Dulu bila saya tengok orang kerja office saya nak juga try, then dapat juga rasai kejap di syarikat terkemuka Malaysia. Lepas Tu bila orang buat business saya nak buat juga nak rasa lah konon. Bila dah masuk line business rupanya tak mudah seperti disangkakan dan difikirkan. Untuk @hajuwa.travel yang baru ini, Insyallah permulaan yang tidak disangkakan dan baik moga berakhir dengan cemerlang. Masih banyak yang lacking, huru hara, dan lompong sana sini. Tak pernah terdetik pun, tapi bila ada peluang depan mata saya cuba dan usaha.
Kata orang, kita buat apa yang Kita suke ni boleh happy, tapi sebenarnya tak juga. Hadap Target, layan customer, management, focus master, susah tetap susah. Bertahan Bib 💪🏼 . Kejayaan-keberkatan- keduitan 😂 Tak datang golek melayang macam Tu je, tapi kene cari. Usaha dan lihat kejayaan orang lain sebagai motivation (of course walid , @neelofa dan ramai lagi), buat baik pada orang, fikir positif, dan jangan berputus asa. YES I CAN 🍃🕊.
Jadi untuk permulaan tahun 2018, saya sahut cabaran untuk menyempurnakan projek perlancingan kali ini setelah mendapat tawaran bisnes ini. Namun semuanya bermula dari bawah, bermula daripada mencari customer pelanggan, kemudian marketing, kemudian persiapan pakej, kerja management dan semua kena hadap. Segala kepayahan yang ada hari ini saya berdoa moga dipermudahkan untuk peringkat seterusnya. Usaha adalah kunci, selagi mana ada kemampuan kita cuba buat sehebat dan sekuatnya.
Pray for me :)