Wednesday, April 27, 2011

KL book fair,nantikan khdiran saye!

Sungguh tidak sabar ke sana! InsyaAllah esok pukul 5 am akan bertolak ke KL seperti yang dirancang.
Alhamdulillah terpilih untuk pergi ke sana! Bersempena hadiah oleh SOIS kepada student2 yang dapat dekan!
EducatiOnal trip yang diketuai oleh ustzah Mardhiyah ( sIfu saya a.k.a. inspirasi saya), sungguh perancangan yang disusun sungguh mantap. Katanya trip kita esok ini bukan sekadar saja2 nak jalan. tidak sama sekali! 
Tapi punya misi dan visi yang tersendiri. katanya lagi: saya dah susun jadual pack kita, dan insyaAllah antara tempat yang akan kita lawati ialah:

1) INCEIF - THE GLOBAL UNIVERSITY OF ISLAMIC FINANCE.
http://www.inceif.org/


2)INTERNATIONAL INSTITUTEOF ISLAMIC BUSINESS AND FINANCE.
http://www.iiibf.org/

3) INTERNATIONAL SHARI'AH RESEARCH ACADEMY FOR ISLAMIC FINANCE.
http://www.isra.my/

4) ASSOCIATION OF ISLAMIC BANKING INSTITUTION MALAYSIA.
http://www.aibim.com/

Mula2, terpana juga bila ustzh cakap kita nak pergi tempat ini semua, tempat impian yang pernah manjadi idaman hati di masa hadapan untuk melabuhkan keyakinan juga ingin salurkan khidmat di sana( tapi sekadar angan2 jelah), namun doakan saya ya!
mungkin ramai masih samar2 dengan akademi institusi islamic banking. yang mana cukup lengkap susunan starategi. ye, saya sedang belajar,dan terus menjadi seorang mahasiswa yang mempunyai sasaran utama untuk terus mengembangkan sektor perbankan islam ini.
kisahnya bagaimana? bagaimana boleh saya memillih kos ini? huhu,,,bagaimana ya?.
begini, diceritakan pendeknya sahajalah ep, saya tersepit antara 2 pilihan, mahu ke kOlej D&t atau kolek ekonomi ini(kolej saya sekarang). jujur,saya tak pernah beristikharah! tidak sama sekali, cukuplah kerisauan hati menyatakan pilihan untuk melangkah ke kolej sekarang ini. Saya hanya duduk berfikir juga menanyakan kepada orang2 yang terdekat juga terus linkan pada terdekat.setelah puas untuk berada  kesempitan ini, saya mengambil keputusan untuk ke kOlej IKIp dan KOlej idaman hati itu trpaksa mejadi kos lepas saya! sungguh pedih,sedih! Namun ini yang aku pilih, jalan ini jugalah menjadi titian untuk terus mengemudi sehingga sekarang. 
sedar tak sedar hampir dua sem berlalu, juga bermakna lagi setahun untuk aku ke sana! ardul kinanah~ nantikan kehadiran saya ya! begitupun setahun ini jugalah masa untuk aku bersama insan tersayang disini, meninggalakan mereka atas dasar seoarang penuntut. bak kata seniOr saya-u.firdaus: "waktu belajar ini memamg indah! kamu tidak dapat megulanginya melainkan disitu ade manfaat nya!"
begitulah kisah saya serba sedikit! berdiri di pentas dunia sementara untuk mengejar imipian seterusnya dalam himmah untuk menilai kembali tarbiyyah diri inimarilah kita sama2 mendoakan agar hati2 kita sentiasa hidup dengan cinta ALLAh, dakwah dan tarbiyyah.
dah2!panjang pula ceritanya,hehe! esok dah nak pergi,barang2 tak kemas lagi ni, oK laaaa..salam mujahadah sekalian sahabatku,pape masalah ekonomi dan perbakan islam bolehlah rujuk kepada: prof dr habibah solehah binti ramli.^-^(insyAllah,in the future! 8@10 thun lagi  mungkin?),,hehe.


jOm pakat turun jom! moga bermanfaat hendaknya.

