Monday, May 30, 2011

sungguh aku merindui kamu!


Masa berlalu cukup pantas. Lantas manusia terus dengan urusan masing-masing.
Tak sangka tinggal sehari lagi dia berada di kuantan,
Hajat aku untuk ketemu samanya tidak kesampaian lagi,
Dari hari ke hari, hanya mampu munuggu saat untuk bertemu,
Rinduku pada nya tak tahulaaa,
Orang yang sekepala ngan aku, rindu nyer,,,nak jumpe awak...
dulu, time 
rindu laaa.....kak afifah adila.=)

Friday, May 27, 2011

suka duki sem 2!

pOOooppppp, syukur alhamdulillah...
akhirnya berakhir sudah sem 2,
terasa semua cukup singkat dalam 4 bulan ini, 
semua dialalui bersama.
sekalung perhargaan buat teman teristemewa di sem 2 ini,
teman,2 semester kita sudah bersama,
tinggal 2 semester lagi yang perlu diperuangkan,
sebelum menjejak kaki ke bumi kinanah itu.
sungguh, aku akan merindui sem 2 ini, 
sem yang banyak aku maen2, enJoy2, gelak2,heheee
pasti aku akan merindui kalian.
teringat kenangan kiter bersama di kedai mamak,
weeeeeee,kene nGorat same2,
sampai lah dipertaruhkan , pemenangnya adalaaaahhhhhh...........

ok,semOga ketemu di sem depan pula ya sahabat2 ku,
kita jumpa pada sem hadapan dengan wajah, misi, dan matlamat baru,
mari kita rangka cuti 4 bulan ini dengan pengisian yang bermanfaat.
" masa itu kehidupan" . maka rugilah bagi kamu yang mengsia2kan dengan hanya dengan perkara yang tidak berfaedah.....
nota: 7 hari lagi baki kem KAHFI. ok persiapan mentak dan fizikal semestinya perlu dikumpulkan.=)
salam.
kenangan!

Monday, May 23, 2011

i am nOw aunty !

Lame sudah mahu menulis, waaa, ayat haPPy giler! tak sabar nak jumpe si adek kecillll...
Ramai nyer baby sudare sapapiitt, tak jumpe lagi! rindu nyer nak gather same2!
Tengok duk ari2 tatap dekat facebOOk je, lepas satu-satu gambr latest yang diuplOad.

::dian mayesa::
 time new bOrn,kiut..
tgk dr jauh jerrr~
 #time majlis aqiqah dian...dian n mama dye,k dada
tak gi pun majlis nip.#

::muhd  x tau:

delivered friday,20 mei 2011.
new baby, that my ummi ah, dah jd nanny la ummi,,,hehe,
tahniah k ummi n amir!

::'Aisyah Al-Humaira'::
tahniah juga kepada lecture saya, PN hartinie yang selamat melahirkan anak yang kedua,
dats kakak Aisyah, Khaulah .. cewahh, Cyg jugak kat adek dye, dlu time dlm perut punye meragam.
teringat sebuah hadis (kesimpulan maksud):
 bayi itu umpama kain puteh, parents dye yang mencOrak untuk menjadi nasrani, majusi @ yahudi ... 
nOta: tinggal  2 paper jup lagi, esok exam Aqidah..wuhuu, moga boleyh2 jwp!hihi

Saturday, May 21, 2011

bahangnya mentari

salam alayk semua pembaca yang budiman...

Berada di mOod exam final,agak mendebarkan,=. 
tapi time malam exam jelah.. habes sumer ditatap,
sehelai demi sehelai akan dibaca.

tapi......
alkisahnyam biler time akhir macm niyh mOod malas melanda,
bermacam2 ragam yang dibuatnya,
buku pun tengok sebelah mata jer,
hilang Mood!
kata ummi: cam ner la nak dpt excellnt dok men2 layan ke malas tu?
sampailah tahap tadi, saya tOnton satu filem,
"hikayat merong mahawangsa"
Sapa yang dah tengok?...
sye ade cOpy, kalu nak, sila emailkan request anda...
(hihiihi,men2 je laaa)..

