kertas kajian ketika penulis mengambil Master Islamic Finance di UNISZA
pada tahun 206/2017
PENYELIDIKAN BERTERASKAN ISLAM : SUATU PILIHAN
Habibah Solehah Ramli
MMA16 SL1838
Universiti Sultan Zainal Abidin
Terengganu
ABSTRAK
Kertas Kerja ini mempunyai tiga objektif utama. Pertama, meneliti
kajian-kajian lepas berkaitan definasi dan falsafah penyelidikan berteraskan
Islam. Kedua, penelitian keperluan kaedah penyelidikan berteraskan Islam dengan
mengupas tiga elemen utama iaitu dari sudut tasawur iaitu acuannya, sudut
epistimologi iaitu ilmunya dan sudut ontologi iaitu sifatnya. Ketiga, meneliti kedudukan penyelidikan
berteraskan Islam. Kajian seperti ini menjadi tumpuan kerana masih terhad dan
mencabar kerana berhadapan dengan kaedah penyelidikan lazim yang sudah lama
kewujudannya. Namun usaha yang maksimum daripada para sarjana masih tidak putus
untuk memartabatkan penyelidikan pendidikan berteraskan Islam ini agar ia lebih
diperkembangluaskan serta dapat digunapakai untuk kajian masa hadapan.
Persoalannya, apakah kaedah penyelidikan lazim ini sesuai untuk
dipakai ke atas penyelidikan yang berteraskan Islam ataupun penyelidikan dalam
bidang pengajian Islam? Kertas kerja ini akan cuba menjawab persoalan yang
diketengah dengan menumpukan tiga elemen tersebut.
Kata kunci : Tasawur, Epistemologi, Ontologi, kaedah penyelidikan
1.
Pendahuluan
1.1 Latar Belakang
Ilmu dan penyelidikan berkembang pesat dalam era ketamadunan masa
kini. Lambakan penyelidikan menjadi suatu gerakan yang positif dengan
kepelbagaian idea dan penemuan yang menyerlahkan budaya keilmuan tersebut. Berhadapan
dengan perkembangan positif ini, seseorang pengkaji sama ada yang terlibat di
dalam institusi pengajian tinggi dan pekerjaan tidak boleh leka dan mengambil
sikap bersahaja dalam memperkasakan sektor asas metodologi mengikut asas
penyelidikan Islam. Hal ini penting bagi melahirkan golongan ilmuan dan sarjana
yang boleh membangun dan mengembangkan sesuatu disiplin keilmuan yang akan
menjadi tauladan dan rujukan untuk sarjana yang lain.
1.2 Pernyataan Masalah
Namun perkembangan dalam kalangan sarjana masih meluas mengikut
kaedah metodologi konvensional atau dikenali sebagai Kaedah Penyelidikan Lazim
(KPL) yang menekankan ciri konvensional seperti etnosentrik barat, kajian
saintifik, fakta yang dapat dilihat dan dibuktikan, bersifat rasional, memenuhi
objektiviti dan mempunyai nilai percuma iaitu kebebasan. Hal ini bercanggah
dengan Kaedah Penyelidikan Berteraskan Islam (KPI) yang berasaskan Islam,
mengikut ilmu Daruri dan Nazari serta dibuktikan dengan dalil Aqli dan Naqli. Beberapa
usaha memartabatkan penyelidikan berteraskan Islam telah diketengahkan oleh
beberapa sarjana tetapi terhad dan
kesedarannya masih dalam skala rendah. Usaha kajian ini cenderung untuk
mendapatkan definisi, falsafah, keperluan dan kedudukan kajian penyelidikan
Islam agar Sarjana muslim lain boleh memaksimumkan kaedah ini sebagai asas
untuk penyelidikan dalam kepelbagaian sektor lain.
2.
Kajian Lepas dan Sorotan Kajian
2.1 : Definisi dan
Falsafah
Kaedah Penyelidikan Berteraskan Islam (KPI) tercetus daripada
kewujudan pembangunan berteraskan Islam (PBI) yang dipelopori oleh Muhammad
Syukri Salleh. Antara pelopor KPI adalah Muhammad Syukri Salleh (2001),
Muhammad Mumtaz Ali (1995), Louay Safi (1998), dan Irfan Ahmad Khan (1995).
Louay Safi (1998) telah cuba membentuk satu kaedah penyelidikan bersepadu yang
menggabungkan kaedah penyelidikan tradisional dengan kaedah penyelidikan moden.
