Friday, November 17, 2017

poligami kena pergi mahkamah


Santai2 sekali sekala. Pagi tadi Bib pergi teman seorang ahli keluarga ke Mahkamah Syariah. Tersebutlah alkisah kes yang disebut sebelum itu adalah Tuntutan Poligami. gulp! Terus bib pay attention sebab macam rasa nak dengar.
Si penuntut (plaintiff) pun selesai baca nama dan ic dan sedikit info segala bagai, kemudian tiba masa soal jawab dan terjadilah adegen :
Yang Arif: awak mari dengan siapa?
Plaintiff: bersama bakal isteri , dan 2 saksi.
Yang Arif: jadinya apa reaksi Isteri pertama?
Plaintiff: saya beritahu doh, MAROHHH lah dia.
.........
Dan saya dibelakang, ketawaaaa terbahak2 ðŸ¤£ðŸ¤£ðŸ¤£... hihihi.Kelakar melihat situasi yang ada di depan mata. Antara realiti dan sensitiviti kaum lelaki dalam mendepani isu ini. Semestinya pihak lelaki dalam keadaan teruju dengan bukti yang jelas pada akhirnya pakcik itu tersenyum lebar kerana permohonan dia diterima... ðŸ˜¶ oke pakcik okeyyyy #tamatcerita.

KEINGINAN DAN KEMAMPUAN 

So, anyone nak poligami kene pergi ke mahkamah, rujuk pada hakim. setelah mendapat kebenaran baru boleh pergi ke step yang seterusnya. Bagi saya ini ilmu dan etika dalam menilai seseorang itu mampu atau tidak untuk berhadapan dengan situasi yang akan datang. Umumnya dapat dilihat keinginan dan kemampuan itu bukan berada di taraf yang sama. 2 aspek utama ini perlu dititikberatkan dalam isu poligami. Bak kata pepatah melayu, nilai periuk nasi sendiri. 

Keinginan yang tinggi mendorang seseorang untuk melakukan sesuatu sehingga usaha daya yang mungkin untuk merealisasikan apa yang diingini. Kajian menunjukkan semakin tinggi keinginan seseorang, semakin besar daya usaha. Daya usaha mendorong setiap apa yang dingini itu akhirnya berjaya. Dalam situasi poligami, keinginan mestilah seiring dengan ilmu pengetahuan yang luas. 

Mempunyai kuasa dan memberi perhatian penuh dalam memahami setiap risiko termasuk emosi diri sendiri serta kemampuan. Kemampuan yang  diertikan dalam menyelesaikan masalah kewangan terutamanya. Rata-rata sekiranya bijak mengendali isu kewangan mendapat green light yang mudah. Jadi, ukurlah baju dibadan sendiri. 

Akhir sekali, isu hangat isu sensitif ini tidak pernah hilang menghantui kaum wanita. sejujurnya saya mempunyai ahli keluarga yang berhadapan dengan situasi ini. keterbukaan dan penerimaan. Selebihnya matang dalam menghadapi segalanya sebab semua ada pendapat, pengalaman, isi hati, jalan cerita yang unik yang tersendiri. 

No comments:

Post a Comment