Monday, March 25, 2013

8.50 am

Hari ini aku bergerak ke kelas seperti biasa. Jubah purple bersama tudung simple yang mudah dikenakan, match :) . tapi, doctor tiada dan ini bermakna kelas tiada. yeeehiiiii. Awal pagi jam 8 sudah pulang ke bilik...

eh, awak dapat berape A? aku tahu saat aku menerima keputusan aku sangat berdebar, untuk hilangkan rasa debaran itu aku pergi tunaikan sembahyang dhuha. Tika itu aku bersendirian di rumah. Dari pagi keluh resah tidak habis sampai la ketengahari. Dan saya menerima keputusan. Sikit je, dan redho. insyaAllah Redho. :)))

khusus buat adik2 junior yang baru menerima keputusan SPM 2012 , tahniah :) Apa sahaja keputusan yang kita dapat bersyukurlah. Aku dulu sedih sebab sedikit. namun kini, nilai SPM hanyalah permulaan sahaja. Apabila kita teruskan usaha di peringkat seterusnya, pasti kita boleh. Tahniah bagi yang berjaya, dan yang rasa sedih, terus berusaha dan jangan berputus asa :)


No comments:

Post a Comment