Irfan Ahmad Khan (1995) pula telah cuba memberi definisi kepada kaedah penyelidikan
berteraskan Islam tersebut. Selain itu, terdapat pelbagai kaedah penyelidikan berteraskan
Islam tetapi lebih berfokus kepada ekonomi semata (Muhammad Nejatullah Siddiqi,
2005; Khurshid Ahmad 2005). Oleh itu, kaedah penyelidikan berteraskan Islam
yang lebih menyeluruh dalam pelbagai bidang perlu dibangunkan.
Falsafah penyelidikan Islam
yang dimaksudkan ialah penyelidikan yang
berasaskan kepada teori ilmu atau epistemologi Islam dan juga tasawur Islam.
Antara cendekiawan Muslim kontemporari yang membincangkan secara umum aspek falsafah
penyelidikan Islam ini ialah Ismail al-Faruqi, Syed Muhammad Naquib al-Attas,
Osman Bakar, Muhammad Mumtaz Ali, Louay Safi, Rosnani Hashim dan Muhammad
Syukri Salleh. (Mohd Syahmir Alias,2015).
Asas kepada penyelidikan berterasakan Islam adalah berdasarkan
surah Al-Alaq ayat 1-5 yang mempunyai intipati akan kepentingan manusia untuk
membaca. Membaca yang menjadi medium utama proses pembelajaran dan pengajaran tentang
apa yang tidak diketahui. Pentingnya dalam apa jua penyelidikan yang dilakukan
hendaklah dimulakan dengan niat dan tujuan yang jelas iaitu kerana Allal dan
menjadikan redha Allah sebagai matlamat.
Antara elemen penting dalam Kaedah Penyelidikan Berteraskan Islam
(KPI) adalah penelitian ke atas tiga elemen iaitu elemen tasawur, epistemologi
dan ontologi yang mana ia memberikan rangka kajian yang selari dengan Islam itu
sendiri. Sebagai contoh, elemen tasawur mengemukakan rumusan tentang acuan
sekali gus memberi falsafah yang mencorakkan sesuatu perkaedahan penyelidikan
itu. Elemen epistimologi pula menentukan sumber-sumber bagi pembentukan
perkaedahan penyelidikan tersebut. Manakala elemen ontologi pula mengemukakan
analisis berhubung sifat-sifat dalam perkaedahan penyelidikan tersebut.(
Muhammad Syukri Salleh, 2004 dan Sirajuddin Zar, 2004)
2.2 : Keperluan Kaedah Penyelidikan
Berteraskan Islam
Usaha mengembalikan kegemilangan kaedah penyelidikan Islam ini
bermula sejak tahun 1950-an lagi. Penyusunan semula kaedah penyelidikan
berteraskan Islam ini boleh dianggap masih pada peringkat permulaan. Namun
begitu, sehingga hari ini masih belum wujud kajian yang lengkap dalam merumus
dan menyusun kembali kaedah penyelidikan berteraskan Islam ini (Muhammad Syukri
Salleh, 2008).
Pembinaan dan penyusunan semula kaedah penyelidikan berteraskan
Islam untuk digunakan dalam kajian-kajian terutama penyelidikan berkaitan Islam
adalah satu keperluan. Penyusuan semula ini membuktikan kesempurnaan Islam yang
mempunyai sistem yang tersendiri hasil pemikiran para sarjana Islam silam.
Menurut Rahimin Affandi (2002), kaedah penyelidikan berteraskan Islam perlu disediakan
kerana kaedah penyelidikan Islam ini bersesuaian dengan fitrah dan sifat sistem
fiqh Islam yang berbentuk skeptis dan zanni (spekulatif). Kaedah penyelidikan
Islam perlu dibangunkan oleh pengkaji melalui penyelidikan mengikut zaman dan
generasi.
2.2.1
TASAWUR
DALAM PERKAEDAHAN PENYELIDIKAN
Perkataan tasawur berasal daripada bahasa Arab. Ia diterbitkan
daripada perkataan dasar sawwara yang bermaksud gambaran terhadap
sesuatu (Haron Din1992). Secara lebih terperinci, tasawur Islam diertikan
sebagai gambaran sebenar dan hakiki tentang Islam yang bertujuan memperjelaskan
secara keseluruhan prinsip-prinsip asas Islam secara sebenar dan menyeluruh
sehingga ia sebati didalam diri seseorang setelah ia memahami (Haron Din,1992 ;
Ramli Awang, 2002; Muhammad Syukri Salleh, 2003). Tasawur juga didefinasikan
sebagai pengertian komprehensif mengenai alam semesta dan hubungan manusia
dengannya dari perspektif Islam dan pengertian tersebut seterusnya menjadi asas
kepada pandangan hidup seseorang.
