Sebenarnya pergi Korea tak masuk pun list nak pergi travel secepat ini melainkan sebab terpengaruh dengan drama dan konsep Kpop yang diketengahkan dalam dunia hiburan sekarang. Rata rata remaja menginginkan ke sini untuk merasai dan bertemu dengan suasana istimewa yang lain daripada etnik melayu sendiri, tidak terkurang aku juga termasuk dalam golongan itu, tapi tak lah over sangat pun. Haha.
Akhirnya plan nak ke sini on setelah setahun awal booking reserve rm500 untuk slot tarikh yang random kami pilih. Baki lagi rm1300 kiteorg bayar kemudian lebih kurang 4 bulan sebelum pergi. Namun, perjanjian yuran agent ala2 backpacker rm1800 tu terlerai seminggu sebelum keberangkatan kami ke sana atas sebab-sebab yang tak dapat nak cakap (biar kiteorg simpan sendiri karang memburukkan agent pula) . Alhamdulillah dapat refund Tu pun bersyukur sangat walaupun tak penuh dan cukup plus seorang dari ahli group kami kene tanggung tiket sendiri yang seminggu nak pergi baru nak book.
Kira macam geram juga lah mood mula2, tetapi cool down and positifkan keadaan dan seminggu tu juga berhuru-hara dengan proses booking accommodation, tiket , dan semua. Mencabar juga bila last minit punya preparation, kalut dia kene study tempat, buka website itu ini semua kalah study final. (Ehhh takpun, hahahaha). Semuanya dipermudahkan dan yang sebenarnya sedikit demi sedikit ia mengajar erti kesabaran dalam menerima sesuatu perkara dengan ikhlasnya.
Perjalanan ke Korea bersama Air Asia Airline mengambil masa 6 jam dan 10 minit dari Malaysia. Secara personalnya, tagline air Asia : now everyone can fly memang tepat sekali dan sememangnya dipersetuji. Terima kasih Air Asia boleh menerbangkan kami ke sana dengan tambang murah yang jimat dan selamat, Alhamdulillah. So, ini antara kisah dan perjalanan kami sepupu sepapat di kota metropolitan South Korea selama 6 hari 5 malam.
Hari pertama, 16/10/2017
Kami bergerak keluar dari rumah sepupuku Kak Na, awal pagi jam 4pagi untuk kejar train pertama KLIA Transit di Putrajaya. Train pertama jam 5.50 am , Alhamdulillah, sampai stesen jam 5.40am tapi bikin zombie juga berlari di awal pagi, hihi. Di Airport KLIA2, selesai check-in bag, persiapan solat subuh dan terus kami berlalu ke Gate penerbangan untuk berlepas pada jam 8 pagi. ✈
Macam biasalah semasa menunggu boarding ke dalam, menjadi kebiasaan untuk menjadi golongan akhir ke dalam Pesawat. Tiba-Tiba ada satu group mendatangi ke arah kami dengan lengkap di escort beberapa orang polis (10 orang kot ehhh lebih juga lah). Sudah tentu semua mata tertumpu ke arah mereka. Unbelivable! Rupanya seorang artis KPOP dan yang anehnya aku langsung tak kenal dengan susuk tubuh dia yang Berambut putih dengan memakai topeng hitam di muka sehinggalah ade orang yang bukan main fanatic dan excitednya jerit "Taehyung" dari jauh mengejar untuk bergambar barangkali. Jadinya antara hasrat nak pergi Korea terserempak ngan artis dah tercapai sebelum pergi Korea lagi, hebat gak rase, makin semangat perjalanan pagi itu. Hehe. 😜
Kami tiba di Incheon International Airport lebih kurang jam 3 petang setelah delay satu jam pada awal nya. Selesai urusan di Imigresen , kami melulu mencari prayer room untuk menyelasaikan solat dahulu sebelum meneruskan perjalanan yang akan memakan masa 1 jam lagi untuk sampai ke tempat penginapan. Cari punya cari prayer room mengikut panduan buku dan google tak jumpe. Ye lah, tempat baru memang agak Sukar untuk menentukan arah itu, sehinggalah hampir kami berpakat untuk menunaikan di guesthouse Sahaja, rupanya selangkah kehadapan ada signboard "prayer room". Alhamdulillah, namun kami akhirnya sembahyang di luar prayer room dek kunci bilik Buddha dan dalam bilik Christian pula ade orang menyanyi.
