Saturday, January 29, 2011

:: begitu riang mereka ini ::

Seminggu berlalu,alhamdulillah aku dapat manfaat 
cuti sem seminggu ini bersama mereka2 ini...


[ini time assembly hari isnin.....time niyh aku duk kat blakang,tengok budak2 ini,
terasa diri ini kembali muda,teringan nak jadi bdak skolah rendah yang cumill2 gtu..hehe]



[ahaaa,,,tgk la tu,bdak2 kecilll,yang laen ckit tu,pRe-schOol..,khusyuk dgr cikgu cakap,
smpi da teselamber jer duduk cam tu,bOring agaknya,.hahaha]



{barisan pengawasss....-4 dr kanan,that my lil brO.'abbas salimi'...
ahaaaaa,first skali aku nak gelakkan diyer hhahaaha,,
sowy la adekku kakakmu gelakkan kamu,,,hua3..
sbb aper??...sbb diyer jd ketua pelajar tahun nihh,,,hahaa,,
first time aku tahu,emg tak percye...siyus ase cam salah je ape yang aku dgr,,haha,,,
tapi,aku yang salah kowt,maybe the mOre we live,the mOre we have to survive
 and da impOrtant upgrate our creadibiulity...
ahaaaa,,,papepun, kak lOng doakan abg mi,berjaya,mampu menjadi seorang pemimpin yang mantap,
berjaya dunia akhirat,n yang penting sekali,menjadi anak yang soleh,
menjadi seorang yang kuat teguh menempuh segala ujian,,,,,,,


pelajar putera,,,,


 pelajar puteriii...

ahaaa...ini bersama anak muridku,,hahaa...sumayyah namenye...


ini juga...anak muridku,
muallimah dOkan kalian berjaya didunia dan diakhirat,
waaa,,,,belajar elok2 taw,,,huhu

kenangan yang cukup indah bersama kalian,anak2 muridku...
maaf la,kalu muallimah ni garang sangat...tapi garang ker???hehe...
swOnok jgak ngajar budak2,walaupun pahitnya begitu terasa...
terpakse terjerit sana sini demi menTENTERAMkan keadaan,,espclly.drjah stu,,,
wowww,,,selambe je time aku ngajar,ader 2 orang budak tu maen bola kat blakang...
adoi,,,,anak murid yang sungguh aktif tol...

dedikasi Khas buat anak murid putra n puteri......
mari kita sama2 punyai impian seprti ini ya....




the last...
gud luck n all da bez kpd semua ya...
muallimah syg sumer,in memOry jd guru kelas 4 ali...haha

see u all later...=)

Thursday, January 27, 2011

:: setapak aku melangkah ::


Sedar atau tidak,cuti yang berbaki hanya tinggal 3 hari shj lagi. ummm, esOk da nak register 4 da secOnd sem...cepat nya masa berlalu..ada apa yang aku dah buat selama cuti 2 minggu ni??.. jap ea...(nak refresh balik)...^-^ first week - stay at hOme jd fully ammah,, then then secOnd week -  alhamdulillah dapat la skepeng experience jd cikgu. cikgu apa??...heehe..jd muallimah ganti selama seminggu di SERIA.

ahhhaaaa....syukur jgak la,mcm2 pengalaman dapat taw,um almaklumlah bila da jd cikgu,sekolah rendah pulak tu,macam2 hal terjadi nya...nak2 lagi kalu time kelas dengan bdak darjah satu..ya Allah,cumilll mmg cumill tiut miut gtu...tp nyer..kalu yang hyperactive niyh,berbuih aku nak jwb soklan dye, nakal la,mls pun ader,hok jnis bnyk maen lgi ade...terfikir jugak,mcm mane la cikgu2 yang len boleyh tahan n kawal??...

then,seorang mak cik tanya pada aku." bib mcm ane stkt ni jd cikgu??" aku membalas: "ya Allah,tak larat....penat jugak lah...ni pun da hilang suare, cik tOn...um..taubat ase cam tanak jd guru...penattt!!ngeeEEe"... lalu dia membalas.." sesungguhnya penat seorang guru itu terbalas la bib,sampai akhirat pahala itu dihitung,disub2 n then last skali ia akan ditotalkan. guru kerja mulia,maka beruntungkah sesiapa yang menjadi guru...tak mudah untuk menjadi guru,kesabaran dan ketulusan itu kuncinya. kerana akhirnya kita akan tersenyum riang tatkala melihat anak didik kita berjaya tinggi menggapai cita2 mereka.." aku terfikir ada benarnya apa yang dikatakan cik tOn sbentar td. memang menusuk kalbu.

