Monday, December 23, 2013

Girls, hayaa

Ketukan buat si pemalas (baca: aku) ,

Aku selalu merasakan, orang yang melukis, dia sebenarnya sedang melukiskan jiwanya. persis orang yang menulis, hakikatnya dia sedang menuliskan hatinya. Sedikit aku ingin kongsikan buat si pemalas, DIRIKU.

Pagi itu aku keseorangan kalut ke library untuk menyiapkan task kerja terjemahan untuk dibentangkan malam ini sesi study group classmate aku (ini cerita dia last minit +kemalasan punya kije pasallah).

Sebahagiannya sudah aku siapkan, namun sebahagiannya pula otakku tidak dapat untuk menyambungnya lagi, bak berada di kesesakan lalu lintas yang sangat padat , lantas aku cuma berfikir punya satu cara; iaitu terus direct menanyakan mana2 student arab yang berada disekelilingku. 

Ohh, tiada, peluang aku tiada. Aku blur mahu tanyekan kpd siapa. Jam menunjukkan pukul 11pg. Aku bergegas keluar drpd library dan mendapatkan sahabatku kerana kami memang bercadang untuk ke satu persidangan antarabangsa yang dihadiri ramai ulama seluruh negara. Dan ketika itu aku sudah berkira-kira untuk mencari seseorg untuk menerangkan kepadaku apa yang aku ragui ini. 

Sesuatu yang menarik perhatian ketika muktamar persidangan itu, seorang arab disebelahku.Mungkin ini namanya jodoh, dengan DIA. Aku perhatikan sahaja gelagat dia ketika dalam muktamar tadi . "Eh, dia ni tido ke ape , pusing2 mate dye. Arab ni dah ngantuk tak faham kot, aku lagi lah susah2 nak faham" well, biar jelah.

Selesai muktamar, aku keluar dan jodohku ini jugalah yang bersama iringan , dlm hati : ohh boleh kot aku nak tanye dia ni. Aku memulakan perbualan dan dia setuju untuk menolongku. 

"Jom kita ke hadiqoh (taman) kuliyyah syariah " katanya. Dan aku terus mengikutinya. Sesampainya: 

"Kasi buku engkau kat aku, tunjukkan aku dr mana ke mana."katanya.
Dan aku tunjukkan dan tersentap. 

Dia membaca petikan ayat dengan mata yang terlalu dekat jarak bukuku. Bagaikan mau cium buku itu, aku silap! Aku silap! 

Hasbunallah wani3mal wakell, rupanya dia buta, sakit mata yang menyebabkan tidak dpt mbaca sepertimana org biasa baca buku. Kencang betul ketukan buat sipemalas , benar2 aku rase terkena dengan setiap aturan allah harini...

Ketikamana dia tekun membaca setiap perkataan dari baris ke baris , hanya allah yang tahu perasaan seorang pemalas bertemu si juhud mencuba menerangkan sebaiknya kepadaku meskipun keadaan fizikal seperti itu. Hayaaa namanya, budak tahun satu yang rendah diri menolong budak tahun empat yang pemalas. Moga allah memberikan kejayaan kepada awak! 

macam kata Pablo Picasso, "painting it's a blind man profession. painter is painting not what he sees but what he feels". And she did it. 

Dalam diam, aku tahu ini TEGURAN hebat buat diriku. Awak sebenarnya tidak buta, tapi saya yang buta hati untuk terus rajin dan semgat untuk belajar. Allahu 😭😭😭😭😭 :(((((

Yang benar, Si pemalas. 


  


No comments:

Post a Comment