Info surau / prayer room ada di : 1. Bahagian departure, berhampiran gate 24 (proper punya prayer room). atau 2. selepas keluar selesai imegresen perlu pergi ke bahagian subway, hujung sikit akan jumpe prayer room untuk christian dan budha (muslim dibenarkan sembahyang disitu mengikut keadaan).
Info surau / prayer room ada di : 1. Bahagian departure, berhampiran gate 24 (proper punya prayer room). atau 2. selepas keluar selesai imegresen perlu pergi ke bahagian subway, hujung sikit akan jumpe prayer room untuk christian dan budha (muslim dibenarkan sembahyang disitu mengikut keadaan).
Jam 5.30 pm kami bergerak ke Area Myeondong menaiki subway. Jangannnnnn risau korea memang Kota metropolitan yang hebat dalam teknologi, terkejut melihat 10 line subway lagi terkejut kerana ia didesign dengan 5 tingkat ke bawah untuk line tersebut. Jadinya memang lalu bawah tanah tu banyak tangga dan jauh 3 minit untuk berjalan ke atas(lebih kurang lah). Sistem kad T-money (macam touch n go) lebih me mudahkan perjalanan, dan takjubnya ade laluan sentuh kad t money tu langsung tak berpenghalang. Ahhhh memang jujur betul rakyat mereka melalui laluan yang tak berpenghadang tersebut, kalah kita. Desus kekaguman hati kecilku.
Musim luruh, siang sudah berlalu dengan cepat sekali. Kami keluar dari subway dan malam itu kesejukan terasa, ahhh indah betul suhu nya, langsung penat yang dirasai hilang... cewahhh layan betul. Hahahaha. Kami check-in Welcome Guesthouse, Myeondong . Kawasan atas bukit sikit, tapi high recommend sebab : 1. Wifi laju (paling penting, hihi) 2. Bilik sesuai dan berpatutan harga. 3. Owner baik, caring dan friendly. 4. Breakfast provided (tapi hari2 malam roti n Telur,okey laaaa) 5. Strategic dan berdekatan dengan subway, kawasan bandar dan Namsan Tower.
Check - in Welcome guesthouse. |
Malam itu malam enjoy, malam pertama dan semestinya apa yang dirasai personally rasa macam berada dalam drama korea, berapa kali ntah Tanya imah kita dah sampai korea eh? Hahahhaa jakun betul perasaan malam tu. Apa yang dalam drama semua reality. Tapi satu je tak reality, lelaki korea susah nak jumpa yang handsome macam dalam tv tu sobs! Haha. Kami berjalan cari makanan di Myeondong street malam itu, booth buka jam 6 petang sehingga 11 malam. Kedai kedai tepi bangunan masih buka meriah mempromosi barangan kosmetik mereka.
Untuk bab makanan, Semestinya kene cari yang ada sign Halal atau Muslim friendly. Itulah Perkara paling penting disini sebab kalau ikutkan makanan yang tak halal (Babi) bersepah tepi jalan. Antara makanan yang kami rasa malam tu :
