Saturday, December 31, 2011

dy/dx dan kebetulan

dy 
dx , , , , , , , , , , 


________________


nikmat dan matematik. saya suka buat matametik. sebab semua nya kebetulan. 
kalau ingat formula , kemungkinan untuk betul sangat tinggi, dan ia satu kebetulan.
satu persamaan dimana kita mencuba untuk mencari nilai persamaan yang relevan bagi nilai.
nilai yang menjadi punca untuk mendapat hasil yang betul.
tak susah, tapi mencabar.


tengok kertas.


alamak! soalan subjektif.tadek objektif. susah.susah.susah.(monolog hati) :((((
sepatah kate yang keluar dr mulut,sambil menggaru kepala.


**
tahu, mesti tak dapat full mark! cuba-cuba, sebab math kan kebetulan, kebetulan keyakinan kita pada formula, jalan kira , jawapan dan segala bagai! 
**
lantas : Done! waktu tamat, dan close the paper.letak pen atas kertas. 


senyum!


dah agak! memang macam tak boleh je. tpi yakin je la yang tinngi. tawakkal.
**
terus check, semak! syko sgt, alaaaaa. at least dapat tahu jawapan ,
the truth solution for the Q.
**
markah : ____/25 , (tamo letak!) . percubaan kehidupan semua itu (ayat nak mengembiran hati)!
__________________




tapi detik final masih ade kan?
owwwhhhhh ,,, " yaaaa, kamooo usaha ya! " kata junior sabahku! 
okiessssss , adek. thnxxx :)


relate : mungkin begitulah kehidupan kita. banyak formula yang boleh digunapakai. cakap je nak formula yang positif atau negatif yang power negatif atau positif pun boleh. Bila dah besar, salu umi pesan : kakak dah besar, memang dah boleh pikirkan? tak kan nak biar dapat hidup yang buruk...mungkin cantik didasar manusia, tpi pada kaca mata tuhan, bagaimana?


jom! cipta formula sendiri yang menjurus kearah kebaikan. kita pilih dan kita laksanakan. tak rugi sedikit pun. dengan formula tu kita cuba2 sampai kita dapat jawapan yang memuaskan dan melayakkan kita berdiri sama tinggi dengan target nak dapat jannah illahi.


aiceeehhh (*banyak nye cakap, habibah s ramli!) heheeee
_________________
tahun baru ~ aku sedeh bila tahun umurku meningkat, tapi reputasi ku..........



bye 2011 ^^





Thursday, December 29, 2011

tulis

Tulis ... T_T


Tulis itu keras.
perlu idea.
perlu perbahasan.
perlu cetusan.
perlu pengawasan.
perlu rujukan.
perlu ketelitian.
perlu pemahaman.
perlu perhubungan.
........................................................................
susah?
susahkan?
memang susah?
........................................................................


mana ntah hilangnya diriku sebenarnya,
jauh merintih ingin dikembalikan,
namun saat itu sering menghantui aku,
aku takut...
hati yang 'biasa',
tiada lagi kesedihan,
tiada lagi feeling,
tiada lagi kekuatan,
tiada lagi kelainan,
tiada lagi ketulusan,
tiada lagi impak,
tiada kelainan...

Ooooohhh tuhaaaannn......


......................................................................


hah,tetibe teringat kat fahrin! kuatnya diye time kena fitnah kat dalam cerita ayat-ayat cinta.korang layan? best juga... saat dia berasa dalam penjara,saat bersama si penjenayah yang punya kerasa hatinya.
namun, teringat katanya :
"duhai anak muda, usah sedih! ingatlah tuhan sedang marah pada kamu. " T_T
betol juga, setiap dugaan mungkin juga tanda Allah marah pada kita, kita yang lalai. sering melupakan hak kita padanya.ujian dan ujian...

Tuesday, December 27, 2011

mimpi s2


kecanggihan dunia sekarang menandakan kematangan dunia.
namun aku yang hampirrrr.....
umur 20 itu maasih berkira dengan perangai keanak-anak....

*tpi, nak juga enset s2! heheeeee :)

Saturday, December 24, 2011

...


