Sunday, May 29, 2022

My proposal defence day

Bismillah,

Agak lewat perkongsian saya kalini, perjalanan seorang pelajar yang menyambung pengajian ke peringakat sarjana di salah sebuah pusat pendidikan awam di tanah air. Sebenarnya saya sudah memulakan pengajian sekital akhir 2021 iaitu pada bulan September 2021 di semester satu. Mulanya hanya sekadar angan dan tersemat cita ingin menyambung pengajian, kemudian diberi suntikan untuk meneruskan sementara menunggu kerjaya yang akan datang. Saya hanya bermula dan akhir tahun 2021 saya diberi offer untuk menjadi pembantu penyelidikan FRGS di peringkat universiti.

Kerja dan belajar. Itulah istilah sebenar seorang 'Research assistant' di peringkat universiti umum. Apa kerja seorang RA? Secara umunya, saya boleh katakan setiap universiti berbeza takrifan dan skop tugasannya mengikut kerja yang telah disenaraitugaskan oleh penyelia kajian. Sebagai rigkasnya kerja RA dapat kita simpulkan dalam usaha menyiapkan kajian projek yang diberikan dalan tempoh yang tertentu bersama kumpulan kecil dengan keberhasilan ilmiah seperti kajian projek, article atau syarat khusus yang ditetapkan.

Saya bersyukur kerana ahli projek dalam kumpulan kecil RA kami sangat memberi kerjasama dan banyak memudahkan sepanjang hampir 7 bulan kami bekerja. Banyak perkongsian dan pembahagian tugasan dalam tempoh masa sekarang, dan ia sangat membantu proses pembelajaran saya di peringkat sarjana ini. Bagi saya, kunci menjadi RA yang berjaya adalah mesti menyusun masa dan waktu serta saling bekerjasama bersama ahli projek kajian untuk memudahkan urusan kajian. Urusan kajian bukan sebenarnya terletak pada kita sahaja, namun sekiranya ada perkara yang menjadi tanda soal haruslah dikemukan kepada ketua projek dan berbincang untuk penyelesaian seterusnya.

Cerita hari pembentangan kajian penyelidikan peringkat PhD saya nukilkan semoga menjadi ingatan saya dikemudian hari;

13 April 2022 yang lalu selesai proposal defence di semester kedua bersama figura hebat chairman Prof Dr Zainudin dan Evaluator Dr Ahmad Faizol dan Dr Nik Hazimi bersama Supervisor Dr Shahrul dan postgraduate college yang diadakan secara maya.

Pada mulanya, bilik yang panas terasa sejuk pada mulanya, terasa nak cepat habes present isi point lah tengok tengok sekitar 20 minit juga yang dibentangkan. Tiba masa soal jawab jauh dari sudut hati moga semuanya dapat dijawab sebaiknya dan mengikut flow persembahan serta paling penting capai standard kajian dan level.
Namun sunnguh saya rasa berbesar hati evaluator pula bukan hanya soal jawab lebih lagi sudi berkongsi banyak input dan sharing new idea untuk penambahbaikan kajian, jauh sekali nak komdem atau hentam atau kritik, semuanya bermula apabila kita jelas dan kekal momentum untuk present mengikut apa yang telah kita lakarkan.
Secara peribadi Masa 1 jam 17 minit terasa sangat bernilai sebab ia merupakan titik permulaan untuk step dalam meniti ilmu yang seterusnya. Sejurus selesai, My SV mesej: Tahniah Habibah lulus! Tahu tak perasaan dia apa? i rasa nak off lattop untuk seminggu dua terus :p
Sebenarnya dari awal lagi kami team postgraduate college sudah ditrain untuk tidak sesekali mensia-siakan semester berlalu dengan begitu sahaja tanpa ada hala tuju dan permulaan yang drastik. Kami bermula denhan Jelas permasalahan kajian, terus kepada pencarian LR dan seterusnya bina soalan dan objektif kajian. Sering berulang SV kami tekankan jangan lambat, biar cepat, biar kita tidak mensiakan masa sebab kita tak tahu mungkin esok hari bukan berpihak pada kita.
Dan hari ini 21 April, secara official keluar surat kelulusan perbentangan proposal kajian minggu lalu. Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Allah yang maha pemberi kekuatan dan kelapangan masa untuk diri ini terus menimba ilmu. Sokongan suami, umi dan walid, Supervisor Dr, family dan rakan menjadi penguat saya.
Perjalanan ini baru bermula, dan semoga dapat berakhir dengan baik hendaknya, Insyallah. ❤️ #bibphdtrail