Saturday, April 23, 2011

remembering 5 itu

salam layk duhai sekalian. MOga sentiasa dicucuri rahmat hendaknya.

Dlam mengejar kesibukan seharian, seorang muslim haruslah sentiasa ingat akan tanggungjawabnya untuk menunaikan sOlat 5 waktu, bermula subuh,zohor,asar,maghrib,dan akhirnya asar. Perkara pertama asas ditanya nanti di yaumul akhirah. ummi selalu berpesan,5 waktu ni lah kene jaga. Tanggungjawab hamba yang tidak akan terlepas walau dimana sekalipun dia berada.

Solat tiang agama! Bagaiamana ingin binakan rumah yang kukuh tanpa tiang yang menjadi satu konstraktur untuk terus gagah binaannya? Insan seperti kita juga begitu, anologikan solat ini tiang, tiang pengukur dalam kita nak bina rumah, dalam erti kata lain merupakan tunjang untuk kita menyempurnakan hari2 kita. Maka sudah pasti hidup tenang kan menyapa mereka yang ikhlas melaksanakan ibadah pada tUhan.




Namun suasana berbeza! berbeza bila hari2 aku di kOlej. Dalam beratus-ratus student kat kolej, kondisi surau tetap begitu. kadang suram begitu sahaja. Tidaklah berniat untuk menuduh mana pihak yang  mungkin meninggalkan sembahyang. Namun inilah hakikat! tak tersangka juga. Semalam baru saya berbual dengan member asrama. rapat2,kadang berbual2 kosong, sambil itu, saya bertanya: sOlat cam ner? pernah tinggal?
mUlanya terdiam juga. jawabnya: "bib..... semalam pun tak penuh. busy!tak dan! subuh lagi tak terbangun".
Apa pandangan anda? Saya hanya tersenyum. nak marah pun, aisyyhhh taleh2! um,sedikit nasihat yang aku kongsikan padanya " awak, hari2 kita kadang amat busy, kita hamba. tiada tempat yang berhak mengadu melain padanya. Solat perlu dijaga, lepas ni try untuk solat walau sebusy mane.bib akan terus sokong awak ok? hidup kat kolej ni mesti pandai arange masa.". Sya berharap sedikit ini, meransang dirinya .

beginilah, saya petik dari blog orang lain, antara 8 tips menjaga solat kita:

1) Tingkatkan kesedaran tentang peri pentinya sOlat.
2) Berkawan dengan mereka rakan-rakan yang sentiasa menjaga solat.
3) Lets lawan nafsu sedaya mungkin. fighting!
4) Ingatlah ganjaran pahala orang yang menjaga solat.
5) jangan tido lewat taw! nanti senang la nak bangun subuh.
6) Ingatlah mati.
7) set kan minda, time nak masuk waktu sembahyang , kene sembahyang dulu ni.
8) Akhirnya, doa pada Allah mohon hidayah dan kekuatan.

ok.=)



Tuesday, April 19, 2011

coP! nak pilih kanan cOp!...

salam alayk semua sahabat2 yang dirahmati,mOga hidup hari ini disinari sinaran cahaya Illahi hendaknya.

Setiap insan ada putaran kehidupan masing-masing. Semakin hari bertambahlah usia kita bermakna semakin hari umur kita semakin dekat dengan titik kematian yang kita tidak tahu bila waktunya. Kata2 pujangga ada menyebut, Orang yang bijak ialah selalu mengingati mati. Maka bila cakap pasal mati,addoIIii....takut! seram! gelisah! Apakah selama amalan umur kita ini cukup untuk mendapat keredhaannya? Apapun marilah kita memohon pada yang maha eSa agar diberi hidayah sepanjang waktu dijaga iman kita kita biarpun dikala waktu apapepun.....janji tidak menyimpang daripada penyelewangan aqidah. Nauzubillah!