"aku bimbang tidak sesoleh dirinya"

Friday, December 23, 2011

tahniah sakinah


Today :
We all have a steamboet dinner at sri Affa restaurant.
Meraikan kejayaan adinda Habibah Sakinah bt Ramli.
Tahniah atas keputusan 7A 2B.
( B: Sejarah dan English )

Jangan sedeh2, rezeki tuhan semestinya yang terbaik buat hambanya.
Tiada yang lebih dan kurang, semuanya cukup dan sempurna.




Wednesday, December 21, 2011

maafkan kakak


Maafkan kakak adekku...

Satu kisah, ketika memeriksa jenazah-jenazah mangsa pengeboman Israel di Gaza lalu,
ada satu jenazah yang penuh duit syiling dalam poketnya seluarnya.
Ditanya kepada rakannya duit apa :
"Dia beritahu kami dia tengah kumpulkan wang untuk membantu
saudaranya di Somalia..." 
-sumber Free Gaza-

Ini kisah dahulu, 3 bulan lalu yang saya pernah terbaca di facebook. Kisah yang aku kira cukup mengambarkan utuhnya perasaan hak sesama muslim. Hak yang perlu kita titik beratkan tidak kesah sesiapapun samaada yang dekat ataupun jauh.

Pernah kawan saya cakap : Hak kita dengan manusia ini sampai ke akhirat ; 
kadang kita terlupa juga terleka, asyik sibuk dengan hal peribadi yang tidak pernah habis. Dengan assingmentlah, borak2 tak pernah habis, habis masa dengan layan fb lagi.

Pernah berangan untuk ke falestin, kata ustaz saya di kolej ketika kelas Arab;
"tahukah kamu, darah falestin cukup tegang, tidak pernah untuk menitis sendirinya,
 malah tidak pernah untuk tertumpah sendirinya"

Ya Allah, izinkanlah aku untuk mengembara ke tanah bumi-mu.
 Merasai betapa besarnya kekuasaanmu yang terbentang luas ini.

_____________________

p/s: ustazah saya suka sangat cerita pengalaman dia di Jordan ! 
merasai perasan suasana 'Fairy tale' 
Mahu juga kesana.




Tuesday, December 20, 2011

semoga sentiasa kuat , duhai diri :)


Percayalah , duhai diri... Hati ini tidak akan pernah kuat, jika kita tidak kembali kepada Sang Maha Pencipta .
Kita kan pasti akan hidup bahagia selagi mana kita bergantung pada Allah.

Jangan ditanya mengapa seseorang itu menangis ditikar sejadah kerna disaat itu utuhnya rasa kehambaan antara hamba dengan tuhannya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda : " Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t., sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia mengharap Allah s.w.t. tanpa dia membawa dosa sedikitpun." -Hadith riwayat Imam Tirmizi

Diri, semoga kau kuat. Utuh dengan ujian dunia yang mematangkan diri semestinya. Yang pasti jangan pernah mengalah untuk tunduk dengan ujian. Ketahuilah tiada ujian itu datang melainkan untuk kekuatan diri.

Marilah kita singkap ; Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga , padahal kamu belum diuji oleh Allah. Maka ingatlah ujian itu datang tanda Allah mahu kita lebih dekat denganNya. Berkira-kira untuk lebih rapat  dengan maha memiliki hati ini. Kita miliknya, dan akhir kita akan kembali padanya.

Diri,
Kau perlu tabah,
Ketahuilah,
Tabah kau itu punya pahala disisi tuhan,
Ayuh,ikhlaskan diri,
Kuatlah hadapi segalanya :)

Semoga , semoga , semoga kau kuat.
****************************



cukuplah


Cukuplah senyumanmu itu memberi aku ketenangan,
disaat luka dihati ini masih berbaki...
Cukuplah pelikku  terjawab dengan hadirnya kamu,
disaat tiada lagi kicauan burung nan senja...




Friday, December 16, 2011

Konvensyen FIQH ummah 2012


Sekilas K-Fiqh 2012
Julung kalinya diadakan di Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk menyertainya. Bersama kita mencipta sejarah Islam di tanah air kita.
Konvensyen Fiqh Ummah 2012 merupakan satu platform ilmiah yang mengumpulkan ilmuwan agama tempatan dan antarabangsa. Mereka akan memberikan panduan kepada peserta dalam usaha melahirkan generasi “ummatan wasatan” yang wasatiyyah (bersederhana) dalam segala aspek kehidupan seorang Muslim – akidah, muamalah, ibadah, siyasah, dakwah, tarbiyah, cara hidup, Al-Quran dan Hadith.

