Monday, March 12, 2018

Review : KL Special Force 2018

Hari ke2 tayangan terus kami dapati ramai yang beri ranking sekita 9-10 yang menarik perhatian kami untuk pergi ke tengok filem ini dengan mata. Mula-mula tengok preview di Meletop Astro Ria. wow! saya amat tertarik dengan olahan Syafiq Yusof Haslam yang juga merupakan pengarah yang mempunyai darah seni yang sangat hebat dan kreatif.

Review : 9.8/10

Genre : Aksi.

Sinopsis : Kisah aksi polis di Tanah air dalam membanteras jenayah rompokan yang didalangi oleh satu kumpulan yang dikenali Anarkis yang mempunyai sejarah silam yang menyakitkan. Kisah sebenar emosi seorang polis dapat diselami dalam watak Lan yang dibawa oleh Dato Rosyam Nor. Sungguh baik lakonannya ditambah pula dengan kehadiran Polis muda yang dihadirkan pihak atasan polis untuk meneliti sesuatu yang aneh berlaku kerana kes demi kes rompokan masih tidak dapat diselesaikan.


Watak polis junior yang dibawa oleh Fattah Amin kali ini secara menyeluruhnya amat nampak peningkatan dan mutunya. Filem ini berakhir dengan adegen tragik yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan itu ketua Anarkis, watak matang dan emosi tinggi yang dibawa oleh Syamsul Yusof. 

Pengajaran :
1. Emosi setiap orang berbeza. Dapat dilihat, kesan emosi Ketua Anarki penjenayah terkemuka dalam filem KL Special Force yang diingini polis kerana mengalami masalah kecelaruan keluarga bermula daripada kisah silamnya. Seharusnya kita mendidik emosi baik dalam setiap perkara bermula dari peranan ibu ayah agar tidak membebankan jalan hidup anak ke kancah permasalahan buruk.

2. Sudut pandang berbeza. Cerita ini menggambarkan pertukaran sudut pandang yang ketara apabila sesuatu yang azali salah itu dipandang betul oleh suatu pihak dek masalah yang hadir sejak kecil lagi. Asas buruk yang dipandang betul merupakan doktrin berbahaya kerana ia sebarnya telah menjerumuskan seseorang itu melakukan jenayah dan perkara buruk secara etikanya. Perkara dan doktrin sebegini harus dilupuskan agar generasi depan tidak teremosi dan agar kadar jenayah tidak meningkat .

3. Kesefahaman kekeluargaan. Cerita ini memaparkan ketidaksefahaman antara seorang ayah dan ibu dalam peranan mereka dalam membentuk keluarga yang sempurna. Si ayah yang sibuk dengan tugasan Polis sehingga telah memberikan tekanan buat si Isteri. Si isteri yang tertekan ditambah pula dengan perhatian kurang daripada suami telah menjejaskan petumbuhan didikan anak. Seharusnya persefahaman antara kedua belah pihak.

4. Sesungguhnya usaha dan pengorbanan pihak polis amat besar sekali dalam memelihara dan memberi keamanan kepada negara. Membanteras jenayah adalah tanggungjawab semua pihak. haruslah kita menilai sendiri tanggungjawab dan kesedaran mana yang harus diambilkira. Negara akan selamat dan aman damai andai rakyatnya bersatu pada dan bijak dalam mengawal emosi mengikut etika dan ajaran islam.

5. kreativiti pihak producer juga adalah terbaik. Filem aksi yang serious ini sebenarnya telah memberi tanda awal industri tanah air kini lebih matang dan kreatif dalam pembikinan filem yang menarik. Saya secara peribadi amat berbangga dengan idea pengarah dan mampu menghasilkan filem yang bertaraf antarabangsa ini. Syabas dan tahniah.

Akhir kata, korang kene tengok. movie ni best dan terbaik.