Tuesday, August 30, 2011

raya datang lagi


Salam lebaran buat semua saudara mara, teman2 sahabat handai.
Alhamdulillah selasai solat berjamaah eidul fitri bersama nenda tercinta,
 walaupun keadaan masjid sungguh sesak sekali.
mimbar masjid tadi berkhutbah kepada semua sidang jemaah.
antara 5 ciri2 orang yang mencapai ketaqwaan selepas melalui madrasah ramadhan:
1) percaya akan perkara ghaib
2) melakukan ibadah dengan sempurna serta dari hati yang ikhlas
3) amal makruf , nahi mungkar
4) bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan
5) menginsafi diri dan berazam untuk menampah pembaikan diri.

Seharian beraya, bergambar kenang-kenangan , berziarah.
Kepenatan sesudah sakan beraya umah nyang ayoh ,tok cek n tok mummy.
kalau dulu2, dapat lagi duit rayer, tapi sekarang....
semua dah besar panjang muda mudi cucu ku zainun.
So, kami menatap hidangan je .lazat kott~ 
Yang pasti konfem2 tak nak timbang berat dah lepas nih.
takot + risau +bimbang +seram.

SELAMAT EIDUL FITRI .
KULLU AMMM WA ENT BIKHEIR.
MINNA A'AIDEEN WAL FAEE'ZIN.
dari: Habibah Solehah binti Ramli

Sunday, August 28, 2011

im coming 'village'

permandangan di teratak indah nenda tercinta

Akhir2 ramadhan ini, telinga ini sudah mula mendengar nyanyian lagu2 raya. itu petanda apa? sudah tentu raya pada bulan syawal yang rata-rata di malaysia ini disambut memang terindah dan indah sekali. sungguh aku merasai kemeriahan nya.

Lama sudah tidak menulis di laman sesawang ini. rindu serindunya untuk menulis dan terus mencoretkan sesuatu. Tengok tak permandangan diatas? alhamdulillah, semalam selamat tiba di teratak terindah nenda tercinta di terangganu darul iman. tahun ini raya akan disambut pada jangkaannya 30 september ini. 

Pejam celik sudah hampir tamat ramadhan kali ini. diri ini pun dah semacam 'beria' nak sambut syawal. Penat meng'round' terengganu tadi. jem di sepanjang simpang kat Ttc ini. Akhirnya dapat sehelai je tudung yang berkenan di hati. yang lain susah! tak cukup ciri2. Sory! diri ini memang terlalu memilih.

mahu berkongsi ini !
kakak, malam ni last kiter solat tarawikh kan???
ye lah.esok dah last poser!

dup! warghh cepat betul masa berlalu. hari ini sudah 28 ramadhan. menghampiri pengakhiran bulan barakah ini tenyata mengundang seribu rasa berdebar di hati.roooo~, tataw la sempat untuk capai target atau tidak.

walahualaamm.

Wednesday, August 17, 2011

Erti Al-FAtihah


Mari layan nasyid murni ini.
 Sungguh saya menyukainya. 
Damai sedamai ayat suci pembuka Al-Faatihah.
cukup bermanfaat dan berguna.
Sambil itu boleh hafal ^^
Tak sabar nak tunjuk video ini dekat rOomate saya, 
, mesti mereka suka...

*mak teh, farhah,anissya,aisyah,anisna,
tengok tak lagi??? 
sweet kan???
harap2 korang enjoy ya...
p/s: habib sedang merindui kalian!hehe :)

Ummul furqann

Tuesday, August 16, 2011

cerita angkasa lepas

Bismillah...

Setiap malam aku lihat awan, ahah, cantik! tenang! Angkasa lepas yang terbentang luas tanpa tiang. fuhh, Sape lah diri ini? Hamba yang lemah serta masih memerlukan sokongan hidup dari kalian semua. Lantas,Ciptaan tuhan ini menjadi tatapan yang amat indah dan terindah sekali. 


"hari ini tOkki nampak banyak kapal terbang" Diolog inilah menjadi perbualan setiap malam bersama tokki tersayang seusai solat tarawikh berjamaah. katanya, asyik sungguh bila nampak kapal terbang bertubi tubi di ruang angkasa. sungguh, tiada pelanggaran dan excident.
kadang aku turut menemani tokki kat beranda itu.Romantik tak? biasa orang tgk2 bintang, bulan,ape2 kat angkasa dengan kekasih. Tapi aku? tengok dengan atuk. Sweet taw! ^^


hari yang perlu untukku kenang,masakan beliau sudah mengjangkau usia emas ini, tiada apa yang kita boleh sangkakan,oleh itu waktu bersama mereka insan tersayang ini digunakan sebaiknya. Seronok bersama insan veteran ini, pelbagai cerita nun dulu2,akisah2 yang keluar, paling best macam2 pantun boleh keluar secara spontan! 