Semalam seseorang berbual bersama, berkongsi bersama sedikit cerita2 yang mendekat diri dengan Allah.
tengah2 bual, Adalah satu pOint yang saya tersentap!(waaa...da macm terlupe kot)..dia cakap, kita kat dunia ini,ada dua pilihan... menjadi 2 gOlongan,samada-
 1) Taat kepada Allah(yakni beriman padanya), - Golongan kanan
 2) ingkar +kufur dengan Allah.-golongan kiri.
Maka,hidup kita,hidup yang sementara ini, tiada selamanya melainkan di Yaumul Akhirah, hendaklah memilih Standard pengukuran mana yang menjadi pilihan hati untuk kita abdikan dalam diri. 

"yaitu goolongan kana, alangkah mulianya golongan itu,(8). 
dan golongan kiri,alangkah sengsaranya golongan kiri itu (9) "
surah Alwaqiah : 8-9

oleh itu pendeknya umur kita,haruslah diisi dengan perkara yang bermanfaat juga berfaedah. =)

Saturday, April 16, 2011

bahagia bersama mereka

assalamualaikum semua.

Maaf. Entah kenapa hilang tangan untuk menaip di alam maya ini. Apa punca pun tak tahulah. Idea dalam otak ni punya lah berlambak.time nak tulis mulalah terkapai2 tak tauw pape. Macam tunggul jer. duk maen pusing2 pensil je lah...
hehe, Teringatlah.Post dulukan cakap pasal rindu kat family.entahlah kenapa,terasa sangat lama tak balik rumah,even member2 cakap,muka bib la yang sOkmo2 balik umah. Rumah dekat pun nak risau,calling2 mama. pelikkan2,padahal time fOrm 1 hingga fOrm 5 dulu tak pernah pula keruan hingga tak tentu pasal tak balik umah.

Sekalipun nak dikatakan manja,hakikatnya hanya tuhan yang lebih mengetahui. Sementara waktu yang ada di Pahang ni,baik saya habiskan waktu weekend bersama  family tercinta. Sedar tak sedar dah tinggal setahun je lagi(Wallahualam). Saat aku bersama adik2 kesayangan yang allah kurniakan,sungguh aku manyayangi mereka. Everyweek,adik saye,SAid akan tanya: Kaklong ade sumthing tak for adek?...hhehe,saje nak suh saya engat kat diye..hehe..^-^

Nikmat yang diberikan ini,haruslah kita syukur dengan sebaiknya.Dalam dunia ini,Ada Allah uji dengan pelbagai cara.tak pasti dengan apa,namun yang pasti setiap insan ada cObaan dan kekengan. Untuk itu,sbarlah ubatnya,kerna kita tak mengetahui di sebalik kekhilan itu tersilat indahnya. Yakinlah tuhan susun yang terbaek buat kamu semua.=)....

Thursday, April 14, 2011

tabir Allah atas kaum muslimin

salam alayk semua...
sekadar sedikit perkongsian di malam hari ini. sungguh melalui detik2 kehidupan yang penuh cubaan...
namun sifat tuhan yang pengasih sentiasa tidak terlepas pandang pada hamba-hambanya.

"Daripada Shafwam bin Muhriz al-Mazini berkata,:
"Ketika aku berjalan bersama Ibn Umar r.a. bergandingan tangan, 
tiba-tiba seseorang menghalang seraya bertanya:
'Bagaimana anada mendengar Rasulullah s.a.w. berkata tentang al-najwa  (bisikan).'
Dia menjawab: ' Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
" Allah mendekati hambanya lalu meletakkan tabir-Nya atasnya dan menuturinya lalu berfirman,
'Apakah kamu mengetahui dosa yang demikian,
apakah kamu mengetahui dosa yang demikian?"
'Dia menjawab: ' Ya,wahai tuhanku .'
Hingga ketika dia mengakui dosa-dosanya dan menyangka bahawa dirinya binasa,
Allah berfirman: 'Aku menutupi kesalahan-kesalahan didunia dan mengampuninya
untukmu pada hari ini.'Lalu diberikan buku kebajikannya."
"Adapun terhadap kaum kafir dan munafik, 
para saksi berkata, 'merekalah orang yang mendustakan Tuhan mereka.'
Ketahuilah bahawa laknat Allah tertimpa atas kaum yang zalim."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

