Tuesday, June 26, 2012

shoot dr china

the criminal.
Hasad ibarat pencukur
kerana ia mencukur segala kebaikan,
sama ada kebaikan yang dilakukan atau
kebaikan yang akan dilakukan.


saya mengimpikan sebuah camera begini! ^^

Monday, June 25, 2012

menunggu kepulangan

keadaan bertukar 360 darjah. semenjak itu saya mula berfikir-fikir mahu menjadi lebih terbaik buat 'dia'. sekadarnya saya akan membantu mana yang boleh kerana sekarang beliau keseorangan. kami bersendirian tanpa tenaga seorang lelaki yang kuat.
Sedar atau tidak sudah hampir 3 bulan kami hidup. ternyata 'dia' sungguh kuat fizikal dan mental untuk terus berdiri gagah di bumi Malaysia walaupun ketiadaan ketua disisi. Sudah puas untuk saya pujuk untuk suruh 'dia' pergi mengikuti bersama ke sana. Namun selagi termampu sedayanya jugalah 'dia' akan menolok. Katanya: boleh la. still ok la. relax la. erm macam-macam. 
Ya! itulah pengorbanan namanya. Saya tahu itu, saya punyai seorang ibu yang tabah,gagah lagi kuat. Melayani kerenah 6 orang anaknya ini, yang masing-masing nakal tahap gaban. Tapi 'dia' tetap bersabar dan terus tersenyum tanpa banyak kata.
Dia sambung lagi katanya sudah biasa hidup begini. inilah hasil tarbiyyah seorang suami yang banyak mendidik erti sabar dan redha dengan sesuatu. Sungguh saya tidak mampu bayang kalau-kalau nanti saya kawen, then suami saya jauh, tiada disisi. Bagi saya : ahhh peritnya! tak mau! tak mau! tak mau! >< Tapi bagi 'dia' mungkin kuat. 
Dulu saya ingat 'dia' cerita saya lahir tanpa walid disisi kerana urusan kerja. oh kuatnya 'dia' lahir anak sulung tanpa suami disisi. Tokki saya yang menyambut dan azankan saya dan yang special saya diberi nama 'solehah' oleh tokki saya. oh! tinggi harapan tokki impikan cucu yang solehah :) - insyaAllah.

Minggu lalu saya bercuti di IKBM, Pekan. ada family day KOBI. keadaan bertukar sungguh aneh dan tidak dapat diterima akal mulanya. hehe. "haa? umi tak pergi?" tanya saya. "kakak drive bawa kereta, ummi ade sukan kat sekolah macam mana nak pergi?" umi berkata ringkas.
oh.. satu percubaan datang, detik ringkas hatiku. Ragu-ragu juga kot.
Namun ia semua satu percubaan dunia. Akhirnya kami berjaulah adik-beradik. kakak, imah, irah dan said. naik kereta unser. said pada mulanya nak duduk sebelah kakak, tapi imah cakap : "eh. tak payah! bahaye. nanti kakak ngantok! said kecik pergi duduk belakang." satu cerita pasal naemah yang nakal. ade ke patot suruh pergi potong. ahh sabar je minah  ni. jpj pun tak lepas. (nanti bawa elok2 ye ^^) hehe.
Keadaan agak suram pada mulanya. Said tiba-tiba bersendirian pergi ke satu tempat terpencil. mungkin sedih sebab pendaftaran hari keluarga kali ini tidak bersama ummi dan walid. (jadi anak angkat pc wan ali-sebilik dengan pakcik) mungkin itukot dye rase jauh dan lain.yalah sebelum ini kami berfamily day bersama kan. Nazirah pula malam itu dengan ragamnya tidak mahu tidur tanpa ulikan maja dr ummi.
Takpelah biasa sahaja mungkin ummi mahu mendidik kami agar bersama. huhu! rasa macam mak kena kawal irah n said bile tiada ibubapa disisi. iyalah kan kita paling tua, tanggungjawab dibawah saya. hehe.
Ternyata saya sungguh gembira tatkala berada di majlis agm Kobi itu kerana nama walid disebut oleh pc saba! "tahniah. Kobi sudah ada DUTA di Saudi Arabia." hehe. DUTA? DUTA ker? walid tahu, kak long dengan imah senyum tergelak je waktu tu. hehe. ummi, see your husbands achievement. (suami siapa tu?-rugi tau ummi tak gi) hehe.