Biarlah kisah cerita angkasa lepas ini menjadi memori kami selamanya. Ya-Allah aku bersyukur kau masih kurniakan aku kedua nenda dan datuk yang amat penyayang. hehe( manjakan?) tak lah, biasa2 aja. cuma nikmat kesyukuran itu yang perlu diutamakan selagi nyawa dikandung badan ini. Alhamdulillah.



Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian 
malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal.
iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri,duduk atau 
dalam keadaan berbaring. dan mereka memikirkan tentang
 penciptaan langit dan bumi, (seraya berkata):
 Ya tuhan kami,tidaklah engaku menciptakan semua ini sia-sia; 
Mahasuci engkau, lindungilah kami dari azab api neraka.
(Ali-Imran : 190-191)

Dan aku tetap berkira hari.... lagi 11 hari nak balik rumah kat kuantan. jumpa ummi, walid n adik2... really miss u all!! ;(


* may Allah bless u my only tok daddy,
tadi 8 p.m. arwah  daddy selamat disembahyangkan di East London Mosque, jemaah hampir seribu...rahmatnya! dikebumikan di garden of peace, london. Moga bersemadi dengan tenang daddy... Really miss u! ;'( 

Monday, August 15, 2011

mengimpikan Husnul Khotimah

"Allahumakhtimna alaina  bi husnul khotimah, Wala takhtim alaina bi su'il khotimah "
 Tiada yang menduga dia akan pergi buat selama-lamanya. Rahsia disebalik penyakitnya itu hanya menjadi simpanan peribadi sahaja , tiada yang ketahuan dek sikapnya yang tidak mahu orang sekeliling bimbang. Tulus sungguh hatinya, menahan penderitaan itu setelah setahun yang hanya menampakkan keceriaan di balik wajahnya itu.


sungguh, tOk kuat orangnya.
Tok, tok tak terkejut ke dengar berita pemergiaan daddy ni ( tOk saudara saya)?.tok sedia dah. jawabnya tenang. bukan milik kita selamanya, tok dengar , biar kita mati apa2 pun dalah husnul khotimah, beriman kepada Allah. tambahnya lagi. Walaupun tiada linangan airmata, nun terselah kesedihan dimata wajah seorang kakak(tok).13 Ramadhan 1432 H, 12 am,13/8/2011, tarikh barakah. perginya insan yang disayangi. Dek kerana tiada anak sendiri, kemesraan terhadap cucu2 dan cucu saudara semuanya rapat. Daddy orang popular! ramai orang kenal- tOk cakap.Dan selama keberadaan di sisi tok jugalah aku kuat menerima berita kematian ini. Namun pagi ini airmata tok turun, sedih barangkalinya.


Mati itu tidak lari dari anak adam
Mereka yang hidup pasti akan mati. Saya, awak,mereka yang berada disekeliling kita pasti akan mati.Nyatalah ayat quran itu benar, 'Kullun nafsi zaieqotul maut'. Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Satu alam yang wajib ditempuhi tak kira sesiapapun yang bernyawa. Sememangnya ajal, maut, rezeki,jodoh semua di tangan Allah SWT. Ini masanya, dan bila pula masa kita? Maka bersiaplah kita untuk mengahadapi sebarang kebarangkalian sekalipun. bila meninggal anak adam, maka terputus setiap amalanya kecuali 3 perkara, ilmu yang bermanfaat, sedaqah jariah dan doa anak yang soleh. sebelum terputus nya segala, marilah persiapkan diri dengan sebaik2 nya. Moga kita menjadi insan yang diredhai illahi.


*Gonna miss u so much daddy,ever n ever  :(*


Friday, August 12, 2011

mereka bagaimana?

Bismillah...

Sebentar tadi menjengah ke blog seorang teman baru(hehe)...
entrynya berbunyi: sekadar peringatan di pagi jumaaat.
Then buka2, nak tahu gambar apa yang saya nampak???
Sejnak terfikir juga nasib mereka disana. kita pagi-pagian bersahur enak dengan nasi + lauk + milo @ kurma.
Namun mereka disana? bagaimana sahur dan iftar mereka? Allahurabbi.
Sungguh patut bersyukur! Allah tidak menguji saya, awak. macam ini. Sedih mengenangkan nasib mereka disana yang rata2 for sure lapar,dilanda kebejatan kelaparan yang mendadak sehingga nasi di tepi jalanan masih menjadi sumbernya.
Sungguh patut bersyukur! Alhamdulillah.