1. Banana uyu, minuman kegemaran yang berharga : 1000- 1300 won.
2. Scallop, memang sedap dengan cheese lagi. Harga : 10,000 won
3. Croissant : 3000 won
4. Banana Chocolate, Nutella : 2000 won
5. Egg muffin kueh gitu sedap gak : 1500 won
6. Sotong kering : 3000 won kottt (tak ingat)
7. Manisan Putih berisi almond: 7000 won sekotak
Antara kedai halal |
Sekitar laluan kawasan Myeondong |
Hari kedua ,17/10/2017
Perjalanan hari kedua diteruskan dengan jadual yang simple iaitu seharian di Taman Tema Everland. Yes! my favourite place. hari first dah pergi enjoy :P hahaha nampak tak permainan dia apa sebenarnya? haha. Pagi yang indah pagi pertama menghirup udara segar korea! Excited bangun awal, buka tingkap ternampak seorang ahjumma (mak cik) meminpin tangan si kecil kegirangan mungkin dalam perjalanan ke sekolah. Dari jendela bilik kami di simpang jalan, ternampak sesuatu bergerak-gerak diatas tiang disebalik wayar-wayar eletrik. teka apa? hehe. kamera cctv weyh. serius terus teringat cerita Healer, alamak yang hero dia handsome Ji Chang Wok tu!
Selesai sarapan pagi di guesthouse kami bersiap-siap mahu gerak ke Everland. Jumpa tuan guesthouse untuk confirmation laluan subway ke sana, dia terkejut kami hendak kesana pada jam 10 pagi itu. "you know, you have to go longggggggg wayyy" senyum dia sambil keraguan kami hendak ke sana sekarang. siap pesan Good luck! hehe
Betullah perjalanan memang longgggggg wayyyy sangat. nak dekat sejam lebih perjalanan subway sahaja. tapi kira takpe lah asalkan sampai ke tempat paling utama ni :P. Kami sampai lebih kurang jam 11 lebih pagi, dan masa terbaik untuk explore the Everland Theme Park World. Kebetulan musim ini adalah Halloween theme, so lagi meriah dengan budak-budak sekolah, family dan segerombolan kawan-kawan.
Paling utama semestinya selesaikan solat dahulu, dan kebetulan semasa disana, kami terserempak dengan satu group Malaysia diaorang tengah solat dan kami dipelawa join mereka. Alhamdulillah selesai yang wajib, makanya terus bersemangat menyelesaikan yang harus di sini.
Nak diceritakan taman tema ini sungguh besar, dan track yang ada semua mencabar tahap adrenaline kami. Paling yang rasa tak terkata, takut, mungkin last sekali adalah track kayu checkpoint T Express roller coaster . Sedikit info mengenai T Express : Berkedudukan darjah 77 degree, T express adalah roller coaster daripada kayu yang paling curam di dunia dan boleh pergi dengan kelajuan selaju 64.6 miles per jam dan berbatu panjangnya tracknya. Seriously kalau korang jenis tak berani baik jangan, sumpah! Kalau jenis sukakan cabaran atau geli-geli rasa nak try, silakan. Confirm dah tak nak ulang lagi nanti. Track tu naemah dah survey awal, dia kata: "Kak, rugilah kalau kita sampai, tapi tak naik." okey Dik, kita naik dik. Sekali naik :((((((( nightmare betul, kat atas tak sempat nak tengok permandangan pun, cuma berharap cepatlah habes track ni. Yes we made it, Alhamdulillah percubaan kecergasan dan keberanian lepas. so, not bad lah.
Selesai itu, banyak lagi track yang kami pergi, safari, 4 season, wildlife,fantastic fairylife, magic land, american adventure, ghost house (tak masuk sebab queue panjang) dan lain-lain lagi. Malam itu pula kami menunggu persembahan halloween dan semestinya masa kemuncak iaitu pertunjukan bunga api. Cantik sangat, tapi kisah yang diceritakan tak faham sebab dalam bahasa Korea.
Info surau / prayer room ada di : bersebelahan bangunan "mystery Mansion", berdekatan dengan kerusi label.
Bab makanan pula, kiteorang tak beli apa2 disana. Katanya ada makanan halal iaitu burger udang, tapi kami tak yakin dan tak membelinya. Ade lah bawa sedikit bekalan biskut dan coklat snickers yang boleh mengenyangkan sedikit. Kami pulang dalam jam 10 dan samapi lebih kurang tengah malam, dan rehat untuk hari seterusnya.