*dipetik daripada majalah sOlusi*

Monday, April 11, 2011

saya hOmesick

seminggu berlalu.Hanya suara mereka yang kudengar!
Rindu untuk melihat wajah2 yang memberi semangat kepada diri ini.
Merupakan inspirasi buat diri ini.
Sungguh aku rindu mereka.;(
Ah,sekejap sahaja! baru seminggu aku tidak berjumpa bonda serta ayahanda tercinta.
Namun hati ini begitu merindui mereka...
YA,Allah...allahu salimna bil afiathh..

i.s.k.

Memulakan entri kali ini kesyukuran juga kegembiraan.Alhamdulillah. Baru usai makan jamuan nasi impit yang dibawa shbtku makteh,gelaran special buatnya(gaya nya tak ubah macam mak kami2)hehe. Enak benar kuah kacang yang dibuat bonda makteh, yelah: katanya,lama sudah dia tidak pulang ke kampung halamannya. Maka begitulah gelagat setiap bonda2 kan? Pasti ingin memberi anak2 nya merasakan masakan mereka. *ummi:kakak rindu masakan mama!=)*

Nak cerita pasal I.S.K la ni. Apa itu i.s.k. ye? ada orang yang tahu ke? hehe.Ceritanya begini,Alhamdulillah hari sabtu dan ahad minggu ini,saya menghadiri seminar Ini Sejarah Kita! ada ke sape2 yang pernah join prOg sebegini? Mesti ada kan? I.S.K. mengisahkan kronologi sejarah2 dari dahulu hingga kini. Bermulanya manusia pertama Nabi Adam,maka bermulalah cerita sejarah kita.

Apa sejarah itu dan apa kepentingannya? Mengikut kamus sejarah itu: sesuatu fakta yang terjadi dan padanya hendaklah berserta buukti untuk membenarkan setiap kejadian tersebut. Seterusnya kenapa ya kita perlu mengkaji balik sejarah ni? Adakah ia akan berulang? Atau sekadar cerita2 dongeng yang dicipta serta direka dan kemudian kita pun senang2 jer percaya macam yang kita belajar dalam buku sejarah Form 1-form 5 itu?

Pernah tidak kalian terfikir mengapa kita pulun2 belajar sejarah masa fOrm 5 aritu? untuk sPm kan?hehe. Ya! jujurnya saya minat sunjek sejarah.Ish best lah, nak2 lagi time fOrm4 n fOrm 5. Tapi apakah ia semua benar? betolke ade zaman peolitik,mesolitik,neolitik dan logam seperti yang didakwa pakar2 sejarah? Wallahualam. Namun di dalam ISk,ia telah membukan sedikit mata hati saya.kRonolagi sejarah dari zaman dahulu kala sehingga kini.InsyAllah sumber ini benar! sungguh benar!Subhanallah.
Sabda nabi: "Sesiapa yang mahu Allah berikan padanya kebaikan,
maka perlulah faham dan mahir dalam agama ini!"

Maka dalam konteks ini, kita hendakalh faham bahawa ada setengah yang kita belajar selama ini hanyalah cerita dOngeng yang direka oleh sistem evOlusi yang tujuannya,hanya ingin memesongkan fikiran kita serta memutarbelitkan fakta sebenar agar hakikat sejarah islam jauh dari fikiran kita. Sungguh 2 tahun yang lalu,saya tertipu!Suatu ketika dahulu sejarah yang tercatat dalam buku itu telah menarik daya fikiran saya kearah memikirkan hebatnya barat dalam mengevOlusikan sejarah ini.Wah hebatnya mereka menjumpai satu demi satu hasil dari galian serta manuskrip serta teknologi pada hari ini. Ah,itu dulu! Selepas manghadiri ISK barulah saya mengetahui hakikat disebalik semua itu.