menunggu kepulangan.
Saat yang dinantikan pasti tiba . setibanya waktu itu sungguh cepat. secepat pantas kilat pastinya. Masakan sudah 3 bulan ummi mampu berdikari keseorangan. Ulang alik dari kuantan-terengganu , Kuantan-Kuala Lumpur. File expenses ummi pun dah tebal,mungkin satu yang perlu aku pelajari cari berakaunting dalam hidup itu penting. Wajarlah seorang 'dia' dimuliakan. InsyaAllah. :) - masih kurang kemampuan namun pasti akan cuba dan terus cuba untuk melihat manisnya tertawa itu muncul kala fajar menyinsing.


pesanan penaja : cepat! kakak tahu memang ummi rindu walid dan walid juga rindu ummi kan? hee ^^





















                                                       

Friday, June 22, 2012

perjalanan

Saya tak kuat!
Saya tak matang!
Mengira saat waktu yang akan mengajar erti hidup lebih dekat dengan maha Pencipta.
Kadang orang sering lupa perjalanan kita dikelilingi dengan malaikat. Peneman setia meskipun ghaib di pandangan mata. ><

end of sem 4














erm,
happy holiday everyone.
have a nice experience everobody.
May Allah easier each workers.
see ya this Sept, with new version.
*memory with Ustaz Rafiq. plz remember that ur appologize has received :p

Thursday, June 21, 2012

lupa hantar

Petang itu seperti biasa ada panggilan yang akan memanggil saya. Lantas kami bersama bermain dengan si haiwan kecil yang sungguh comel. Rabbit seanak beranak. Ada 2 ekor emak 2 ekor ayah + 4 ekor kanak yang dah mcm setahun jagung + 2 ekor yang remaja. Tapi 4 ekor kanak2 rabbit ni la yang sentiasa kami bermain. Saya,irah,ilya',sirin dan Rania. Saya cuma melayan kerenah mereka yang ingin bermain bersama dunia rabbit itu.

Sedang mereka asyik bermain, "irah, awak dah siap kerja BM?" ... "Dah, tapi saya lupa hantar." hehe. "saya pun lupa hantar."
Kisahnya, dulu ayat ini sering bermain di bibir. sungguh saya rindu waktu itu yang mengajar erti hidup ini. "Saya Lupa Hantar". 

bunga dan cincin

Alhamduilillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.


Selesai sudah urusan visa dan urusan akuan pinjaman YP. 
Kesyukuran dipanjatkan dengan izinnya saat ini sudah hampir beberapa bulan sahaja pemergian ke sana.
Masa itu cukup pantas, sepantas kapalterbang diawan! nampaknya mungkin slow je dr bawah kan? tapi sebenarnya itulah kenderaan yang diguna untuk jarak jauh.


Alkisah bunga dan cincin.
tadi, saya buka fB jumpa karangan puisi Hilal Asyaraf. pemuisi terkenal.
Sempat membacanya,maklumlah akan melangkah ke alam bahagia.^^
moga awak dan kak shitah akan bahagia 7-7-2012 :)))) 


Saya tertarik dengan kisah cintanya. cinta yang mempunyai sempadan batasan juga dugaan.
saya sempat membaca setiap karangan beliau. ternyata mengejar cinta itu semudah yang disangkakan.punya jati diri yang kukuh dan gagah. 


