Saturday, March 16, 2013

#quoted : died

16.3.2013, 1.20 am di Malaysia
15.3.2013, 9.20 pm di Jordan...

Pagi itu aku ke satu konvesyen Syariah anjuran Majlis Mahasisiwa Yarmouk di dewan kindi. Usai sesi pagi, lebih kurang jam 11 pagi aku pulang je sakan kerana konvesyen berhenti sementara memberi laluan untuk solat jumaat.

Pulangku sepeti biasa, memasuki sakan asrama kuning, menaiki tangga dan sampai di bilikku . Kasut ditanggalkan dan pintu dikuak. ahhh, panasnye hari ini, penat. setelah beberapa hari musim sejuk meninggalkan bumi tanah gersang ini, dan sang matahari dengan gembira memunculkan diri.

3 missed call daripada kakak ipar saudara , kak arwa. Kenapa ni? " abah ajis dah tenat" , ringkas penggilan antara kami waktu itu. settelkan sedikit urusan, dan terus ke rumah ajis n kak arwa. 
*************************************************

9 malam, aku call Naemah untuk mengetahui perkembangan pak saudaraku yang sedang tenat. Dan kali ke-2 aku call naemah, "kakak, pokdemang dah tiada" sayup suara adikku. Innalillah, Al-fatihah. 

Aku disini dan mereka semua disana. Doaku moga arwah pokdemang tenang disina, diterima amalannya, dan mudah setiap urusan. kenangan 21 tahun aku menjadi anak saudaranya tetap dalam ingatan biarpun masa kami bersama cuma seketika. moga Allah membalas setiap jasa abang walid aku .

Pagi subuh hari ini, aku terjaga seawal jam 5 pagi. masej demi masej naemah hantarkan kepadaku, setiap urusan jenazah sampai keakhirnya selamat dikebumikan. Yang pergi tetap pergi, namun kita  yang masih hidup ini masihkah bersedia untuk kematian?
Quoted for myself.

moga Arwah Tok, Arwah Tok Daddy, Arwah Uncle Ayob dan Arwah Pok Demang tenang disana. InsyaAllah , kalau diizinkan jumpa di syurga. Ya Allah, rahmatilah mereka.


Setiap yang bernyawa pastikan mati.
Uncle ayoub's grave

No comments:

Post a Comment