Friday, March 18, 2011

t.s.u.n.a.m.i.

"adikk...tsunami ni....tgk ni",mama saya memanggil adikku yang exited dr tadi nak tgk kejadian tsunami kat channel CNN,yang berlaku di jEpun seminggu lepas.
"mama,kenapa air tu diyer kejar2 terus musnah rumah??kesian nyer kerete ni..." saya hanya mendengar tatkala khusyuknya adikku said, menilai sendiri dari kaca mata kanak2 yang baru berumur 6 tahun... 
said bertanya lagi,
"kalau banjir tu dtg kat kiter,aid nak duduk kat maner??", itulah sOalan anak kecil sedang berfikir dan terus berfikir.apalah sangat  anak kecil yang suci dari dOsa nak dibandingkan dengan diri ini yang keliling dengan dOsa....astaghfirullah.

Allah maha mengetahui segalanya dan aLLah maha menyusun tiap sesuatu.Ada yang kata ni bencana alam,bala,azab  dan ada juga yang kata bumi dah tua dah ni,tak larat dah nak ikut putaran yang hakiki. saya berpendapat,ada benarnya kalau nak dikatakan semua itu,namun saya  berpandangan bahawa kejadian tsunami ini merupakan satu peringatan besar buat kita semua. Fanzuru! maka lihatlah! kekuasaan Allah melebihi kekuasaan makhluknya di bumi ini.Tiada yang dapat tandingi.




‎"Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)". 17:58



Segenap,aku melihat fOto2 juga vIdeo2 tsunami itu. Bagaimanalah saat2 kiamat nanti??...piker sumer cepat!=========teeetttttt...da piker blOm??...????..haa'ah kan??mcm mana laaaaa..ni baru sikit Allah tunjuk kekuasaanNya,tak dapat nak bayang bukan sekiranya gunung-ganang dan bumi diterbalikkan,langit terbelah serta ditiupkan pula sangkakala.mungkin juga bOleh digambarkan seperti bumi ni kOtak,then ader orang goncang2kan....macam mane la isi dalamnya??..boleh selamat ke tidak???semua itu kekuasaannya,sebab itu la dari sekarang kena buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarangnya.*peringtan khusus!buat diri ini....engat2!*

pernah 2 tahun dahulu,berbicara dengan ayahandaku tercinta. sOalanya begini,biler ye kiamat???cuba teka??..-
saya pun fikir2...bagi la pendapat,"walid,kan ader orang kater kiamat tu 2012...yang macam dalam filem 2012 tu....macam mane??"tanyaku kembali.dengan tenang walidku menjawab dengan jawapan begini...
pernah,Rasulullah ditanya nabi bila waktu kiamat dan si fulan ini berkata,mesty rasulullah tahu bukan biler tarikhnya?...namun,rasul hanya diam...tidak comment aper2 kerna  kiamat itu urusan Allah SWT...jadinya,walid saya berpesan,kita sebagai hamba,manusia biasa tidak layak nak determine the tIme of kiamat...yang penting kita terus-terusan siapkan amalan kita untuk hadapkan kepada illahi.dan ia adalah satu kepastian yang akan berlaku.!


Firman Allah didalam surah Muhammad ayat 18 yang bermaksud :

“Maka apa lagi yang mereka tunggu-tunggu selain hari kiamat yang akan datang kepada mereka secara tiba-tiba , kerana tanda-tandanya sungguh telah datang . Maka apa gunanya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila
 ( hari kiamat ) itu sudah datang ?”

Maka duhai hati,bukankah banyak sudah tanda2 yang menandakan kiamat itu sudah hampir.bersiplah!bersedialah!
Benar kan tsunami itu peringatan buat kita?peringatan akan dekatnya kita dengan kiamat itu,dan peringatan untuk kita terus siap dengan amal2 perbuatan seharian yang disandarkan niat beribadah padanya...
InsYallah.moga hati2 kita terus tingkat untuk gO on the life as menjadi seorang hamba yang beriman dan bertaqwa.



No comments:

Post a Comment