Monday, March 25, 2013

8.50 am

Hari ini aku bergerak ke kelas seperti biasa. Jubah purple bersama tudung simple yang mudah dikenakan, match :) . tapi, doctor tiada dan ini bermakna kelas tiada. yeeehiiiii. Awal pagi jam 8 sudah pulang ke bilik...

eh, awak dapat berape A? aku tahu saat aku menerima keputusan aku sangat berdebar, untuk hilangkan rasa debaran itu aku pergi tunaikan sembahyang dhuha. Tika itu aku bersendirian di rumah. Dari pagi keluh resah tidak habis sampai la ketengahari. Dan saya menerima keputusan. Sikit je, dan redho. insyaAllah Redho. :)))

khusus buat adik2 junior yang baru menerima keputusan SPM 2012 , tahniah :) Apa sahaja keputusan yang kita dapat bersyukurlah. Aku dulu sedih sebab sedikit. namun kini, nilai SPM hanyalah permulaan sahaja. Apabila kita teruskan usaha di peringkat seterusnya, pasti kita boleh. Tahniah bagi yang berjaya, dan yang rasa sedih, terus berusaha dan jangan berputus asa :)


Wednesday, March 20, 2013

ramai orang sangka bila kite senyum kita bahagia biarpun dalam hati tu berkecamuk rasanya. keep it senyum, cause senyum tu la yang akan kuatkan orang lain . . . 

tunduk malu, balik asrama =.=

Saturday, March 16, 2013

#quoted : died

16.3.2013, 1.20 am di Malaysia
15.3.2013, 9.20 pm di Jordan...

Pagi itu aku ke satu konvesyen Syariah anjuran Majlis Mahasisiwa Yarmouk di dewan kindi. Usai sesi pagi, lebih kurang jam 11 pagi aku pulang je sakan kerana konvesyen berhenti sementara memberi laluan untuk solat jumaat.

Pulangku sepeti biasa, memasuki sakan asrama kuning, menaiki tangga dan sampai di bilikku . Kasut ditanggalkan dan pintu dikuak. ahhh, panasnye hari ini, penat. setelah beberapa hari musim sejuk meninggalkan bumi tanah gersang ini, dan sang matahari dengan gembira memunculkan diri.

3 missed call daripada kakak ipar saudara , kak arwa. Kenapa ni? " abah ajis dah tenat" , ringkas penggilan antara kami waktu itu. settelkan sedikit urusan, dan terus ke rumah ajis n kak arwa. 
*************************************************

9 malam, aku call Naemah untuk mengetahui perkembangan pak saudaraku yang sedang tenat. Dan kali ke-2 aku call naemah, "kakak, pokdemang dah tiada" sayup suara adikku. Innalillah, Al-fatihah. 

Aku disini dan mereka semua disana. Doaku moga arwah pokdemang tenang disina, diterima amalannya, dan mudah setiap urusan. kenangan 21 tahun aku menjadi anak saudaranya tetap dalam ingatan biarpun masa kami bersama cuma seketika. moga Allah membalas setiap jasa abang walid aku .

Pagi subuh hari ini, aku terjaga seawal jam 5 pagi. masej demi masej naemah hantarkan kepadaku, setiap urusan jenazah sampai keakhirnya selamat dikebumikan. Yang pergi tetap pergi, namun kita  yang masih hidup ini masihkah bersedia untuk kematian?
Quoted for myself.

moga Arwah Tok, Arwah Tok Daddy, Arwah Uncle Ayob dan Arwah Pok Demang tenang disana. InsyaAllah , kalau diizinkan jumpa di syurga. Ya Allah, rahmatilah mereka.


Setiap yang bernyawa pastikan mati.
Uncle ayoub's grave

Monday, March 11, 2013

petanda apakah?

Semalam dah test1 Iqtisod Ijtimaie. Esok pula test1 subj Tanmiah wa Takhtit. Tulat pula , Tilawah walhifz. Next week pula berbaki 3 test iaitu Bahasa Spanyol , Mathematic Finance dan Masarif Muasarah ! theeeennn =====^^======= merdeka. tapi sekejap jelah.

Tanda apakah? kalau kita baca sesuatu ayat itu berulang-ulang kalinya? erk. mungkin petanda baik ke buruk ye? umm.moga-moga ia baik dan akan baik buat diri ini. then, i will share to you all what i have read everyday when i switch on my lappy and scroll down the fb social network . . .



sambil menadah tangan, dan aku pun
Ameennn Ya Rabbal Allameen :)

Wednesday, March 6, 2013

5.3.1994

Sampai sekarang saya kagum milikinya sebagainya kawan rapat saya, kawan sepermainan, kawan sepergaduhan, kawan suka dan duka. Teman rapat ini jugalah yang banyak menceriakan hari-hari dahulu. Kadang aku terpikir, beratnya Allah uji perasaan rindu kepada mereka yang tersayang. Terlalu jauh jarak pemisah antara kami, tapi ikatan iman ikatan kasih sayang yang terjalinlah menyebabkan kami terus bersama. 

Suatu ketika :
Kereta unser itu menjadi saksi kami kesana kesini. ohhh, terima kasih kereta kerana memahami perasaan kami saat-saat akhir waktu perpisahan. Suatu hari kami habiskan masa bersama, berjalan ke mall, berpimpinan tangan, meninjau kekanan dan kiri. 