guru insan mulia,mendidik kita dari kecil,payah nya mereka mengajar,memberi ilmu...(ye lah aku dapat rasai),walaupun hanya seketika seminggu ini.,,,sungguh memeritkan....TAPI.....sungguh tinggi nilainya di sisi tuhan,mereka yang berjuang memberi ilmu kepada insan seawal usia lagi,,kepada insan cilik kecik2 yang macm2 pe'el sorang2...hehe.,,,
= moga ALLAH membalas jasa kalian wahai guru2..guruku...{tadika al-ulum,sr irsyad, smakl n the futher ikip n yarmOuk uni}....syukriyyaa wa tusbeih na ala kheirr kullluu abadan abada...

aiipp,,,da melangkau jaoh la...aku nak ceriter, yang esok da nak msuk sem 2...haha...tersasul abes...
um papepun, menjelang esok,i've tO be seriOus student(alert to da studying n alsO tarbiYYAH),mama salu pesan,jgE hati,jge iMan...AyyyOo,sbb still aku wat dunnO jer. aku rase mcm nak tingkatlah,,,nak uP kit,tok seyh dah sLow2 gini,,,(frhah,plz help me k!,thnx shbtku,mOga Allah meredhai uKhuwah ini,-syukran jd pneman aku ke situ2 n sini,luv u!!moga succceee ea kamUUoOOO!)- have tO reneW ur PAradigmSe,,,plez sgt2,to sake u K!!!,,,^-^ chaiyOOk2!

see u later =).<3


Wednesday, January 26, 2011

~pantas~

bismillahhirahmanirahhimm...

situasi A : "cepat tol masa berlalu, nak wat bende lain pun tak cukup,penat dah  niyhhh...arghhh,x ckup mse!"

situasi B : " weh,boring nye ari nih?? pesal lah lambat sgt niyh masa berlalu, bru pukul 9 pg rupanya..."

Pernahkah anda mengalami situasi sebegini rupa? keadaan di situasi A atau situasi B? realitinya dua2 keadaan diatas adalah normal dalam kehidupan manusia. bagi insan yang mempunyai banyak waktu lapang atau waktu kosong yang tidak digunakan untuk membuat sesuatu yang bermanfaat, maka ia berada dalam situasi B.
berbeza pula yang sentiasa sibuk dengan kerja2,memikirkan sesuatu inisiatif yang ingin dibuat agar waktu lapangnya dihiasi dengan perkara2 yang berfaedah dan manfaat, maka ia berada dalam situasi A.

hakikatnya, kita manusia, mestilah mensyukuri nikmat masa yang terluang dengan sebaiknya. dipenuhkan dengan sesuatu yang berfaedah juga berguna.. teringat satu hadis:


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
 “Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, 
lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.” 
(Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)






Lihatlah rasul mengingatkan kepada kita kenapa pantasnya masa berlalu, kenapa kita perlu rasakan apa yang pantas itu perlu untuk dinilaikan kembali. ini kerana 5 perkara ini sungguh bermakna dalam hidup kita.
maka rebutlah 5 perkara itu ya semua..sama2 kita rebut....hidup yang kita lalui ini jangan disia-siakan.

*=)* rindu diyaaaa.....


Saturday, January 22, 2011

~meja bulat dan keselamatan makanan~

Kenapa MEJA BULAT & KESELAMATAN MAKANAN???

Pernahkah anda mendengar 'meja bulat'? yang sering dikaitkan dengan satu perbincangan untuk membincangkan satu2 isu walhal  isu itu kecil sahaja bermula di warung kOpi hinggalah ke dewan parlimen.bukankah begitu? isunya meja bulat tak kira dimanapun pasti membincangankan permalasahan yang timbul dek lemahnya sesuatu aspek atau  prOses pembaikpulihan aspek  tersebut serta pengumpulan beberapa idea baru yang interaktif.

Pasti terkejut bukan kenapa saya membicarakan hal meja bulat ini,,??...kenapa agaknya...?
Begini,sebentar tadi,saya berkesempatan mendengar perbincangan beberapa ilmuan hebat dalam rancangan meja bulat di astrO awani-tV show (501)di saluran astro. Rancangan ini memang tidak kurang ransangan nya pada saya khususnya,(almaklumlah setelah menjadi mahasiswa dalam bidang ekOnOmi ini,saya sedar perlu lebih aktif dan peka dalam memahami kondusi ekonOmi macroeconomics n microeconomics ^-^heee).



