Tuesday, December 20, 2011
semoga sentiasa kuat , duhai diri :)
Percayalah , duhai diri... Hati ini tidak akan pernah kuat, jika kita tidak kembali kepada Sang Maha Pencipta .
Kita kan pasti akan hidup bahagia selagi mana kita bergantung pada Allah.
Jangan ditanya mengapa seseorang itu menangis ditikar sejadah kerna disaat itu utuhnya rasa kehambaan antara hamba dengan tuhannya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda : " Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t., sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia mengharap Allah s.w.t. tanpa dia membawa dosa sedikitpun." -Hadith riwayat Imam Tirmizi
Diri, semoga kau kuat. Utuh dengan ujian dunia yang mematangkan diri semestinya. Yang pasti jangan pernah mengalah untuk tunduk dengan ujian. Ketahuilah tiada ujian itu datang melainkan untuk kekuatan diri.
Marilah kita singkap ; Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga , padahal kamu belum diuji oleh Allah. Maka ingatlah ujian itu datang tanda Allah mahu kita lebih dekat denganNya. Berkira-kira untuk lebih rapat dengan maha memiliki hati ini. Kita miliknya, dan akhir kita akan kembali padanya.
Diri,
Kau perlu tabah,
Ketahuilah,
Tabah kau itu punya pahala disisi tuhan,
Ayuh,ikhlaskan diri,
Kuatlah hadapi segalanya :)
Semoga , semoga , semoga kau kuat.
****************************
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
anda kuat ..! insyaALLAH .. :)
ReplyDelete