Namun,
ada hikmah dan mesej yang ingin diketengahkan,(atas pndangan diri),
kuketahui, ianya hanyalah hikayat! hikayat dongeng yang difilemkan,
biasalah melihat manusia mencari rezki masing2...
antara mesej yang dipOint kan...
aku terkesima melihat himpunan cermin itu,
idea yang ,enggabungkan serpihan2 itu, 
bisa memberi pantulan hangatnya mentari tatkala itu.
strategi melawan musuh yang digunapakai mencapai misi nya..
tapi tu lah,santai je la..dan lagi nak tgk videO,,hehe..

ok,sehingga ketemu lagi,=)

note: esOk exam final paper accOunt. Doakan saya, sir saya cakap carry mark agak tak tinggi. sO,gO2 chaiyook 4 tOmorrow, JGN PUTUS ASA.!=) hehe



Wednesday, May 18, 2011

3 faktOr itu~

Pagi ini, sebentar menjengah ke sesawang jaringan intenet niyp,)
memperingati hari nakbah, Palestina terchinta pada 2 hari lepass....terbaca satu artikel ini..
Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyya menegaskan bahawa terdapat berita gembira yang membawa isyarat  keruntuhan Zionis semakin dekat.
“Bangsa Palestin memperingati Nakba pada tahun ini denga penuh harapan supaya berkahirnya projek Zionis di Palestin,” kata Ismail Haniyya dalam pidato beliau kepada sekitar 10, 000 ahli jemaah di Masjid al Omari, Gaza City.
Kata beliau, ketika bangsa Palestin sedang memperingati 63 tahun peristiwa yang menimpa mereka (Nakba,) terdapat perubahan jelas yang akan membawa kepada keruntuhan projek Zionis di Palestin serta kemenangan bagi ummat. 3 isyarat runtuhnya Zionis itu adalah
1. Rekonsiliasi
Salah satu perubahan penting yang membawa tanda-tanda keruntuhan Zionis adalah apabila berlangsungnya rekonsiliasi Palestin, sekaligus persetujuan kefahaman Mesir. Kesatuan bangsa Palestin merupakan salah satu dasar penting untuk merealisasikan kemenangan dan kebebasan serta kembalinya pelarian Palestin ke tanah air asal mereka.
2. Revolusi dunia Arab
Perubahan politik serta revolusi yang melanda dunia Arab merupakan strategi terpenting yang akan membawa kepada kehancuran Zionis. Revolusi yang berlaku hari ini lahir daripada kehendak rakyat, satu keinginan sebuah bangsa yang sudah lama terpendam. Hari ini mereka meraih kebebasan untuk mengungkap keinginan tersebut, setelah sebelumnya mereka terkongkong. Revolusi ini tentu akan membawa pengaruh besar terhadap sebahagian besar permasalahan Palestin.
3. Kesedaran bangsa Palestin dan kaum Muslimin
Pemahaman dan kesedaran yang tinggi rakyat Palestin khususnya dan dunia Islam umumnya juga membawa petunjuk akan berakhirnya Zionis. Golongan muda hari ini tidak lupa kepada sejarah dan tanggungjawab mereka, walaupun generasi terdahulu mungkin sudah tiada. Malahan dua kali intifadah sebelum ini telah digerakkan oleh bangsa Palestin yang lahir di bawah penjajahan.
Selain itu, sejumlah gerakan dan perubahan yang terjadi di dunia Arab dan Eropah juga menunjukkan perhatian masyarakat dunia terhadap permasalahan di Palestin semakin tinggi. Sebagai contoh, negara Jerman menolak pendudukan Israel di bumi Palestin dan menyeru kepada penyatuan Palestin.
Semoga kita juga menjadi sebahagian daripada mereka yang meruntuhkan kezaliman Zionis, seterusnya membebaskan bumi Palestin dan Masjid al Aqsa daripada kerakusan mereka.

Saturday, May 14, 2011

exam arOud D cOrner!!


Semoga bejaya dunia akhirat....

Tuesday, May 10, 2011

mendaki setapak

" Weh, apesal ni, lemah semacam? sedih je nampak gayenyer... " tegur Salman kepada Afiq.


" Biasalah orang tak pandai, asyik2 sikit je markah..tak macam ka, um, boley la tOpup kit2 kan? " balas afiq dalam nada kosong.


"ala, relax la,,, banyak agy test la, jangn emo ngat! chill ar, pas ni ade lagi la test.." salman cuba untuk memujuk hati Afiq.


" Ntah la man,,,, aku pun tak paham,,,kenapakah? kenapakah aku maseh mals..." jwab Afiq.
....................................................................................................................................................................

Seringkali kita mendengar perbualan sebegini bukan? tak kisah lah dalam kalangan budak sekolah menengah inggalah university. Asyiknya dihantui kemurungan dan kesedihan pabila mendapat markah yang kurang dari yang diimpikan. Fenomena ini tidak lagi dikira asing bagi pelajar2 yang masih menuntut tak kira dimana sahaja.