Hari ini:
Kakak taknak kawan awak! awak dah sombong. tak nak pun skype ngan kiter kan? =,=
ahaaahh, waktu sibuk antara kami melanda lagi. hari demi hari even, kita tidak bersua, aku tetap doakan kamu si adek sayang. Moga dimana sahaja kamu berada terus kuat ya! 


Selamat hari lahir ke-19 adikku sayang . tue2! ^^
moga Allah merahmati umur dirimu yang berbaki.

Kakak yang merinduimu. :(
(tulis sambil menitis air mata =.= )

Saturday, March 2, 2013

Pinjaman dan Pembiayaan

Manusia berhajat. Sifatnya meluas , diberi sesuatu pun masih inginkan sesuatu yang lain. Selagi tidak memnuhi hajat, selagi tulah permintaan akan bertambah dari semasa ke semasa. Azalinya begitulah . Peredaran dunia seiring dengan kekangan yang timbul, menuntut seseorang berhajat kepada kepuasan yang tinggi. Bukan sahaja golongan pekerja, malahan golongan mahasiswa dan pelajar turut merasakan keinginan yang mendalam kepada sesuatu perkara.

Hajat yang tinggi itu tadi menuntut semua orang untuk memiliki walaupun beberapa masalah yang timbul secara peribadi pada tahap kemampuan masing-masing. Walhal ini sebenarnya jelas berlaku apabila semakin hari statistik kadar orang yang berhutang semakin lama semakin meningkat dari semasa ke semasa. Nampak tak? Mungkin orang berhutang atas sebab tersendiri, ada yang terdesak dan ada yang memang mahu berhutang dahulu.

Maka, banklah menjadi 'rumah' untuk mendapatkan wang cukup. Bagi kita terbentang jalan untuk memilih ke Konvensional bank ataupun Islamic bank. Bagi sesiapa yang jelas mengetahui kenapa konvesional diharamkan, sudah pasti akan terus beralih ke Islamic bank untuk mendapatkan wang. Jadi pilihan ditangan kita.

Pinjaman istilah bagi konvesional bank dan pembiayaan pula bagi islamic bank. Suatu perkara yang sama maksudnya tetapi istilah yang digunakan sedikit lain yang mana secara operasinya adalah perbezaan antara keduanya. Namun ,tujuannya samalah iaitu proses untuk mendapatkan wang dari Bank.

mana satu yang perlu kita ambil?
Islam menuntut untuk kita telus dalam segala hal didunia ini. Saya teringat seseorang ustaz pernah berkata : Dalam dunia ini Allah tidak pernah mengadakan sesuatu yang haram secara Qatienya. Ini kerana jika kita lihat, jika Allah mengharamkan Zina maka Allah menyukai dan sunnah untuk kita bernikah. Jika Allah haramkan arak maka di syurga nanti terbentang luas sungai arak yang halal untuk dinikmati. Jika Allah haramkan riba maka Allah halalkan pembiyaan yang berasaskan syariah. Nampak tak luasnya sudut pandang islam :)

maka kalau kita menginginkan wang, mari kita beralih ke bank islami yang menawarkan pembiyaan yang patuh syariah. InsyaAllah hidup kita moga-moga diberkati Allah selalu.

#tepu unutk mengarang soal ekonomi.ohhh help me ^^.




Friday, March 1, 2013

Arab #1

saya mahu berkongsi, taken from : blog MR tun PRES permai


benda biasa-biasa je ni. mungkin ramai dah tahu.

here you go!


1) بصعوبي (Bisu'ubi) - Dengan kepayahanku.
contoh:-
A: كيف أجيت هون بسرعة؟ ( Kef Ajeet hon bisurah? ) -Macam mana kau datang sini cepat?

B: بصعوبي- (bisu'ubi) - struggle jugak la


2) بزقزق ( Bizagzig) - berbunyi / berkicauan (literally)
contoh:-
A: شو الصوت؟ ( Shu elsout? ) - Bunyi apa tu?
B: بطني بزقزق ( batnee bizagzig ) - Perut aku berbunyi


3) بتكسّل (Bitkassel)- malas
contoh:-
شو صار معي؟؟ بتكسّل أدرس من امبارح (Sho sor ma'i? bitkassel adrus min imbareh)
-Apa dah jadi dengan aku ni? malas nak belajar dari semalam. =.=


4) بتبحلق (Bitbahleeg) - termenung/tenung
contoh:-
شو عم بتبحلق يا أخي؟ -( Sho 'am bitbahleeg? )- Kau tengah tenung apa bro ?


5) ظبّت حالك (zobbit haa lak) - kau nampak smart
contoh:-
ما شاء الله عليك, ظبّت حالك ( Masya Allah Alaik, Zobbit haa lak) - Masya Allah, kau nampak smart hari ini.



Sebarang pembetulan/penambahan, sangat dialu-alukan. Saya hanya cuba berkongsi sekadar yang saya tahu.

Maaf atas sebarang kekurangan.

anak penceria ibubapa


Saya melihat sinar wajah pada kedua atok nenekku, begitu juga bersinarnya wajah mereka-mereka ibu dan juga ayah saudaraku. Yang pasti, kebahagiaan juga kasih sayang yang dikurniakan Allah memberi saya kekuatan untuk terus bernafaas di muka bumi Jordan ini. 

aku rindu mereka =.=