulat tubin nak exam 2. huhu. 

tata. malam ni 11 cecl. hirom datang kembali. :)

Wednesday, April 3, 2013

Dania .

Seketul hati.

Semalam Dania mendapat panggilan dari kawan yang sudah lame hilang daripada bayangan mata. Terpisah jauh angkara dendam kesumat yang masih tidak mampu dipadamkan amarahnya. Dania pernah berbisik pada dirinya, kenapa hingga hari ini dendamnya pada si dia masih belum mampu dibuang? sedangkan dendam lamanya 7 tahun terpisah itu sebenarnya boleh sahaja untuk dijernihkan kembali. Lantas Syaheera dalam diam berkata dari corong-corong line yang agak terbatas jauhnya :
 "Dania, its all about your heart. Hati kita yang merasai dan mendalami semua itu. I dont know, how I can manage and how can i face all the truth if someone sengaja nak khianati kita. But, Allah suka bila hambanya membiarkan hatinya sentiasa dalam keadaan bersih. Bersih dalam erti kata : memaafkan. Allah itu maha ghafur. Pemaaf. Kita juga kena relakan diri kita untuk memafkan. Dania,Im trust that you will be let go your kesumat dendam itu. Just mohon pada Allah moga-moga hati kita hilang dari dendam itu k :) . And, remember, kalau dosa kita dengan Allah, kita boleh mohon ampun. tapi kalau dosa kita dengan makhluk, kita kena mohon dengan kepada si makhluk itu.nak tahu sebab ape? sebab, hidup kita tidak lama. esok lusa Allah boleh tarik nyawa kita dah biarpun kat mana-mana pun. Jadi, janganlah biarkan amalan baik kita tergantung dek dosa-dosa kita itu. Trust me Dania, you can do that . . ."
Thanks Syaheera. Dania lantas menuju ke meja setudy membuka macbook milik peribadi yang dihadiahkan oleh abangnya sewaktu mula-mula mendapat berita permohonan sambung belajar ke Ireland diluluskan. oh! okey wi-fi is connected! senang sahaja jari jemari mengarah mouse untuk tekan google dan side google email.

"Hello. Assalamualaikum. I just come here to say : Im sorry for what yang terjadi antara kita 7 tahun lalu . "

loading for sending email. Done!

Fuh! dania menghembus kelegaan. Syaheera, thnx sebab tolong ingatkan dan always beri panduan.Ini ayat terkahir yang Dania quote sebelum pemergian Syaheera 3 bulan yang lalu.  "Saya merindui awak! moga Awak tenang disana dan allah memberkati awak selalu. aku sayang ko!" jerit hati Dania.