Lazimnya kekecewaan hati ini menyebabkan ramai anatara kita yang berada dalam kepompongan dilemma. memikirkan markah yang sedikit, lantas layakkah untuk mendapat target kecemerlangan itu. Hakikatnya, itulah realitinya, sistem exam oriented yang menjadi dasar dalam kamus belajar ini, menjadi kayu untuk terus mengikutinya.

Normal bukan? adakalanya kita diatas, dan adakalanya kita dibawah. semua kedudukan itu, tercatat hikmah yang tersendiri. mungkin penerimaan peribadi yang perlu kuat. Sebenarnya, itulah yang dialami saya tadi. Test ibadah tadi cukup memilukan hati. Mendapat soalan test tanpa diduga begitu sahaja,lantas menjawab sekadar termampu yang ada pada fikrah otakku ini sahaja.  nak kata suka, tidaklah jugak, hanya soalan puseng2 shj, Tapi masih tidak mampu untuk mendapat markah yang tinggi. Maka hatiku sungguh sedih. Sedih memikirkan markah yang akan menjadi carry mark fOr final this second semester.

Petang itu, saya terus menghubungi bonda tercinta,,,,, "ummiiii, kakak dapat rendah test ibadah ni, sedih ngat!" aku mengadu dengan nada sedih, tak semngat lansung.
maka, ummi menjawab : " dah2, tak yah sedih, kita belajar bukar kerana exam semata2, tetapi kerana ingin menuntut ilmu itu. itulah matlamat utama kita, terus dan terus menggali,mengorek ilmu yang begitu banyak ..."

Maka bermain di benakku, mungkin hikmahnya sedikit markah test kali ni, menjadi pengajaran untuk menjadi seorang pelajarr yang lebih mantap integritinya. Perlunya kesedaran tinggi untuk melangkah lebih jauh kehadapan.
 "Ilmu fi ssudr la fiss sutuurrr"= ilmu di dada, n bukan hanya di kertas.

Oleh itu, intipati ytang sewajanya perlu untuk kita memberi jalan pembaikian untuk meningkat lebih baik. aku sering mandapat nasihat dari kalangan sahabt2 saya untuk terus pembelajaran dengan berjaya!
salam semua: gud luck bgi yang akan menduduki ape2 exam pun! moga berjaya..=)

"Kejayaan kita, kejayaan islam "

Monday, May 9, 2011

menariknyaaa konvensyen KEWangan itu!

Saban hari, saya melihat peri pentingnya sistem kewangan islam dalam negara ini.Namun, sistem hari ini mudahnya kita dapat simpulkan sudah dimanipulasi oleh sistem jahilyyah @sistem konvesional yang jauh dari syarak agama.

Riba! antara isu yang penting untuk kita ambil kira dan bukan hanya ambil enteng dengan isu ini. Namun sistem perbankan hari ini, kita dapat lihat sebati dengan riba. Riba yang bererti lebihan yang hanya menjamin keuntungan kepada sebelah pihak lantas pihak yang satu lagi merana menanggung akibat kesusahan untuk membayar hutang.

Realiti, manusia itu, apabila didekatkan dengan DUIT! maka sudah pasti akan teruja.mata manusia mudah sahaja kabur dengan sifat ilusi duit. ye! ye lah, bayangkan kita ditawarkan dengan sejumlah mata wang, akal manusia akan terus target untuk mendapatkannya.melainkan kalau kita faham akan isu halal haram dan caing abOut sumber duit itu ditawarkan.

Alhamdulillah,minggu lalu, hari sabtu, saya dapat Join satu konvensyen kewangan islam itu. sungguh menaik dan mantap penyampaian isi nya. isunya yang dibincangkan mengenai riba dan putar belit kontarak yang ada sekarang. Murabahah, metanaqisah, muqoyadah, bai inah, BAy bithamanil ajil, tawarruq, Bay amanah, Bay musawamah, Mudhorobah dan lain2. 

Konvensyen sehari itu amat bermakna buat saya, terima kasih buat ayahanda tercinta, Ramli bin ngah, kerana sudi menjadi Drebar..hehe^-^..alaaaa, syukur sgt,thnx melayan kerenah anakmu ini.Kakak tahu walid punya impian ingin melihat kakak menjadi antara salah seorag pakar ekonomi islam yang mampu mengembalikan syuur dalam rOh perbankan kini, InsyaAllah mungkin suatu hari nanti,bersama teman2 seperjuangan IKIp-YArmOuk. doakan bersama.

