keadaan bertukar 360 darjah. semenjak itu saya mula berfikir-fikir mahu menjadi lebih terbaik buat 'dia'. sekadarnya saya akan membantu mana yang boleh kerana sekarang beliau keseorangan. kami bersendirian tanpa tenaga seorang lelaki yang kuat.
Sedar atau tidak sudah hampir 3 bulan kami hidup. ternyata 'dia' sungguh kuat fizikal dan mental untuk terus berdiri gagah di bumi Malaysia walaupun ketiadaan ketua disisi. Sudah puas untuk saya pujuk untuk suruh 'dia' pergi mengikuti bersama ke sana. Namun selagi termampu sedayanya jugalah 'dia' akan menolok. Katanya: boleh la. still ok la. relax la. erm macam-macam.
Ya! itulah pengorbanan namanya. Saya tahu itu, saya punyai seorang ibu yang tabah,gagah lagi kuat. Melayani kerenah 6 orang anaknya ini, yang masing-masing nakal tahap gaban. Tapi 'dia' tetap bersabar dan terus tersenyum tanpa banyak kata.
Dia sambung lagi katanya sudah biasa hidup begini. inilah hasil tarbiyyah seorang suami yang banyak mendidik erti sabar dan redha dengan sesuatu. Sungguh saya tidak mampu bayang kalau-kalau nanti saya kawen, then suami saya jauh, tiada disisi. Bagi saya : ahhh peritnya! tak mau! tak mau! tak mau! >< Tapi bagi 'dia' mungkin kuat.
Dulu saya ingat 'dia' cerita saya lahir tanpa walid disisi kerana urusan kerja. oh kuatnya 'dia' lahir anak sulung tanpa suami disisi. Tokki saya yang menyambut dan azankan saya dan yang special saya diberi nama 'solehah' oleh tokki saya. oh! tinggi harapan tokki impikan cucu yang solehah :) - insyaAllah.
Minggu lalu saya bercuti di IKBM, Pekan. ada family day KOBI. keadaan bertukar sungguh aneh dan tidak dapat diterima akal mulanya. hehe. "haa? umi tak pergi?" tanya saya. "kakak drive bawa kereta, ummi ade sukan kat sekolah macam mana nak pergi?" umi berkata ringkas.
oh.. satu percubaan datang, detik ringkas hatiku. Ragu-ragu juga kot.
Namun ia semua satu percubaan dunia. Akhirnya kami berjaulah adik-beradik. kakak, imah, irah dan said. naik kereta unser. said pada mulanya nak duduk sebelah kakak, tapi imah cakap : "eh. tak payah! bahaye. nanti kakak ngantok! said kecik pergi duduk belakang." satu cerita pasal naemah yang nakal. ade ke patot suruh pergi potong. ahh sabar je minah ni. jpj pun tak lepas. (nanti bawa elok2 ye ^^) hehe.
Keadaan agak suram pada mulanya. Said tiba-tiba bersendirian pergi ke satu tempat terpencil. mungkin sedih sebab pendaftaran hari keluarga kali ini tidak bersama ummi dan walid. (jadi anak angkat pc wan ali-sebilik dengan pakcik) mungkin itukot dye rase jauh dan lain.yalah sebelum ini kami berfamily day bersama kan. Nazirah pula malam itu dengan ragamnya tidak mahu tidur tanpa ulikan maja dr ummi.
Takpelah biasa sahaja mungkin ummi mahu mendidik kami agar bersama. huhu! rasa macam mak kena kawal irah n said bile tiada ibubapa disisi. iyalah kan kita paling tua, tanggungjawab dibawah saya. hehe.
Ternyata saya sungguh gembira tatkala berada di majlis agm Kobi itu kerana nama walid disebut oleh pc saba! "tahniah. Kobi sudah ada DUTA di Saudi Arabia." hehe. DUTA? DUTA ker? walid tahu, kak long dengan imah senyum tergelak je waktu tu. hehe. ummi, see your husbands achievement. (suami siapa tu?-rugi tau ummi tak gi) hehe.
menunggu kepulangan.
Saat yang dinantikan pasti tiba . setibanya waktu itu sungguh cepat. secepat pantas kilat pastinya. Masakan sudah 3 bulan ummi mampu berdikari keseorangan. Ulang alik dari kuantan-terengganu , Kuantan-Kuala Lumpur. File expenses ummi pun dah tebal,mungkin satu yang perlu aku pelajari cari berakaunting dalam hidup itu penting. Wajarlah seorang 'dia' dimuliakan. InsyaAllah. :) - masih kurang kemampuan namun pasti akan cuba dan terus cuba untuk melihat manisnya tertawa itu muncul kala fajar menyinsing.
menunggu kepulangan.
Saat yang dinantikan pasti tiba . setibanya waktu itu sungguh cepat. secepat pantas kilat pastinya. Masakan sudah 3 bulan ummi mampu berdikari keseorangan. Ulang alik dari kuantan-terengganu , Kuantan-Kuala Lumpur. File expenses ummi pun dah tebal,mungkin satu yang perlu aku pelajari cari berakaunting dalam hidup itu penting. Wajarlah seorang 'dia' dimuliakan. InsyaAllah. :) - masih kurang kemampuan namun pasti akan cuba dan terus cuba untuk melihat manisnya tertawa itu muncul kala fajar menyinsing.
pesanan penaja : cepat! kakak tahu memang ummi rindu walid dan walid juga rindu ummi kan? hee ^^ |
No comments:
Post a Comment