Fav person :P TQ bagi idea bawa pergi Korea :P |
The fantasy view |
Hari ketiga adalah hari kami menerokai bandar dan kawasan di sekitar Myeondong dan Namdaemun dengan berjalan kaki. Antara tempat yang kami lawati adalah :
- Istana Gyeongbukgung - Sebuah istana yang menjadi tempat bersejarah yang mempunyai kisah silam di zaman Jepun dahulu. Sungguh istimewa kerana seni bina yang dibina berunsurkan peradaban lampau yang kekal dan tersergam indah. Kawasan ini besar, selesai tawaf dan bergambar kami bergerak ke tempat lain pula.
- Tugu Raja Sejong - Tugu seorang raja yang paling berpengaruh di Korea suatu ketika dahulu dan merupakan tokoh yang memperkenalkan tulisan hangul sebagai tulisan rasmi.
- Kawasan khemah Kapal Sewol -Kawasan yang menumpukan orang ramai untuk memperingati kisah tragis Kapal Sewol yang ditenggelami sesama perjalanan ke Pulau Jeju yang telah melibatkan ratusan pelajar terkorban. Kami diberi penghormatan untuk menandatangani kertas sokongan sebagai tanda berharap agar kerajaan meneruskan pencarian kanak-kanak yang terkorban.
- Korea Tourism Organisation Organism - Hampir tersersat perjalanan kami dek bangunannya yang sedang dalam process pembaikpulihan. Ada seorang gadis Korea menolong kami dan membawa kami ke arah pintu masuk yang sedikit tersorok kebelakang. Disini cukup lengkap, ada prayer room (asing khas untuk lelaki dan perempuan), buku guideline, buku coupun makanan, dan kawasan bilik 3D bersama artis Korea. Of course lah si dia adikku yang paling teruja waktu ni :P
- Vegetarian Restaurant - setelah mendapat buku coupun, kami bergerak mencari kedai makan vegetarian restaurant ini yang dibuka pada jam 4 petang. Setelah menahan satu hari lebih tidak memakan dengan proper. Akhirnya disini kami ditemukan dengan makanan yang enak dan alhamdulillah kenyang. Dengan coupun kami mendapat diskaun sebanyak 10% setiap seorang. Alhamdulillah. Meal satu set/person : 10,000 Won.
- Dal Komm Cafe , Hello Kitty Cafe - tak pergi pun, lalu sahaja. hihi.
- Malam itu kami bersiar di Myeondong Market. Kedai kosmetik yang bersepah di Korea saya kunjungi satu persatu. Bermacam, berjenis, offer kiri kanan, ada murah ada mahal dan paling best syurga bagi kaum wanita. hihi :)
Kami tiba di guesthouse awal daripada malam pertama, dan rehat secukupnya untuk hari esok. Sesungguhnya sejarah mereka aku dapat rasakan sungguh menarik. Masakan tidak sewaktu disitu, aku lihat banyak group budak kecil sekolah rendah yang antara mereka ade seorang pakcik atau makcik tua cuba menerangkan satu persatu bangunan disana. Aku cuba mendekati dan nak mendengar tapi ternyata aku tidak faham walau sedikitpun. Arghhh rugi betul rasa dalam hati tidak dapat memahami sebab saya peminat sejarah! hoho.bersabar sahajalah.
Hari keempat, 19/10/2017
Hari ini kami bergerak ke satu tempat yang sungguh mendamaikan, menenangkan, mengasyikkan iaitu : Pulau Nami.
" Bagaikan siang tiada purnama, Bagai malam tiada cahaya purnama,
Tanpamu tiada erti hidup berdua, Ke akhir masa kau ku cinta.