Akhirnya, memetik kata2 Dr Akram Laddin, seorang speaker dari ISRA(tempat impian saya), " we want yOu guys leads the islamic economies. we dont want person just knOw about it, but we want persOn who can mendalami sedalamnya pasal ekopnomi sekarang! pentingnya ia !.


bersama Dr Akram Laddin =)



rombongan IKIP - YARMOUK

Thursday, May 5, 2011

Konvensyen kewangan islam. moh kita pergi.

KONVENSYEN KEWANGAN ISLAM 2011


KONVENSYEN KEWANGAN ISLAM 2011
07 MEI 2011 (SABTU)
DEWAN SEMINAR, MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM (MASJID NEGERI SELANGOR)

PENGENALAN

Riba merupakan elemen teras yang telah diharamkan oleh Allah SWT. Dasar ini telah dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 278 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman”

Negara Malaysia bolehlah dikira sebagai antara pelopor penting dalam perkembangan industri kewangan Islam. Penubuhan institusi kewangan Islam dalam konteks Malaysia adalah langkah penting dan praktikal bagi membebaskan umat Islam daripada cengkaman riba. Sejak penubuhan perbankan berteraskan syariah yang pertama pada era 80-an iaitu Bank Islam Malaysia Berhad, sehingga kini telah terdapat lebih 17 buah perbankan Islam yang telah diberikan lesen operasi oleh pihak Bank Negara Malaysia.

Pun begitu, sehingga ke hari ini, masih terdapat pihak-pihak yang belum memahami sepenuhnya hakikat riba dan aplikasinya dalam sistem kewangan moden hari ini. Ditambah pula dengan tohmahan-tohmahan oleh pihak-pihak tertentu yang telah menyatakan bahawa perbankan Islam pada hari juga adalah bersekongkol dengan sistem riba moden.

Perkara seumpama ini telah menambahkan lagi kekusutan yang ada selain dapat merencatkan perkembangan serta kepesatan perbankan dan kewangan Islam. Perkara ini secara langsung telah memberikan kesan terhadap tahap pematuhan serta penerimaan umat Islam terutamanya kepada produk-produk kewangan Islami.

Selaras dengan perkembangan ini, Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor [PUMSEL] terus mengatur langkah menyediakan platform perbincangan ilmiah bagi merungkai persoalan-persoalan kewangan yang melibatkan hukum Syarak. PUMSEL berpandangan isu-isu yang berbangkit ini perlulah dibincangkan secara ilmiah dan telus dalam mengemukakan solusi kepada permasalahan berbangkit.

OBJEKTIF

Antara objektif utama penganjuran program ini ialah;
1.      Menjelaskan isu-isu semasa kewangan yang melibatkan persoalan dan kemusykilan berkaitan isu riba berteraskan perspektif Islam.
2.      Memberikan kefahaman yang jelas terhadap semua pihak terhadap takrifan riba seperti yang telah dijelaskan oleh Al-Quran, As-Sunnah dan pendapat ulama’ muktabar.
3.      Menjadi medan kepada para agamawan, pemain industri dan semua pihak untuk menyatakan pendapat untuk mencapai kesepakatan secara bersama.

PENYERTAAN

Seminar menjemput penyertaan dari para ulama’, intelektual, pegawai-pegawai kewangan, penyelidikan dan badan-badan NGO, agensi-agensi kerajaan dan swasta, wakil institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, wakil-wakil masjid serta orang perseorangan.

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

08.00 pg       Pendaftaran Peserta
09.00 pg       UCAPUTAMA DAN PERASMIAN

09.30     pg     SESI 1
Riba: Takrif dan Konsepnya Menerusi Al- Quran dan As- Sunnah
Oleh: Prof. Madya Dr. Abdul Aziz bin Haji Hanafi, Dekan Kuliyyah Syariah, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah
Aplikasi Riba Dalam Sistem Kewangan Semasa: Pendirian Syariah Terhadap Penggunaan Wang Kertas
Oleh: Ustaz Mohd. Nazri bin Chik, Ketua Jabatan Shariah, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

10.30     pg     Minum pagi
.
11.00 pg       SESI 2
Riba Dalam Perbankan Islam: Antara Persepsi dan Realiti
Oleh: Prof. Madya Dr. Mohamad Akram bin Laldin, Ketua Pegawai Eksekutif, International Shariah Research Academy For Islamic Finance (ISRA), Bank Negara Malaysia