Sejarah islam ini bermula pada zaman nabi ibrahim,(Al-baqarah :132). Diteruskan sampai lah nabi Muhammad. sIrah nabi yang menceritakan 1001 satu verita hebat lagi menarik. Tinggak kita je yang kene rajin bace2 sirah itu, Sirah penyebaran iSlam,perjuangan sera suka duka nabi dalam usaha menegakkan dawah selma 23 tahun di makkah dan madinah sehingga ianya tersebar luas kini. Hasilnya lihat hari ini, SYukur Alhamdulillah islam sampai kepada kita. Setelah baginda wafat, dakwah diteruskan oleh Khalifah2 pada zaman Khulafa' Arr-Rasyidin,Zaman ummayah,zaman Abbasiyah,serangan monggol, pembukaan kOta cOnstantinOpel, zaman turki uthmanaiyyah dan sehingga kini....abad 20....




(lihat dan perhatikan graph ini!)

Namun,nampak tak kat akhir sana tu. Graph menurun! omg! kenapa?? islam da mundur ke sekarang? dimana kekuatan ummat islam sekarang? Apa terjadi pada ruh semangat islam sekarang? YA! di Malaysia sendiri, pelbadai macam tragedi yang bad melanda di malaysia. gaya hidup yang tidak mengambil islam sepenuhnya seperti yang ditetapkan garisan yang sebenarnya. Islam hanya diatas kad pengenalan. Hilang sudah segala keizahan menjadi seorang muslim.Lari sudah dengan hakikat dan tujuan pengabdian pada yang maha esa.
Terus ditipu oleh mimpi ulikan duniawi yang sementara ini.Moga Allah memberi hidayah kepada kita yang mengetahui...ohh..emg la susa nak jihad diri.nak2 lagi dengan si Syaitan yang sokmo2 dok ngusik hasut kita op?....bahkan dengan faktor nafsu,nak2 org macam saya,haha!yang kat umur remaja2 ni..woohh...lagi sukar!

Walaupun begitu sahabatku sekalian, kita bisa melawan semua itu. ingat lah pengakhiran kita nanti adalh pada titik mati yang tidak diketahui waktunya. Usah gentar,usah lemah, Bangkitlah! garaplah alat duniawi untuk capai matlamat maradhOtilllah yang hakiki. Saya beri kalian contoh ye: cam ni, dalam konteks belajar la kan.! wahh...sumer nak dapat pOinter tinggi kan? nak dapat a+ plus plus lagi. owhh..nO hal la...boleyh la sumer tu.yang penting USaha! yang penting perlu diingat belajar itu bukanlah matlamat kita. tidak matlamat kita untuk berjaya! tidak! namun ia ALAT untuk berjaya kerana setelah kita berjaya,matlamat utama MAradhotillah kita akan tercapai.=)boleh kan?..




oK! tO be continue! best dapat kenal ramai kawann=).
semoga Allah meredhai segalanya...

Saturday, April 9, 2011

Bisakah ku capai impian itu???

Permulaan yang sukar

Hari ini terdetik untuk saya menulis lagi. Terus menulis dan cuba tanpa mengenal erti putus asa. Biarpun bakat dalam bidang penulisan ini makin berkurang berbanding suatu ketika dahulu ketika zaman persekolahan menengah dahulu. Benarlah kata2 pujangga, pisau yang tidak diasah manakan pula akan tajam.
Hal ini boleh dikaitkan dalam penulisan ini juga. Baru tersedar rupenye dah lame tak asah bakat dalam penulisan. Dahulu,Cikgu BM saya, Cikgu Mad Saad banyak bagi dorongan kepada diri ini, sampailah boleh terpOwer sikit dalam subjek penulisan ini. Sehinggakan saya pernah mendapat gelaran the one yang suke buat ayat bOmbastik. Ish2 dashat!hehe

