Maka sia2 lah nikmat itu, tanpa kita syukuri. analoginya umpama kita ini kedekut sangat untuk mengucap terima kasih sesudah mendapat hadiah dari kawan kita. Mungkin kita tidak sedar dengan nikmat yang berikan , oleh itu, marilah kita mensyukuri setiap yang ada pada diri kita.
tak ada manusia yang terlahir sempurna. maka janganlah kita sesali dengan apa yang terjadi. harus syukuri dengan nikmat yang diberi. Ingatlah,Allah pasti menunjukkan kekuasaan bagi hambanya yang terus sabar dan tidak pernah putus asa untuk mengharap rahmat. Syukurlah dengan apa yang ada :)
Begitulah kita manusia, nikmat sehat seringkali kita tidak syukuri. Lantas pabila diuji mula melatah dan baru mula meraba mencari Allah. Saat itu baru mula mendekatkan diri dengan tuhan. Namun sesuatu yang harus kita sedari bahawa,Kita manusia semua hidup diatas kuasaan Allah. Tiada yang tahu kunci kelakuan di masa hadapan . Sungguh kadang diri ini juga mudah melupakan-mu. Ya Allah, aku mohon keampunan dari mu, maka thabitlah aku walau dimana sekalipun keberadaanku.
Saat ini, aku teringatkan datuk saudara saya yang periang orangnya. panggillan manja Daddy masih terngiang2 dan rindu untuk saya lafazkan. Namun ia hanya sekadar impian yang tiada tahu pengakhiran nya. ini kerana beliau jauh sekali dari diri ini. jauh kerana terikat dengan mesin gergasi yang membelit hidupnya. Sungguh! tiada siapa yang menginginkan keadaan sebegitu. Namun, saat ini, beliau diuji, nikmat sehat ditarik sementara dan terpaksa bertahan dengan alat pernafasan di hosp London. Sedar atau tidak sudah hampir 2 minggu daddy terlantar selepas menguruskan hal kerja disana. Penyakit jantung yang tiba2 menyerang dirinya, terpaksa dihadapinya dinegara orang sana.
Seusai tadi, mak saudara saya pulang dr lOndon terus ke sini setelah seminggu disana menziarahi daddy. umi ah menceritakan keadaan daddy yang amat kritikal. sunnguh perit mendengar penderitaan yang ditanggung daddy. Saat saya melihat gambar serta video umi ah disana, aku sebak! teringat pelukan erat dari beliau. sungguh aku tak tahan,rindu serta lemah bila melihat raut wajah yang menahan sakit itu.
Daddy, bertahan ye kat sana. daddy kene kuAT! cepat2 sehat! cepat2 sembuh, cepat2 pulang ke malaysia ya.bibah rindu nak peluk dengan daddy! rindu nak bergurau senda!!! kalau sekali jumpa mesti daddy nak cium semua anak & cucu saudara nya. Kami sentiasa menunggu mu. :D
Itu benarlah bertetapan dengan sabda nabi : rebutlah kamu 5 perkara sebelum datang 5 perkara ini, muda sebelum tua, sehat sebelum sakit, lapang sebelum sempit, kaya sebelum miskin, hidup sebelum mati . maka marilah kita syukuri nikmat sehat yang masih dipinjamkan buat kita ini. Jangan disangka orang yang tua sahaja akan sakit, malah sesuatu yang kita kene akui, sakit itu boleh terjadi pada bila2 masa sahaja tanpa mengira umur. Lantas itu bersiaplah kita untuk hadapi sebarang kemungkinan. persiapan dari segi mental mahupun fizikal. Moga saat berbaki umur, Allah masih tetapkan hati kita diatas jalannya. ameen...
my daddy wich always lucky. :)-tg ismail tg su
Bersabar dan terus berdoa agar saat ini kau bisa kuat menahan ujian...
juga menjadi hamba yang terus tabah...
bib sleeha
2:10 am
vista milenary kondo,puchong, SA
sungguh nikmat kesihatan itu tidak ternilai harganya...
ReplyDeletesalam..akak tengah mengingat tp xteringat la..kta penah jmpa ek? tolong ingatkan.. :D syukur atas nikmat kesihatan yg baik ini.. :)
ReplyDeletesetuju :)
ReplyDeletenikmat kesihatan tu amat berharga kan? ^_^
dan semoga kita sentiasa bersyukur apabila diberi nikmat yang tak ternilai ini.
insyaAllah ^_^
salim - thnxx stuju! tiada nilai taranya,,,:)
ReplyDeleteharus dihargai serta dijaga...
k gee - the ones yang link ngan akak kot fb..hehe....thinking..^^
salsabila - heee...tersenyun:0)