Tempah sekarang untuk temujanji anda bersama ilmuwan-ilmuwan tersohor diwww.k-fiqh.com 


Untuk maklumat lanjut sila layari www.k-fiqh.com 
atau Facebook:
https://www.facebook.com/pages/Konvesyen-Fiqh-Ummah-2012/289422564429327

Twitter:
http://www.twitter.com/kfiqh2012

jom semua! 
mari kita sertai untuk tambahkan keluk ilmu kita . . . 



wedding is to be


Look now, Haappiness is all around,
Your love has brightned up the night sky . . . 

first :
ustzh Mardiah & ust saiful bahry
(my lect at IKIP a.k.a my senior )


 second :
aziz othman & arwa arshad
(my cousins n his wife, bridge has been together at jordan)


third:
Sobiroh sabry & ridzuan 
(my sweeties fren yang telah selamat diijabkabul bersama suami tercinta)


Alhamdulillah, kalian selamat bersama. aku tersenyum indah melihat mereka...

last but not least :
"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN." 
(Surah Ar-Rum, 21)

Saturday, December 10, 2011

sekadarnya


" Rahsia hati yang tiada siapa ketahuinya "

Ayat ringkas itu aku pendam sedalamnya. Jiwa muda mana yang tidak bergetar dengan simbolik hati, kata-kata cinta. semuanya horizontal dengan perasaan dan jiwa, namun tiada yang sebaiknya melainkan keikhlasan di hati. Bibir mungkin kata tidak, tapi yang bergolak dihati yang bedenyut dinadi itu semuanya rahsia kukuh antara kita dan tuhan.

moga kita bijak mengemudi cinta abadi :)
 cinta Allah - cinta Rasul  - cinta family - cinta manusia dan 
cinta "DIA"...

S.E.K.A.D.A.R.N.Y.A

Tuesday, December 6, 2011

hari ini 10 muharram


salam. Wishing you all in happy memories for the past day and past day of
1432 H. Happy new year, even hari ni dah 10 hari berlalu dalam bulan Muharaam.
Sedar tak sedar dah 10 hari buku amalan kita yang dicatit malaikat raqib dan atib ditulis dalam version baru.

sedikit perkongsian 14 perkara yang sunat dilakukan pada hari asyura :

  1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri ataupun family .
  2. Memuliakan fakir miskin.
  3. Menahan marah .
  4. Menunjukan jalan bagi yang sesat
  5. Bersedeqah
  6. Menyapu / mengusap kepala anak yatim.
  7. Memelihara kehormatan diri
  8. Mandi sunat
  9. Bercelak
  10. Membaca surah Al-ikhlas hingga akhir 1000x
  11. sembahyang sunat 4 rakaat
  12. Membaca zikir2
  13. Menjamu orang berbuka puasa
  14. Puasa sunat Asyura (9, 10 muharram @ 10,11 muharram)


Saturday, December 3, 2011

beli belah

Baru seusai pulang dari merelease tension, berjalan2 bersama sahabat handai di pusat membeli-belah.Hasrat awal mahu mendapat ketenanagan, sekadar menhirup udara masyarakat di sekitar kuantan ini.Namun lain yang kutemui hari ini. Berpusu2 manusia di pusat membeli belah. 2 gergasi besar itu sungguh ramai dan padat dengan insan-insan yang terdiri daripada pelbagai golongan tak kira kecil besar, tua muda. Lantas aku terus pergi ke tingkat atas, dimana biasanya disitulah majoriti tumpuan bagi golongan muda . Ya,benar tekaanku, mereka-mereka merawang kesana ke mari, entah diduga isi hati mereka senirik apa tujuan. sekadar bergembira di kawasan umum tersebut. Banyak sungguh hidangan hidangan hiburan yang disajikan. uhhhh, penat tengok lagi penat berjalan2 disekitar kawasan itu. oke laaaaa, mungkin setakat ini sahaja. :)