TIPS POSTAGE UNTUK YANG BARU NAK UP BISNES SECARA PART TIME.
Pergi ke post laju adalah rutin semenjak jual lanyard secara online di ig love.shopper. Saya bermula bisnes ni ketika tahun 2016.
Tercetusnya untuk buat ig khusus bisnes, ketika itu fokus jual handbag pelbagai jenis antaranya cath kidston, longchamp, coach, micheal kors dan kate spade. Mulanya dulu dengan dropship sahaja, sampailah kadang- kadang ambil stok sendiri dan post sendiri.
Kunci jualan di ig bagi saya adalah hashtag. Ianya sangat membantu. Semakin banyak hashtag, semakin mudah orang nak cari sesuatu barang. Semakin banyak orang cari dan jumpe, semakin popular post tersebut.
Ohhh saya nak cerita tips untuk post sebenarnya; sebabnya saban hari menjadi rutin untuk ke pejabat pos, pos laju, jnt, dhl, abx dll. Antara tips jimat postage:
1. Untuk penjimatan yang lebih, tang free postage boleh jual di shopee. Seller kene bijak ambil peluang coupon free postage. So both customer dan seller dapat penjimatan untuk postage.
2. Lebih baik tidak ke kaunter dan serah bulat bulat barang yang hendak di post(dulu saya pun macam tu) tapi semenjak dah tahu tektik
jimat ni dah tak buat macam tu. Caranya daftar online di third party handler, contoh easyparcel, my parcel Asia, send parcel , ninjavan atau lain-lain. Pilih pakej yang sesuai dengan bajet.
Dah daftar boleh terus masukkan details penjual dan penerima, kemudian just drop off parcel bungkusan kita. HARGA? Semestinya lagi murah, range rm5- rm6.90 untuk semenanjung , rm10-rm11 untuk sabah serawak (harga depands tempat).
3. Plastik bungkusan nak dapat mana? Ya betul mahal kalau beli direct di pejabat pos laju. Untuk penjimatan boleh beli di Ig yang jual secara pakej. Search sahaja di shopee atau ig: pelastik bungkusan. Boleh pilih saiz yang sesuai dengan barang yang kita jual.
4. Selamat menjual. Musim kegawatan ekonomi kene keluar dari zone selesa. Semua tengah struggle untuk stabilkan ekonomi sendiri malah diperingkat negara pun tengah struggle nak pulihkan ekonomi di musim covid ini. So kita yang kecil kecillan ni apatah lagi. Tapi jangan risau, selagi usaha kita kuat, rajin kita tinggi, kita pasti boleh.
#sharingiscaring 😉
No comments:
Post a Comment