Menurut (Haron Din,1992) pokok tasawur Islam ialah Islam sebagai
agama rabbani yang bermaksud ianya kepunyaan mutlak Allah. Lantaran itu, umat
islam diwajibkan menerima dan mengamalkan Islam sepertima yang dikehendaki dan
ditetapkan oleh Allah. (Ramli Awang,2002) pula menyimpulkan tiga perkara pokok
utama iaitu pertama, Allah sebagai Pencipta ; kedua, manusia sebagai makhluk;
dan ketiga, alam semesta juga sebagai mahluk. Selain (Muhammad Syukri Salleh,
Khurshid Ahmad ,Aidit Ghazali,1990; Md Zaki Abd Manan,2004) juga telah
mengemukakan asas yang selari dengan ketiga-tiga pokok iaitu tauhid,
rububiyyah, khilafah, tazkiyyat dan al-falah .
Secara konsepnya, asas pandangan Kaedah Penyelidikan Lazim (KPL)
bertentangan dengan ketiga-tiga pokok tasawur Islam ini. Tumpuan sepenuhnya
berfokus kepada keupayaan ekonomi seperti bermatlamat dam memaksimumkan
pengeluaran dan memaksimumkan penggunaan serta penguasaan politik(Carroll,1997).
Selain itu fungsi manusia didalam pandangan (KPL) juga bercanggah dengan pokok
tasawur yang kedua iaitu manusia sebagai makluk Allah dimana manusia dianggap
sebagai makhluk ekonomi yang fungsinya hanyalah untuk mengeluar dan mengguna
semata-mata (Hagen,1958&1962). Sedangkan dalam tasawur Islam, manusia
sebagai makhluk Allah yang dipertanggungjawabkan sebaga hamba dan khalifah
Allah.
Ringkasnya, tasawur kaedah (PKL) dibentuk dalam acuan sains yang
menjadikan aspek material dan lahiriah sebagai tumpuan dan matlamat mutlak . Ia tuntasnya, tidak selari bahkan
bercanggahan dengan tiga asas tasawur Islam iaitu Allah sebagai pencipta,
manusia sebagai makhluk dan sumber alam sebagai juga sebagai makhluk.
Kesimpulannya, dari sudut tasawur, kaedah (PKL) tidak sesuai untuk dipakai ke
atas penyelidikan berteraskan Islam atau penyelidikan dalam bidang pengajian
Islam.
2.2.2
EPISTEMOLOGI
DALAM PERKAEDAHAN PENYELIDIKAN
Epistemologi didefinasikan sebagai teori tentang ilmmu pengetahuan.
Ia merangkumi elemen-elemen perjalanan ilmu dan hubungan ilmu dengan kebenaran,
sebab-sebab ilmu diperoleh, perubahan yang berlaku dan hubungan ilmu dengan
pengalaman manusia (Blackburn,1996 dan Amini Amir Abdullah,1997). Secara
mudahnya, epistimologi merupakan bidang yang membahaskan dengan terperinci
setiap proses yang terlibat di dalam usaha memperoleh ilmu pengetahuan (Jujun
Suriasumantri,1990 dan Khairusy Syakirin,2003).
Konsep ilmu pengetahuan menurut perspektif Islam adalah jauh
berbeza berbanding konsep ilmu pengetahuan dalam kefahaman lazim. Menurut
kefahaman lazim, ilmu pengetahuan diertikan sebagai tanggapan sebenar atau
kepercayaan tentang sesuatu setelah ia dijustifikasikan yang merujuk kepada
perincian tertentu mengikut pemikiran lazim yang berlainan (Blackburn,1996) .