Sistem dan Operasi Perbankan Islam Semasa: Tinjauan dan Ulasan
Oleh: Dr. Abdul Rashid bin Dail, mantan Prof. Madya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

            Aplikasi Syariah Dalam Produk Kewangan
Oleh: Ustaz Mohd. Zamerey bin Abdul Razak, Setiausaha Majlis Penasihat Syariah, Asian Finance Bank

12.30     tgh    Rehat/ Makan Tengahari/ Solat Zuhur

02.30 ptg      SESI 3
Isu- Isu Semasa Riba dalam Jual Beli Emas dan Perak
Oleh: Ustaz Mohamad Fairooz bin Abdul Khair, Penyelidik Bersekutu,International Shariah Research Academy For Islamic Finance (ISRA), Bank Negara Malaysia

Pengharaman Riba Serta Kaitannya Dengan Konsep Tasawwuf
Oleh: Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan

05.00 ptg      Penutup dan  Bersurai

MAKLUMAT DAN PENDAFTARAN

Konvensyen ini akan dilangsungkan bermula pendaftaran dari jam 8.00 pagi dan berakhir 5.00 petang.

Yuran Penyertaan (Seorang) :
Agensi Kerajaan, Swasta, NGO           = RM 150
Individu/ Perseorangan                         = RM 100
Ahli PUM                                                      = RM   70
Pelajar Ijazah Pertama/ Menengah   = RM   50

Pendaftaran Penyertaan :
Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 05 Mei 2011 dengan menghubungi:

Sdra. Azmi               : 013-384 0710
En Nizam                  : 012-291 1335
Pejabat                    : 03-5512 4300 / 03-5511 4301
Faks                           : 03-5511 4302
Email                         : pumselangor@yahoo.com
Website                    : http://www.pumselangor.org


Wednesday, May 4, 2011

delegatiOn from yarmOuk 2011

For the whole day, im at Yayasan Pahang with all my freinds for reception President of YarmOuk university , Dr SultOn Abu 'Urabi with his wife, Dr Manal Ehmed Hasan and Dean of Islamic Study Yarmouk University ,Dr Muhammad Uqlah Allbrahim.

Awalnya, berita tentang lawatan delegasi daripada pihak universiti yarmouk sudah diketahui pada minggu lepas lagi. Pelbagai persediaan  yang disediakan untuk menyambut hebat kedatangan pihak dari jOrdan ini, almaklumlah, grand ceremOny gitu. yelaaa, lawatan dari president of university, of cOuse la kene yang terbaik.


Dewan yayasan pahang~ tempat menandatangani perbaharui kontrak~
"A Briefing an Academic opportunities in Jordan 
and
A Singning memorandum ceremOny between Yourmouk University and IKIP College"


sOme speach from the president, Dr Sulton Abu 'Urabi

Delegasi ini hakikatnya amat penting. Umumnya ia diadakan bagi menambahbaikkan hubungan kontrak dua hala pengajian pembalajaran di dalam program berkembar (2+2) Ijazah ekonomi dan perbankan islam yang ditawarkan di ikip kolej dengan kerjasama universiti YarmOuk, Jordan.

Ikip kolej adalah satu2 nya kolej yang mendapat lesen untuk menghantar terus pelajarnya ke jOrdan melalui management pihak yayasan pahang. Terima kasih YP yang telah menaja saya dan rakan2!, tapi sebenarnya semuanya pinjaman semata2.unless kalau dapat excellent,baru boleh convert to scholarship. Doakan saya ya semua, iNsyaAllah boleh terus kekalkan muAddal(pointer) untuk terus ditingkatkan mencapai target mumtaz.


agreement yang ditandatangani oleh wakil YP ( Dato' Saariah dan Dato' Prof....)
dan wakil Yarmouk university (Dr Sulton dan Dr Uqlah) 
disaksikan oleh MB Pahang,( Dato' Dr Diraja Adnan Yaakob)


~berbahagia bergambar bersama teman2ku~
biler kamu akan fly??? hazihi sanah?..la'2!
insyaAllah sausafiru ilal urdun sanah Qadim!^-^


bersama si lileyyy n nannyyy!(jgn mara)


snap shoot before they all pulang!
cukup menenangkan tatkala berbual sebentar bersama Dr Uqlah .
Terasa seperti duduk disebelah ulama; besar. !وسيم جداُ



saat beramah mesra dengan Dr manal, She so sweet, sPorting n beauty person!
waaaa....berbual dengannya, sweet sgt! plg best time nyanyi same2 lagu negara jOrdan.
seronok betoll diye!...hehe


akhirnya! dapat take da pitca with her! ummm,,,, subhanallah cantik betol! 
tak tgk lgi mate blue diyer.=)
"uhibbu jiddan zahratul fil jilbuki!"
aiwah! saasytari ilaiki fil urdun!....
wakakakakkakaaaa,
dan2 je nak pakai tudung macam diyer niyh! hehe...