Jauh lagi rupanya

Soal penulisan ini bisa diungkapkan. Idea yang lahir dari fikiran seseorang dan terus diterjemahkan dalam penulisan. Tidak heranlah bila seseorang itu pabila dilamun cinta,boleh menghasilkan ayat2 cinta yang cukup kagum buat si penerima cinta itu. Ini hakikatnya kerana perasaan yang membuak-buak dalam diri itu menjadikan dia ingin menzahirkan cintanya itu biarpun segala badai melanda, ia turut tegar dalam cinta dunianya itu. Begitulah dalam penulisan juga. Hadirkan hati dalam penulisan ini. Terus untuk fOkus apa yang ingin disampaikan,dan kemudian rangkumkan ia sekaligus. Saya,jujurnya minat bidang ini dari keci lagi. Namun perjalanan ini mengajar erti penulisan itu. "Jauh lagi rupanya",detik hati kecil ini.Waktu kecil dahulu,minat untuk baca karangan hasil karya sendiri,biarpun berjuta kali sekalipun. Teringat pula pada Muallimah nOrhashimah. guru pakar BM time darjah 6 dulu....rindu padanya...

Bangga melihat kalian

Petang tadi lecture dibatalkan,namun bas untuk pulang awal ke hostel.niat itu terpakasa dikuburkan begitu sahaja,ini kerana bas yang ada hari ini pulul 5 pm shj. Namun sekarang baru pukul 2.30 pm. Ah! lambat lagi. What should I do?Biasalah,waktu dihabiskan untuk perap dalam library kolej saya la... Bahan utama yang menjadi tatapan hati ialahhhhhh~~~~~~ newspaper!hehe...bace je,kate nenek saya ,surat khabar ini wireless @ connection hidup. Power tak nenek saya.?hehe.hari2 mereka akan beli surat kahabar! itulah kalu time kat kampung hari2 la kene baca surat khabar!kasi nampak intelligent sikit(jht tak? tunjuk baik kat depan nenek)..hehe..
Apapun,yang penting informasi dalam surat khabar tu. Ada suara-suara yang kate,tak yah cayelah surt khbr-tipu je semua itu- tiada makna- nak tipu @ orang je n so on la. Biarlah,namun aku tidak jemu2 untuk terus membaca connection itu. At least,pelbagai isu baru dapat kita tahu.tak lah duduk bawah tepurung sangat,
Back to my sTory ptg td, habis bace surat khabar. tibe2 ambil majalah anis kat depan mata. belek2 baca dari helai ke helaian yang seterusnya. Jumpa lah artkel si adik kecil yang mengkagumkan hati ini. Menghasilkan novel tika umurnya baru 14 tahun,tercabar jugalah hati ini. Namun, akak bangga dengan usaha kamu Nurina Izaati...ini blog nya. Lihat sendiri kamu berdiri,memberi inspirasi buat akak. Moga kamu berjaya ya..^-^

Berusahalah dengan semampu

Akhirnya usaha dan terus berusaha. Bisa atau tidak itu urusan illahi. Yang penting dan utama kita mencuba yang terbaik buat diri ini. Mungkin ia mengambil masa untuk kembali aktif seperti dahulu. Mama selalu berpesan, Penilaian yang tinggi disisi Illahi ialah usaha. Biarpun dapat berapa pun dalam result kak lOng,yang penting usaha dan akhlak. Ma always remember me about it. Thanks ma...luv u! Salam maju jaya semua...=)

*farhah: this is my first trying! is it okay??hehe
*mama: Sory cannOt back hOme dis week! miss u all my mOm dady n adek2. alaaaa~sory adek,irah n abg mi. Kaklong tak balik minggu ni!=)..
(yeah! i can dO it!)