Empat contoh aliran utama iaitu ; aliran rasionalisme yang
bermaksud pemikiran rasional yakni kaedah dan proses analisis berasaskan logik
akal semata-mata dengan kata lain menolak sebarang bentuk ilmu pengetahuan
(Honar & Hunt, 1990 dan Ghazali Basri, 1990) yang dianggap tidak logik termasuklah
ilmu pengetahuan tentang agama (Louay Safi, 1998 dan Abdul Rahman Haji
Abdullah,2000). Kemudian aliran empirisisme yang meletakkan pengamatan
pancaindera dan pengalaman sebagai sarana mutlak untuk memperoleh ilmu
pengetahuan (Honar & Hunt, 1990 dan Ghazali Basri, 1990) yang secara tidak
langsung ianya meyakini ilmu pengetahuan yang diperolehi setelah dibuktikan melalui
pancaindera atau menerusi pengalaman manusia. (Muhammad Mumtaz Ali,1994 dan
Louay Safi,1998). Seterusnya aliran idealisme dan aliran saintifik yang
menggunakan kaedah analisis rasional dan empirikal diambil kira di dalam
mencapai ilmu pengetahuan. Di samping itu, ia juga mengamalkan prinsip
objektiviti iaitu sikap bebas nilai sebagai asas di dalam membbuat pertimbangan
dan menganalisis sesuatu (Abdul Rahman Haji Abdullah,2005).
Ringkasnya, ilmu pengetahuan menurut kafahaman lazim terhad kepada
apa yang diamati daripada pancaindera, ditempuhi oleh pengalaman dan ditanggapi
oleh akal fikiran semata. Ia jelas membezakan antara kefaham lazim dan kefahaman
konsep ilmu Islam yang bermaksud ilmu pengetahuan tidak terbatas kepada
perkara-perkara yang ditanggapi oleh pancaindera semata-mata mahupun yang
termampu dicapai oleh akal rasional sahaja, bahkan dapat dicapai menerusi
persepsi (deria), kebijaksanaan yang tepat dan perkhabaran maklumat tradisi
dalam golongan amanah (Syed Muhammad Darwish,1993).
Pandangan ini didukung oleh Imam Al-Ghazali yang memperincikan
maklumat tradisi sebagai ilmu pengetahuan yang bersifat ilmu wahyu dan ilmu
laduni. Ilmu wahyu yang dimaksudakan ialah fiman Allah SWT di dalam kitab
Al-Quran dan Sunnat Nabi Muhammad SAW yang keduanya merupakan ilmu paling
mutlak. Ilmu ladunni pula merupakan cara penerimaan ilmu yang unik dimana ia
merupakan anugerah Allah secara langsung kepada individu-individu terpilih
kerana keistimewaannya di sisi Allah (Amini Amir Abdullah,1997 dan Ezad Azraai
Jamsari,2004).
Namun begitu, Islam tidak menolak pancaindera dan akal sebagai ilmu
pengetahuan kerana keduanya mempunyai batasan-batasan metodologi dan nilai yang
tersendiri. Oleh yang demikian, sumber-sumber ilmu yang diiktiraf di dalam
Islam selain pancaindera dan akal ialah wahyu, ilham dan intuisi. (Wan Mohd Nor
Wan Daud,1994 dan Muhammad Syukri Salleh 2002).
Dari segi hierarki 4 peringkat sumber ilmu dalam kefahaman konsep
ilmu Islam iaitu : Wahyu yang mmerupakan sumber ilmu asas utama, kemudian Ilham
yang murupakan ilmu yang ditanggapi oleh hati yakni elemen dalaman manusia yang
bersih dan berada di luar daripada lingkungan kawalan akal seperti
firasat(physiognomy), kasyaf (uncovering), karamat (act of devine grace) dan
ilmu laduuni. Sumber ilmu ketiga pula ialah intuisi yang berkait rapat dengan
intelektual yang disamaertikan dengan akal aktif seseoarang dengan erti kata
lain boleh dilakukan melalui deria batin atau rohaniah. (Al-Ghazali dan Ramli
Awang,2003). Seterusnya sumber keempat ialah akal dan kelima ialah pancaindera.
Ringkasnya Islam menitikberatkan ilmu – ilmu daruri iaitu hasil
pemikiran manusia dan hal yang ditanggapi oleh pancaindera serta ilmu nazari
iaitu ilmu wahyu dan ilham yang merupakan ilmu tahap tinggi. Kesepaduan ilmu
daruri dan nazari inilah yang membentuk epistimologi dan kaedah yang betul
berteraskan Islam.
Kesimpulannya, oleh kerana penyelidikan lazim berdasarkan
sepenuhnya kepada sumber ilmu yang bersifat terhad iaitu ilmu daruri dan dalil
aqli semata-mata tanpa menyepadukan dengan ilmu nazari dan dalil naqli seperti
Al-Quran, Hadis, Ijmak Ulamak dan Qiyas, maka dari aspek epistimologinya adalah
tidak sesuai untuk dipakai dengan penyelidikan berteraskan Islam (Fadzila Azni,
2008).
2.2.3
ONTOLOGI
DALAM PERKAEDAHAN PENYELIDIKAN
Ontologi bermaksud pengajian berhubung kewujudan atau kejadian
sesuatu (Sinha,1991 dan Blackburn,1996). Ia juga dirujuk sebagai kajian mengenai
hakikat tentang sesuatu. Dalam kefaham penyelidikan lazim, ontologi terbahagi
kepada empat aliran pemikiran utama iaitu realisme, empirisme, positivisme, dan
pascamodenisme.
Bagi golongan realistik antara cirinya ialah perkara yang dilihat
dianggap realiti tanpa sebarang prasangka dan kecenderungan juga bersifat bebas
nilai. Golongan empirisme pula hanya mengehadkan ke atas objek atau elemen
deria semata-mata dimana ia boleh dibuktikan melalui pancaindera manusia
sahaja. Seterusnya bagi golongan positivisme juga dikenali sebagai golongan
saintifik yang mengehadkan analisis melalui akal yang positif (rasional) menggunakan
kaedah eksperimental yang dilakukan secara objektif dan bebas nilai. Selain
itu, kejadian yang berlaku mempunyai hubungan sebab-akibat dan menolak
perkara-perkara yang bersifat rawak, abstrak dan tidak menentu. Akhir sekali
golongan pascamodenisme beranggapan perkara-perkara yang berlaku oleh
pancaindera manusia tidak semestinya mencerminkan keadaan sebenar dan
mengenepikan perkara-perkara yang berlaku pada masa lampau dan juga
perkara-perkara yag berlaku pada masa hadapan serta perkara yang di alam lain
(Neuman,1997).
Berbeza dengan kefahaman lazim, ontologi di dalam Islam mengambil
kira empat elemen utama iaitu fizikal, material, kerohanian dan supernatural
(alam ghaib). Kaedah ini merangkumi kedua-dua kaedah iaitu aqli dan naqli serta
ilmu daruri dan nazari. Justeru itu, dari perspektif ilmu daruri dan ilmu
nazari, pengaki dan penganalisis ontologi dibahagiakan kepada tiga peringkat
iaitu peringkat yang berdasarkan kepada penelitian akal fikiran (‘ilm
al-yaqin), kemudian peringkat yang berdasarkan kepada pengamatan pancaindera
(‘ayn al-yaqin) dan peringkat berdasarkan kepada keyakinan hakiki ( haqq
al-yaqin) (Muhammad Syukri Salleh, 2002).
Antara isu penting dalam penyelidikan lazim terhadap ontologi ialah
berkaitan konsep bebas nilai atau sifat objektiviti yang bias diangap tidak
ilmiah dan mesti diketepikan di dalam pengakjian (Abdul Rahman Haji
Abdullah,2005). Konsep ini sebenarnya telah ditolak dan dianggap tidak sah
kerana konsep nilai bebas nilai ini akan memberikan implikasi yang sangat negatif
( Muhammad Syukri Salleh,2003). Seterusnya isu sebab-akibat yang diistilahkan
sebagai hubungan tabi’iyah. Namun begitu menurut perspektif Islam, hubungan
sebab-akibat kalaupun wujud, bukan berpunca daripada tabi’iy sesuatu perkara
tetapi ia merupakan sunnatullah. Hal ini diperjelaskan (Louay Safi,1994)
mengenai alasan penolokan hubungan sebab-akibat di dalan pengkajian Islam ialah
boleh menggugat aqidah seseorang kerana menyakini sebab semata-mata yang
menghasilkan akibat tanpa menghubungkaitnya dengan sifat kudrat (Maha Berkuasa)
dan iradat (Maha kehendak) Allah SWT.
Kesimpulannya, pengakiji ontologi Islam perlu menitikberatkan
elemen –elemen fizikal, metafizik dan supernatural (alam ghaib) bersumberkan
ilmu-ilmu nazari sebagai teras disamping ilmu daruri.
2.3 : Kedudukan Kaedah Penyelidikan
Berteraskan Islam
Dalam usaha mengenengahkan kaedah penyelidikan berteraskan Islam,
adalah penting untuk memahami kronologi umum tentang pengajian tersebut di universiti
atau mana-mana institusi. (Muhammad Syukri Salleh,2010) Kronologi yang dibawa
bermula pada tahun 1950-an di Aligarh, India dalam salah satu siri buletin yang
dipanggil ‘Islamic Research Circle Bulletin’. Kemudian dalam tahun
1960-an buletin tersebut diperbaharui kepada ‘Islamic Thought’ dan pada
tahun 1991, satu-satunya seminar yang dibentangkan iaitu Kaedah Penyelidikan
dalma Perspektif Islam anjuran Universiti Aligarh Muslim, India.