Bagaikan syurga tanpa bidadari, Kau ibarat hembusan teakhir,
pulanglah sayang usah kau berpaling, Disini ku pasrah menanti. "
Siapa masih ingat bait-bait lagu diatas? Lagu OST winter sonata yang dinyanyi oleh Hazami versi melayu. Cerita legend zaman permulaan cerita korea memasuki industri tanah air. WOW! romantika! hihi. Ada peminat tegar cerita ini? lama dah, 10 tahun lepas tak silap ke lebih lagi.... (okey, kita geng :P)
Seperti biasa usai sarapan pagi, kami bergerak ke Pulau ini yang memakan masa kurang satu jam untuk sampai ke sana. Untuk sampai kesini kami harus menaiki feri yang memakan masa 5 minit je pun. hihi. Pulau Nami sebenarnya kecil je, pulau yang dijaga dan dibina kembali oleh seorang rakyat korea dan di jadikan tempat rekreasi juga tempat kunjungan bagi sesiapa yang ingin beristerihat dan bersantai bersama keluarga.
Jika anda kesini, jangan lepaskan peluang sewa basikal dan round sepuas-puasnya Pulau Nami. Sewa basikal lebih kurang 8000 won/sejam kalau tak silap. Hari itu bagaikan Nami Island aku yang punya. satu pulau aku round dengan daun kekuningan emas-emasan, tasik menghijau, langit membiru, pokok sekeliling menghijau. Ohhh Perfect! Cantik sangat.
Tapi, hahaha pulau biase je. Cantik lah nak stay lama2, pusing2, pergi jalan2, tapi pulau tu biase kecik je , saiznya sedang untuk kita berjalan dan bersiar. Disini lengkap, ada restaurant halal, tempat bersembahyang, mini library, hotel pun ada. Kira macam muslim-friendly.
5pm kami bergerak ke pulang dan bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke area Gangnam. Gangnam kota metropolitan yang tersergam indah, kira macam kawasan orang kaya gitu. meriah macam pavilion gitu. Kami singgah ke SM Entertainment Tower, yang mennyediakan dan menempatkan kawasan menarik bagi sesiapa yang meminati Kpop. Disinilah syurga yang memaparkan gambar dan potret artis kesayangan Kpop.
Sesuatu yang menarik minat tumpuan saya ialah sejarah Kpop yang membuka mata dunia serta menjadi tarikan utama untuk Korea mendapat nama di mata dunia. Tanyakan kepada semua remaja diluar sana, tidak kira bangsa apa pun, pasti ada yang menjadi pilihan dan kegilaan mereka. Sungguh hebat marketing mereka dengan menyediakan barisan artis yang cantik, handsome, tinggi, smart, semua perfect dimata manusia. Namun hakikatnya rakyatnya sebenar realitinya jauh berbeza dengan mereka yang dikomersialkan dalam tv.
Last untuk harini, kami bergerak mencari satu kedai yang terkenal di kawasan Gangnam ini. Hampir berputus asa kami dalam pencarian, namun hari ini buat kesekian kalinya, Naemah menjadi heroin menyelamatkan keadaan dengan menjadi map untuk kami dan akhirnya kami sampai ke Restoren BBQ - Halal. Ya allah, ini first time bib makan daging yang superb sedap dan lembut ni. Pada mulanya kami order hanya 2 set besar, konon nak berjimat cermat dan waiter yang ambil order siap pelik tengok kami order sikit sangat, sampai dia pesan, "korang pasti akan tambah lagi nanti". Dan makan dihidangkan, dannnnn... ya allah betul! sedap sangat sampai kami buat keputusan menambah satu set lagi setelah berjaya memancing kak na untuk belanja . Yeay!!! TQ kak na :)
Malam itu kami kenyang makan daging lembut yang diimport khas dari Australia. Alhamdulillah settle untuk hari ini dan bersambung untuk episod seterusnya pula...
Subhanallah >3 |
Satu Pulau sis round :) |
My fav team! |
Santai dulu di bangku, sebelum meneruskan perjalanan mengelilingi pulau |
Singgah SM entertaiment Tower |
di Yang Good Halal Korean BBQ Restaurant |
Hari Kelima, 20/10/2017
Good morning Korea! Jom pergi Namsan Tower! tapi sebelum tu, nak beritahu hari ini hari yang mencabar. ya dari awal memang kami susun jadual untuk buat aktiviti yang penat, kira macam extra outdoor di penghujung trip. Yes! here we go. Selesai breakfast di lobby guesthouse kami bergerak ke Namsan tower melalui rumah jiran2 sebelah guesthouse. Kebetulan guesthouse yang kami duduk ini adalah laluan utama ke namsan tower.