Thursday, April 7, 2011

*senyum itu*

Maha Suci Allah yang terus menciptakan kita,Terus menerus mengurniakan nikmat untuk terus menghirup oksigen segar tanpa sebarang kesulitan yang mendalam. Rasa syukur sangat akhirnya,aku dapat nak jumpa keybOard letttOp ni, mahu coretkan sesuatu yang  baru buat tatapan hati ini,biarpun agak penat di semenjak dua hari ni. jadual pack! fuLL! heheee...

Dalam melayani kesibukan ,lelah juga penat itu,seseorang mendatangi saya....
"Kak maiii....." jerit nya~ saya membalas:"YEeee dikkk maiii syg....."!
Wah senyumannya cukup mengembirakan hati ni,melulukah segala resah,penat dan lelah. Sungguh ia hilang! 
Hadiah senyuman itu sering aku inginkan. ye! kami sahabat sahaja.umur pun sama je...tapi special nye.tetibe termuncul panggilan dIk mai buat nya,dan kak mai buat saya. indah tatkala bersamanya,walaupun kak mai tahu dik mai salu busy sekarang dgn kerja mPp...kadang sian tgk dik mai tidO lmbat2 duk siap kertas kejer ni la..itu la..sOry ea...papepun kak mai dOa, setiap usaha dik mai dinilai disisi Allah...

Fokusnya bukan nak cerite pasal kisah2 saya itu sahaja. Namun hakikat yang perlu diketahui umum bahawa senyuman itu pengubat kedukaan juga keresahan jiwa. Kadang seharian dipenuhi dengan kerja kendiri sehingga mendatangkan tensen dan ketidaktentuan di lubuk hati. Maka senyumlah antara ubat paling mujarab.

Dalam mana mana etika organisasi, banyak mementingkan sOal senyum itu. Hatta dalam konsep islam sendiri mengalakkan penganutnya untuk bersenyum. Senyumlah 2X!...*ahaa teringat lagu raihan la pulak*..
'senyum itu sedeqOh.' sedeqah yang lahir dari nurani ikhlas juga tulus pasti mampu membawa pantulan hebat kepada si penerima.

Tambahan pula, kalau nak diikutkan kajian saintifik, senyum ini dapat mencergaskan otot muke,mengelakkan dari kemurungan,juga salah satu kaedah untuk dapat awek muda*best2!* heeeee....banyak kelebihan senyuman bila kita semua amalkan bukan sahaja untuk kebaikan diri,keluarga malah masyarakat komuniti hari ini.InsyAalah..salam ketemu lagi ya sumer!....^-^


Sunday, April 3, 2011

kOmpang di chini!

salam alayk li jami' sOdiqi.sObahunnur,wa insYa3llah tushbehna ala khOir kulli ahadin...
Alhamdulillah,kalimah yang tidak terhingga dipanjatkan setiap hari,dikurniakn bertubi2 nikmat sehingga kini. Dari saat ke saat,minit ke minit,jam ke jam,hari,ke hari,minggu ke minggu,bulan ke bulan dan seterusnya. Pencipta yang masih menghidupkan kita dalam rOh islami yang cukup istimewa dijadikan sebagai wadah seharian dalam hidup kita.

Semalam,saya berkesempatan menghadirikan diri ke sebuah majlis di Chini. Majlis Perjumpaan PIBG SMK Chni 2.terkejut tak?? tetibe jer saye pergi majlis ni,nak kate cikgu bukan,nak kate saya pernah jadi murid di sekolah itu,lagi lah tidak jugak. Nak dijadikan cerita, Kami membuat rOmbongan,rOmbongan untuk memprOmosikan kOlej kebanggaan hati naluri saya KTD! sentiasa tersergam indah di mata hatti saya.

Saya bersama rombongan Pc BAshir, pC razali MaarOf,ustaz zul KTD,k mun,n farhah. Pergi dengan tujuan untuk mempromosikan kTd lah memandangkan rata anak2 felda chini di sini agak ketidaktahuan akan pentingnya ilmu di masa hadapan.dengan niat memberikan pendedehan serba sedikit akan jalan masa depan kepada mereka.