Semasa saya di IKIP, bib awak buat apa cuti ni? tanya pensyarah 'tua' saya...hehe.tak tua pun! saya saje gelar diya tua!... biasa saja! tgh melihat seisi rumah menghafal setiap sudut rumah. jawab saya ringkas. hehe. 
padan makin besar ; balasnya sindir. hey.. ade je gurauan perkena saya.
tapi takpe, saya bangga menjadi anak murid sindiran dia. dia lah kakak saya,dialah pensyarah 'tua' saya,dialah teman sepermainan saya dia jugalah cikgu garang saya.
teringat suatu ketika, dia tergur saya, dengan muka garang dan tiada langsung kemanisan yang terpamer diwajahnya.'mana stokin tangan awak?' tegurannya keras menusuk kalbu.
cis, bapak giler garang! dalam hati :'suka hati org la nak pakai stongan ke tanak. apa kau sibuknya.kerek giler pensyarah ni.' haha. memang sadis lah. saya pun mmg sadis juga wat muke selambur,padahal dah terketar2. takpelah, nasib badan. dengar je dia ceramah free.
haha. padahal ceramah tu akhirnya bertukar ceria . saya tertarik dengan gaya penyampaian dakwahnya. ada unsur tegas dan hikmah. 
Dan alhamdulillah, faham aurat itu sebenarnya simple sahaja. niatkan diri untuk menjaga setiap tubuh badan. insyaAllah jom istiqamah dalam tutup aurat. ops! bukan! 
tak payah tutup aurat takpe tapi kena jaga aurat! haha. jaga aurat :)


satu bunga dan satu cincin...
awak simanis yang garang.
saya bangga lihat awak.
kemas berkaca mata.
pantas dengan motokar merah.
memekik dijalanan bak super drift.
Suatu hari aku pandang ,
namun sebak didada tidak mampu ditahan.
lantas butiran itu keluar merembes di hujung selendangmu.
kamu masih ingat? tapelah...
sejujurnya perasaan sayang itu hadir.
tatkala kita bersama.
bersemi saat susah payah mendapat panggilanmu.
turun naik menghadap 'raja' dunia.
namun kau gagah dengan senyuman.
manis dimuka tapi mungkin gusar dimatamu.
akhirnya kau akui kau penat.
namun penat kau terbalas dengan kejayaan kita bersama.
terimakasih awak.
awak,simanis yang garang.
sentiasa diingatan :)





Tuesday, June 19, 2012

bukanlah dia bersama

bukanlah dia
dua hari ini kami bertemu lagi.ceria kami dapat saling bertukar cerita lagi.masakan tidak kecoh, habis segala bagai hujah perdebatannya dikeluarkan yang sering kali mendapat sambutan hangat dari telinga ku. sengaja aku tunjuk muka comel aku yang 'excited' dan teruja dengan setiap kes dem kes itu.Sungguh 2 hari bersama ini, kami banyak berkongsi hal peribadi juga hal umum. berkawan dengan seorang yang kritikal "otak"nya cukup menggalakkan aku. setiap kata kami tidak sama,kadang dia kata yang ini cantik.aku pula kata tak cantik.


bukanlah dia 2
pembawaan bukanlah dia berterusan hinggan ke versi ke2. kami jiwang. haha. memang jiwang.dating hari semalam dalam memori kerana ia hari pertama kami berdating bersama. berjalan sama.makan bersama.berpandangan sesama. memilih baju sesama. semuanya sama. 


eh korang adik beradik ea? tak pun T.T
abes tu?... kawan jelah T.T
apesal muke same? rapat je... hehe T.T
kerana tarbiyyah T.T


Langkah hari ini tidak sama.
semalam lain, hari ini pula lain.
bukanlah dia hari ini ialah kerana perbezaan.
kita menghirup udara sama namun, kuantiti nya unlimitted.
begitu juga dengan dia. 
bukanlah dia selamanya buat kita.
namun percaya, rezeki itu pasti ada pada kita.
(maaf karana menolak) ^^ . moga kau bahagia.

