Seriously kat mana pun kita, jaga diri jaga perlakuan. teringat time naik broga haritu, dah sampai broga, unplanned punya projek sambung naik Gunung Tok Wan. sekadar cuba2, berbekalkan 4 bungkus roti gardenia utk 4 org , sebotol air mineral, sebotol air 💯 plus.
masuk dalam gunung tu, sunyi sepi, kami berempat je. terpukau juga, sebab terpukau dengan keindahan alam semulajadi, kalau sape selalu jalan ngan bib, akan tahu bib adalah org last sekali sebab selalu terpukau dengan semua keindahan even the small things, mesti nak masuk dalam 🎥 camera.
nak dijadikan cerita , unplanned punya projek yang ingatkan sejam je sampai kat gunung tu rupanya salah. kiteorg kat tengah perjalanan dah ni, penat ade, letih ade,tapi dah fikir dah jauh berjalan lebih sejam lebih, kiteorg sambung sahaja. Waktu ini kami jumpe 2 org pakcik, kat tengah2 hutan- diaorg camping siap ade unggun api, pakcik tu tegur kiteorg org first mendaki gunung ni, masa tu dalam 10.30 pg. ohhh 😲 kiteorg macam terkejut, really? means kitaorg group pertama pada hari tu. sempat tanye pakcik tu, arah laluan mana, sebab agak keliru. then pakcik tu tanye "ade air 💯 plus lebih tak? " ...alamak sorry , takdek pakcik, kiteorg ni pun air tinggal separuh je. nak teruskan perjalanan, pakcik tu pesan, hati2 ya...
kiteorg sambung perjalanan , alhamdulillah sejam kemudian baru sampai kat puncak. yes!!!! akhirnya ... penat lelah kami berbaloi, pukul 11.30 sampai. Rehat2 dulu, sejam lebih juga. amik gambar, buat kenang-kenangan. Haruslah siap berposing gitu.
12 lebih tengahari kiteorg start turun. Laju sikit, tapi momentum dah semakin berkurang,penatttt oiii... time balik, pakcik yang kiteorg jumpe masa pergi dah tiada kat tempat dia berkhemah tu( maybe dah pulang) . Klimaksnya, pertengahan perjalanan... guruh berdetum sana sini, semakin gelap dan gelap. Dan sikit demi sedikit, hujan turun membasahi , dan makin lebat.
line mmg tiada, coverage phone 📱 zero. kami berbincang nak stay atau teruskan perjalanan. yelah dengan kilat ⛈ lagi gelap pula tu, kami tetap decide teruskan perjalanan, redah sahaja. Tapi redahan kami nak laju, tak laju mana dah dengan tanah berair, becak, jalan licin. slow and staedy redah hujan, dengan perasaan yang cuak. Perut dahlah lapar, sebab sempat alas sebungkus roti tu je sebelum turun. Dalam hati moga selamat sampai ke bawah, dan cepat2 boleh balik , solat dan makan.
Sejam lebih redah hujan, dan akhirnya hujan semakin surut dan seronoknya ...kami sampai juga ke puncak broga pada pukul 3pm(tempat bermula budak tu kene pukau dan sorok) . Bagi Bib,memang pun, sesiapa yang pergi sini, mesti akan ade moment macam terconfuse, nak lalu jalan mana ni,yang ni ke yang tu. so hati2... tak lepak lame rehat sekejap je, kami terus turun dan turun.
Amazing punya rasa, memang takdek org dah time tu, kami berempat je. So haritu adalah hari cucu2 ini sahaja yang tawan Gunung Tok Wan. akhirnya, alhamdulillah sampai kat bawah. syukur kami selamat dalam misi "unplanned" ini.
noted: sepanjang perjalanan pulang, memang dah pesan awal2, suruh istighfar je dalam hati. Agaknya., dah tahu cerita budak ni, rasanya no repeat dah kottt. anyway Hati- hati kat mana pun kita berada :)
*terpanjang pulak karangan. ade ke yang bace sampai habis? hehehe. ✨good nite 🌙 #bukitbroga #gunungtokwan #unplannedproject
*Throwback 8 september 2016