"Dan janganlah kamu bersedih hati,
sedangkan kamulah orang yang tinggi darjatnya,
sekiranya kamu orang-orang yang beriman"
(Ali-Imran : 139)
Orang yang punya perasan pasti pernah merasakan sedih, tidak kira diman juapun.
Ada yang sedih kerana keseorangan,punya masalah peribadi sendiri,anak kecil menangis kerana kelaparan,
ada juga yang menangis kerana diusik,dicerca,dihina,dimarahi. Kesedihan hati yang diiringi oleh air mata.
Namun ada juga yang turut bisa mengalirkan air mata kerana kegembiraan.
Subhanallah! hebat benar susunan Allah ini.
Begitupun,orang yang bersedih perlu mengawal kesedihan,agar tidak melampaui,
sehingga berlaku sesuatu di luar jangkaan.
Aku suka untuk bersedih,namun aku perlu akur,kadang diri ini.sukar untuk merasakan
perasaan sebegitu. jadi ingatlah janganlahh terlalu sedih sehinggakan melakukan sesuatu yang diluar syarak.
kerna kita orang beriman,jadi Orang beriman punyai garisan yang harus dipatuhi.
No comments:
Post a Comment