Friday, July 29, 2011

upin cakap kat ipin > nak puasa sudaaaa...

niat puasa
versi upin ipin, adik saya said yang amat gemar kartunis ini.
said nak puasa jugak lah tahun ni, nanti dapat duit raya penuh!:)
-janji anak kecil yang mahu berjinak dengan kebaikan-

"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana telah diwajibkan ke atas mereka (orang-orang) sebelum kamu agar kamu beroleh taqwa" (alBaqarah: 183)

"Telah datang kepada kamu bulan yang diberkati Allah. 
Telah difardhukan ke atas kamu berpuasa. Dalam bulan ini dibuka pintu-pintu
SYURGA, dan ditutup pintu-pintu NERAKA, dan SYAITAN-SYAITAN
dibelenggu. Dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripadaSERIBU BULAN
sesiapa yang diharamkan KEBAIKAN ke atasnya (dalam bulan ini), 
maka sesungguhnya dia tidak akan mendapat apa-apa kebaikan (di bulan lain)." 
(hadis riwayat imam Ahmad, an-Nasai'e dan al-Baihaqi)

berbilang hari sahaja ramadhan akan menyinggah dalam hidup ini.
Sebulan yang dihadiahkan Allah, saum yang ertinya panas akan menjelang.
Menguji hambanya akan kesanggupan menahan lapar dan dahaga serta dari perkara2 yang terlarang.

2 hari yang lalu, saya mendapat massage:
assalamualaikum.... alfatihah buat POK DE yg telh pergi menghadapi ilahi sebentar xd... sama2lh berdoa moga2 rohnye dicucuri rahmat dan ditempatkan bersma org2 yg soleh.... sebarkn pada seme shbt n shbh... beliau tidak dapat rasakan ramadhan kali ini, moga Allah meredhainya! Allahumma baligna ramadhan!
terkedu! terkejut! Innalillah.... dari aLlah kita datang dan kepadanya kita kembali.
Pok de adalh tukang sapu di sek men saya dulu. tiada yang menduga kematian itu...maka beramallah.


Apabila tiba Ramadhan, bait yang selalu saya dengar ialah...
Anggaplah ramadhan kita tahun ini, seolah2 ramadhan yang TERAKHIR kita!
makanya, baru aku mengerti erti bait tersebut..:)
perlu siap2 nak pergi KL dulu... rindu sama umi ah, tok ki n tok....
*رمضان الكريم*

1 comment: