Saturday, February 11, 2017

BELAJAR VS KERJA

Satu dilema anak muda kini untuk membuat pilihan untuk menyambung pelajaran atau memilih bidang lapangan kerja untuk meneruskan kehidupan. Pilihan yang ada semua menuntut untuk kita membuat pilihan yang terbaik kerana ia bergerak seiring dengan perjalanan hidup yang juga berjalan tahun ke tahun.

Mana terbaik? BELAJAR vs KERJA. bagi saya keduanya ada kebaikan dan kelebihan tertentu. Untuk pengalaman hidup saya, saya memilih untuk terjun ke bidang kerja dahulu sebelum membeuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana Muda. Kerja setahun , rehat setahun , dan sambung pengajian Sarjana Master di UNISZA.

Kelebihan bekerja :

  1. Mendapat pendedahan awal mengenai selok belok dalam bekerja. adat menjadi kuli dan pekerja biasa dan adat menjadi orang bawahan bermula dari bawah.
  2. Mempelajari skill yang diajar ketika sesi "orientasi" .
  3. Hadam politik kerja , tak semua indah, tapi yang indah dan bahagia memang tak dapat dilupakan.
  4. Dapat bina hubungan antara pekerja dan hubungan antara orang yang baru dikenali.
Kelebihan belajar :
  1. Dapat menjimatkan masa.
  2. bagi sesiapa yang sudah fokus dan rasa mempunya kekuatan dalam bidang akademik, dan sudah kearah ingin menjadi seorang pensyarah @ ahli akademik , boleh teruskan niat untuk terus belajar.
  3. Mengasah ilmu lebih mendalam dan lebih terperinci.
Namun, keduanya memberi manfaat yang penting untuk kita dalam membuat pilihan. Jangan takut untuk membuat keputusan. Sekirany punya cita-cita untuk bekerja, teruskan memilih untuk bekerja. Jika sebaliknya, ianya juga merupakan bonus untuk kita kerana mempunyai minat untuk meneruskan pengajian. 

Soalnya, sudahkan kita merancang ?

selamat malam,
12.01 am ,
hadap komputer siapkan slide 5 article 

*seterusnya : selok belok master di unisza. 



No comments:

Post a Comment