Namun segalanya bertukar, 360 darjah. pusing!..tahu kenapa? sampai2 rombongan kami disana, kami disambut meriah! aiseymannnn...meriah sangat kOt.dengan kOmpang nyer.saya yang duduk kat berisan belakang pak cik2 tu...cehhhh buat2 la macm orang besar jugak (padahal malu nak mati). Takpelah,farhah kate,pengalaman bib! At least pernahlah jugak orang sambut mcm ni kat kiter.Padahal tumpng sekaki je pun.

Seusai pihak sekOlah menjemput kami menikmati hidangan jamuan ringan pagi itu, kami diiring untuk ke masuk ke dewan ibnu khaldun SMK Chini 2 itu, untuk majlis peramian hari mesy agung pIBG n hari kecemerlangan mereka. Pc Razali yang jadi perasminya, waaaaaa..dier punye talk,sungguh mantap! setaraf lah ngan pM kOt.iNsyAllah. Bak kate k mun, Pemimpin beginilah islam mahu lahirkan. yang prOfesional seiring mampu terjun dalam kOmuniti masyrakat agar roh islami turut dirasai sedalamnya.

Dalam bicara pC razali, Point yang ditekankan sOal kekeluargaan. Dikhabarkan berkenaan stastik jumlah anak luar nikah yang dikeluarkan oleh JPN pada 2000-2008 iaitu berjumlah 257,093 orang! MasyaAllah. Ramai2,memang ramai! Apa sudah terjadi dengan anak muda sekarang? Apa puncanya?Apa silap ibu ayah yang mendidik? Apa silap guru yang yang mengajar?dimana silapnya? ini masalah UMMAH katanya.

saya tersentap! memikirkan cOrotnya remaja kini.hIdup berfoya2,tiada matlamat,diri begitu mudah dijaja. sOal nya? apa puncanya ini? jawabnya: CINTA. kuasa cinta sungguh hebat!lebih hebat dari kuasa eletrik! menerkam perasaan pasangan nan indahnya cinta itu. Namun pabila saat sudah terlanjur, semua lepas tangan. sang lelaki dengan egO nya tidak mengaku,akibatnya,sang perempuan itulah terkapai. tersempit antara pemikiran mahu digugurkan atau diteruskan.

Inilah hakikat.hakikat kehidupan sekarang mendepani kekangan2 yang tidak tahu akhirnya dimana. Sedih juga takut hati ini, marilah kita sama2 sentiasa memohon agar Allah sentiasa memelihara jiwa2 remaja kita,agar terus thabit dibawah pelindungan nya,jAuh dari maksiat.segala maksiat !

Jadi apa perlu buat? sedikit pandangan hati ini ingin dicoretkan disini. jOm2! Lets kita refresh balik zaman RAsulullah. Rumah dijadikan institusi pendidikan. Segalanya dipelajari di situ, bagaimana peranan baginda sebagai ayah,sentiasa menjadi suri tauladan hebat yang secara tidak langsung telah menjadi rOle mOdel di mata anak2 baginda. Sedankan isteri2 baginda juga, pasti hikmah dalam setiap perkara. iSh best nye! aku impikan begitu ! wOooaaa..ok2! nak jadi gitu gak laaa...(berangan biler aku didik anak2 nanti, Moga allah mmberi keberkatan kpd mujahid2 itu nnti) ameennn=)

Akhirnya. teringat firman Allah dalam quranul karim: "Peliharalah dirimu dan keluargamu ari api neraka" .
Cukup kah kita bersiap untuk menyelamatkan mereka? atau sekadar membiarkan insan sedarah daging dengan kita dimamah api neraka Allah(nauzubillah). jOm la... mari lah kita sama2 tingkatkan usaha agar dari hari ke hari kita dikurniakan Allah segala macam kekuatan jasad dan rOhani. mOga Allah redha kalian.