Meja Bulat 8.15mlm ini bersama Suhaimi Sulaiman telah membincangkan mengenai ‘MENANGANI KESELAMATAN MAKANAN’ bersama tetamu-tetamu di studio : Datuk Mohamed Shariff Abdul Aziz (Ketua Pengarah FAMA), Datuk N. Marimuthu (Presiden FOMCA), Prof. Dr. Fatimah Mohamad Arshad (Pengarah Institut Kajian Dasar Pertanian & Makanan, UPM), Haris Fadzlah Mat Ali (Presiden The RIGHTS) & Syed Akbar Ali (Penganalisis Ekonomi). wooo...-hebat bukan??,pernah juga laa terlintas dalam fikiran,satu hari nanti nak jugak jd mcm mereka ini,disamping mahu kembalikan aura islam dalam setiap sudut,insyAllah...=)


=camtula...pasni sape yang minat,boleyh la tgk shOw ini,every friday at 8.30-9.15 p.m....di saluran 501,Astro Awani,berita segenap dimensi..

Menyentuh diskusi "Menangani Keselamatan Makanan", first of all,we have to understand the law and the stastistic of supllying and demanding in a cOuntry. Secara umumnya,kita akan dapat saksikan permintaan akan terus meningkat dari hari ke hari,dan semestinya dengan peningkatan permintaan,jumlah penawaran juga akan meningkat bagi mencapai titik equilibrium yang selari antara demand n supply tdi,sO that no surplus or deficit was occured in a periOd of time.

Juga dewasa ini,dapat kita perhatikan kOndusi ekonOmi yang tidak stabil dan tidak menentu. isu kenaikan harga barang kian hangat dijadikan bahan sajian media massa,walhal bagi sudut pandangan saya,ia sebenarnya sedikit sebanyak telah menganggu ekonomi keluaraga yang berpendapatan sederhana juga rendah khususnya. tidak pada itu,isu subsidi juga isu sorok2 barang antara  polemik besar di negara kita. 

Hal ini bertambah sesak tatkala bnyak kejadian2 aneh yang dijadikan Allah(sebagai peringatan) ex:earthquake,banjir besar,taufan tornOdo,kemarau dll. Dari sudut ini sudah kita dapat lihat apabila ketidaktentuan bencana ini melanda di bumi ini, sebenarnya ia menjejaskan sektOr pertanian yang menjadi faktor kekangan sumber bagi kayu pengukur; keselamatan makanan itu tadi. 

Saya berikan anda gambaran latest yang hOt,iaitu isu bawang,Ok....Umumnya, negara India adalah pengeluar terbesar bahan pelengkap makanan bawang ini. Kaitannya,mengapa harga bawang meningkat?...ini kerana ketidaktentuan weather disana menjadikan tanah untuk dihasilkan bawang disana tidak seberapa aktif dan subur untuk penghasilan yang maksimum serta efektif. Akibat dari kekangan Weather ini,dapat dilihat kurangnya pengeluaran bawang,maka jumlah yang dapat diimpOrt ke nagara kita semakin berkurangan...oLeh sebab itu, harga bawang pun meningkat kerana jumlah penawaran yang ditawarkan minimum sahaja sedangkan permintaan tidak pernah berkurang malahan sentiasa bertmabah. Kita juga dapat lihat dr sudut aspek produk lain,pilot  ceritanya sebegini rupanya juga.


Maka penyelesaian idea yang dilontarkan dalam sidang meja bulat ini, antaranya kerajaan khususnya perlu tingkatkan r&d.serta banyakkan peruntukan untuk sektor ini. Maka dengan pengkhususan yang teliti dalam idea ini dapat menyumbaang pada kestabilan jumlah makanan kerana amnya,isu makanan ini,perlu dilihat datanya untuk jangka masa yang panjang kerana ia merupakan sesuatau yang asasi buat kita manusia di dunia.
Juga antara idea yang bernas yang dilontarkan ahli panel ialah meningkat penggunaan biOmass iaitu stu proses guna kitar bahan sisa makanan yang berlebihan yang diestrakkan kembali kepada baja dan sumber makanan lain. Bagi golongan siswa pula,antara yang disyorkan agar lebih giat dalam sektor bisnes(spe yang berminat la,,)..hee^^^....kne minat jgak taw!!!huhu...