Namun usaha ini kemudian tidak dapat diteruskan dan perbincangan
kaedah penyelidikan berteraskan Islam ini hanya berlaku sekali sekala sahaja
yang telah menyebabkan tiada lagi sastera dan penyelidikan tersebut wujud. Jika
ada, ia hanyalah dalam bentuk tidak normal yang tiada usaha untuk proses
seterusnya. Juga tiada lagi kajian dan penyelidikan yang serius dijalankan. Ini
dibuktikan apabila sumber penyelidikan berteraskan Islam sangat terhad.
Hanya 3 buah buku yang berkaitan langsung dengan kaedah
penyelidikan Islam telah diterbitkan. Antaranya pada tahun 1996 yang dikarang
oleh Muhammad Mumtaz Ali bertajuk Konsep
dan metodologi isu-isu dalam penyelidikan Islam : Beberapa peristiwa penting,
yang telah dicetak oleh Dewan Dahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur. Kedua, buku
karangan Louay Safi pada tahun 1996 yang bertajuk : ‘The Foundation of
Knowledge – A Comparative Study of Islamic and Western Methods of Inquiry’ yang
telah dicetak di Herndon, USA. Kitab lain yang ditulis oleh Muhammad Muqim pada
tahun 1999 yang bertajuk : Kaedah Penyelidikan dalam Perspektif Islam.
Namun begitu, kebanyakan tulisan mengenai penyelidikan berteraskan
Islam hanya memberi tumpuan kepada falsafah dan bukannya mengenai teknik penyelidikan
dan teknikal. Ini jelas telah menyebabkan kajian literatur yang sedia ada
adalah sangat terhad dan limit.
3.
Kesimpulan
Perbezaan ketara antara kaedah penyelidikan lazim dan kaedah
penyelidikan berteraskan Islam jelas menunjukkan ketidakserasian dalam usaha
pergabungan atau campuran untuk meneliti sesuatu kajian dan dapatan. Tiga
elemen tersebut yang jelas berbeza ialah daripada sudut tasawur, epistemologi dan ontologi.
Juteru tidak wajarlah sarjana muslim khususnya menjadikan kaedah penyelidikan
lazim sebagai asas kajian atau gabungan antara keduanya kerana ia tidak
menampakkan kematangan dalam mengkaji ilmu. Tuntasnya, kaedah penyelidikan
berteraskan Islam masih terhad dalam pengamatannya, namun ia adalah satu usaha
yang murni untuk diketengahkan dan dikembangkan dalam kalangan sarjana masa
kini.
Rujukan
Fadzila Azni
Ahmad (2008). Tasawur Kaedah Penyelidikan Berteraskan Islam. Pusat Kajian
Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Hanapi, M. S.
(2012). Pembentukan Tasawur dan Kesan terhadap Pembangunan Tradisi Keilmuan
Islam/The Formation of Islamic Worldview and Its Impact on the Tradition of
Islamic Knowledge. International Journal of Islamic Thought, 2, 55.
Miswan, M. S. B. M (2013) . Aplikasi Dilalat Dalam Kaedah
Penyelidikan Berteraskan Islam (KPI). Pembentangan Kerta Kerja di Workshop
Antarabangsa Pembangunan Berteraskan Islam (WAPI), anjuran Universitas
Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Medan dengan kerjasama Pusat Kajian
Pengurusan Pembangunan islam (ISDEV), USM, Pulau Pinang
Rahim, R. A. A.
(2002). Epistemologi Hukum Islam: Satu Pengenalan. dalam Jurnal Usuluddin. bil,
15.
Rahim, R. A.
A., Ismail, P., & Dahlal, N. H. M. (1970). Ijtihad Dalam Institusi Fatwa Di
Malaysia: Satu Analisis. Jurnal Syariah, 17(1).
Salleh, M. S. (2011). Ke Arah Pembinaan Kaedah Penyelidikan
Berteraskan Islam. Pengurusan Ilmu, Ekonomi dan
Pembangunan Berteraskan Islam. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains
Malaysia.
Salleh, M. S.
(2008). Kaedah Penyelidikan Berteraskan Islam: Keperluan, Kedudukan dan Hala
Tuju. Pemikir (54), hlm, 133-164.
No comments:
Post a Comment