Masa mula-mula sampai, pagi-pagi mesti nampak makcik n pakcik melalui jalan ini. Sungguh teruja ada yang tua rambut putih , tapi gagahnya melebihi kita orang muda. So, harini giliran kami 5 beranak pula melalui dan menyelusuri jalan yang berbukit dan curam sehingga ke atas tempat cable car. (okey yang ni pun dah mula penat,warm up lah kirenya).
Nak tahu kenapa tempat ini best? Namsan Tower ni terletak atas bukit yang dianggap sebagai "centre of Seoul". Ia menjadi lokasi pengambaraan drama-drama Korea termasuklah drama "Boys over flower" yang heroooonyaaa adalah, Lee Min Ho. sapa kenal? cewahhh baik jujur, jangan buat2 tak kenal pula, hero pujaan ramai gadis melayu kot. hehe. Yang best, kita boleh tengok Seoul daripada permandangan sudut atas - bird eye view. Dan Subhanallah memang cantik, bangunan pencakar langit penuh. Bib ambil satu gambar dan ternyata dari kanan hingga kiri, penuh bangunan yang menjadi mercu kemajuan negara Korea.
Cerita hari ini tak bermula lagi, jom kita mulakan. Setelah jalan ala2 warm up dari guesthouse ke kaki tower, jadi kita harus meneruskan perjalanan hingga ke akhirnya. Pagi itu kami hiking sedikit demi sedikit diselangi beberapa gerombolan pelajar sekolah, pakcik tua, makcik tua, orang muda dengan anjing puppy comel, dan ada yang berbaju kemeja melalui track jalan kaki dan menaiki tangga bersama kami. Oh memang aktiviti fizikal sebegini harus dicontohi warga Malaysia umumnya. Setelah 1 jam 30 minit berjalan dan menaiki anak tangga dengan permandangan musim luruh yang mengasyikkan akhirnya kami sampai juga ke Namsam Tower.
Melalui kawasan padlock kunci cinta yang berapa ribu orang yang pergi pasti akan mengunci cinta tanda kesetiaan dan kasih sayang yang termateri bersama. Ops! i single so nak padlock pun berfikir panjang dengan 3000 won pula harga mangga kat gerai pakcik tu. Next time lah kot :P
Dear "you", if you read this please know that in Namsan Tower there's a lot of people love to lock their names and wishes for eternal life and love. I think to do it so but i left it, because I always love lock you and our hope for eternal love in my Dua, yes wherenever I go. Trust me, it forever n ever in my Dua. #ciaciacia oke dah :P
Kebetulan juga waktu kami pergi ada slot orang tengah shooting record lagu dan kebetulan juga kami pergi ke sana dan ada slot untuk try baju rasmi tradisonal Korea iaitu baju hanbok secara percuma. Kami try dan bergambar, tapi obviously bila bib pakai nampak macam cendawan dengan kembang sekembangnya. hihi.
Tengahari kami bergerak turun tower menuju ke destinasi seterusnya. Penat tapi berbaloi. Sebenarnya disini ada disediakan bus dan cable car untuk sampai kesini. Sudah pasti kepada mereka yang berkeluarga diberi pilihan untuk menaiki cable car atau bus. Kami memilih jalan yang lebih mencabar sedikit daripada biasa. Permandangan cable car sudah pasti lagi menarik dan cantik, bib tak tahu tapi ade seorang ahli group kami yang tahu. Iaitu : Naemah! Dia decide nak naik cable car katanya nak tengok pemandangan, padahal dia penat nak turun sekali dengan kiteorang :P hahahhahahaha.