Friday, June 15, 2012

nyanyi lagi

Balik sekolah irah terus menerpa ke mejanya.
buka buku dan sedang menulis. 
Lantas aku terdengar nyanyian halus, merdu  sekali...
"Lembutku kenang , kasihmu ibu...
di dalam hati ku ingin menanggung rindu...
kau tabur kasih seumur masa...
bergetar syahdu, ohh di dalam nadiku..."

ahhh...
lagu ini! syahdu sekali. lagu ibu dalam hafalan solat delisa.
sebuah filem indonesia yang amat mencuit hati.
saya ingat kerana terlalu excited lantas aku mencapai remote tv.
tengok! ada di senarai astro first! hantar mcg. tup! 
....loading , please wait. your movie will appear next...
malam itu kami sekeluarga menonton bersama-sama. 8 bulan yang lalu.

wahhh.
saya tak tahan! sungguh aku bercuba untuk menahan tidak mudah merembeskan ia.
akhirnya aku akur. sudah menguji dan menyeksa feeling saya.
kenapa? 
sebab dalam filem ini mengetangahkan semua unsur.
unsur famili.unsur cinta. unsur kemanusian. unsur kebahagiaan. unsur kehidupan.
Delisa , Ummi ,Abi dan familynya.
kehidupan yang diuji dengan bencana allam . sungguh Allah maha berkuasa. tiadalah tempat pergantungan melainkan Allah. dia yang menjadikan setiap sesuatu, maha mentadbir alam ini.
dalam sekelip mata sahaja. kunfayakun. adaptasi dari suatu kejadian tergempar di dunia ini.
tsunami di aceh tahun 2009 lalu, menjadi kenangan setiap insan. lebihan beribu yang menjadi mangsa tsunami. Kuasa Allah. kalaulah ia berlaku di Malaysia... hurrmm.. siapa tahu? rahsia alam rahsia Tuhan. iman dihati yang perlu disediakan.

jom tengok! yuk mari .^^



Thursday, June 14, 2012

rancangnya mahuu...

*berdiri dan berjalan ke sana amat saya mahukan.


semahunya! tiada lagi istilah duduk terperap dirumah.
takpe lah duduk pun tak jadi masalah. pe darr.
okelah, -ahaaa...duduk je, selagi dirimu masih ada masa bersama.


umi selalu pesan: mungkin ini je waktu kakak bersama adik2 ngan umi.
lepasni kalau kakak dah belajar balik.then kan jarang2 je nak balik.
kalau habis belajar pula, sibuk nak walimah (hahaha)...


ye.baiklah. sementara kita buat yang terbaik.
saya suka nak kongsikan satu cerita hal kawan saya ni.tapi tak ngumpat ok.
------------------------
balik kelas,seusai sampai asrama.
saya: awak! tiap2 hari awak online. balik kelas buka komputer buka fb!
dia  : kenapa? tak boleh ke? best ape! eleh.. bib jeleous!
saya: tak jeleezz langsung la! tp apa yang best buka fb tiap2 hari?
dia  : (panjang la dye terangkan , tp disingkatkan)
-saya pandang fb ada manfaatnya! mesti tak percaya kan bib?
ye laaa. orang online mesti nak comment,chatting segala bagai.
tapi saya bukak fb 'i learn something new'.
just kene ada usaha untuk mencari la kan.sebab tak semua mudah.
tpi di fb sangat mudah kot. awak cari page2 yang bermanfaat and like it!
ahaaaa, sgt senang!


awak! saya nak cakap kat awak, sekarang ni memang saya dah try.
wooww!!!!
great. macam2 kita boleh belajar. in one day,bnyak la words post nasehat 
yang akan keluar kat timelime home kita.
thnx awak :)
i learn banyak sangat.u nak cuba? jom!!!



