Friday, September 28, 2012

Disini kembara aku bermula

Bismillahirahmanirahhim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Maka Allah mudahkan urusan penerbangan team aku selepas beberapa halangan yang tak terjangkau di KLIA tempoh lalu. Biarkanlah, itu cerita 4 minggu lalu yang mungkin kecoh kepada kaum keluarga aku dan kawan2 aku. Cerita kami tersadai tanpa tali di KLIA kerana masalah teknikal disana. 
Habis itu setelah seminggu ,akhirnya kami dapat memulakan pengembaraan kami pada tanggal 11/9. Tarikh yang memang dan amat tersirat yang telah termaktub dalam video haflah wida' 6th generation kami. Mungkin ini kebetulan, tapi benarlah semua itu penyusunan Allah yang terbaik buat kami dan seisi famili. Sungguh waktu seminggu itu sebenarnya penuh dengan ceria tawa bersama adik-adik dan paling istimewa bersama bonda tercinta. secret recipe bersama bonda dan ayahanda biarpun di kaca screen skype pun :)
Penerbanganku dijadual transit ditanah gersang bumi tanah haram. Di jeddah selama 16 jam. Allahu hanya allah yang tahu, betapa lamanya waktu ityu kami disana. Namun Allah campakkan kami ditanah haram, sayu bertandang.Mungkinkah ada peluang untuk aku kembali menjejak ke bumi tanah haram yang mulia ini untuk pergi melihat Ka'abah menyahut seruan illahi rukun iman ke enam itu. moga suatu hari nanti akan ada masa itu.
Sedar atau tidak, aku disini sudah 3 minggu. kebahagian kesukaan,kedukaan,keceriaan yang Allah beri di bumi kinanah ini. setelah berorientasi didalam dewan kindi selama 3 hari, bergerak sana sini area irbid ini. balad sana, balad sini. hai rasa macam dah buat negara sendiri rasanya tak sudah2 pergi jalannya. 
Begitulah hikmahnya berada di bumi hikmah ini.dulunya aku punya impian yang tak terjangkau untuk naik kapal merentasi benua untuk belajar sampai di bumi barakah ini. akhirnya aku sampai disini. kembara aku bermula.
bermula detik demi detik disini. sungguh kerahmatan dibumi kinanah ini amat terasa. terasa betapa dekat nya dengan allah. =_=

Suatu hari aku terasa betapa sedihnya. huhhhh. sedih sangat la. 
bila dah semua urat purat segalanya yang kat otak tu duk puseng ingat kat famili je.
sabar-sabar-sabar. oke, saya tekad. petang ini balik dari kelas terus target nak col family.
tatkala aku runsing dan cuba untuk fokus dalam kelas juz'ie Dr imaad,
mungkinlah berkatnya bumi kinanah Allah ini, Mutiara2 kata yang keluar daripada mulutnya telah menenangkan rasa dihati. 
Lainnya kelas muhadoroh disini amat berbeza, setiap kali kelas bersama doktor pasti ada sesuatu yang 'menarik'. tazkirah yang mengisi ruang kekosongan dihati. doktor disini amat berkaliber, mantap ilmunya mantap jugalah akhlaknya.
betapa kagumnya melihat mereka sungguh cerdik dan alim tapi tawadhu' itu jelas terpancar.insyaAllah moga allah muliakan mereka selalu.

Dan kini, disini, terus mencuba untuk hadapi segalanya disini dengan hati yang kuat.
Allah mesti tolong pada hambanya yang berjihad menuntut ilmu. terus bersabar ya habibah.

Walid, umi, imah, kinah , abg mi, irah n said. 
kakak happy kat sini. :) huh.. cubaan nya kalau berada jauh beribu batu ini.



Thursday, September 27, 2012

rindu beribu batu

perasaan rindu itu anugerah tuhan.

Dulu aku selalu tidak berjumpa dan tatkala hari minggu baru bersua kembali.
lama juga itu, kadang sampai sebulan boleh tidak jumpa.

tapi...
kini baru 3 minggu. terlalu sekejap. tapi rindu anugerah itu menjangkau segalanya.
rindu dari jauh tersasar disini kerana jauhnya beribu batu aku disini.
ya Allah, lindungilah mereka disana ^_^. miss you all .