Pertemuan singkat bersama insan2 yang sungguh baik hati ini, amat mengembirakan hatiku menjadi suatu kenangan indah untuk dipahatkan dalam memori hati 2011. Semoga pertemuan kali ini, mejadi inspirasi untuk saya lebih bersemangat lagi nak balajar bertutur arabic! biya dapat sleng arabic yang betolnye! hehe^-^

the mOst influential persOn

THE 100 : A RANKING OF THE MOST INFLUENTIAL PERSONS IN HISTORY


1. PROPHET MUHAMMAD S.A.W
2. ISAAC NEWTON
3. JESUS CHRIST
4. BUDDHA
5. CONFUCIUS
6. ST. PAUL
7. TS'AI LUN
8. JOHANN GUTENBERG
9. CHRISTOPHER COLUMBUS
10. ALBERT EINSTEIN
11. KARL MARX
12. LOUIS PASTEUR
13. GALILEO GALILEI
14. ARISTOTLE
15. LENIN
16. MOSES
17. CHARLES DARWIN
18. SHIH HUANG TI
19. AUGUSTUS CAESAR
20. MAO TSE-TUNG
21. GENGHIS KHAN
22. EUCLID
23. MARTIN LUTHER
24. NICOLAUS COPERNICUS
25. JAMES WATT
26. CONSTANTINE THE GREAT
27. GEORGE WASHINGTON
28. MICHAEL FARADAY
29. JAMES CLERK MAXWELL
30. ORVILLE AND WILBUR WRIGHT
31. ANTOINE LAURENT LAVOISIER
32. SIGMUND FREUD
33. ALEXANDER THE GREAT
34. NAPOLEON BONAPARTE
35. ADOLF HITLER
36. WILLIAM SHAKESPEARE
37. ADAM SMITH
38. THOMAS EDISON
39. ANTONY VAN LEEUWENHOEK
40. PLATO
41. GUGLIELMO MARCONI
42. LUDWIG VAN BEETHOVEN
43. WERNER HEISENBERG
44. ALEXANDER GRAHAM BELL
45. ALEXANDER FLEMING
46. SIMON BOLIVAR
47. OLIVER CROMWELL
48. JOHN LOCKE
49. MICHELANGELO
50. POPE URBAN II
51. 'UMAR IBN AL-KHATTAB
52. ASOKA
53. ST. AUGUSTINE
54. MAX PLANCK
55. JOHN CALVIN
56. WILLIAM T.G. MORTON
57. WILLIAM HARVEY
58. ANTOINE HENRI BECQUEREL
59. GREGOR MENDEL
60. JOSEPH LISTER
61. NIKOLAUS AUGUST OTTO
62. LOUIS DAGUERRE
63. JOSEPH STALIN
64. RENE DESCARTES
65. JULIUS CAESAR
66. FRANCISCO PIZARRO
67. HERNANDO CORTES
68. QUEEN ISABELLA I
69. WILLIAM THE CONQUEROR
70. THOMAS JEFFERSON
71. JEAN-JACQUES ROUSSEAU
72. EDWARD JENNER
73. WILHELM CONRAD ROENTGEN
74. JOHANN SEBASTIAN BACH
75. LAO TZU
76. ENRICO FERMI
77. THOMAS MALTHUS
78. FRANCIS BACON
79. VOLTAIRE
80. JOHN F. KENNEDY
81. GREGORY PINCUS
82. SUI WEN TI
83. MANI
84. VASCO DA GAMA
85. CHARLEMAGNE
86. CYRUS THE GREAT
87. LEONHARD EULER
88. NICCOLO MACHIAVELLI
89. ZOROASTER
90. MENES
91. PETER THE GREAT
92. MENCIUS
93. JOHN DALTON
94. HOMER
95. QUEEN ELIZABETH I
96. JUSTINIAN I
97. JOHANNES KEPLER
98. PABLO PICASSO
99. MAHAVIRA 
100. NIELS BOHR

*see hOw much there are muslim??? i dun knOw wether is it true or fake. i gOt it from front page facebook my classmate. 
juz sharing tO all.=)