Satu hal lagi yang penting saya ingin kOngsikan disini, ini hakikat kerana mungkin ada yang tidak berpuas hati dengan apa yang akan saya katakan. Dalam diskusi itu juga,pRof ade menyebut berkaitan dengan hal kekayaan yahudi dan sistematiknya yahudi dalam ekonominya. bagaimana mereka menghasilkan sumber 90% makanan mereka melalui dari tanah negara Israel sendiri. Memang tak dapat depertikaikan lagi kehebatan mereka dalam merancang sesuatu hal. hebat bukan?? namun hal inilah yang saya kira kita perlu tahu dan kita perlu bangkit mencari sOlusi demi sOlusi untuk memajukan kembali ekOnomi mengikut syariat islam yang disediakan.

Maka akhirnya,sejenak aku terfikir,sekiranya tiada insan2 yang akan menyelamatkan isu keselamatan ini,sedarilah risikO yang lebih teruk serta ancaman yang mungkin akan menyusahkan kita di kemudiaan hari.

khas buat diriku..... dn juga kamu semua.....^-^


*Langkahan aku masih jauh,tangge yang mecuri hati aku,
tetap akan  cubaku daiki sehinga ke puncaknya*


*melihat dan terus melihat,
disana pasti ada yang tersembunyi yang perlu kuketahui*

salam istimewa=)

Thursday, January 20, 2011

~pleasurable memOries kJD~

Pengalaman sungguh indah! Suatu yang tidak dapat dibeli mahupun dijual. Ia diabadikan pada kehidupan kita setelah sukar,pahit, manisnya sesuatu tregedi itu berlaku pada diri kita. Setiap orang kalau ditanya,sudah pastinya mempunyai kenangan tersendiri yang istimewa pada diri mereka. Kata- kata melayu ada mengatakan bahawa, jauh perjalanan, luas pemandangan. Sejenak, saya bersetuju dengan ungkapan itu,benar!Apabila jauh perjalanan kita,luas pula pemandangan kita, maka banyaklah pengalaman yang dapat dinikmati yang dasarnya ia semua menjuruskan kearah kematangan diri dan dalam menempuh ranjau kehidupan ini.

Sudah seminggu berakhir JDK 2011 berlalu,maka banyak post yang aku bace mengenai jatidiri yang diadakan mengikut 3 zON,zon Utara,zun Tengah dan zon Timur. Tapi satu zon pun saya tak sempat untuk hadirkan diri. Walaupun hasrat dihati ini tidak tercapai, namun saya berbesar hati mengucap tahniah for thOse yang semangat bertungkus lumus dalam menjayakan program ini.

Semalam,berkesempatan berjumpa dengan juniOr saya bekas jDk Besut(aisyah meira)...waaa,dengan senyum yang pnjang lebar diberikan kepada saya tatakala diceritakan pengalamannya disana sebagai  peserta. Sudah pasti ia menandakan kepuasan hatinya sepanjang keberadaannya disana . Memang banyak mOdul yang disediakan, semua yang prOfesional...mana tidaknya,saya bekas first batch jDK ini,memang tidak menafikan akan kehebatan modul yang disajikan.

Apapun saya teringat kata-kata ustaz saya, sebanyak mana sekalipun ilmu yang diberikan,kalu tidak diamalkan juga diselitkan sebagai ibadah dalam niat kita seharian,semuanya umpama debuan pasir yang tiada nilai...Jadi,buat diriku khasnya,jom kita ikhlaskan hati dalam segala amal yang dibuat...haa...(perlu cari balik mane diriku ini...heeeee)

Disini saya ingin labuhkan tirai memOri kjD saya disini =)...
Kursus Jatidiri & kesukarelawanan Remaja,
pada: 22 Dis 2009 - 7 Februari 2010,
di     : Kolej Teknologi Darulnaim & Sri Pantai Resort,Bachok.
anjuran: JAKIM, HALUAN, KTD