Destinasi seterusnya kami bergerak ke Namdaemun market. Pasar murah yang menyediakan pelbagai jenis barangan souvenior berkualiti tinggi dan sesuai untuk mereka yang ingin bershopping mencari sesuatu sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. Kami cuma melalui sahaja sebab almaklumlah kena window shopping sahajalah.
Kemudian sebelah petang kami meneruslan perjalanan bergerak ke Itaewon. Bandar yang harus pergi sekiranya ke Korea kerana disinilah tersinar islam dan merupakan tempat berkumpulnya mereka yang mengangkat kalimah syahadah tanpa mengira warna kulit dan bangsa. Subhannallah waktu kami sampai ke Masjid Itaewon waktunya sekitar senja setelah maghrib. Aku lihat ramai sekali orang islam dan disitulah rasanya kebesaran Allah kemanapun kita pergi, bila berjumpa rumah Allah pasti merasai ada cas positif yang datang.
Kawasan ini sungguh popular dengan restaurant makanan halal dan supermarkat halal. Seronok betul malam tu, kami tak sabar nak makan sampai tak tahu nak pilih mana satu kedai. (nampak tak gaya sudah lame tak jumpa restaurant yang halal). Masuk kedai ini, keluar balik, masuk kedai arab lepas tu fikir balik takkan nak makan kebab pulak gi korea. So, akhirnya kami ke Restoren Makan 2. Kami order mee kacang hitam, ayam goreng pedas dan ayam goreng halia. Malam tu kita makan gaya orang Korea yang mee tu macam dalam drama tu, sedapppp weyh, portion banyak, ayam banyak apa lagi memang sodapp! Alhamdulillah. Kakak yang amek order tu, bukan main manis lagi, seorang muslimah Korea dan ayahnya sedang memasak di dapur. Waktu kami nak pulang, ayahnya keluar dan berborak sedikit dengan kami siap tunjuk gambar kat handphone dia seorang artis Malaysia buat pengambaraan kat kedai Makan 1 dia. Rupanya Abang Naz, Jalan-jalan cari makan! so cute ahjussshii :)
Alhamdulillah kami pulang dengan 2 perasaan . satu : Kenyang, gembira, seronok untuk hari ini. dan kedua : esok hari kepulangan kami, sobs. Kami pulang ke guesthouse dengan langkahan yang pilu dan perasaan yang "alaaahhhhh esok dah balik....." haha tapi memang nak balik pun, duduk sini takleh lame2, MAHAL. kene spent duit betul2... hihi.
JOm mulakan pendakian. |
Kota Metropolitan Seoul, permandangan dari atas. |
Mee kacang hitam - sedap! |
Masjid Itaewon |
Hari keenam 21/11/2017
Kami santai-santai amek angin dulu pagi tu di sekitar guesthouse. Bye Korea. Pukul 10 kami bergerak ke airport untuk flight kami pada jam 4 petang. Alhamdulillah selamat sampai di malaysia pada jam 10 Malam.
Sejujurnya Korea pasti dirindui, sebulan berlalu dan kenangan disana masih terasa indahnya. Untuk mereka yang ingin dan bercadang bercuti kesana jangan lepaskan peluang anda. Seronok untuk pergi ke negara orang, lagi banyak kita pergi, lagi banyak kita belajar sesuatu. Belajar tentang menyusun waktu, belajar menerima keadaan sekeliling, belajar dan melihat peradaban mereka, belajar memberi peluang kepada diri dalam menentukan perjalanan. Kali ini destinasi yang dituju ke Korea, negara yang majorotinya bukan Islam. Sudah tentu susah sekali untuk mencari makanan halal, nak adapt dengan orang sekeliling dan sebagainya. Yang penting yang baik kita ambil, yang buruk dijadikan tauladan.
Sekian, Terima kasih . Anneyoung ^-^
random pic 1- view daripada tingkap bilik. |
random pic 2 - happy me! happy you |
random pic 3 - berbaju Hanbok di Namsan Tower |
ramdom pic 4 - inilah breakfast kami 6 hari. roti/telur/maggi (kadang2). |
Video Korea trip 2017