Alhamdulillah syukur satu hari kami melaksanakan program KOBAR itu, hampir semuanya selesai dengan jayanya. Bermula 4 bulan yang lepas, perjumpaan demi perjumpaan dirangka dan sedikit demi sedikit gerak kerja mula digiatkan dengan semangatnya.
KOBAR adalah Konvensyen Belia dan Relawan anjuran Kelab Haluan Siswa Jordan yang mengumpulkan kira-kira 250 orang mahasiswa dan mahasisiwi dari seluruh Jordan. Bertemakan "Common Sense Is The Genius Of Humanity" pihak penganjur jelas ingin mengfokuskan topik kemanusiaan dalam mencapai hadaf program seiring dengan gerak kerja yang giat diadakan setiap komuniti kecil di Jordan ini.
Suasana di kawasan terbahagi kepada 3 bahagian utama yang banyak memainkan peranan penting pada hari kejadian:
1. Suasana dalam dewan. Semestinya sarat dengan input dan info yang dikongsikan oleh pihak penceramah yang juga merupakan delegasi jemputan daripada Malaysia, iaitu Prof Dr Zamrin bin Dimon dan Dr Baharuddin serta wakil daripada pihak ICCS. Pelbagai isu dikupas oleh penceramah berkaitan peranan kepentingan dan sedikit pengalaman sepanjang keterlibatan dalam beberapa misi kemanusiaan.
Aku cuma sekadarnya mendengar sedikit-sedikit, tetapi diberi kesempatan untuk mendengar slot forum oleh 2 panel jemputan bersama Ustaz Anhar opir serta moderator jalanan, Saudara Qwiem yang mengupaskan tajuk kecaknaan hal kemanusiaan ini. Nyatanya satu point yang penting dapat aku quotekan disini ialah : "nilai kita bukan pada apa yang kita ada, tetapi pada apa yang kita beri". Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Duta Malaysia ke Jordan , TYT Dato Abd Malek Abd Aziz yang sebenarnya merupakan hero malaya dalam usaha beliau menyelamatkan 10 rakyat malaysia dibawah tawanan israel ketika tragedi mavi marmara 4 tahun yang lalu. Satu anugerah khas telah diberikan kepada Dato tanda penghargaan juga penghormatan atas pengorbanan jasa yang beliau sumbangkan.
2. Suasana luar dewan sudut pameran booth. Terdapat 6 komuniti yang menyediakan pameran booth antaranya : i4syria dari IKRAM , Aman palestin dari ISMA , Teach For The Needs(TFTN) , Tangisan Syria di Bumi Jordan , Malaysia Syria Society(MSS) dan HALUAN . Nah,inilah kesatuan hati kita dalam cakna hal isu semasa ,nyatanya aku berlapang dada dengan semangat jitu setiap ajk booth. Pada mulanya aku fikir aku tidak punya kesempatan untuk melawat setiap booth dek kerjaku dibahagiaan pendaftaran kemudian bergerak ke dalam dewan pula menolong sedikit urusan teknikal. Namun, alhamdulillah semua booth akhirnya aku dapat lawati, banyak perkongsian dan input serta cerita-cerita menarik daripada setiap booth. Tuntasnya aku kagum dengan semangat pelajar-pelajar disini yang bertungkus lumus ingin menyampaikan sesuatu dan membawa isu kemanusiaan itu untuk diketengahkan ke dalam kotak pemikiran setiap orang yang menjengah dan melawat ke tapak pameran biarpun ada sebilangan pelajar arab yang menjadi tetamu mereka ,ianya tidak menjadi penghalang untuk dikongsikan, bahkan orang arab mula memberi reaksi positif dengan memberi tepukan gemuruh ketika salah seorang ajk booth mendeklamasikan sajak. Seorang arab memberi komen kepadaku, kenapa program ini sehari je? Buatlah sampai esok katanya. "Aseef , bukroh muhadhroh" balasku ringkas. Tahniah diucapkan kepada semua. Antara satu kisah yang menarik yang aku kira mahu dikongsikan disini ialah kisah anak kecil Khalid yang berumur 10 tahun. Khalid merupakan anak syria yang berhijrah ke negara jordan dek peperangan tegar yang berlaku di negara sendiri waktu kini. Makanya, dengan serba kekurangan Khalid sekeluarga bertapak di negara Jordan ini, namun kerana sedikit kekangan kewangan yang dihadapi keluarganya, khalid terpaksa meneruskan pengajian di sekolah 'free' tersebut. Hari demi hari, dia bersekolah disitu sehinggalah, satu hari dirumahnya dia terdengar loceng, lantas tangan anak kecil itu dengan mudahnya membuat isyaray salib seperti yang diajarkan sekolah 'free' tersebut. Ibunya yang terlihat kejadiaan tersebut terasa aneh lantas bertanyakan hal itu kepada Khalid. Khalid dengan tenangnya menjawab: mama,inilah yang guruku mengajarku dan kawanku ketika setiap kali loceng berbunyi di sekolahku. Bermula dari kisah inilah, satu entiti pelajar jordan iaitu pihak tangisan syria di bumi jordan dengan semangatnya telah menubuhkan satu sekolah khas untuk diberikan pendidikan kepada anak kecil pelarian syria Ini. Tahniah pihak tangisan, saya kagum melihat usaha keras kalian! Itulah kisahnya, moga-moga kisah ini memberi iktibar kepada diri kita khususnya untuk menyemarakkan lagi usaha untuk memberi kepada saudara seislam kita yang lain.
3. Kawasan luar dari bangunan kuliah ekonomi iaitu kawasan jualan. Pelbagai gerai terdapat sepanjang konvensyen berlangsung. Daripada progran berst sehinggalah makanan ringan. Terima kasih pihak jualan kerana memeriahkan konvensyen kali ini. Dan khusus buat housemate tercinta "CI JELITA" tahniah kerana berjaya mencapai target jualan! Laku kot ikan , ayam masak merah dengan lempong tu,power la korang! Yuhuuu. 👍👍👍
Akhirnya, dalam kegembiraan untuk berkonvensyen, aku turut bangga dengan usaha keras setiap individu yang telibat menjayakan program ini secara langsung mahupun tidak langsung. Tahniah dan terima kasih. 👏👏👏 Moga amal kecil ini diterima allah,biarpun sikit.
Balik tu memang penat sangat, tetapi kepuasan hati ini telah melenakan diri. Ya allah ampunkan kami, andai ada yang terlebih dan terlepas.
Kobar dalam kenangan,
Timbalan Bendahari .