Sebenarnya,kursus ini banyak memberi kesan buat diri ini khususnya, waktu cuti lepas SPM, hampir 2 bulan saya peruntukkan pengisian waktu cuti saya disini. Ilmu dapat, pengalaman dapat, sahabat dapat, makanan dapat, jalan2 dapat...sumer dapat la...
paling best,hee,,,pengalaman jd penyanyi,.ahhaaa,,,tak sangke dapt masuk ke peringkat final,tak dek la menang jOhan,tp menang la,lirik terbaik. thnx grOup saya yang bertungkus lumus menyiapkan lirik di saat kita semua tak pandai pun,,,hahaha..
pastu,kat sini jugak..sy knal..amni nady,fatin husna,sobiroh...
ayoo semua larh. kalian memang hebat, sahabt2 jatidiri 09/10ku.


 my gROUp
* memOri kita bersama senantiasa bermain difikiran *
(izzah subberi,sabirah,aina,nadhira,imanina,munirah,saadah,husna manaf,affiqah)

* sahabat, mOga kamu semua bahagia senantiasa *


 * thE cHoice is in yOur Hand *


 * lagi2....memang besst!! *


* nilai ukhwah yang tiada nilai persamaan,,=) kalian dimana pun,bib dOakan kalian sehat selalu...
gapailah cita2 kalian,,,uhhuu..nnti kita jumpe lgi,pasti bib akan tabik hOrmat pada semua taw.!!!
yang penting,moga kita berjaya didunia,seiring kita bejaya dalam hal ukhrawai...*


* kenapa jadi mcm niyh sumer???haha...~  sbb Phtogrpher yang suh wat gni,,,ahhhhaaaa *


* ini hasil maskan grOup kami...thnx buat makcik zah n mak cik ani yang jd sifu smpi akhirnya,
beginilah jadinya...hehe....
cantik tak????~nmpak sdap n lazat kan?... sape2 nk tempah,boleh bersua sama saya ya...ngEE~` *


* petang ini,petang last...esok da nk balik...=)*


* thnxx mak cik zah n mak cik ani...*


 *wajah2 gembira dengan sijil jatidiri masing2!!*


* with the leader,sis munirah; which is decipline n inteligent alsO audacity one *

Akhirnya, sedar atau tidak,,,dah setahun memOry ini berlaku.tapi percayalah kenangan ini.the oNes yang saya susah nak lupakan. InsyaAllah moga Allah redha untuk prog ini bukan hanya kenangan disini malah ia terus mekar buat aku cari di mana aku sebagai seorang hamba Illahi...

Tuesday, January 18, 2011

~our bOdies Speak Up~

Assalamualaikum

Have you ever realised that our bOdies show the signs of our
 health, our feeling, emOtion and the necessities that we need???


(see the tiger was sO tired...hehe)


(and alsO the winsOme of little cat,,maybe too hard to understand the bOok..,ngeh3^-^)

Do we listen and understand our bOdily needs???
=So,anyone who interested to give ur opiniOn?,,
yeah!~ life sOmetime we have nO time,to busy with our wOrk,assingment,and sO on..
Our bOdies do not get enOugh rest- because we always stay up until midnight...
in the end our bOdies grow tired,our minds becOmes slow and
 finally we fail in our exam or in our target of life....


sO, beware to Our bOdies carefully!!!..hehe


Monday, January 17, 2011

~im prOud with them~

assalamualaikum...

Keluarga merupakan satu institusi yang begitu penting,terdiri dari ayah,emak,adik beradik,nenek,datuk,mak sedara,pak sedara dan semua lah..~hehe..tak terlarat nak tulis sumer..tp yang penting kalu dah keluarga tu of cOz la yang sedarah daging ngan kita,yang punya ikatan darah n maybe gene yang sama...institusi inilah yang perlu dijaga kerana kebersamman kita dengan mereka adalah ikatan yang amat baik dan begitu rapat saya kira dalam masyarakat kita pada hari ini.Namun saya terkilan tatakala melihat ada segelintir masyarakat yang tidak menghargai keluarga mereka,espcially some yOuth which withOut any cOncern n merciless dO something bad actiOn to their parent and vice versa....well,sye sbgai insan biasa mahu mengajak anda semua hargailah nikmat keluarga yang diciptakan buat kita semua. Tak semua yang kita dapat hari ini,merupakan teruk buat kita kerana kita perlu lihat dimensi orang di sekeliling kita mungkin bnyak lagi cabaran yang perlu mereka hadapi. Oleh itu,berbahagialah dengan setiap nikmat yang Allah kurniakan kepada kita....