Tuesday, June 12, 2012

a note for dear amsyar

Dan saya amat teruja.

tet..tet.. - mcg masuk....
bib alhamdulillah. selamat lahir baby boy malam td jam 12.02 a.m. berat 3.19 kg.
doakan mirah dan baby sehat.    -9.6.12-

Siapa kata jadi perempuan senang?
Mirah, macam mane rase time bersalin amsyar? 
soalan pertama yang saya tanya mirah.
aih, kenapa tanya? nanti rasalah. sungguh perit. mana taknya, due 2 minggu lagi. rasa sakit je mula2, pergi klinik doktor kate dah nak bersalin. dalam nak keluar tu, hanya Allah yang tahu bib. masa keluar kepala baby baru rasa boleh bernafas.
lega seleganya. mampu memandang wajah air muka suami yang sentiasa disisi.

tahniah mirah! 
moga jadi ibu yang solehah kepada amsyar. 
moga menjadi isteri yang mukhlisah dalam setiap kerja pada abg nazri.
moga jadi anak yang baik pada ummi dan abah.
insyaAllah . cinta 5 tahun kita bersemi di SMASKL sentiasa menjadi kenangan.

suatu ketika,
mirah....kenapa kawin awal ni? ummm.. nanti mesti pertemuan kita terbatas:
mirah: bib, jodoh semua itu rahsia Allah. mirah tak expect pun boleh kawen seawal ini,
rezeki itu ditangan tuhan. yang penting redha dan terus mencari secebis kenangan
yang akan menggembirakan hati orang yang kita sayang. 

benar! jodoh itu rahsia illahi. 
Andai saya dijodohkan nanti, utuskanlah seorang yang akan sentiasa membimbing kearah kebaikan.
terus-terusan dalam mencari redha illahi.

masa itu singkat, masa itu juga kehidupan. 
bila tiba masanya nanti. bersatulah kita !
dan....
pak cik rahim (ayah ano) pesan,
nanti kawen jgn lupe jemput pakcik! semua macam anak pakcik dah.
ahaaaa..memang teringat mercedes oren yang sentiasa dipenuhi anak-anak nakal.
every week nak balik rumah mc arah n pc rahim. hehe. sumbat2 pun jadi,asal boleh keluar asrama.
saya dan ano senyum... (padahal teruja tengok ibu muda) hehe

ini saya postkan pada semua! gambar amsyar.
anak mummy bib yang mummy always sayang. sehingga ketemu lagi ya amsyar.
amsyar kuat ya! ibu amsyar cakap, amsyar kuning kuat sampai masuk hosp semalam.
amsyar jdlah anak yang soleh. boleh mengembirakan hati ibu dan abah amsyar ye .
nanti mummy jumpa amsyar time raya taw,sebab nanti mummy jauh dah dengan amsyar.
salam sayang dr mummy buat amsyar.


ahmad khalis amsyar bin ahmad nadzri ( 2hari)



For Sale rumah itu -2020

tajuk : For Sale!
jual-jual-jual-jual-jual.... mari siapa nak beli, murah ade, mahal ade, sedang-sedang pun ada.




Pendapatan Rakyat Malaysia Mesti RM12,000 Sebulan Untuk Beli Rumah Teres Pada Tahun 2020!!
 Hari ini sedikit yang ingin saya kongsikan bersama. Fakta diatas terus menarik perhatian saya untuk dikongsikan bersama kerana itu masalah ekonomi. masalah bersama.dan masalah kehidupan iaitu satu detik masa yang akan dilalui. 


kadang kita perlu memahami setiap propaganda yang dikeluarkan bukanlah sesuatu yang olok-olok yang boleh kita pandang enteng. mungkin terselit beribu makna tersurat yang kita tidak duga apa yang akan terjadi. Mungkin isi hati saya terlalu cenderung dengan poster ini. tidaklah ingin mengiyakan bulat-bulat dan terus percaya. tapi bimbang dan risau itu datang berkali-kali. nak ada 12,000 dalam akaun bank baru boleh ade rumah. tupun rumah teres! bukanlah rumah banglo@kondominium yang sedang rancak dikontrakkan umpama cendawan tumbuh selepas hujan.


Rezeki itu dariNYA, sumber yang hakiki setiap harta dan pinjaman kehidupan. Namun sejenak saya berfikir, bagaimana lah ekonomi setiap orang? famili? rakan-rakan saya nanti. oleh itu, marilah kita berfikir sedalamnya. bersedia dari sekarang. merancang untuk terus bijak menghadapi segala rintangan... 


moga kamu semua berjaya :)