Tuesday, October 30, 2012

maka bertebarlah kamu versi 1

Bismillahi Masyaallah.

catatan quran hijauku : al-Jumaah:10 ,
Maka bertebarlah kamu di bumi; carilah kurnia Allah 
dan ingatlah Allah banyak-bayak agar kamu termasuk golongan beruntung.

Alhamdulillah 4 hari cuti Aidiladha kali ini saya menyusun untuk pergi keluar. 
keluar bertebaran di bumi, mencari sedikit pengalaman di bumi urdun.
meskipun 4 hari itu terasa lama untuk jelajah jordan, tapi sesungguhnya masa cukup mencemburui. kalau boleh mungkin suatu hari nanti saya mahu pergi lagi sekali jelajah sekitar jordan.

Apa yang ada di jordan?
Ketahuilah tiada apa yang menarik disini, tiada bunga2, tiada kecanggihan disini. Namun hikmahnya bumi ini lebih 'menarik'. hari pertama berjalan2 saya sudah rasa penat dan terfikir kenapa jalan2 ni rasa boring? huh. boring! ^^ tapi, tersedar. Sebenarnya tidaklah kita dibumi ini hanyalah untuk main-main. Namun ada misi besar lagi yang mesti disusun.

Berjalan di bumi jordan, bumi gersang, yang ada hanya bukit bukau yang gersang dan panas. Dikelilingi 3 negara yang top list : syria.paletin.juresalem(laknatullah). Mungkin tidak secantik negara barat eropah yang dihiasi bunga-bungaan. 

Hari pertama : jerash - laut mati - aqobah
Hari kedua : wadi rum - petra - mu'tah
Hari ketiga : qol'ah karak - jabal nebo - balad amman
Hari keempat : ashabulkahfi- laut mati - jabalQolah
Hari kelima : ma'rikat yarmouk - umm qoys.

hari pertama

#Jerash#


bergambar di pintu masuk. its reallly big place!

Jerash ni adalah satu tempat bersejarah semasa tamadun rom.
Peninggalan bandar pada zaman itu ynag uniknya terbina dan terkumpul banyak tiang.
ianya juga dikenali sebagai bandar seribu tiang . sangat luas!

berada di collosium! tempat pengumpulam.
Rekaannya sama seperti yang dalam bilik kuliah zaman sekarang-style keatas gitu.
percaya atau tidak, saya terfikir sejak zaman dulu lagi dah guna camtu :)
#laut mati#


kali pertama saya ke laut mati.  seberang sana juga boleh nampak ISrael (tanah y dirampah)
berdasarkan fakta, tempat ini adalah serendah-rendah yang kawasan yang ada di muka bumi ini.
terkenal kerana 2 faktor:
1) keran faktor pelancongan. satu-satunya pantai
 yang mengandungi kandungan garan yang tinggi,
2) kerana faktor sejarah islaminya.
ini adalah kawasan kaum nabi hud yang diterbalikkan dan diazab
 kerana tidak mengikuti suruhan Allah . ( Nauzubillah)
# Pantai Aqobah#


round-round pantai naik bot! peaceee ><

sempat memerhati panorama di dasar lautan Aqabah yang sngat menarik.
Pantai aqobah adalah salah satu kawasan peranginan.
Biasanya org jordan akan target ke aqobah kerana ingin makan ikan.
sebab ni jelah laut yang ade, sebab kan laut mati masin. heheee
 
kami sampai waktu petang disini. So, sempat memerhati kekuasaan Allah.
Sunset . kejap je.. dalam masa 5-7 minit dan gelap. subhannallah.

Dari aqobah juga boleh lihat israel. tanah yang dirampas itu sewenang-wenangnya
digunakan tanpa rasa malu.
Mereka hidup mewah disana. Pantai aqobah dikongsi, sebelah jordan dan sebelah lgi israel.
Mereka hidup senang. ternyata dari jauh, lampu-lampu menggegahkan kawasan yang dirampas itu.
Merekalah laknatullah yang berlagak hidup di tanah islam.
kemudian disini juga kami bershopping sakan. sebab sini area duty free~~~~ lallala.




Thursday, October 25, 2012

once we learn how to die ,
we learn how to live  :)

antara satu

Bismillah.
Sudah hampir sebulan lebih penghijrahan ini. 
orang tanya , kenapa antara banyak2 negara , awak pilih di negara ini? =.=
kenapa dan kenapa? 
hmm, saya jawab : sebab pengalaman.
saya sangat mengaharapkan pengalaman disini dapat memberi makna dalam kehidupan .
Yakinlah Allah campakkan kamu dimana sekalipun,
ada hikmahnya. cuma kita yang kena carinya.

Hari-hari disini agak berbeza dari biasa di sana. Kalau disini pukul 5-6 dah nak maghrib. ohhh bile malam pukul 9 mula la dah rasa mengantuk, padahal baru je malam. Satu hari saya keluar dari sakan (asrama) untuk ke kelas. ohhh sungguh sejuk! tapi ni baru sedikit.
Alhamdulillah kehidupan pembelajaran disini sekadarnya boleh saya masuk. Mungkin disebabkan terbiasa dengan keadaan di kolej Ikip sebelumnya. 

Disini tiada lagi bus yang jemput. tiada lagi ,masa untuk tunggu bus, beratur panjang2 dan sebagainya. Syukur, university sangatlah dekat dengan sakan, jalan 7-10 minit dah sampai. kalau malas naik teksi =.= , hehe tapi padahal sangatlah dekat.

Makan pula macam mana ya? hee.pertumbuhan badan baik ke kat sana?  setakat ni boleh la hidup. alhamdulillah:) makan pun best sangat! serius macam2 ade. jangan risau. Saya ceritakan kepada kak waheeda, bib da rase semua makanan arab kat sini...*cehh, konon laaa.. hehe.

to be continue.. esok nak pergi jalan2 jordan :)

Friday, October 5, 2012

jauh perjalanan

Saya baru sudah menilik buku terbaru Dr zaharuddin.
teringat ayat coral speaking sewaktu mhs baru ini : ahh, malu nye menjerti di khalayak ramai =.= " boleh tak saya jadi macam Dr Zaharuddin?"
ohh agak gah kan bait coral itu? entah tercapai atau tidak, sekadar impian diri .Dan hari ini saya mula membaca catatan musafir terbaru beliau " jangan berhenti berlari" .

Kisahnya mengenai beliau di alam pembelajaran. belajar nya pula di tempat yang sama saya belajar sekarang. YU . Ohhh =.= kenapa beliau senang untuk belajar arab.hmm.
saya faham, mungkin ia memerlukan masa. masa untuk mengetahui segalanya. 
bilamana Doktor dihadapan bersyarah...
sangat seronok dan amat seronok. meskipun cakapnya boleh kate hanya 50% je yang mungkin boleh difahami, tapi mereka nampak sungguh memahami diri kami sbg student Malaysia disini.

Dan,
saya tidak akan pernah berpatah hati untuk teruskan perjalanan jauh ini.
bukan senang , tapi tidak susah kan? ^^