bermula ceritanya
ehem..tercatat alkisah,mahu dikongsikan disini tentang diya = aku bersama dia,
(abOut the granddOughter of tG zainun n tG embong)
time kecik rapat sangat2,huu..mmg rapat la,time balik kampung men msak2,kejar,men mak2,mandi pantai sama2..hehee,,,,spupu perempuan da la sikit time tu,(yang ada,k farah,k aisyah , k fdhlah)..3 ini je la yang slu men2..haha...ni time kecik2...dalam berbagai hal papepun ingat lagi time tu,baju raya kita sumer mesti sama kan,yang dibelikan oleh tok..bORIA cucu tG ZAInun..mmg kiut sumer2 nyer..hehe,,,jln2 kita sama2 kutip duit raya...ahhaaa...sape bnyk skali???kowang bertiiga la..dan kne terima hakikat sye la yang paling sedikit sbab plg muda time tu...(bdak kecik tak boleh pegang duit bnyk2)!!!!....

Da meningkat besar,time sekolah menengah maseng2 sibuk ngan hal masing2,,klau jumpe je pun time gathering family sme2, tak pun time raya,,,menjdikan kita sama2 terpisah,,~uhuu,,ye ker??pisah la jugak..!!!kot,,,jgn mara taw...and dats time sye sorang je la yang maseh kicik(sek ren),,hehe...yang 3 orag tu da besar (sek men).

Then,masa berlalu..ahaa..~~semua da smkin besar,remaja,dan mempunyai jalan hidup maseng2...habes sahaja saya SPM...barula teringat kat mereka2 sumer bru sedar...k farah study di uni india course mEDIC,k aisyah kat MOnash uni sunway campus kL course pharmacy  ,and fdhlah di curtin uni miri sarawak course chemistry..~~waa...semua berjuang dengan usaha yang cukup gigih,meneruskan perjuangan terhadap bidang yang diceburi.Kalian memang hebat,semoga berjaya ya semua dengan misi dan visi masing2.

Minggu sebelum ini saya balik kampung tok saya di terengganu, berbual bual dengan tok,then tOk cerita pada saya tentang k farah, baru ini dia call tok. saya bertanya"dari india call tok??.jaoh nye ". tok cakap,k farah call ucap birthday kat tOk. cucu yang baik betol k farah ni,bgusnya...hatiku bermonolog. Setelah tok bercerita tentang perkara itu,sejenak aku terfikir orang yang cemerlang haruslah mengingati sesiapa sahaja,tak kira emak,ayah,tok,cikgu dan lain2...kerana tambah tok lagi,disitu mungkin ada keberkatan,yang Allah selitkan yang kita manusia biasa kemungkinan jarang mengetahuinya.


                              ( k farah bersama tok n tokki)

Setelah itu barula timbul rasa rindu dekat mereka semua,dan alhamdulillah semua itu penyusunan Allah,saya dapat berjumpa mereka semua time wedding spupu kami brO amir...sweet memOrise with them...seronok sangat.hehe..insyAallah mOga Allah berkati kalian semua.

                                                    
                                          ~  bersama k farah..~


                                          (si gadis manis)
                                       ~k aisya n fadhilah ~
                                

                      
         ~together we are here,celebrate da amir's wedding~

Semalam chatting kt fB dengan k farah..diya kt malaysia la skrng.cuti~~harap dpt jumpa diya....=)

Sunday, January 16, 2011

~the beginning im create it~

Salam aLayk....

segala puji pada ALLah,tuhan semesta alam yang telah menjadikan diriku ini..dan juga syukur kerana sampai hari ini nikmat2 nya masih diberi pada kita semua..

fuhhh....first time akhirnya aku tercipta juga bLog ni...setelah melihat blog bonda yang sudah berabad,teringin juga nak buat awal2 dulu,tp kesibukan masa dan ntah...????tak reti kot nak buat..n maybe malas...huuhu..
pepepun..insyaaAllah hari ini,tarikh karamat..[15/1/2011]....terciptalah blog ini...

mmm....ape nak buat ngan blog ini??...
1-insyaallah, nak share to u all guys abOut my life...my experience,n my rench hidup ini...
   yang baik amek teladan,yang kureng2 tu jdknlah tauldan,peringtan.,,,
2-boleyh share any infO yang sye thu n boleyh shre ape2 la...motivasi ke,isu2 hOt ke,ceramah2 ke,pengisian    
    rohani ke,n ape2 lla yang insyaallah ingin dikongsi,,,
3-of coz,nk cpi rehda allah...

ok la,smpi sini dulu pOst pertama bib....sampi ketemu lagi ya,,,~~insyaaAllah
=)