Wednesday, August 10, 2011

berlalu ia pergi

Bismillah...

sudah 1/3 purnama ramadhan meninggalkan kita. berbaki hanya lah 10 hari lagi yang mungkin akan menjadi hari2 indah untuk kita terus menyelami roh ramadhan ini? ataupun sekadar dibiarkan sambil menghitung hari berbaki 20 hari lagi untuk menyambut hari lebaran?


sungguh aku terkesima. 
apa yang telah aku lakukan 10 hari pertama ini? 
adakah amalanku cuma sia2 belaka? 
begitu sahaja masa berlalu detik demi detik tanpa sebarang penambahan pahala ?
cukupkah sejuzu' sehari itu menggantikan kesekian lamanya dalam pembacaan quranku secara berkala ?
atau hanya ingin terus digelar 'budak baik' dihadapan makcik2 di sof solat tarawikh?


Ya Allah, ampunilah dosaku. berilah aku hidayah. 
sungguh ramadhanmu sungguh mulia untuk kau hadiahkan kepadaku,
insan yang penuh dosa ini. 
Namun aku bersyukur maha pemurahnya, terus-terusan memberi aku 
peluang untuk terus aku berdiri menghirup udara segar ramadhan ini.
masih memberi daya dan semangat merasai hangatnya qiam itu.

moga Allah memberkati hidupku, hidup kamu, hidup kita!

bertakbirlah,Allahuakbar!




Friday, August 5, 2011

k Athirah punya pacal

this pOst special to k ATHIRAH amiruddin! = sape kenal :)
(compewn diyer tengah tersengih2 baca post kali ni)


bile ea? jalan jalan terjumpa blog nya , macam saya kenal orang ini, tapi dimana ya?
la ghupernyer senior time sekolah rendah2 dulu a.k.a. kakak kawan saye.
ahaaaa, tataw la, tetiber nak kawan ngan diyer ni. at least dapat rapatkan ukhwah di bulan barakah ni. Alhamdulillah, perkenalan itu dimana mana sahaja, bertunjangkan keikhlasan dan ketulusan pasti kita kan bahagia. ummi selalu cakap, kawan kita biarla ramai, dan yang penting syarak kat depan! thnxx ummi, (tpi kadang2 still degil) hehe.


k thirah,
mengenalimu bak berjalan di lautan bintang,
ku hanya melihat bintang2 itu yang semuanya umum cantik,
dan ditengah2 ku jalan di lautan itu,
terserempak bintang yang ayu berkaca mata,
rupanya saya kenal bintang ni...
weeeee.....hehe,


saya nak cerita sesuatu kat awak ni, sapa2 baca je lah ye...(cerita pendek) 
tersebutlah alkisah, cerita di petang hari 3 ramadhan 1432H...
jam menunjukkan pukul 7.15 pm dan berbaki hanya 15 minit lagi untuk mempulun makanan
yang terhidang di meja makan, dah keruk2 bunyi perut nya, dan terliur tengok titisan air di dinding gelas kerana kesejukan ais tersebut.


syamira(kakak), syukri, muallimah kak bibah cakap kan,dalam hadiskan ade cakap, waktu nak akhir2 buka puasa, dOa kita makbul taw,doa lah papepun, kot2 la doakan kiter termakbul nanti...
ye ker k bibah? syukri nak doa lah...
lah, cepat2 dah nak dekat bukak puasa dah ni,kakak pun nak doa juga lah.
-suasana sunyi seketika,sambil menadah tangan memohon doa-
ish betol ker doa kiter dimakbulkan? kalu dimakbulkan memng syukri suker sgt.
dOa2lah, kakak doa kakak berjaya dalam exam, dunia akhirat...
lah, doa jer. InsyAaLlah makbulnyer, allah kan maha mendengar. kot2 termakbul, kiter bersyukur. betol tak???
- azan berkumandang, jom kiter bukak poser dulu...
then habes makan2 sikit, tgk la drama kat tv3 tu kejap ngan mereka2 bersama mak mereka.
si syukri tak habes2 tanya, k bibah makbul tak?? entah berapa kali diyer tanye,
geram punya pasal, bibah pun tny la si syukri ni, awak doa ape syuk???
sambil berbisik kat telinga "syuk doa syuk dapat HANDPHONE!"
fullamak. hebat betol sepupu bibah yang umur 8 tahun ni kak thirah oiii,
hehe...terkedu jugak saya,padan lah minta sangat dimakbulkan...
t.a.m.a.t.


