Thursday, January 9, 2014

9.1.2014 TW

Tak dek orang yang boleh mengerti kita sepenuhnya, hanya allah tempat mengadu. 

Antara takdir dan usaha, kemana pergantungan bila diuji, pernah suatu hari ditimpa bencana, kadang boleh hilang pengharapan.

Dan kini aku rasainya.

Gelapppp, kemana harus dibawa, disini tersimpang ,disana kejauhan. Pecahan perasaaan mengasak untuk berfikir jauh.

Sebenarnye, tiada halangan yang diterima melainkan tawakkal kepadaNYA.

Allahu.

Monday, December 23, 2013

Girls, hayaa

Ketukan buat si pemalas (baca: aku) ,

Aku selalu merasakan, orang yang melukis, dia sebenarnya sedang melukiskan jiwanya. persis orang yang menulis, hakikatnya dia sedang menuliskan hatinya. Sedikit aku ingin kongsikan buat si pemalas, DIRIKU.

Pagi itu aku keseorangan kalut ke library untuk menyiapkan task kerja terjemahan untuk dibentangkan malam ini sesi study group classmate aku (ini cerita dia last minit +kemalasan punya kije pasallah).

Sebahagiannya sudah aku siapkan, namun sebahagiannya pula otakku tidak dapat untuk menyambungnya lagi, bak berada di kesesakan lalu lintas yang sangat padat , lantas aku cuma berfikir punya satu cara; iaitu terus direct menanyakan mana2 student arab yang berada disekelilingku. 

Ohh, tiada, peluang aku tiada. Aku blur mahu tanyekan kpd siapa. Jam menunjukkan pukul 11pg. Aku bergegas keluar drpd library dan mendapatkan sahabatku kerana kami memang bercadang untuk ke satu persidangan antarabangsa yang dihadiri ramai ulama seluruh negara. Dan ketika itu aku sudah berkira-kira untuk mencari seseorg untuk menerangkan kepadaku apa yang aku ragui ini. 

Sesuatu yang menarik perhatian ketika muktamar persidangan itu, seorang arab disebelahku.Mungkin ini namanya jodoh, dengan DIA. Aku perhatikan sahaja gelagat dia ketika dalam muktamar tadi . "Eh, dia ni tido ke ape , pusing2 mate dye. Arab ni dah ngantuk tak faham kot, aku lagi lah susah2 nak faham" well, biar jelah.

Selesai muktamar, aku keluar dan jodohku ini jugalah yang bersama iringan , dlm hati : ohh boleh kot aku nak tanye dia ni. Aku memulakan perbualan dan dia setuju untuk menolongku. 

"Jom kita ke hadiqoh (taman) kuliyyah syariah " katanya. Dan aku terus mengikutinya. Sesampainya: 

"Kasi buku engkau kat aku, tunjukkan aku dr mana ke mana."katanya.
Dan aku tunjukkan dan tersentap. 

Dia membaca petikan ayat dengan mata yang terlalu dekat jarak bukuku. Bagaikan mau cium buku itu, aku silap! Aku silap! 

Hasbunallah wani3mal wakell, rupanya dia buta, sakit mata yang menyebabkan tidak dpt mbaca sepertimana org biasa baca buku. Kencang betul ketukan buat sipemalas , benar2 aku rase terkena dengan setiap aturan allah harini...

Ketikamana dia tekun membaca setiap perkataan dari baris ke baris , hanya allah yang tahu perasaan seorang pemalas bertemu si juhud mencuba menerangkan sebaiknya kepadaku meskipun keadaan fizikal seperti itu. Hayaaa namanya, budak tahun satu yang rendah diri menolong budak tahun empat yang pemalas. Moga allah memberikan kejayaan kepada awak! 

macam kata Pablo Picasso, "painting it's a blind man profession. painter is painting not what he sees but what he feels". And she did it. 

Dalam diam, aku tahu ini TEGURAN hebat buat diriku. Awak sebenarnya tidak buta, tapi saya yang buta hati untuk terus rajin dan semgat untuk belajar. Allahu 😭😭😭😭😭 :(((((

Yang benar, Si pemalas. 


  


Sunday, November 24, 2013

Jarak beribu



Jauhnya untuk aku menanggung rindu ini,
Mendengar suara serak terbatuk2 ,
Cukup menggambarkan seksa sakit itu,
Namun tawa riang itu tetap aku dengar,
Biarpun dicorong talefon.

Assalamualaikummm, tokkiii,,,,
Bibah niii,
Waaalaikummusalam bibahhh...

Sebak dan sebak, awal kedengaran aku dah rase sedih.
Masakan bertubi2 aku dengar cerite toknda di akhir2 ini asyuk jatuh sakit,
Tapi, aku tahu toknda pasti kuat!

Sayang tokki ye bibahhhh 😭😭😭😭😭😭😭 .

Dah memang nangis, aku tak tahu nak tahan camne lagi rindu,
Ni lah rasenye perasaan berjauhan dengan family tercinta,
Moga angin bayu pantai itu terus membayu belai menjaga nenda dan toknda. 

Miss them so much :(((( 

Ya allah, 
Perliharalah mereka sebagaimana mereka menjaga aku sewaktu aku kecil duluuu... Ameenn :)))


taut ...

chat with Habibah Nazirah .... tibe2

"continue later, jap nak g raudhah ni "

" good girl ,seronoknya take care dear "

"oke, nak g dah ni... byeeee...byeee...."

"ye, salam kak long pada nabi  "

BERTAUT, ohh rindunya!

warna

merah itu hati,
hijau itu pokok,
biru itu langit,
kuning itu matahari, eh cahayanya.

Demi masa hadapan yang cerah,
hanya harapan yangku ingin genggamkan,
biar dalam diam atau bisu,
PASTI USAHA Demi "A Colouful Future"

rongga cinta

Pernah suatu hari,
gerak gerinya aku menilai,
satu pun tidak pernah dilepaskan,
masakan disiakan begitu saja...

pernah suatu hari,
gerak itu hilang lupus daripada pandangan ini,
pengertiaan sayang hapus bertaburan sedikit demi sedikit,
Rupanya bepanjangan tidak bersama...

Pernah suatu hari,
hati pinta untuk menempatinya,
tapi sukar dihadirkan ia lantas aku kecewa,
Pemiliknya sudah hilang bayangannya...

rimas itu aku buang,
TUHAN, 
seandainya jauh dekatkanlah,
seandainya dekat pertemukanlah,
seandainya hilang gantikanlah,
seandainya tiada hadiahkanlah,
biarpun bidadara itu disyurga nanti.

IMPIAN :p

tahan perasaan

aku sangggup keluar dari kawasan itu,
untuk ketenangan.

Dalam harapan, kau bahagia,
serta mampu berdiri,
tanpa mengisahkan aku disini.

tapi aku silap. silap. silap.
all the day, all the night, 
and when im back it just same situation.
aku pana, ish! apa lagi silapku?
mana nilai itu?

Lantas, mungkin itu silap aku?
aku lihat dan koreksi.
masih tiada jawapan.
Teman, kalau itu yang aku silap,
kalau itu yang kita hilangkan,
Mahunya berlari mencari sinaran kembali,
agar terus nan mekar bunga itu meskipun angin salji ini menggigil.

Maafkan aku.