Sabda Nabi saw : Sesungguhnya bagi org yg berpuasa 

itu ketika berbuka(atau hampir berbuka)

 doa yang tidak akan ditolak.

 (Riwayat Ibn Majah)

Marilah kita mengambil kesempatan untuk berdOa di waktu ini, Sesungguhnya Allah maha mendengar setiap doa hambanya yang ikhlas. Mari kita luangkan masa itu dengan sebaiknya.
moga2 Rahmah di sepuluh hari yang pertama di bulan barakah ini dapat dicapai hendaknya.

ameenn~~



bersedih dengan jiwa

Bismillah saya mulakan bicara pada  pagi yang hening ini,
Sungguh tiada yang berhak disembah, diabdikan, dihadapkan,
melainkan Allah, tuhan semesta Allam ,
yang megusai galaksi ciptaan nya ini,
Subhanallah...


Hatiku sedih saat ini,
berdebar tahap maksimum di saat ini,
keputusan sem lepas dah keluar,
rata2 naik Pointer, tapi saya...
tak tahu la :(, dan khabarnya semacam menurun,
Ya Allah, Beratnya untuk aku terima semua ini,
berat lagi untuk aku khabarkan pada bonda dan ayahandaku,
Ya Allah, Dugaan ape yang kau susun buat hambamu ini,
serasa darah yang mengalir dalam badanku bernafaskan kekecewaan...
Tiada yang termampu saat ini, terlalu sedih...


bila kamu mahu mekar sang bunga ? ?

Wednesday, August 3, 2011

3 Ogos = 3 ramadhan

special for my herO...


Ayah,abah,papa,abi,daddy,baba,
tapi gelaran saya pada beliau WALID...
Seorang yang cekal,tegas,penyayang,juga peramah. Saya bersyukur Allah kurniakan walid buat diri ini. Pertamanya kakak mahu mengucapkan selamat ulang tahun khas buat walid tersayang kali yang ke-46. Moga walid sehat selalu dan ceria selalu. Taktahulah walid baca ke tidak post kakak kali ini, sebab walid tak berapa minat dengan blogger ni, tapi kalau walid baca ni lah hadiah special kakak buat walid. Keadaan sekarang, berjauhan dengan family saya. nak ucap wish special depan mata pun jauh.
tadi kakak call hP walid, but nOt answer, call ummi: ummi kata walid  sOlat dekat surau sg isap malam ni. giliran jadi imam... 
Tadi sempat berbual dengan irah,
Irah bagi kad untuk walid tak?
-tak pun, 
kenapa pulak? hari tu beria cerita dekat kakak nak buat kad.
-irah tak ingat la kakak. tadi pun abg mi yang teringat.
la...So? tak dek hadiah la untuk walid?
-tak dek laaaa...kakak, kecian kat walid :(
Em,
maaf walid, tiada kad ucapan mahupun apapun hadiah.
namun yang SPECIALnya,


Ya Allah, berkati walid dan ummiku yang telah banyak berjasa kepadaku, kau jauhkanlah api neraka buat mereka...


walid,
sungguh cekal, jarang2 untuk memarahi diri ini,
meskipun diri ini berterusan dengan kenakalannya,
tetap terus dengan sokongan positif , 
yang pasti membawa 360 darjah,
untuk diri ini memikirkan soalnya itu kembali...
Walid, 
Kakak sayang dekat walid, 
ummi slalu cakap: apepun permintaan anak, mesti walid tunaikan,
bunyinya macam manja kan? 
tapi bersyukur sangat, terimakasih.
entah berapa banyak dah walid habiskan untuk anak2nya,
sehingga dah besar panjang ni,
besar sungguh nikmat ciptaan Allah diri walid buat kakak...
Walid,
maafkan kakak,
redhailah kakak,
halalkan makan minum semua,
moga mekar kasih sayang ini kekal bertapak hingga ke syurga...


"Alhamdulillah tadarus bersama remaja masjid sg isap 3"
photo post di fb nya!
bangga melihat profesional walid, engineer yang berUSTAZ!^^



Walid,
Doakan kakak terus kuat =^^=
3 ogos 1966-46 tahun